SALLEH FOOD INDUSTRIES (Mohd Fauzie)

SALLEH FOOD INDUSTRIES adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan snek makanan harian yang menjadi kegemaran ramai. Mereka menjalankan operasi secara hybrid iaitu jualan secara online dan offline.


Salleh Food sudah beroperasi sejak tahun 1988 lebih kurang 35 tahun oleh Salleh, ayah kepada Mohd Fauzie yang menguruskan syarikat ini sepenuhnya sekarang. Snek yang dihasilkan mampu membuatkan hari-hari pelanggan mereka seperti Hari Raya.

FAUZIE : SUATU MASA DAHULU


Mohd Fauzie Kosnee atau Fauzie merupakan seorang konsultan jurutera dalam bidang Electrical & Mechanical (M&E). Beliau mula bekerja pada tahun 2012 sehingga 2015 di salah sebuah syarikat konsultan di Johor Bharu City Square.


“Semasa bekerja saya juga kerap membuat Perniagaan secara part time di mana saya juga pernah melukis pelan bangunan (EE). Selain itu saya juga seorang IT bahagian baiki peralatan dan perisian komputer. Saya juga merupakan seorang landlord.”


Fauzie mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang iaitu Bachelor of Engineering Electrical (Power) with Hons Second Class Upper dan Diploma Engineering Electrical with Education, di mana beliau tersenarai sebagai pelajar dekan sebanyak dua kali.


Sebenarnya, Fauzie dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri. Namun, Fauzie sangat berminat dengan industri kejuruteraan dibanding dengan perniagaan dan disebabkan itulah beliau menyambung pelajaran dalam bidang elektrikal dan mekanikal.


“Saya memang lahir dalam keluarga bisnes, di mana saya masih ingat waktu kecil saya berumur 3 tahun, saya sudah banyak ikut untuk pergi ke tempat kerja selain mengikut pakcik pergi hantar barang pada customer.”


“Sebenarnya di situ dah terdidik sifat bisnes saya yang mana waktu sekolah rendah, saya juga sudah perlahan-lahan berjinak dalam bisnes dengan menjual kad-kad di waktu zaman sekolah rendah.”


“Kemudian di sekolah menengah saya juga dah mula menjual kerepek yang pack besar kami kongsikan pada kawan-kawan untuk dijual di dalam asrama.”


Perniagaan dan Fauzie tidak dapat dipisahkan kerana di zaman universiti juga beliau menjalankan perniagaan seperti format dan perbaiki komputer riba, menjual aksesori komputer dan pelbagai lagi.


“Juga setiap hujung weekend puasa, saya akan balik kampung untuk membantu family menguruskan sedikit perniagaan pada waktu kemuncak Aidilfitri. Namun realiti sebenarnya family saya tak nampak pun bisnes ni nak ke mana.”


“In fact, ibu saya memang mengharapkan saya menjadi seorang pendidik atau pensyarah yang bekerja di kerajaan seperti orang lain.”

WARISAN AYAH


Fauzie sudah selesa dengan kerjayanya sebagai seorang jurutera dan ingin meneruskan cita-cita beliau menjadi seorang jurutera profesional (PE@IR). Tetapi semua itu berubah setelah beliau mendapat berita bahawa ayahnya, Hj Salleh mengharapkannya untuk menguruskan syarikat sewaktu itu.


“Ayah saya kata, kalau tak ada yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ni! Perkara itu yang menusuk dalam diri saya, memandangkan pendapatan kami sekeluarga memang bergantung harap dengan bisnes ini sejak dari ayah berhenti bekerja dulu.”


“Kami ada dua adik-beradik lelaki. Anak lelaki pertama keluarga iaitu abang saya adalah seorang doktor jadi nampak dari segi kelayakan akademik, saya kuranglah bijak sikit daripada abang sulung. Disebabkan itu saya mula terpanggil untuk turun mengalah dalam menguruskan bisnes keluarga ini. Disitu lah takdirnya bermula perjalanan saya dalam menguruskan bisnes Salleh Food ini.”


