SHAHNAZ HEALTHCARE INTERIORS SDN BHD (Nazrin Shahnaz Peer)

SHAHNAZ INTERIORS SDN BHD bukan syarikat rekabentuk dalaman yang biasa-biasa. Di Shahnaz Healthcare Interiors, mereka berusaha untuk mewujudkan persekitaran penyembuhan dan suasana yang menenangkan bagi pesakit dan kakitangan dalam industri kesihatan.

Mereka menggunakan rangkaian sumber reka bentuk dalaman yang luas serta menyediakan pilihan untuk semua gaya pilihan dan bajet. Bagi Shahnaz Healthcare Interiors, reka bentuk dalaman bukan hanya mengenai lukisan atau kemasan, tetapi untuk membantu orang mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dan dengan itu membantu pelanggan mereka membina perniagaan yang lebih kuat. Mereka menawarkan reka bentuk yang kreatif dan bernas, memberi pelanggan akses langsung ke reka bentuk dalaman profesional untuk persekitaran Penjagaan Kesihatan.

NAZRIN : SUATU MASA DAHULU

Nazrin Shahnaz Peer Mohamed ataupun Nazrin dilahirkan dalam keluarga yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Nazrin sudah terbiasa dengan dunia perniagaan kerana sebelum ini keluarganya mengusahakan perniagaan pengiklanan, percetakan dan pengurusan majlis.

Disebabkan itu, selepas beliau tamat persekolahan. Nazrin menyambung pelajaran dalam bidang pengiklanan di peringkat Sarjana Muda di Limkokwing University of Creative Technology dari tahun 2009 hingga 2012.

Tidak berhenti di situ, pada tahun 2014 Nazrin menyambung pelajaran dalam Master’s Degree in Business Management di University of Sussex.

“Dari kecil lagi saya sudah dididik bahawa business is the way to go. Infact, saya juga melakukan latihan industri di syarikat keluarga sendiri dahulu.”


“Business ni merupakan family business, started 2010, dan saya masuk untuk manage company ini selepas saya tamatkan master degree. Sejak 2015 to 2019, kami mencari winning edge, finally kami jumpa bila kami jadi specialised in healthcare interiors.”


SHAHNAZ INTERIOR


Kebiasaannya jika kita mempunyai perniagaan keluarga, sudah tentu kita akan menyambung sahaja legasi itu sehingga ke anak cucu. Namun, lain pula buat Nazrin. Sewaktu Nazrin masih lagi menuntut pelajaran di Limkokwing, beliau sudah menubuhkan syarikat reka bentuk dalaman sendiri iaitu Shahnaz Interior pada tahun 2010.

Pada awalnya, syarikat Nazrin membuat rekaan dalaman untuk semua jenis sektor termasuklah rumah kediaman, pejabat korporat dan pengilangan. Dalam waktu yang sama, Shahnaz juga terlibat dalam perniagaan keluarga. Menguruskan 2 perniagaan yang berlainan industri bukan sesuatu yang mudah.

“Business interiors we started sebab ada demands. Kami started this company in Kedah, doing residential, corporate and government, lebih kurang building ourselves slowly.”


DILEMMA


Pada tahun 2019, syarikat Nazrin merupakan salah satu syarikat yang bertanding untuk mendapatkan tender menguruskan projek rekaan dalam sebuah hospital terkemuka di Malaysia. Berkat usaha Nazrin dan team Shahnaz Interiors, mereka berjaya memenangi tender tersebut.

“Pada 2019, syarikat kami telah berjaya memenangi tender untuk projek hospital KPJ di Manjong, Perak. Itulah introduction pertama kami pada rekaan hospital.”

“Saya terus jatuh cinta dengannya. Di situlah saya jumpa passion dan purpose saya dalam kerjaya. Mulai saat itu saya bertekad untuk mendalaminya dengan lebih lagi. Di situlah bermula segala-galanya.”

“That was one of the first million ringgit project. Pengalaman itu memberi impak yang besar pada saya sebab saya rasa mcm memberi impak dalam industri. It was more than just nak cantikkan satu -satu kawasan, but also functional. Kami juga belajar how to handle big projects, dari segi management, paperwork, and coordination on site.”

