THE RAW. (Adibah Mazlan)

Di Malaysia sahaja, terlalu banyak produk penjagaan kulit di pasaran. Untuk mencari jenama yang menggabungkan sains dan kecantikan dianggap sebagai satu harta karun yang berharga. The Raw. merupakan satu jenama yang sudah pun berada di pasaran dan mencipta gelombang baru dalam dunia penjagaan kulit sejak tahun 2019 lagi.


Diasaskan oleh Adibah Mazlan, seorang ahli farmasi muda berdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pengalaman dalam dunia perubatan selama tujuh tahun, The Raw. adalah bukti kekuatan kepakaran dan inovasi dalam mengejar kulit yang berseri dan sihat. Dengan asas yang kuat dalam bidang farmaseutikal, Adibah Mazlan melihat satu peluang untuk merevolusikan industri tersebut dengan mencipta produk penjagaan kulit wajah yang lebih selamat dan bebas dari kimia berbahaya.

ADIBAH MAZLAN: AHLI FARMASI


Adibah merupakan seorang wanita yang sangat bersemangat apa sahaja perkara yang dilakukannya. Pada awalnya, Adibah Mazlan memberi dedikasi yang penuh terhadap kerjayanya sebagai ahli farmasi selama 7 tahun. Seperti yang diketahui ramai, ahli farmasi merupakan anggota penting yang diperlukan bukan sahaja di hospital tetapi di klinik dan pusat kesihatan yang lain-lain.


Tugas Adibah sebagai ahli farmasi bukan sahaja sekadar menyediakan pil kepada pesakit, tetapi beliau adalah pakar dalam ubat-ubatan. Adibah perlu menyediakan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi dengan tepat dan memastikan pesakit menerima ubat yang betul dalam dos yang tepat.


Tapi gaya kerja yang mencabar dengan beban kerja yang sangat banyak dan syif kerja yang tidak menentu membuatkan Adibah merasa dirinya terperangkap dengan kitaran kerja tanpa henti.


Adibah sering kali bekerja sehingga lewat malam dan kembali bekerja di pagi hari. Beliau terpaksa menempuh perjalanan selama 2 jam memandu dari rumah ke hospital tempat kerjanya di Kuala Kubu Bharu setiap hari. Mengekalkan syif demi syif, selain menerima ‘on-call’ hampir 3 kali seminggu dengan beban kerja yang berlebihan, ini dianggap ‘normal’ untuk kehidupan seharian sebagai ahli farmasi. Ini menyebabkan Adibah selalu keletihan bukan sahaja kerana persekitaran yang tinggi tekanan tetapi tidur dan waktu rehat yang terhad. Tidur telah menjadi satu kemewahan buat Adibah.


“Sebagai pharmacist. Orang yang bekerja di bahagian kesihatan ni akan tau betapa penatnya kerja ni. Kerja kita ni bukannya 8 to 5. Kerja ni sambung sampai pukul 10, sampai pukul 12, sambung sampai shift esok pagi. Dia banyak shift. Dia ada on call yang bukan sahaja sebulan sekali, dia setiap minggu, kadang seminggu sampai 3 kali. “


Sebagai ahli farmasi, Adibah perlu sentiasa berada dalam keadaan yang fokus dan berjaga-jaga kerana memastikan keselamatan ubat adalah keutamaan utama bagi Adibah. Beliau harus bekerja dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan pengambilan ubat, yang boleh memberi impak yang teruk kepada kesihatan pesakit. Perkara ini membuatkan Adibah berasa terganggu. Situasi yang dialami Adibah ini menyebabkan beliau menghadapi microsleep ketika memandu dan beliau perlu menanggung kemalangan kecil hampir setiap bulan.

“Kerja yang melampau, melebihi normal la, so kita penat, and that’s why bila kita drive balik tu, dulu masa I kerja, every month I akan accident. Sebab I microsleep.”


THE RAW.


Suatu hari Adibah pernah di uji dengan cabaran ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau. Disitulah Adibah membuat keputusan untuk mencipta peluang dan masa sendiri dengan berniaga.


“I duduk dekat Shah Alam. Hospital I dekat Kubu Bharu, you bayangkan 2 jam back and forth so memang akan berlaku kejadian microsleep, so memang bahaya. Itu lah datangnya satu ‘drive’.”


“Takkan lah aku nak hidup, mati dalam kemalangan. Adakah aku nak mati dalam kemalangan ataupun aku nak mati tinggalkan sesuatu legasi ataupun aku nak meninggalkan sesuatu untuk digunakan oleh orang ramai?”