Tetapi beliau mendapat tentangan daripada isteri beliau. Isteri Fauzie sangat tidak gembira dengan keputusannya itu, memandangkan beliau sudah ada kerja yang agak stabil termasuk juga cuti yang teratur. Lama-kelamaan isteri Fauzie menerima juga keputusannya.


LOMPONG-LOMPONG KERUGIAN


Sesetengah orang akan nampak mudah untuk menguruskan perniagaan yang sudah pun membuat jualan jutaan ringgit. Namun realitinya sangat berbeza bagi Fauzie. Sepanjang permulaan beliau menguruskan perniagaan Salleh Food, keluarga beliau kerap dimaklumkan bahawa sepanjang ibu dan ayah uruskan perniagaan ini mereka tidak nampak duit di tangan.


“Di situ saya mula tergerak untuk mengaudit setiap transaksi syarikat. Dan alangkah terkejutnya terlalu banyak sangat lompong-lompong kerugian yang berlaku, seperti customer ambil barang tidak bayar kalau dikumpulkan lebih daripada RM100,000.”


“Kerana ini adalah warisan daripada keluarga, dan jujur pada permulaan mengurus bisnes dalam industri ini, saya sangat tertekan dan keep bertanya kenapa industri makanan ini jual terlalu murah dan marginnya sangat rendah?”


“Tetapi sebenarnya saya silap, kerana saya tak ada ilmu untuk menguruskan kos,margin, harga dan kenal pasaran dengan baik. Saya ingat yang industri snek makanan ini memang dah sampai tahap maksimum di sini.”


Dan perkara yang paling teruk adalah tahun 2016, Fauzi baru mengetahui bahawa syarikat terlebih bayar pada pembekal import mereka sebanyak lebih RM600,000. dan pembekal tidak mahu memulangkannya. Pada tahun yang sama, pelaksanaan sistem GST diadakan. Jadi, jualan syarikat semakin merosot dan berada dalam keadaan defisit. Ditambah pula dengan kekurangan pendapatan peribadi.

“Challenge ini bersambung dengan tahun berikutnya (2017) di mana syarikat kami telah mendapat lawatan audit daripada pihak LHDN, dan mereka mendakwa ada salah lapor nilai pendapatan dan kami didenda lebih daripada RM800,000 kerana kecuaian akauntan kami.”


“Syarikat menghadapi ujian yang berterusan. Bayangkan saya baru sahaja ambil alih syarikat, Namun Allah itu Maha Pemurah. Saya sangat bersyukur. Allah S.W.T banyak bantu kami untuk selesaikan satu per satu ujian yang melanda syarikat yang mana kami berjaya mengawal dengan menstabilkan jualan dan kos syarikat untuk terus bertahan sehingga sekarang.”


SKIM PELABURAN CEPAT KAYA


Lebih menyakitkan, disebabkan ingin mencari kesenangan yang cepat tanpa berusaha, Fauzie terjebak dengan menyertai Skim Pelaburan Cepat Kaya di mana beliau habiskan hampir RM100,000 dari duit simpanan beliau.


“Disebabkan saya rasa bijak sebab ada Bachelor berbanding dengan Director yang lain dalam keluarga, saya banyak habiskan duit simpanan saya untuk join Skim Pelaburan Cepat Kaya. Saya kata mereka semua tak faham akan konsep pelaburan masa kini yang telah menjerat diri saya.”


“Dari situ saya malu kerana sepatutnya saya menolong untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga namun terpaksa meminjam untuk meneruskan hidup keluarga saya.”


