Perjalanan Nor Baity, pengarah kepada Southern Crescent Sdn Bhd bermula dengan penubuhan syarikat pada 27 Januari 2016. Penubuhan syarikat alatan perubatan ini pada mulanya fokus kepada membeli dan menyewa mesin Misonix dan menjual barangan buangan kepada hospital.
Pada tahun yang sama, 3 rakan kongsi menyertai syarikat ini dengan bantuan 2 pegawai admin. Namun persetujuan ini tidak bertahan lama apabila perselisihan komunikasi berlaku menyebabkan masing-masing membawa kepada jalan yang berasingan.
Nor Baity, tetap dengan hala tuju dalam membangunkan bisnes, melihat peluang dalam meningkatkan pendapatan dalam pembelian mesin perubatan yang mempunyai fungsi berbeza. Sokongan keluarga yang memudahkan operasi harian mencetuskan pelancaran My Healthcare Shoppe, sebuah kedai yang asalnya bertujuan untuk menarik penduduk di Seremban.
Ketegasan Nor Baity dalam merealisasikan visi beliau memberi hasil jualan yang meningkat setiap tahun. Pada tahun 2023, beliau telah meraih hasil jualan sebanyak RM 2.4 Juta.
1.Siri ‘UnBoxMedik’ dan ‘Reaksi Doktor’
“Banyak info tentang alat perubatan di luar sana yang kelirukan orang ramai. Kita ambil pendekatan untuk ‘educate’ orang dan lahirkan masyarakat berilmu”
Meskipun sebuah syarikat korporat, ia tidak menghalang Southern Crescent dalam melahirkan budaya yang santai seperti yang ditunjukkan dalam platform Youtube mereka. Pada tahun 2019, Digital Marketing Executive bisnes ini telah menciptakan siri UnBox Medik dan Reaksi Doktor di Youtube yang bercakap tentang produk melibatkan perubatan dan reasi doktor-doktor terhadap video yang dimainkan.
Sebagai contoh, Southern Crescent menjemput 9 orang doktor-doktor pakar dalam video mereka bejudul “Reaksi Doktor | Cut Scene | Special Episode Melayu, Tamil, KDrama dan English” yang menunjukkan babak dalam sebuah drama melibatkan perubatan. Antara doktor yang dijemput adalah dari bidang obstetrik dan ginekologi, orthopaedic, forensik dan doktor perubatan biasa.
Dengan video-video menarik yang dihasilkan, orang ramai mengenali Southern Crescent yang menunjukkan pengetahuan luas mereka terhadap bidang perubatan. Kehadiran doktor-doktor ini juga menunjukkan kredibiliti bisnes kerana memberi pendapat tentang perkara sebenar yang memberi pencerahan tentang alat mesin yang digunapakai.
2.Penambahan produk mengikut trend
“Bidang perubatan ketika itu menjadi peluang yang luas kepada usahawan. Cuma kita lihat apa yang sesuai untuk dijual tanpa lari dari matlmat asal bisnes”
Sewaktu pandemik Covid-19 melanda, Southern Crescent juga terkesan dengan peraturan yang dikenakan oleh negara ketika itu. Mereka hanya mampu menyertai 1 program fizikal dalam pemasaran BloodSTOP IX iaitu di acara Coloproctology kepada pakar pembedahan.
Dengan penyelidikan yang dilakukan team untuk mengekalkan kekukuhan bisnes, Southern Crescent mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk berniaga alatan perubatan untuk membantu badan perubatan yang sangat memerlukannya ketika itu.
Walaupun hanya ‘Work From Home’, Southern Crescent berjaya menjual pelitup muka medikal, sanitizer, termometer dan sebagainya yang melonjakkan jualan sebanyak RM 1.38 Juta pada tahun 2020.
3.Pelbagai cara kukuhkan jualan
“Walaupun berjaya tempuhi pandemik, saya tidak duduk diam sebab tahu ramai masih terkesan. Saya cari lagi peluang untuk naikkan bisnes demi diri, keluarga dan team.”
Tahun 2021 menjadi tahun usahawan menyesuaikan diri selepas melalui fasa yang sukar pada tahun berikutnya. Tidak berhenti, Nor Baity terus mencari peluang menaikkan bisnes dengan menganjurkan DaruratSales secara Live dengan kehadiran doktor-doktor pakar.
Dengan alatan-alatan perubatan yang disediakan, bisnes ini menawarkan diskaun sehingga mencecah 90% menjadikan badan perubatan tertarik untuk mendapat bekalan alatan yang murah dan berkualiti.
Sambil menjual, Nor Baity memastikan latihan mingguan khusus kepada pegawai-pegawai jualan di Southern Crescent dilakukan agar bisnes tidak tersasar jauh selepas terkesan secara mental daripada pandemik covid-19. Beliau juga memecah tradisi dengan mengadakan pembelajaran medikal berterusan melalui Zoom bersama beberapa hospital termasuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hasil ualan pada tahun itu juga meraih sebanyak RM 1.98 Juta.
Biografi Nor Baity
Nor Baity, selepas tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tempat di MARA Junior Science College (MRSM). Jurusan sains merupakan minat beliau sehingga dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Pada tahun 2004, beliau menyambung lagi pelajaran di Universiti Malaya selama 3 tahun dalam jurusan Bachelor of Science (BSc) in Biohealth Science sehingga 2007. Habis sahaja belajar, beliau mencari pekerjaan yang sesuai dalam bidang sains.
Ditakdirkan, beliau bekerja dahulu sebagai underwriter di sebuah syarikat insurans terkemuka, Prudential Assurance Malaysia Berhad sebelum menjadi pegawai eksekutif jualan di B. Braun Group selama hampir 6 tahun.
Nor Baity yang tidak mahu ketinggalan dalam dunia pembelajaran sains membuat keputusan untuk bekerja sambil belajar. Pada tahun 2010, beliau mendapat pengiktirafan sebagai pelajar berjurusan Masters of Engineering di bidang Biomedical/Medical Engineering di Universiti Malaya.