Adibah melihat terlalu banyak jenama produk penjagaan kesihatan di pasaran tetapi kebanyakan jenama tempatan mempunyai isu dari segi bahanbahan yang digunakan dalam produk mempunyai bahan kimia yang berbahaya untuk kulit dan tidak diiktiraf secara klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Melihat jurang ini, Adibah ingin mencipta satu produk penjagaan kulit menggunakan ilmu dan kepakaran yang beliau miliki. Kepakaran Adibah adalah dalam memformulasikan produk kecantikan yang selamat, berkualiti, dan berkesan untuk mendapatan kulit yang sihat. Dari situlah terciptanya The Raw. pada tahun 2019.


SIANG SEBAGAI AHLI FARMASI, MALAM SEBAGAI USAHAWAN


Adibah memulakan perniagaan sambil bekerja sebagai ahli farmasi di hospital yang memang sentiasa sibuk dengan pesakit keluar masuk. Beliau tidak berani lagi untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai ahli farmasi untuk fokus seratus peratus dalam perniagaan.


“Masa tu I belum berhenti lagi. Sebab bila kita nak buat bisnes ni, kita nak try dulu, test-test. Orang kata tak ada ‘telur’, tak berani lah so kita akan buat as part time. So bila saya buat The Raw. ni, dia 50/50. So at least, kalau bisnes tak berjaya, ada kerja lagi. Kalau berjaya nanti, boleh lah resign.”


Disebabkan itu, Adibah setiap hari bekerja dari pagi hingga larut malam. 8 pagi hingga 5 petang beliau akan fokus kepada kerja hakiki iaitu ahli farmasi. Beliau akan pastikan setiap dari pesakit mendapat ubat dalam kuantiti dan jenis yang tepat. Setelah habis waktu bekerja, Adibah akan fokus kepada perniagaannya pula di sebuah kafe hingga pukul 12 tengah malam.

Usaha yang dilakukan oleh Adibah untuk mengubah nasib beliau tidak menampakkan hasil apabila The Raw. pernah 3 bulan tiada jualan langsung. Stok sudah banyak di tangan tapi tiada siapa yang sudi membeli darinya. Tetapi Adibah tidak pernah mengalah, beliau cuba mencari jalan keluar. Beliau tidak mahu usahanya selama ini, menjatuhkan semangat beliau dan hanya mendatangkan rugi.


“Masa part time tu, bila kita nak buat bisnes, part time ni kena ada extra work. So pagi 8 hingga 5, I kerja. Memang takkan buat bisnes. Balik kerja sampai pukul 12, I akan duduk dekat Starbucks, duduk dekat Seksyen 9 Shah Alam, I akan buat bisnes. So I buat The Raw. ni selama 2 tahun secara part time. Masih bekerja, masih accident sebab microsleep.”


SPIRE


3 bulan berbisnes tapi tiada jualan. Kerja dari pagi hingga petang, sambung pula ke malam tidak membuahkan hasil. Yang dapat hanyalah penat. Adibah sudah tidak sanggup lagi hidup begini. Disangkakan kalau berniaga boleh jadi kaya, rupanya tidak. Adibah sudah tidak tahan lagi dan sedar yang beliau harus belajar cara betul untuk menjalankan perniagaan.


Beliau mula mengenali dan jatuh cinta dengan RichWorks setelah menghadiri Program 10X Bina Bisnes Berjaya pada tahun 2020. Setelah tamat sahaja program, Adibah membuat keputusan untuk menyertai program pementoran SPIRE.


“Saya masuk SPIRE pada tahun 2020, bila kita masuk SPIRE, kita belajar sesuatu. Kita belajar macam mana nak buat perniagaan dengan betul. Masa part time tu, lepas habis kerja I duduk Starbucks, I akan follow apa guide yang telah diajar dalam SPIRE, follow one by one.”


Bergelut dengan kehidupan harian, tanpa waktu rehat yang cukup, Adibah tidak pernah mengalah. Beliau sentiasa cuba untuk buat yang terbaik. Beliau rasa kalau 3 bulan berada dalam SPIRE tiada perubahan yang berlaku, lebih baik berhenti sahaja jadi SPIRE.


“Bagilah masa 3 bulan, kalau tak ada perubahan, mungkin I akan keluar SPIRE. Tapi after 3 months I break my first RM500,000. That’s why I stay.”


3 bulan sahaja Adibah mengikuti pementoran SPIRE, jualan sudah mencecah RM500,000 yang pertama. Sedangkan sebelum itu, Adibah perlu memerah idea dan cara untuk mendapatkan RM30,000 sahaja yang belum tentu dapat.


