Kepakaran Ahmad Izmil Othman dalam industri agensi pelancongan bermula dengan sikap beliau yang lebih suka melakukan kerja praktikal dari hanya mendapat ilmu melalui teori. Seawal umur 20 tahun, beliau bekerja bersama rakan untuk menjaga tiket bas di salah sebuah syarikat terkemuka penyedia perkhidmatan bas.
Pengalaman penuh pengajaran memberi beliau keyakinan untuk mengambil alih sebuah bisnes agensi pelancongan, Prides Tour Sdn Bhd. Bisnes ini yang meletakkan Turki sebagai destinasi khas dengan menawarkan ‘Full Boarding’ untuk kesemua pakej.
Beliau yang ingin melihatkan perubahan berlaku dalam Prides Tour, menyahut cabaran dalam memimpin agensi ini ke tahap yang lebih tinggi. Terkini, Prides Tour mengembangkan sayap dalam menawarkan pakej trip Singapore Tour dari Kuala Lumpur ke 8 tempat tarikan dalam masa satu hari.
Pada tahun 2023, bisnes ini telah mencatakan hasil jualan sebanyak RM 6.5 Juta.
1.Hanya pakej ‘Full Board’
Keunikan Prides Tour adalah dalam menyediakan pakej ‘Full Board’. Full Board dalam agensi pelancongan adalah pakej yang lengkap termasuk tiket kapal terbang, makan minum, tiket tempat lawatan yang sudah disertakan. Tiada caj lain yang akan dikenakan. Pelancong hanya perlu membawa wang poket untuk berbelanja cenderahati.
Dengan pakej ini, pengalaman yang tersusun telah disediakan untuk pelanggan yang tiada masa untuk merancang perjalanan mereka. Pakej ini sendiri telah melitupi seluruh perjalanan yang diuruskan oleh pihak agensi.
Pelanggan dapat menikmati percutian tanpa rasa beban dari awal hingga akhir proses pembayaran. Apa yang diiklankan oleh Prides Tour terutamanya berkaitan harga, itulah yang akan didapati pelanggan.
Perancangan kewangan juga menjadi lebih mudah kepada pelanggan kerana sudah tahu mereka tidak perlu lagi risau untuk terlebih belanja. Ini membantu mereka untuk memaksimakan kepuasan menjadi seorang pelancong.
2.Pengawalan kualiti kerja
Sebagai sebuah bisnes, bagaimana leaders dapat memantau prestasi kerja staf yang ada? Di Prides Tour, apa yang dilakukan adalah dengan memberi laporan setiap hari tentang kerja yang akan dibuat pada hari itu bersama kejayaan yang dapat dilakukan pada hari yang sama.
Tujuan laporan ini dilakukan adalah untuk setiap staf memastikan kerja dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Mereka juga tidak akan ada masalah untuk terlepas pandang dari menentukan kerja apa yang perlu diutamakan.
Dari setiap laporan yang dilakukan, Izmil dapat menilai bisnes beliau berada di tahap mana. Sekiranya beliau ingin mencapai sesuatu maklamat pada tahun itu, apakah perkara yang perlu dicapai pada setiap bulan seterusnya hingga ke bulan terakhir?
Izmil bermula dengan diri sendiri yang hadir dalam setiap huddle atau perbincangan secara konsisten agar staf beliau juga dapat mengikut sikap beliau yang sentiasa bersedia demi sumber rezeki beliau.
3.Kepentingan ‘sharing’ influencers
Penajaan selalunya dikaitkan dengan pembayaran yang dilakukan oleh sebuah bisnes kepada pengaruh media sosial untuk mempromosikan jenama mereka. Jadi, prospek akan menjadi lebih skeptikal untuk mempercayai sebuah jenama kerana tidak tahu sama ada review yang diberi adalah tulus atau tidak. Ternyata, ‘sharing’ lebih ditekankan oleh Izmil apabila melakukan pemasaran melalui pengaruh media sosial.
Strategi ini menunjukkan keberkesanan apabila orang ramai lebih berminat mendengar perkongsian daripada pengaruh itu sendiri dan bukannya melalui ‘sponsorship’. Dari sini juga, Izmil mula belajar bahawa pengaruh media sosial yang mempunyai followers ramai tidak semestinya baik untuk jenama beliau.
Sebuah bisnes itu perlulah memilih pengaruh bersesuaian jika ingin iklan yang dilakukan berjaya dipasarkan.
Secara keseluruhan, media sosial sendiri menjadi kekuatan dalam meningkatkan penglihatan jenama bisnes. Ditambah pula dengan kehadiran pengaruh media sosial dalam berkata-kata positif tentang sebuah jenama itu, ia akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan untuk mengambil pakej percutian bersama Prides Tour.
Biografi Ahmad Izmil
Anak sulung daripada 4 adik beradik, Ahmad Izmil dibesarkan oleh seorang bapa yang berkerja di ladang kelapa sawit manakala ibu bekerja sebagai kredit akaun. Dengan kedua ibu bapa yang berpangkat tinggi, hidup beliau boleh dikatakan datang daripada keluarga senang.
Ahmad Izmil, sejak kecil telah diperkenalkan ke dunia perniagaan kerana ibu beliau mengambil peluang untuk berniaga selepas habis bekerja di pejabat. Beliau dahulu suka mengikut ibu menjual air di Pantai Desaru, Johor.
Sewaktu beliau berada di sekolah menengah, penanggungan kos bertambah kerana penambahan dua adik di bawah beliau. Kewangan keluarga semakin menurun sehingga ada kalanya, keluarga mereka hanya dapat cukup-cukup makan sahaja.
Izmil, walaupun seorang pelajar yang pandai di kalangan rakan-rakan beliau sewaktu di bangku sekolah, kurang minat untuk menyambung belajar. Beliau yang mendapat tempat di Polytech MARA hanya bertahan selama 1 semester. Beliau kemudian hampir masuk ke Kolej Islam Johor tetapi tidak meneruskannya kerana mendapat jurusan yang tidak diminati.
Setelah bekerja di pelbagai tempat, beliau akhirnya sambung belajar di UiTM Segamat dalam bidang banking. Hanya 1 semester sahaja tinggal tetapi beliau tidak dapat meneruskan lagi pembelajaran kerana mempunyai fikiran yang kusut ketika ayah sedang sakit.
Beliau yang bekerja sambilan di sebuah kedai pengantin kemudian bekerja di sebuah agensi pelancongan di mana perjalanan beliau sebagai seorang usahawan mula diceburi.