Restoran Colek Bini, yang diasaskan oleh Siti Zubaidah Binti Mohd Noor, menonjol sebagai destinasi makanan yang unik di Kelantan. Restoran ini menggabungkan cita rasa Thai dan Melayu melalui hidangan colek talam yang merangkumi pelbagai menu, termasuk hidangan barat dan makanan laut. Restoran Colek Bini ini bermula apabila Siti Zubaidah ingin menambah pendapatan pada tahun 2014.
Kini, restoran ini bukan sahaja membangkitkan citarasa pelanggan di Kota Bharu, tetapi juga memperluas sayapnya ke Machang, menjadikannya restoran colek terbesar di Kelantan. Restoran ini menawarkan pelbagai set-menu yang disesuaikan dengan citarasa pelanggan. Kejayaan Restoran Colek Bini terbukti dengan wujudnya dua cawangan di dua lokasi strategik, membuktikan populariti dan penerimaan masyarakat terhadap konsep makanan yang unik dan beraneka rasa yang ditawarkan oleh restoran ini.
1.Penggunaan Linktree
Linktree sebagai platform yang membolehkan usahawan untuk mencipta satu pautan khusus mengandungi pelbagai pautan untuk menuju ke laman web atau halaman sosial media yang diingini.
Bukan itu sahaja, usahawan atau sebuah bisnes juga dapat melihat statistik mengenai klik pada setiap pautan, memberikan pemahaman yang lebih baik tentang keberkesanan setiap pautan dan membolehkan penyesuaian strategi pemasaran. Ia memberi gambaran jelas tentang media sosial atau laman web mana yang paling banyak diklik oleh pelanggan membolehkan mereka untuk mengambil langkah pemasaran yang seterusnya.
Penggunaan Linktree juga adalah penting bagi perniagaan restoran makanan kerana ia menyediakan satu pautan pusat yang memudahkan pelanggan untuk mengakses pelbagai maklumat dan pautan penting. Restoran boleh menggabungkan menu, tempahan meja, ulasan pelanggan, dan pautan sosial media dalam satu pautan yang mudah diakses. Seperti yang dilakukan oleh Siti Zubaidah untuk restoran beliau, pelanggan boleh membuka pautan yang dicipta dan boleh membuat melihat menu dan membuat tempahan pada tarikh dan masa yang diingini. Pelanggan juga boleh ke halaman Facebook atau Telegram Restoran Colek Bini untuk mengetahui lebih lagi tentang makanan apa yang ditawarkan di restoran tersebut.
2.Kepelbagaian konten
Mewujudkan pelbagai jenis konten di media sosial membolehkan penyampaian mesej yang bermacam jenis dan menarik, menjangkau pelbagai audiens, dan meningkatkan interaksi pengguna. Pelbagai konten termasuk gambar, video, artikel, dan pengumuman membolehkan perniagaan menjalankan strategi pemasaran yang lebih luas. Dengan memaparkan konten yang berbeza, perniagaan dapat memenuhi pelbagai keperluan pengguna dan mencapai audiens yang lebih ramai. Gambar dan video dapat memberikan pengalaman visual yang menarik menyampaikan maklumat secara mendalam.
Antara konten-konten yang masih dilakukan oleh Restoran Colek Bini adalah dengan membuat video LIVE di media sosial di mana Siti Zubaidah akan bercerita tentang makanan sambil masak atau menunjukkan makanan yang ditawarkan
sambil berinteraksi dengan audiens yang menonton.
Selain itu, platform media sosial Restoran Colek Bini juga memaparkan testimoni pelanggan yang jujur dan cadangan-cadangan makanan untuk pelanggan, menarik audiens untuk membuat tindakan seperti memberi Like dan komen di halaman
Facebook bisnes ini.
Ini membina keterlibatan pengguna dan mencipta hubungan yang lebih mendalam antara jenama dan pelanggan dan membolehkan perniagaan memenuhi kepelbagaian selera dan keperluan audiens mereka, meningkatkan kesedaran jenama, dan menyokong pertumbuhan dan keberkesanan pemasaran dalam era digital.
3.Mengadakan peraduan
Mengadakan peraduan dalam bisnes adalah strategi yang berkesan untuk menarik pelanggan kerana ia mencipta kegembiraan, meningkatkan keterlibatan, dan memberikan insentif kepada pelanggan untuk mengunjungi kedai atau restoran tersebut. Peraduan memberikan pengalaman interaktif yang menyenangkan, menarik minat pelanggan, dan mencipta keinginan untuk mengambil bahagian.
Pelanggan cenderung melibatkan diri dalam peraduan untuk memenangi hadiah menarik atau pengalaman unik yang ditawarkan. Ini memberikan dorongan tambahan untuk mengunjungi restoran, terutama jika peraduan tersebut berkaitan
dengan produk atau menu restoran. Peraduan juga memberi peluang kepada restoran untuk mempromosikan produk atau tawaran istimewa baru, menarik perhatian pelanggan terhadap inovasi dan variasi dalam menu.
Restoran Colek Bini, menggunakan strategi ini sehingga sekarang seperti peraduan teka dan menang di mana pelanggan dapat memenangi hadiah wang tunai dan juga makanan percuma iaitu pakej Udang Galah, antara menu popular oleh restoran ini. Selain itu, mereka juga mengadakan peraduan memenangi hadiah Gold Coin 999untuk sesiapa sahaja yang datang ke Restoran Colek Bini. Pelanggan hanya perlumengisi butiran peribadi dan 10 pemenang bertuah akan dihubungi untuk menerima hadiah tersebut.
Secara keseluruhan, mengadakan peraduan merupakan strategi pemasaran yang menyenangkan dan menguntungkan untuk menarik dan mempertahankan pelanggan di restoran. Ini mencipta memberikan nilai tambah kepada pengalaman makan pelanggan.
Biografi Siti Zubaidah
Situ Zubaidah dahulu merupakan seorang pegawai penjara di jabatan penjara Malaysia selama 15 tahun dan berhenti pada September 2020. Beliau, yang pernah bertugas sebagai pegawai penjara di Jabatan Penjara Malaysia selama 15 tahun, memulakan perjalanan keusahawanannya pada tahun 2014.
Pada tahun tersebut, beliau mengambil langkah berani dengan bekerja duapekerjaan sekaligus. Keputusan untuk meletakkan jawatan pada September 2020 menandakan fokus beliau yang semakin mendalam dalam dunia perniagaan.
Pada tahun 2014, realisasi minat beliau dalam perniagaan semakin kuat. Siti Zubaidah yang ketika itu mengandung dengan anak ketiga menyedari keperluan akan pendapatan tambahan. Dengan keberanian, beliau mula menerima tempahan
kuih dan menjual nasi bungkus. Pada tahun 2018, setelah suami beliau diberhentikan kerja, beliau mengambil langkah lebih jauh dengan membuka restoran sendiri.
Perubahan dari kerjaya di sektor penjara kepada usahawan yang berjaya menunjukkan ketekunan dan keberanian Situ Zubaidah. Kisah beliau mencerminkan perjalanan yang penuh cabaran menuju kejayaan dalam bidang perniagaan makanan.