OTAK-OTAK MR. NOH (Mohamad Qashrie Md Noh)

OTAK-OTAK MR. NOH (JOHOR BAHRU) SDN. BHD. yang juga dikenali sebagaivOtak-Otak JB adalah syarikat yang 100% pengilang makanan milik Bumiputeravyang terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis produk makanan sejuk bekuvberdasarkan fillet ikan segar iaitu otak-otak.


Produk utama mereka adalah Otak-Otak Nipah. Selain itu, Otak-Otak JB juga menghasilkanvproduk sejuk beku lain seperti Pepes Ayam, Satar, Keropok Lekor, Ayam Pandan dan Popia.vTerdapat juga produk beku seperti karipap,samosa dan vadey.

QASHRIE : SUATU MASA DAHULU


Mohamad Qashrie Md Noh atau lebih mudah dengan panggilan Qashrie dilahirkanvdalam keluarga yang biasa. Ayahnya dulu peniaga di mana beliau menjual otakotak. Ibunya beliau pula peniaga seperti ayah.


Setelah tamat persekolahan, Qashrie terus melibatkan diri dalam perniagaanvkeluarga. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan kerana nilai-nilaivkeusahawanan telah pun diterapkan dalam diri beliau sejak dari kecil lagi.


“Saya berbesar hati meneruskan legasi keluarga dalam perniagaan otak-otakvdi sekitar Johor Bahru. Dengan tekad dan minat yang mendalam dalam industrivmakanan, saya bertekad untuk membantu abah memperkembangkan bisnes ini.”


“Mewarisi nilai-nilai dan kecekapan yang telah diteruskan dalam keluarga kitavselama ini. Saya percaya bahawa melalui usaha bersama, kita akan menjadikanvperniagaan ini semakin berjaya dan terus memberi kepuasan kepada pelangganvsetia kita.”


OTAK-OTAK JB 1997


Perniagaan otak-otak ini diasaskan oleh ayah Qashrie sejak tahun 1997. Ketika dunia mengalami krisis ekonomi dunia pada tahun 1998, ayah Qashrie menjadi salah seorang mangsa kepada krisis tersebut. Kemudiannya ayah beliau belajar cara untuk menghasilkan produk otak-otak sendiri.


“Pada tahun 1997 ayah saya dah mula berniaga otak-otak dari orang lain, umur saya 10 tahun waktu tu. Masa tu ayah saya terjejas dengan krisis ekonomi yang melanda dunia. So tahun 2000, ayah saya ada inisiatif untuk belajar buat otak-otak sendiri.”


“Mula dari rumah je, buat dekat dapur dan jual depan rumah. Sebab jual otak-otak ni mudah. Bakar bakar, jual, letak atas meja makan, dapat RM10. Jadi dekat situ, orang dah mula berminat nak jual otak-otak dan mereka order dengan ayah. So ayah buat dalam scale yang besar. mengikut order sebab demand dah banyak.”

Perniagaan ayah beliau mula meningkat hari demi hari walaupun hanya diproses dari rumah. Otak-otak yang dihasilkan kaya dengan rempah ratus menjadi daya penarik produk mereka.


SAMAN DAN BAKAR


Perniagaan secara kecil-kecilan, menjual otak-otak yang hanya mendapat untung sebanyak 20 sen mendapat permintaan yang banyak dari orang ramai. Namun, mereka berhadapan dengan cabaran yang membuatkan mereka mempunyai hutang sebanyak RM200,000.


“Bila demand dah makin banyak, maksudnya perniagaan dah makin besar jadi time tu kami mula dapat saman dari pihak berkuasa iaitu LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Alam Sekitar dan MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bharu) masa tu.”


“Masa kena saman mula-mula tu, ayah mula rasa down dan tutup operasi. Ye lah, kita pun tak sangka akan dapat sambutan macam ni. Tapi lepas dah settlekan semua saman tu, ayah mula cari premis kedai untuk disewa lah.”


“Alhamdulillah bisnes makin berkembang. Tapi one day, pada tahun 2004 atau 2005 masa itu. Kita mengalami masalah lagi iaitu kilang kita terbakar. Disebabkan kejadian tu, kita jadi stuck dan kekurangan modal untuk grow.”