Pada suatu hari, Fauzie terdengar kawan-kawan ayah memberitahu bahawa biasanya bila serah urusan perniagaan pada anak-anak, semuanya akan habis digadaikan. Sejak dari itu, Fauzie nekad untuk buktikan bahawa beliau bukan seperti dahulu. Kata-kata itu menjadi burning desire beliau untuk buktikan diri Fauzie ini bukan sekadar orang-orang biasa yang mereka jumpa, beliau adalah orang luar biasa yang akan memajukan syarikat ini dan dalam masa sama membantu masyarakat lain.


“Sebenarnya pendapatan saya dan isteri sangat terjejas. Gaji yang kami dapat lebih rendah berbanding dengan kerjaya saya sebelum ini. Kami banyak buat kerja part time seperti menjual susu kambing, jual peralatan bayi dan banyak lagi. Apabila kami mendapat anak pertama, kehidupan saya sangat challenging.”


“Kami sekeluarga kekurangan pendapatan dan dalam masa sama, saya perlu uruskan urusan syarikat keluarga yang sedang dalam keadaan parah. Semasa itu syarikat telah kerugian beberapa ratus ribu dan dalam masa sama saya juga tidak cukup pendapatan keluarga sendiri. Kami sangat berjimat dalam berbelanja dan ada ketika agak mendapat sindiran daripada ahli keluarga sendiri dan kawan-kawan. Di masa itu diri saya sangat stres, sedih dan hati saya sangat berbolak-balik untuk keputusan yang saya dah buat untuk menguruskan bisnes ini dan hanya Allah sahaja yang tahu.”

STICKER KERETA AZIZAN OSMAN


Cabaran Fauzie yang paling besar adalah apabila beliau dan isteri seperti pekerja di dalam syarikat manakala pekerja mereka pula sudah seperti majikan. Fauzie tidak tahu untuk merekrut pekerja yang betul dan layak untuk menguruskan syarikat. Dalam masa sama juga Fauzie menjadi akauntan di syarikatnya sendiri kerana beliau percaya tidak ada orang luar atau pekerja yang boleh menguruskan kos-kos syarikat melainkan pengasas itu sendiri.


“Jadi kami juga tidak ada team untuk drive more sales untuk peningkatan syarikat dan dalam masa sama keep cut the budget. Saya tak nampak lagi ruang untuk grow factor syarikat dan pada saya inilah ultimate of the bisnes dalam snek makanan.”


Sejak dari itulah Fauzie dipertemukan dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Menariknya, Fauzie pertama kali mengetahui tentang kewujudan Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah pada sticker kereta abang ipar beliau.


“Kemudian bila saya nampak kali kedua, semasa itu di kereta rakan usahawan dari jabatan pertanian Batu Pahat, saya terus tanya. Ini siapa dan kelas apa? Di situlah saya mula mencari kelas terdekat yang mana pada ketika itu di Roadshow WaterFront Johor hujung tahun 2015.”


“Kemudian saya join Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 2016, 2017, 2018 Finale dan Nak Ubah Hidup (NUH) 2019. Tapi saya tak berkesempatan join kelas Millionaire Marketing Mastery.”


“Tapi Syukur pada NUH 2019, saya agak stuck dan cuba-cuba join kelas MMM dengan duit personal saya memandangkan family memang tidak setuju dengan pakej yuran. Tapi Alhamdulillah dari kelas MMM tu trigger saya untuk sambung di SPIRE, dan content dalam MMM tu yang membuatkan otak saya terasa, ini adalah sesuatu ilmu baru yang saya tak pernah jumpa walaupun dah join terlalu banyak Program Agensi sebelum itu. Dan sekarang continue di Titanium.”


SALLEH FOOD INDUSTRIES


Permulaan Salleh Food Industries dengan ilmu baharu adalah apabila Fauzie membetulkan mindset beliau bahawa perniagaan ini bukan sekadar untuk diri saya. Itu yang sangat-sangat membantu menjadikan beliau seorang yang berbeza dengan Fauzie yang dahulu. Fauzie juga meletakkan 100% fokus pada perniagaan.