Sejak daripada itu, Nazrin nampak potensi yang ada jika beliau hanya fokus pada satu niche sahaja. Ianya akan membuatkan syarikat beliau menjadi pakar kepada rekaan dalaman untuk pusat kesihatan. Jadi beliau dan rakan kongsi yang lain mengambil keputusan untuk fokus pada pusat kesihatan sahaja. Namun, beliau menghadapi cabaran pada awalnya dari segi kepercayaan. Perkara ini membuatkan mereka sukar untuk masuk dalam pasaran.

“First sekali isu trust, bila kita enter market, orang tak percaya kita lagi. So kita ambil masa untuk build trust and dalam masa yang sama kita lebih mendalami bidang healthcare interiors.”

Perniagaan keluarga Nazrin dalam bidang pengiklanan terkesan kerana kemerosotan ekonomi. Perkara ini membuat Nazrin berada dalam situasi yang sukar untuk melakukan keputusan apatah lagi bila tersepit di antara dua pilihan dalam hidup.

“Cabaran at that time adalah dari segi masa. Tak boleh fokus. Saya jadi cepat burnout, dan resources wasted.”

Semasa Nazrin bergelut dalam dilema tersebut, salah seorang rakan terdekat mengajak beliau untuk menghadirkan diri ke program anjuran RichWorks.

“Langkah saya bermula apabila diajak oleh rakan untuk turut serta bersama pada Waktu itu saya fikir saya mesti kena join. Di situ saya belajar banyak aspek yang saya tidak perasan dalam diri ini.”

Saya telah mengambil langkah untuk menghadiri kelas Millionaire Marketing Mastery (MMM). Salah satu perkara yang saya belajar di situ adalah penyelesaian kepada dilema saya. Kalau kita ada beberapa syarikat dan terpaksa memilih salah satunya, lihatlah kepada keadaan syarikat tersebut dalam masa lima tahun akan datang.”

FOKUS PADA SATU BISNES

Setelah menghadiri program Millionaire Marketing Mastery (MMM), akhirnya beliau memilih untuk fokus pada satu perniagaan sahaja iaitu Shahnaz Interiors.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan dengan syarikat rekaan dalaman. Saya nak buat ‘Shahnaz Interiors’ sahaja. Oleh itu seluruh ahli keluarga kami harus beralih arah terus kepada syarikat saya overnight.”


“Percanggahan pendapat itu memang wujud dan kita semua memikirkan adakah syarikat ini dapat bertahan lama. la juga mempunyai cabaran yang berbeza terutama sekali apabila kita mengusahakan perniagaan dengan ibu kita sendiri.”


“Kadangkala hubungan itu sebagai emak dan anak, kadang-kadang sebagai rakan kongsi pula. Apa-apapun yang penting kita haruslah sentiasa sabar dan bertindak profesional dalam setiap situasi yang dihadapi bersama.”

“Lepas itu saya terus daftar untuk kelas seterusnya iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Memang rasa tak mahu tinggallah. Saya ambil kelas step by step kerana belum bersedia dan mahu belajar satu per satu.”

PROJEK TERTUNGGAK, BAYARAN DAPAT LAMBAT

Seperti perniagaan lain, Shahnaz Healthcare Interiors juga terjejas apabila dunia dilanda pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan jangka masa projek dipanjangkan, bayaran pula lewat menyebabkan perniagaan Nazrin mengalami isu kewangan.


“Kemudian terjadinya Covid, tapi kami ada beberapa projects yang perlu dilakukan, waktu tu, cash reserve terpaksa stretch. Projek time extended, payment dapat lambat, tapi overhead bayar on time. Most projek adalah amaun yang besar, jadi, kita pernah ada isu kewangan apabila ada projek yang tertunggak payment selama 1 tahun.”

“Namun, setiap situasi itu sebenarnya dapat membantu kita untuk game lebih besar. Kami mula mendapatkan khidmat ‘legal’ untuk mengatasi masalah ini dan juga membantu mitigate any risks akan datang.”

BAGAIMANA ORANG LAIN BOLEH BERJAYA?

Dengan menghadiri program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), Nazrin sedar bahawa beliau sebenarnya memerlukan seorang MenThor perniagaan untuk terus berjaya ke tahap yang lebih tinggi.

“Dari situ dapat lihat saya tidak boleh nak pergi jauh jika tiada mentor yang membimbing. Sebelum ini, saya selalu tertanya bagaimana orang lain boleh berjaya. Kemudian saya ada terbaca artikel yang kita perlu ada mentor untuk mencapainya.”