PELANGGAN LARI


Bencana yang melanda Qashrie sekeluarga menyebabkan mereka kerugian besar dan tidak mempunyai modal yang cukup untuk membina semula perniagaan seperti sedia kala. Setiap dari kos terpaksa dipotong untuk menampung perniagaan pada ketika itu.


“So apabila kita stuck, mulalah kita nak cari sumber sumber atau bahan untuk kita cut kos, jimat kos. Silapnya masa tu, kita terlalu nak cut kos sebab kita baru lepas hadap bencana, dengan tak ada insuran masa tu. Kita cut kos dari segi, beli ikan yang murah-murah, guna tepung yang tak berkualiti. Maksudnya kualiti kita kurangkan. Jadi apa yang berlaku masa tu, customer kita dah mula lari.”


“This is our secret recipe, sepatutnya rasa memang takkan berubah. Tapi disebabkan nak cut kos, rasa otakotak dah tak sama dan tak sedap. Saya benar-benar struggle untuk membina dan memperkukuhkan kembali jenama Otak-Otak JB.”


Qashrie yang pada ketika itu masih lagi muda, beliau terpaksa menghadapi cabaran dalam perniagaan yang sangat mencabar. Beliau berasa tertekan, sedih dan buntu, namun berputus asa bukanlah pilihan bagi Qashrie.

MUDAHNYA BERNIAGA


Tertekan dengan situasi yang melanda, Qashrie sudah mula merasakan perniagaan keluarga beliau tiada harapan untuk kembali ke zaman kegemilangan dahulu. Beliau sedar apa yang diperlukan adalah ilmu yang tepat dalam perniagaan.


Pada tahun 2014, Qashrie menyertai seminar perniagaan percuma yang dianjurkan oleh RichWorks iaitu Mudahnya Berniaga. Selepas menyertai program itu, beliau berusaha memperbetulkan beberapa kesilapannya dalam menguruskan perniagaan serta memperbetulkan semula niat, cara berfikir dan menguruskan syarikat.


“Saya start masuk RichWorks sebab masa tu saya rasa down. Pada tahun 2014, saya masuk kelas free je masa tu. Dekat kelas Mudahnya Berniaga.”


“Dahulu operasi syarikat tidak begitu teratur. Tetapi selepas program itu, saya berjaya menstruktur semula syarikat dan operasinya menjadi lebih teratur. Jika dahulu niat saya berniaga adalah untuk manfaat peribadi, tetapi program itu juga membuatkan saya berazam memberi manfaat dalam kehidupan orang lain.”


Terkesan dengan sesi pembelajaran dan kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, Qashrie membuat keputusan untuk menyertai program Millionaire Marketing Mastery pula. Beliau nekad untuk mengubah tahap perniagaan yang telah diusahakan hampir 20 tahun.


“Masa tu MMM adalah produk yang pertama sekali RichWorks ada. Saya sign up juga masa tu MMM, walaupun saya tak ada duit. Saya pinjam duit adik.”


“Masa tu saya pergi kelas MMM. Saya belajar mengenai marketing, hari pertama itu lah saya baru faham apa itu pemasaran. Selama ini saya berniaga saya tak tahu pun pemasaran itu apa. Bukan setakat belajar macam mana nak buat pemasaran, nak jaga kewangan, syarikat, team dan personal diri kita sendiri.”


“Saya pun mula belajar tapi lepas je saya balik dari MMM, masa tu idea kosong lagi, stuck. Saya cakap modal tak cukup untuk grow lagi. Saya tak reti nak tulis ayat-ayat manis dekat Facebook tau. Saya tak pandai langsung. Saya tak online kan lagi bisnes masa tu. IT pun saya buta.”

BAS PELANCONG


Kualiti otak-otak yang dihasilkan dipertingkatkan seperti sedia kala. Qashrie cuba mencari jalan lain untuk mempromosikan otak-otak beliau. Beliau mendapat idea untuk mempromosikan produk beliau, ketika beliau sedar pelancongan di Johor sedang membangun dengan pesat.


