Propedia yang mendapat nama daripada gabungan ‘property’ dan ‘encyclopedia’ diberi kerana Chief Executive Officer (CEO) bisnes ini, How Peck Ying percaya dengan penyediaan ilmu dalam sektor property dan mendidik orang ramai untuk meluaskan peluang membeli dan melabur di dalam dan di luar Malaysia.
Propedia ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai Property Group of Companies daripada sebuah agensi hartanah, Property Consultancy dan kemudian mengembangkan bisnes ini kepada pengurusan hartanah, akademi latihan pelaburan hartanah dan health and wealth product distribution.
Pada tahun 2022, bisnes ini mencatat jualan sebanyak RM1.3 Juta dan sejak awal tahun sehingga Julai 2023, Propedia Academy telah mencapai RM 1.5 Juta.
1.Menerima kesilapan dan mencari solusi
“Sebenarnya saya ada masalah mendapatkan staf. Sebelum masuk TITAN, sebelum masuk RichWorks saya memang hadapi masalah ini. Setiap kali kita bawa orang masuk, lepas itu orang keluar pula.”
“Setiap kali saya interview staf saya, saya cuma interview dia, tanya masalah dia, tanya soalan kepada dia, tapi saya tak pernah beritahu dia mana company ini akan menuju. Apa arah yang kita akan tuju? Itulah masalah saya pada waktu itu.”
Menjadi tanda tanya apabila kita sering melakukan sesuatu yang kita yakin dan anggap betul tetapi tidak membuahkan hasil. Persoalan ini boleh dijawab melalui pelbagai cara jika kita betul gigih ingin mencari jawapan.
Ketika dilanda isu di mana beliau susah untuk mengekalkan staf, Vicky buntu dan mula menyoal, kenapa ia sering berlaku? Setelah mendapatkan pandangan daripada pihak RichWorks International, beliau dapat mengenal pasti punca masalah dan mendapat solusi dalam mengatasi masalah tersebut iaitu tidak memberitahu matlamat bisnes beliau sewaktu proses pengambilan pekerja dijalankan.
Selepas memperbaiki cara beliau dan memberitahu hala tuju bisnes mereka, lebih mudah untuk Propedia mengekalkan pekerja.
Vicky, setelah memahami cara beliau tidak berhasil, mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau menunjukkan keterbukaan minda beliau untuk mengakui kesilapan yang dilakukan untuk menerima apa yang betul dan sepatutnya dipraktikkan dalam bisnes beliau.
Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya ke hadapan, adakah anda dapat menerima kesilapan yang berlaku berulang kali dan bersifat terbuka untuk berubah demi bisnes?
2.Berpengetahuan luas
“Banyak orang ada misconception tentang hartanah ni tapi sebenarnya hartanah ni memang makan masa kerana kamu kena ada banyak knowledge. Kalau client tanya soalan tentang hartanah dan kamu tak tahu, dia pun tak tahu, dia akan rasa ‘eh ragu la nak beli dengan ejen ni’.”
“Oleh sebab itu kita kena feed ourselves with a lot of knowledge. Knowledge about economy, finance, and property. Itu jugalah sebab saya seorang jurunilai, saya ada unfair advantage di bidang ini dan bidang ni tak banyak valuer.”
Nampak mudah tetapi sebelum cuba, kita tidak akan tahu. Ramai beranggapan bahawa hartanah merupakan sesuatu yang senang dan semua orang mampu untuk menguruskan bisnes hartanah.
Walaubagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu yang cukup. Pentingnya perkembangan sesebuah bisnes itu untuk meningkat adalah daripada usahawan yang belajar dan mengambil tahu tentang bidang-bidang lain yang berkaitan agar ilmu beliau sentiasa up-to-date.
Vicky, sebagai seorang jurunilai hartanah tidak mengehadkan ilmu beliau pada tahap hartanah sahaja, malah tentang kewangan, ekonomi dan lain-lain. Hartanah juga melibatkan perkara-perkara lain, jadi beliau percaya bahawa untuk menjadi seorang yang berpengetahuan luas, beliau perlu mempertingkatkan ilmu am dan hal-hal berkaitan.
3.Mempunyai matlamat yang menyeluruh
“Matlamat kita adalah untuk mengajar orang sebelum dia melabur. Kalau dia nak melabur, dia mesti tahu apa itu property. So kita dekat sini adalah one stop centre untuk nak tahu tentang hartanah. So kita banyak mengajar tentang macam mana nak melabur dalam hartanah lelong.”
“Lepas tu apa yang kita buat ni adalah kita ajar knowledge yang lebih mendalam, bukan sahaja sekadar beli property dari pemaju. Kita juga ajar macam mana nak beli property dari auction lelong”
“So kita tolong ajar, lepas tu kita ajar macam mana nak beli, beli hartanah, lepas tu kita tolong ubah suai banyak rumah yang sangat teruk kepada rumah yang sangat cantik, lepas tu kita tolong sewakan atau jualkan.”
Propedia, yang merupakan encyclopaedia kepada ilmu property, mempunyai objektif untuk mengajar orang agar mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang hartanah secara keseluruhan.
Seakan Chief Executive Officer bisnes ini sendiri, itulah yang cuba dilakukan oleh Vicky, agar lebih ramai orang tidak tertipu dan menjadi lebih bijak dalam ilmu hartanah sekiranya mereka mahu melakukan pembelian hartanah dan sebagainya. Matlamat yang cuba direalisasikan Vicky selari bersama impian dan diri beliau yang telah memperoleh ilmu yang penuh dan mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah, kewangan dan juga ekonomi.
Seorang usahawan yang berfikiran jauh haruslah mempunyai daya fikiran di mana mereka perlu menarik client yang berkualiti. Oleh itu, mendidik potential client memainkan peranan dalam jangka masa yang jauh. Hal ini disebabkan daya fikiran mereka juga yang berubah setelah memperoleh ilmu dan mendapat perspektif yang baru dalam hal hartanah. Propedia yang menawarkan pelbagai servis pembelajaran daripada pengurusan ke pelaburan hartanah, memberi manfaat kepada orang ramai.
Sekiranya anda mempunyai bisnes, bagaimana anda ingin memastikan target audience atau clients anda merupakan dari yang berkualiti?
Biografi How Peck Ying
How Peck Ying atau Vicky, sejak zaman university lagi, telah menceburi dalam bidang Bacherlor’s Degree in Property Management & Investment dan Masters in Finance. Kini, beliau sedang menimba ilmu dengan meneruskan pembelajaran PhD in Built Environment di Universiti Malaya (UM).
Sejak belajar di United Kingdom lagi, Vicky telah mula berbisnes dan ketahui pahit manis sebagai seorang usahawan. Pada ketika itu, beliau menjual produk yang tiada kena mengena dengan hartanah.
Vicky kini, telah bersama RichWorks sebagai ahli TITANIUM sejak awal tahun 2023 dan beliau telah mencapai beberapa kejayaan peribadi seperti membeli dua buah kereta, Porsche Taycan dan Lotus Electra untuk beliau sendiri dan pasangan beliau.
Dari segi peningkatan bisnes pula, beliau dapat menaik tarafkan daripada office bersaiz 1,600 sq ft kepada 8,000 sq ft. Selain itu, penambahan staf juga berlaku daripada 7 orang ke 9 orang staf.