Usrah Haraki (Ustaz Dr. Zakaria Nasirudin)

Ustaz Dr. Zakaria melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Syariah di Universiti Malaya. Kemudian di peringkat Sarjana beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pendidikan Islam. Di peringkat Doktor Falsafah beliau belajar di Univeriti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim dalam bidang pedagogi al-Quran.

Pernah bekerja sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah selama 15 tahun bermula 1999 hingga 2005. Kemudian beliau menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sehingga 2015. Setelah bersara pilihan beliau menumpukan sepenuhnya dalam bisnes di Usrah Haraki Sdn Bhd. Jelas, perjalanan beliau dalam bidang pengajian Islam memainkan peranan dalam terciptanya kaedah Haraki.

Ustaz Dr. Zakaria mula menyertai program anjuran RichWorks pada tahun 2014 di Ipoh, Perak yang ketika itu membuat roadshow di seluruh negeri. Beliau kemudian menyertai program lain seperti Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK). Ustaz Dr. Zakaria Nasirudin yang merupakan usahawan kelahiran Tanjung Karang, Selangor, mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian seperti:

1) Pemenang Emas Pertandingan Inovasi Antara Pusat Pengajian Tinggi (Pecipta 2022)
2) Anugerah Brandlauraete 2020
3) Pemenang Emas Pertandingan Inovasi Negeri Selangor (SLICE 2018)
4) Pemenang Emas Pertandingan Ciptaan dan Inovasi Patuh Syariah
Antarabangsa (ISCIIID 2016)
5) Pemenang Emas, Anugerah Inovasi & Ciptaan Antarabangsa (ITEX 2015)
6) Finalis, Anuggrah Inovasi Negara (AIN 2015)
7) Pemenang Emas, Inovasi sempena Persidangan Antarabangsa
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Icon 2013)
8) Pemenang Emas, Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan
Peringkat Antarabangsa (Edu-InERI 2013)
9) Pemenang Emas, Kovensyen KIK IPG Kampus Ipoh. (2013)
10) Guru Inovatif, Jabatan Pelajaran Perak (ITC 2013)


Artikel terbaru

Leave a Reply