Kepakaran Sedingin Embun Sdn. Bhd melibatkan penyelidikan, pembangunan dan perkhidmatan ujian makmal diagnostik yang tidak terhad kepada bidang Veterinar dan Alam Sekitar. Bisnes ini ditubuhkan pada 7 Februari 2018 di Dengkil, Selangor yang diuruskan oleh Dr. Fauziah Tukiran.
Syarikat ini merupakan sole distributor di Malaysia kepada kit ujian diagnostic, Innovative Diagnostics (IDvet) yang berasal dari Perancis dan mesin POCKIT yang menggunakan teknologi asid nukleik dari Taiwan. IDVet dan POCKIT merupakan inovasi pengesanan penyakit berteknologi terkini yang boleh menghasilkan Keputusan ujian yang cepat, tepat dan murah. Bisnes ini telah menguasai pasaran dalam pengesanan penyakit berjangkit bagi ternakan dan haiwan peliharaan yang digunakan secara meluas dalam bidang diagnostik veterinary.
Selain daripada itu, Sedingin Embun Sdn Bhd memberi perkhidmatan makmal veterinar yang berkualiti kepada ladang-ladang ternakan di seluruh Malaysia. Bisnes perkhidmatan makmal ini diperakui dengan pensijilan ISO 17025 dari Jabatan Standard Malaysia (DSM).
Dalam perjalanan misi mereka untuk menyediakan kit diagnostic yang mesra pengguna, Sedingin Embun telah meraih hasil jualan sebanyak hampir RM 5 Juta.
1. Sebagai ‘Sole distributor’
“Cara terbaik untuk saya kuasai pasaran Malaysia ialah mencari produk berteknologi terkini yang belum ada saingan dan kita boleh mengawal stok di pasaran. Ini membolehkan kita membina dan mencipta imej jenama yang lebih kukuh. Ini peluang besar!”
IDVet dan POCKIT, adalah kit diagnostik yang terkenal telah dieksport ke seluruh dunia, membuktikan keberkesanan produk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Menjadi sole distributor di Malaysia kepada IDVet dan POCKIT merupakan strategi Dr. Fauziah untuk memberi kelebihan yang besar kepada Sedingin Embun. Sebagai satu-satunya pengedar IDVet dan POCKIT, bisnes beliau dapat mengawal inventori tanpa perlu risau akan kekurangan stok yang boleh menjejaskan reputasi bisnes.
Kedudukan sebagai sole distributor ini juga membuka peluang untuk Dr. Fauziah menetapkan harga dengan lebih fleksibel. Ini membenarkan penyesuaian harga mengikut keadaan pasaran tempatan yang memenuhi keperluan pelanggan.
Sebagai pengedar tunggal untuk kit diagnostic IDVet dan POCKIT di Malaysia, Sedingin Embun dapat mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pembekal luar negara khususnya di Perancis dan Taiwan. Pada jangka masa, ini telah membuka pintu kepada peluang kerjasama strategik dan penambahbaikan berterusan terhadap produk. Kelebihan yang ada memberikan bisnes ini keupayaan untuk memperkenalkan inovasi yang dilakukan kepada produk ke pasaran tempatan dengan lebih pantas.
2. Proficiency Testing
Sebagai sebuah bisnes yang melibatkan ujian diagnostik dan penyelidikan, ujian kecekapan sangat bernilai kerana ia mengukur ketepatan produk yang dikeluarkan. Ini juga memastikan pelanggan percaya dengan produk yang terbukti berkesan.
Pada tahun 2021 sahaja, mereka telah menerima 3 helai sijil untuk ujian berbeza dengan keputusan memuaskan dalam ‘Proficiency Testing’ yang diambil. Sebagai contoh, penyertaan mereka dalam ujian kecekapan antibodi ILT International 2021yang memberikan keputusan memuaskan. Pada tahun 2022 hingga 2023 pula, Sedingin Embun menerima 13 helai sijil yang menunjukkan keputusan memuaskan dalam setiap ujian.
Ini menunjukkan kredibiliti Sedingin Embun yang mengeluarkan produk berkualiti. Bagi pembeli yang mencari kit diagnostik haiwan, mereka tidak teragak-agak untuk membuat pemborongan dari bisnes ini, melihatkan nilai bisnes yang mementingkan pembaikan berterusan.
Ujian kecekapan dalam bisnes ini, menjadi aspek kritikal dalam mengekalkan standard kualiti bisnes kit diagnostik haiwan. Ia membantu bisnes untuk terus berada di hadapan dalam industri, memastikan kesejahteraan haiwan, serta membina reputasi sebagai pembekal yang boleh dipercayai.
3. Pendidikan Berterusan
Sedingin Embun sentiasa komited untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan sistem biosekuriti ladang ternakan yang baik, amalan pengurusan pencegahan dan kawalan penyakit yang berkesan dalam industri ternakan di seluruh Malaysia. Dengan ini kita dapat membantu pelanggan untuk mengekalkan kesihatan ternakan seterusnya membawa kepada peningkatan produktiviti ladang ternakan dan akhirnya menyokong serta menyumbang dalam pengukuhan keselamatan dan keterjaminan makanan negara.
Antara inisiatif yang dijalankan adalah kempen kesedaran melalui seminar secara bersemuka atau atas talian. Program pertama dijalankan di Hotel PULLMAN, Kuala Lumpur yang disertai oleh 60 orang peserta termasuk doctor veterinar, pengurus dan supervisor ladang. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan sistem biosekuriti ladang ternakan yang baik, amalan pengurusan pencegahan dan kawalan penyakit yang berkesan dalam industri ternakan di seluruh Malaysia. Program seperti ini terus dijalankan beberapa kali dan terkini seramai 150 orang peserta telah hadir. Selain daripada itu, seminar pada kelompok yang kecil juga dijalankan secara berterusan di ladang-ladang ternakan.
Seminar yang berterusan secara bersemuka dan atas talian memberi impak kepada peningkatan yang bukan Sahaja melibatkan penjualan IDVet dan POCKIT Dianogstik kit di dalam negara malah ia juga memperkukuhkan penjanamaan bisnes Sedingin Embun secara tidak langsung.
Market share IDVet dan POCKIT terus meningkat semenjak ia dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2018 dan terkini mencapai 46% bagi ladang-ladang ayam di Malaysia pada tahun 2023. Kini bisnes ini mula berkembang kepada jenis ternakan yang lain seperti lembu, kambing, babi, itik dan haiwan kesayangan (anjing dan kucing).
Biografi Dr. Fauziah Tukiran
Perjalanan hidup Dr. Fauziah sebelum menjadi seorang usahawan banyak berkait dengan awal pendidikan beliau selepas tamatnya zaman persekolahan. Beliau mendapat tempat di Universiti Putra Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang veterinar.
Sejak itu, beliau telah berkecimpung selama lebih 20 tahun bekerja sebagai doktor veterinar yang banyak melakukan diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit haiwan.
Dengan kemahiran mendalam dalam bidang veterinar, Dr. Fauziah memutuskan untuk melangkah lebih jauh dengan memulakan bisnes sendiri. Kepakaran yang dimiliki membenarkan beliau mengenalpasti peluang-peluang untuk memberi perkhidmatan veterinar yang lebih spesifik sehingga memenuhi keperluan pasaran yang khusus.