Packers Malaysia (Muhammad Nur Aiman Md Amran)

  1. Inovasi sistem lama

“Dari permulaan interaksi kita dengan pelanggan, Packers Malaysia pastikan dulu apa yang pelanggan nak. Nak susun pinggan pun kita buatkan”

Sebagai bisnes perkhidmatan pemindahan rumah dan pejabat, Packers Malaysia bukan hanya mengumpul barang yang ingin dipindahkan oleh pelanggan. Mereka melibatkan team dalam proses awal sehingga akhir pemindahan yang diinovasikan oleh Nur Aiman. 

Sekiranya pelanggan ingin berpindah, cara ‘movers’ yang lama memaksa mereka untuk mengangkat sendiri barang-barang yang perlu diletakkan dalam kenderaan servis perkhidmatan pemindahan. Lain pula bersama Packers Malaysia yang telah mengguna cara moden iaitu membantu dalam pek, balut, menjaga sehingga menyusun barang. 

Apa-apa servis ekstra seperti yang diinginkan oleh pelanggan, Packer Malaysia sedia untuk menunaikannya. 

  1. Pakej ‘All In One’

“Layanan yang kita bagi kepada pelanggan semua sama rata. Pakej yang kita bagi pun tetap sama walaupun lokasi dan jarak yang menjadi perbezaan”

Menariknya Packers Malaysia adalah penyediaan pakej ‘All In One’ di mana Nur Aiman meluaskan perkhidmatan beliau kepada seluruh Malaysia. Meskipun 90% pelanggan adalah dari Klang Valley dan selebihnya adalah dari negeri-negeri luar, Packers Malaysia masih memberi setiap pelanggan itu dengan layanan yang sama. 

Dengan pakej ‘All In One’, Packers Malaysia yang memahami masa itu sensitif, tetap akan menguruskan segala barang pemindahan dengan penuh profesional. Setiap pelanggan akan diberi khidmat mengikut perancangan yang bersesuaian.

Sama ada pelanggan ingin berpindah di luar atau dalam negeri, perkhidmatan yang diberi adalah termasuk dari rumah, pejabat ataupun di mana-mana lokasi yang diminta. 

  1. Marketing melalui ‘lori’

“Sebagai usahawan, saya mesti fikir strategi untuk kurangkan kos sebanyak mungkin. Kita ada lori yang boleh buat pemasaran secara percuma”

Bukan perkara biasa buat perkhidmatan pemindahan barang, Packers Malaysia juga menggunakan lori untuk memudahkan pelanggan meletakkan semua barang dalam ruang yang besar.  Perbezaannya adalah, mereka menggunakan peluang ini untuk membuat pemasaran ke atas lori itu sendiri dengan memaparkan jenama mereka bersama tagline ‘Discover an exclusive experience’ untuk membuat orang ramai tertanya tentang servis Packers Malaysia. Sambil ke destinasi untuk memberi perkhidmatan, sambil mereka membuat pemasaran secara percuma. 

Dengan 3 jumlah yang ada buat masa sekarang, 3 lori tersebut dapat menampung barang untuk 3 rumah. Dalam masa sehari pula, minimum pelanggan adalah sebanyak 5 hingga 6 pindah yang bermakna pemasaran jenama Packers Malaysia dilakukan secara harian.

Pemasaran dalam memaparkan jenama ke atas lori yang dimiliki membuktikan keberkesanan Packers Malaysia menyampaikan pengwujudan bisnes ini kepada pelanggan sasaran iaitu kepada seluruh Malaysia terutamanya di Klang Valley. Ia telah membantu membangunkan imej jenama bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan yang memudahkan mereka untuk membuat pemindahan barang. 

Biografi Muhammad Nur Aiman

Sewaktu belajar lagi, Nur Aiman sudah mempunyai keinginan untuk mencari pendapatan. Melihatkan rakan-rakan yang membeli iPhone, motor dan barang-barang mewah menyebabkan beliau juga ingin memiliki barang dengan duit sendiri.  

Sebelum membina bisnes, beliau hanya ‘bekerja harini untuk makan harini’ sebagai seorang kelindan lori sambil belajar. Ketika itu, beliau hanya mendapat wang dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan lebih. 

Tamat sahaja pembelajaran, beliau yang berhenti dari menjadi kelindan lori, mula bekerja sementara di sebuah koperasi namun mampu bertahan hanya selama 4 bulan. Hati beliau masih ingin menceburi dalam bidang pemindahan barang.

Pada awal bisnes, jualan hanya mencapai RM 7 ribu sebulan. Sebagai anak lelaki sulung, beliau ingin memberi kemewahan kepada ibu, ayah dan adik beradik. Berkat usaha dan doa daripada keluarga, beliau berjaya memecah RM 1 Juta pertama pada tahun 2022. 

Artikel terbaru

Leave a Reply