Kemahiran Pengarah kepada Xpert Engineering Solution Sdn. Bhd, Ahmad Fakruden Mamat dalam kualiti jaminan dan kawalan kualiti di industri oil and gas memberi beliau peluang dalam menjadikan impian menjadi kenyataan.
Beliau berjaya menubuhkan bisnes sendiri selepas melihat pemintaan ramai dalam perkhidmatan Non-Destructive Testing (NDT). Pada awalnya, bisnes ini dinamakan sebagai Ahmad Fakruden Enterprise yang bertukar menjadi Xpert Engineering Solution selepas pendaftar rasmi pada tahun 2016.
Bisnes ini menawarkan servis ‘Reverse Engineering’ yang melibatkan Non-Destructive Testing/Examination (NDT/NDE), pemeriksaan kejuruteraan, bekalan tenaga kerja dan latihan pekerjaan. See Seiring dengan perkembangan syarikat, bisnes ini kemudian meluaskani perkhidmatan termasuk Pengurusan Integriti Harta.
Pada tahun 2023, Fakruden berjaya meningkatkan hasil jualan bisnes sehingga mencecah RM 3.25 Juta.
1. Latihan seiring peralatan
“Latihan yang kita bagi kepada pekerja kena selalu up to date. Kalau modul kita sentiasa mengikut trend , syarikat cepat membangun dalam industri”
Bila berbincang tentang strategi, usahawan selalu memberi nasihat tentang penumpuan kepada satu produk. Fakruden menggunakan strategi penumpuan ini dalam membuka cawangan baru yang fokus lebih kepada mengukuhkan bahagian tenaga manusia.
Dengan latihan yang diberikan, key leaders yang sesuai dapat memimpin berkaitan NDT dan pemeriksaan untuk mencipta pekerja yang mempunyai bakat terpendam dalam industri ini. Mereka yang kelihatan maju dengan cepat boleh diasah lebih lagi dengan penyediaan latihan di Xpert Engineering Solution Sdn. Bhd.
Selain latihan, syarikat ini seiring dengan matlamat pengukuhan tenaga manusia dengan menyediakan mesin seperti PMI, Replica & Phased Array Ultrasonic Testing (PAUT) untuk menjalankan Advanced Non-Destructive Testing (NDT). Dengan penyediaan mesin baru, kerja dapat mengasah bakat mereka menggunakan teknologi yang sedang membangun dalam industri. Bisnes ini mempunyai website yang boleh dilayari di www.xessb.com .
2. Cawangan khas
“Kepakaran ni berlaku sebab kita fokus satu benda sahaja. Kalau nak buat semua, memang tak jalan. Sebab tu bila buka cawangan pun kena tahu fokus dia apa.”
Pembukaan cawangan pertama syarikat ini yang bertapak di Puchong dijadikan sebagai tempat khas ujian radiografi yang melibatkan X-Ray dan Gamma Rays untuk menguji struktur dalaman komponen yang dihasilkan. Fakruden memastikan syarikat beliau diiktiraf oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk melakukan ujian yang diperlukan.
Dengan penubuhan cawangan khas, syarikat ini dapat melakukan kerja yang lebih produktif tanpa perlu memikiran skop kerja berlainan. Di cawangan ini sahaja, Xpert Engineering Solution Sdn. Bhd menyediakan perkhidmatan dengan standard yang lebih tinggi. Ujian yang banyak dilakukan berbanding di cawangan lain juga dapat membina pengetahuan yang mendalam. Sambil itu, ia dapat membina kepakaran kepada pekerja-pekerja yang diletakkan khas dalam cawangan ini.
Pentingnya menubuhkan cawangan khas merangkumi perkara seperti inovasi dalam bidang kepakaran tersebut. Ini membawa kepada peningkatan prestasi keseluruhan syarikat yang memberikan nilai tambah kepada pelanggan pada masa yang sama.
3. TAM, SAM, SOM
“Bermula pada tahun 2016 apa yang betul adalah tidak beRhenti belajar dan lebih serious lagi apabila bertemu dengan RichWorks pada 2017. Dengan belajar dengan Richwork lebih jelas road map business nak kemana. Sasaran market lebih jelas apabila lebih clear apa itu TAM, SAM & SOM.”
TAM, SAM, dan SOM adalah singkatan dalam perniagaan yang merujuk kepada potensi pasaran yang berbeza.
TAM (Total Available Market) merujuk kepada jumlah keseluruhan pasaran yang tersedia bagi produk atau perkhidmatan. SAM (Serviceable Available Market) adalah sebahagian dari TAM di mana produk atau perkhidmatan anda mampu memasarkan dan menjual.
SOM (Serviceable Obtainable Market) pula adalah jumlah pasaran yang realistik dan boleh dicapai oleh bisnes anda dalam jangka masa tertentu.
Konsep TAM, SAM, dan SOM membantu bisnes untuk memahami skop dan potensi pasaran mereka. Fakruden menggunakan metrik ini untuk menentukan strategi pemasaran dan pengembangan produk yang sesuai dengan keperluan serta sasaran pasaran yang realistik.
Dalam bidang kejuruteraan, konsep TAM membantu dalam menilai keseluruhan permintaan industri manakala SAM membantu mengecilkan bidang itu kepada segmen pasaran yang boleh dilayan secara praktikal. SOM pula membantu menetapkan sasaran yang realistik berdasarkan keupayaan dan strategi perniagaan.
Dengan pemahaman ini, Fakruden dapat menyusun strategi pemasaran, penjualan, dan pengembangan produk yang lebih tepat dan berkesan untuk mencapai kejayaan dalam pasaran yang bersaing.
Biografi Ahmad Fakruden
Ahmad Fakruden bin Mamat adalah anak kelima dari 11 orang adik beradik. Dibesarkan di perkampungan nelayan yang terletak di Kampung Mengabang Telipot, kuala Terengganu.
Arwah ayah beliau merupakan seorang bekas polis hutan dan ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa.
Datang daripada keluarga yang sederhana tidak menjadi penghalang untuk beliau mengubah kehidupan sendiri. Beliau belajar dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi salah seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Ijazah Kepujian Kimia Perindustrian.
Selepas menamatkan ijazah di UPM, beliau tidak behenti belajar dan mengambil Professional Certificate dalam Non-Destructive Testing (NDT).
Beliau kemudia mula bekerja sebagai NDT Technician sehingga bergelar Project Engineer. Kerjaya yang memerlukan beliau untuk travel dan meninggalkan keluarga di belakang.
Disebabkan beliau ingin masa yang lebih bersama keluarga, beliau memilih untuk menjadi seorang usahawan dan tekad untuk membina bisnes sendiri maka lahirlah Xpert Engineering Solution Sdn Bhd.