“Ini juga point yang sangat berguna, memandangkan saya memang ada terlalu banyak bisnes dalam bisnes, menyebabkan bisnes utama saya tidak maksimum. Teknik database juga penting, itu adalah core bisnes kami yang mana kami tidak pernah pun collect data customer sebelum ini untuk tujuan retarget.”


Fauzie juga sudah mula membawa Salleh Food Industries di pasaran online. Sebelum ini beliau sangat selesa dengan perniagaan secara offline sahaja dan tidak mahu mengikut aliran masa. Namun, setelah dunia dilanda Covid-19, beliau beralih kepada online atas nasihat MenThor.


“Push daripada MenThor menyebabkan kami berjaya breakthrough ke dunia online dengan lebih berjaya. Leadership Skill, ini ilmu yang sangat mahal untuk saya menarik team dan family untuk bekerjasama dalam membangunkan bisnes Salleh Food ini.”


“Kami menjalankan operasi secara hybrid (Online & Offline). Dalam masa sekarang , fokus operasi kami adalah di bidang E-Commerce iaitu di Platform Facebook, TikTok, Shopee, Lazada, Wow Shop & Internal Webstore. Untuk Offline, kami mempunyai beberapa pemborong di seluruh Malaysia, selain menempatkan beberapa SKU di hypermarket seperti Lotus dan Petronas. Kami juga mempunyai 2 outlet yang terletak di kawasan Batu Pahat, Johor.”

SALLEH FOOD’S BREAKTHROUGH


Setelah dibimbing oleh RichWorks dan didikan dari Titan Circle yang positif, Fauzie yang dulunya tidak menghormati masa, sudah lebih disiplin. Menurut Fauzie, berada dalam Titan Circle sangat memberi impak kepada diri beliau kerana mereka membuat Fauzie lebih bertenaga dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan perniagaan.


“InsyaAllah setiap pagi saya jarang tak join kelas Ratib pada jam 6.30 pagi itu melainkan ada perkara emergency atau travel ke kawasan yang tidak ada line phone. Datuk Wira selalu tekankan yang kita ini adalah cermin kepada anak buah kita, kalau kita lewat, team kita akan 10 kali lebih lewat.”


“Di situ saya cuba push untuk buat jadual, kemudian next cuba konsisten ikut jadual dan jika perlu saya akan buat adjustment mengikut program RichWorks. Terlalu banyak program yang mana kalau kita tidak betul-betul menguruskan masa atau jadual pasti kita akan menyesal.”


Fauzie sekarang lebih fokus untuk menaikkan branding syarikat. Team Salleh Food akan menghasilkan kandungan yang menarik di platform online dan pada masa yang sama memberi value kepada orang ramai.


“Strategi ini banyak membantu saya untuk memudahkan lagi kami lebih dikenali. Selain itu adalah fokus pada bisnes model yang betul. Dalam kes saya bisnes model banyak membantu saya untuk memudahkan operasi team dan pelanggan.”


“Secara jujur, terlalu banyak perkara yang saya belajar terutama tentang pengurusan hal dunia dan akhirat. Saya memang berimpian untuk menjadi manusia yang bukan sekadar berjaya dunia malah berjaya di akhirat.”


FAUZIE DAN SALLEH FOOD


Mengambil alih perniagaan keluarga yang sudah mencapai angka jualan jutaan ringgit bukanlah semudah yang disangka. Samada perniagaan akan terus maju atau dalam sekelip mata boleh hancur begitu sahaja. Namun, Fauzie berjaya membawa Salleh Food Industries ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi jenama snek makanan pilihan ramai.


Sekarang Salleh Food Industries ada lebih 60 orang pekerja berbanding dulu iaitu 15 orang. Setiap jabatan mempunyai seorang Leader yang akan mengerjakannya dengan baik. Hari ini, Fauzie merupakan Gladiator RichWorks dengan angka jualan sebanyak RM15,000,000 setahun.

Artikel terbaru

Leave a Reply