Tremendous Global Sdn Bhd atau nama popular, Tremendous Cafe merupakan sebuah kedai minuman yang pada asalnya hanya bermula dari sebuah pondok usang beratapkan zink di tepi jalan.
Bisnes ini bermula dengan jualan di hari pertamanya dengan sejumlah RM27 sahaja. Namun, dengan permulaan itu, Tremendous Cafe terus mengorak langkah dan akhirnya telah menjadi bisnes cendol yang sangat popular di Limbang, Sarawak sehingga telah berjaya menguasai kawasan setempat, termasuk di Miri dan juga negara jiran, iaitu Brunei Darussalam.
Pengarah Urusan, Mohd Faizal bin Irman pada asalnya hanya ingin menjalankan bisnes ini sebagai sumber tambahan untuk menambah pendapatan beliau demi menampung keperluan harian, memandangkan keadaan kewangannya yang sudah tenat dikelilingi hutang piutang. Namun, kejayaan demi kejayaan yang telah diraih oleh beliau akhirnya membawa kepada keputusan untuk meletak jawatan dari kerja tetap dan mula fokus untuk berniaga. Dengan beberapa cawangan yang telah dibuka, beliau kini mensasarkan untuk membuka 100 cawangan Tremendous Cafe menjelang Tahun 2035.
Pada Tahun 2023, beliau telah meraih hasil jualan sebanyak RM 1.65 Juta.
1.Freelance Runner (Cendol Bergerak)
Mohd Faizal telah memperkenalkan strategi “Projek Cendol Bergerak” dalam bisnes beliau iaitu dengan cara mengupah Freelance Runner untuk membuat khidmat Cendol Bergerak menggunakan kenderaan ke lokasi-lokasi terpilih. Hal ini membolehkan pelanggan-pelanggan mereka dapat menikmati cendol pilihan mereka dengan lebih cepat dan mudah, tanpa perlu keluar jauh dari rumah.
Kenapa terhadkan pasaran bisnes kalau boleh memperluaskan lagi? Mohd Faizal percaya bahawa menguasai pasaran tidak semestinya perlu berada di lokasi besar seperti kawasan bandar sahaja, malahan menguasai pasaran boleh bermula dari lokasi yang kecil seperti kawasan di luar bandar yang sudah tentu lebih kurang persaingan. Dengan cara itu, proses untuk mendominasi pasaran wilayah boleh berlaku dengan lebih pantas dan mudah.
Pengwujudan proses kerjasama dengan ‘Freelance Runner’ ini sebenarnya telah membolehkan bisnes beliau menjangkau lebih jauh dan luas tanpa perlu melibatkan sumber daya logistik yang besar, malah turut mampu mengoptimumkan penghantaran dan pengedaran produk beliau ke lokasi yang lebih terpencil.
Ia juga telah mengurangkan kos pengangkutan dan gaji pekerja tetap, menjadikan model perniagaan lebih berkesan dan menjaga aliran tunai. Selain itu, selari dengan matlamat beliau untuk membantu orang ramai melalui bisnes, ia telah memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti yang ada sambil meningkatkan ekonomi setempat, dan merangsang pertumbuhan ekonomi mikro sehingga beliau diiktiraf dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak, kategori Belia Lelaki pada Tahun 2022.
2.Sistem Mentor Mentee
Pelbagai latihan boleh diberikan kepada staf dan team tetapi apakah cara yang paling berkesan untuk sebuah bisnes itu? Di Tremendous Cafe, Mohd Faizal melihatkan pengwujudan sistem mentor mentee sebagai strategi paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran staf yang ada.
Cara yang dilakukan adalah dengan melantik seorang senior untuk memberi latihan kepada team baharu sehingga mereka cekap dengan tugasan masing-masing. Hal ini secara langsung memudahkan bisnes untuk beroperasi kerana melahirkan tenaga-tenaga mahir yang lebih ramai yang faham akan selok-belok bisnes, mengurangkan risiko kepada bisnes.
Ini termasuk pelantikan ketua di setiap department di mana mereka dilantik melalui sikap dan semangat pemimpin yang tinggi. Ketua yang baik mampu menghasilkan team yang baik dan ini dipandang bernilai kepada Mohd Faizal. Setelah menghasilkan ketua-ketua ini, beliau tidak perlu lagi untuk sentiasa berada di kedai untuk memantau staf-staf lain.
3.Penghargaan memberi semula
Setiap bisnes memerlukan pelanggan. Tanpa mereka, bagaimana bisnes dapat kekal kalau tidak daripada pembelian dan sokongan yang diberi? Itulah yang dipercayai Mohd Faizal yang sentiasa bersyukur dengan pelanggan-pelanggan yang setia dengan bisnes beliau dari menjual secara kecil-kecilan sehingga dapat membuka kedai sendiri dan membuka cawangan yang banyak.
Pada awal tahun 2023, sempena ulang tahun pembukaan Tremendous Cafe, beliau telah mengadakan kempen “500 Gelas Cendol RM2” di mana harga asal cendol RM 6 dikurangkan menjadi hanya RM 2. Meskipun ia tidak melibatkan keuntungan dan lebih kepada tanda penghargaan, ini telah menarik perhatian orang ramai dan menjadi perbualan ramai untuk membeli bersama Tremendous Cafe.
Pada tahun 2020, beliau juga pernah mengadakan kempen “Program 1000 Gelas Cendol RM 1” dengan harga asal cendol RM 4.50 dikurangkan menjadi RM 1 di mana matlamatnya adalah untuk menyalurkan hasil jualan tersebut kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin, khususnya murid sekolah.
Pelanggan yang rasa dihargai cenderung untuk kembali membuat pembelian setelah bisnes mencipta imej baik dan memberikan kepuasan kepada mereka. Ini terbukti apabila Tremendous Cafe mempunyai peminat mereka tersendiri di Sarawak, Sabah, dan Brunei.
Biografi Mohd Faizal Bin Irman
Mohd Faizal Bin Irman memulakan perjalanan dari seorang bekas pembantu tadbir di sekolah pedalaman Limbang, Sarawak, sebelum membina kerjaya sebagai seorang usahawan. Langkah ini bukanlah berdasarkan minat, tetapi disebabkan oleh keinginan untuk melangsaikan hutang yang membelenggu beliau pada masa itu. Kesilapan dalam pengurusan kewangan menyebabkan gaji hujung bulan terpaksa digunakan untuk membayar hutang.
Demi meningkatkan pendapatan, beliau memutuskan untuk menjalankan perniagaan cendol walaupun terpaksa meminjam barang kelengkapan dari orang tua sendiri.
Sambil menjalankan bisnes, Mohd Faizal tidak hanya menjual cendol, tetapi juga berjinak-jinak dalam menjual jam, kasut, dan termasuk buku Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang turut dijadikan bahan bacaan peribadi.
Kisah perjuangan Mohd Faizal Bin Irman menunjukkan keazaman dan ketabahan dalam mengatasi cabaran kewangan, mengubah peranan sebagai seorang anak, suami, dan bapa kepada seorang usahawan yang berjaya. Perjalanan ini juga kejayaan yang diperoleh melalui usaha gigihnya yang telah dilakukan.