“Bila saya menghadiri program atau seminar yang dianjurkan, saya dapat lihat role itu memang wujud dan insan tersebut merupakan daripada kalangan bangsa kita sendiri. Rugi jika saya melepaskan peluang begitu sahaja.”

“Di IMKK, saya dapat belajar untuk membaiki diri sendiri dahulu. Apa yang Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ajar adalah perkara general tapi boleh diaplikasikan oleh semua. Beliau seperti compressed segala ilmu dan seolah-olah kita membaca 12 buah buku ketika menuntut ilmu daripadanya.”

“Bukan sekadar majikan, saya juga belajar untuk mengembangkan lagi potensi staf-staf dan bawa mereka ke atas untuk mengecap pelbagai kejayaan dalam hidup.”


“Saya belajar self-realization about how far I can grow, then saya belajar selfleadership supaya saya belajar how to be a good leader dahulu, baru saya boleh develop team dan senior teams. Saya juga dapat expands my mind on cari opportunity available. Growth saya dapat bukan hanya dalam business, tapi juga secara personal dan juga spiritual.”

“Kalau orang lain mungkin tidak akan ajar sebegitu. Hati saya juga terdetik untuk melihat bagaimana ahli Titanium berjaya mencapai RM1,000,000 jualan walaupun pada awalnya hanya bermula di pasar tani sahaja. Mereka memang inovatif dan kreatif. Jika mereka boleh melakukannya mengapa tidak saya, bukan?”

SHAHNAZ HEALTHCARE INTERIORS’S BREAKTHROUGH

Setelah berada dalam bimbingan RichWorks, banyak perkara yang Nazrin belajar terutamanya dari segi pemasaran dimana mereka membuat penjenamaan semula pada Shahnaz Interiors kepada Shahnaz Healthcare Interiors.


“Keunikan dalam market adalah saya specialized dalam healthcare industry. Saya ada ‘Know How’ yang saya acquired dari projek-projek yang membuatkan client lega bila Shahnaz handle projek hospital mereka.”

“Dari segi marketing, kami rebrand ourselves as Shahnaz Healthcare Interiors, yang membuatkan client ada instant trust to our brand. Kami positioned ourselves as corporate atau ID specialist dalam semua media. Kami juga masuk events, and give talks and seminars dalam Healthcare Interiors. Dengan itu, kami jadi point of reference especially kalau melibatkan Healthcare Interiors untuk hospital government mahupun swasta.”

Dengan kejayaan yang dimiliki Nazrin pada hari ini, beliau tidak pernah lupa dengan waktu susah yang dialami beliau dahulu. Pengalaman tersebut membantu Nazrin untuk terus maju dan besarkan lagi empayar Shahnaz Healthcare Interior ke tahap yang lebih baik.


“Saya tak dapat menjana pendapatan langsung dulu. Saya terpaksa travel dari Perak ke KL setiap hari untuk berjumpa dan tengok peluang yang ada. Ada masa tiada duit nak makan, cukup cukup untuk travel saja.”

Sekarang, Nazrin sudah mencipta nama dalam industri reka bentuk dalaman. Beliau mendapat jemputan untuk berucap di seminar dan persidangan antarabangsa di Malaysia mahupun di luar negara. Nazrin juga mendapat pengiktirafan dari Nona sebagai Best Healthcare Designer. Selain itu beliau juga pernah mendapat liputan di TV3, TV7, TV9, The Malaysian Reserve, Buletin FM, Business FM, dan rancangan NONA TV3.

NAZRIN DAN SHAHNAZ HEALTHCARE INTERIORS

Walaupun Nazrin dibesarkan dalam keluarga yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, beliau tidak pernah mengabaikan minat dan cita-cita beliau dalam reka bentuk dalaman. Impian beliau adalah untuk menjadi preferred ID design dan
kontraktor binaan.


Berkat dari kerja keras team Shahnaz Healthcare Interior membuahkan hasil. Mereka telah menyelesaikan 25 projek setakat ini, dari perundingan hingga reka bentuk dan pembinaan. Pada awalnya tidak mudah tetapi dengan tekun dan dedikasi, Shahnaz Healthcare Interior berjaya sampai ke tahap mereka sekarang. Tambahan pula, nama Shahnaz Healthcare Interior kini ada dalam senarai Ai Google Bard.

Artikel terbaru

Leave a Reply