Dalam masa 7 bulan sahaja, Adibah berjaya mencapai angka jualan sebanyak RM1,000,000. RM1,000,000 pertama yang dulunya disangka mustahil, berjaya dicapai setelah beliau tambah ilmu dan tingkatkan fokus.


“Dengan ilmu SPIRE tu saja, dari dulu punya susah nak dapat figure RM30,000 sebulan I boleh break my first RM1,000,000 within 7 months.”

THE RAW. KUASAI PASARAN


Dengan berada di SPIRE selama 7 bulan sahaja, Adibah mampu mencapai RM1,000,000 pertama. Dan perkara ini juga berlaku ketika beliau masih lagi seorang ahli farmasi di hospital kerajaan. Masih lagi bergelut antara dua pekerjaan. Perniagaan Adibah berkembang maju dengan sangat laju. Dalam masa yang singkat sahaja The Raw. sudah berada di Rangkaian Kedai Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan seperti AEON Wellness dan Guardian. Tetapi Adibah mengambil masa 2 tahun untuk membuat keputusan berhenti kerja sebagai ahli farmasi dan fokus 100% dalam perniagaan.


Walaupun beliau mempunyai minat yang mendalam dalam produk kecantikan dan perniagaan, tetapi Adibah sudah berada dalam dunia pekerjaan sebagai ahli farmasi selama 7 tahun. Jadi untuk membuat keputusan berhenti sebagai ahli farmasi bukanlah keputusan yang mudah.


Sekarang, Adibah sudah menamatkan kerjayanya sebagai ahli farmasi dan fokus 100% dalam perniagaan The Raw. kerana beliau percaya bahawa tujuannya bukan sahaja terhad untuk berkhidmat kepada pesakit di hospital, tetapi untuk membantu lebih ramai orang di luar sana dengan kepakaran beliau.


“I believe in education. Kalau tengok saya punya background pendidikan, saya mempunyai Degree in Pharmacy, dan mempunyai 2 tahun Master in Business Administration. Maksudnya saya sangat mencintai ilmu. Dan saya percaya usahawan akan ada wisdom dan kualiti lebih tinggi kalau dia ikut together dengan ilmu.”


“And then bila dah jadi pharmacist, I dah ada certification dan certificate I susah tau. Maksudnya 4 tahun I kena belajar, then 1 tahun I kena buat housemanship baru I dapat certification in pharmacy ni.”


“Then I ada 7 tahun pengalaman tapi apa yang buat I rela untuk sacrifice my career ni sebab I look at a perspective, kalau aku ni bekerja dalam hospital, aku boleh serve orang dalam hospital je. Tapi kalau I boleh gunakan ilmu pengetahuan bidang farmasi ini di dalam sesuatu, contoh I buat barang kosmetik yang sangat bagus, I bukan serve orang dalam hopital sahaja, the whole Malaysia. In fact the whole Asia Pacific. So dekat situ ia jadi beyond the boundaries.”

THE RAW.’S BREAKTHROUGH


Bermula tanpa jualan selama 3 bulan, nak capai RM30,000 pun sangat susah dan memeningkan kepala Adibah. Sekarang, jualan The Raw. sudah mencapai angka yang sangat tinggi iaitu lebih dari RM12,000,000. Melayakkan Adibah menjadi salah seorang The Gladiator RichWorks.


The Raw. juga berada di 59 cawangan AEON Wellness dan 400 cawangan Guardian di seluruh Malaysia. Menguatkan lagi penjenamaan dan kepercayaan masyarakat kepada produk kesihatan wajah, The Raw. menggunakan strategi pemasaran yang dipelajari.


Adibah juga merupakan salah seorang dari ahli Titan Circle Plus+ di RichWorks. Menjadikan Adibah seorang usahawan yang memberi inspirasi kepada usahawan lain.


THE RAW. & ADIBAH MAZLAN


Adibah yang mempunyai semangat luar biasa dan sikap yang tidak mudah mengalah, beliau bangkit dari kejatuhan hidup yang membuatkan beliau hampir mengalah dalam perniagaan. Semuanya bermula setelah beliau menyertai Program 10X Bina Bisnes Berjaya secara virtual di mana seorang lelaki menjual bantal juga boleh jadi jutawan.


Hari ini, Adibah merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks kerana jualan sudah mencecah jualan sebanyak RM16,800,000 pada tahun 2023. Beliau juga menjadi inspirasi ramai anak muda di luar sana untuk berani mengambil tindakan dan bersemangat untuk mencapai impian bukan dalam bidang kecantikan tetapi apa-apa sahaja yang diminati.

Artikel terbaru

Leave a Reply