“Saya jalan-jalan, saya nampak dalam 1 bas pelancongan boleh bawa 40 orang pelancong. Jadi saya fikir, kalau 1 bas bawa 40 orang, kalau I arrange 10 bas untuk datang ke kilang otak-otak saya, dah 400 orang datang kat kilang. Tapi kilang saya kecil. Jadi macam mana nak saya pastikan 400 orang datang saya punya kilang dalam masa 1 hari?”


“Apa saya buat, saya slot kan masa. Tapi setia driver tu saya bagi lah komisen untuk diorang punya guests tu turun dari bas.”


“Cara dia, setiap orang yang turun dan membeli tu saya akan tampal kan sticker, then bagi otak-otak percuma lah. So bila dia datang tu kan ada ID kan, jadi kita akan bagi komisen pada driver bas yang bawa pelancong datang.”


“Johor kan dah mula ada pusat-pusat pelancongan. Datangnya idea bila saya tengok ramai pelancong turun masa tu. Dekat Legoland, Johor Premium Outlet kan. Lepas diorang melancong ni semua, diorang akan pergi ke airport. Dalam 400 takkan lah tak ada seorang pun business owner? Kita boleh make a business deal masa tu. So daripada situlah mulanya berkembang.”


“Sebelum saya terfikir nak run bisnes keluarga yang 20 sen ni, saya pun tertanya. Boleh ke kita berkembang grow? Setakat 20 sen jual, boleh jadi jutawan ke? Saya pernah tanya mak dan ayah saya dengan soalan macam itu tau. So mak saya dengan sabar dia cakap, Insyaallah boleh tak ada masalah.”


Oleh kerana dahagakan ilmu dan tidak mahu melakukan kesilapan dalam perniagaan lagi, beliau memaksakan diri untuk menyertai Titanium Circle bagi mendapatkan bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.


“Saya pun tertanya tanya juga sebab dengan hutang keliling pinggang. Tiap tiap bulan duit cover untuk bank. Saya pun tak tahu, tak pasti masa tu. Sales saya jadi RM500,000 sebulan, sejak saya join MMM tu. Sebab tu saya paksa diri saya untuk join Titan.”


“Adakah produk saya mempunyai ciri-ciri atau kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada produk pesaing? Ini boleh termasuk kualiti yang lebih baik, reka bentuk yang unik, atau keupayaan yang unik.”


“Jika produk saya menawarkan nilai yang lebih baik atau harga yang lebih rendah daripada pesaing, ini boleh menjadi USP. Pelanggan sering mencari produk dengan harga yang berpatutan.”

OTAK-OTAK MR NOH’S BREAKTHROUGH


Setelah mendapat bimbingan dengan lebih dekat dari Datuk Wira Dr AzizanOsman, Qashrie menjadi lebih disiplin,kehidupan dan perniagaan yang dijalankan lebih teratur.


“Dulu saya memang kelam-kabut hidup, tak ada jadual yang proper dan tak ada waktu yang berkualiti. Kalau nak masuk kerja, rasa nak masuk pukul satu atau dua petang tu saya pergi, kalau rasa hari itu tak nak masuk saya tak masuk tapi RichWorks ajar untuk bekerja dengan teratur. Alhamdulillah, soal personal pun diurus dengan baik.”


Situasi pandemik yang berlaku pada tahun 2020 memaksa Qashrie untuk mentransformasikan perniagaan warisan keluarga yang dijalankan secara tradisional kepada platform digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Menurut Qashrie sebelum ini beliau percaya kaedah tradisional mendatangkan lebih keuntungan, namun langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 memaksa kedai ditutup sehingga perniagaannya tiada pelanggan dan tiada hasil jualan.


Katanya, dulu beliau tidak pernah terfikir untuk tukar dan guna pakai perniagaan online yang mana cuma ada Facebook dan Instagram tetapi semua sekali tak aktif langsung.


“Dr Azizan dan RichWorks selalu ingatkan kami peniaga agar segera melakukan perubahan dengan beralih kepada platform digital. Hari-hari Dr Azizan maklumkan, you kena digitalkan perniagaan. Saya fikir apa benda digital ini dan akhirnya faham, sebenarnya untuk digitalkan perniagaan tak susah.”


Qashrie akhirnya sedar bahawa lagi senang untuk buka kedai digital berbanding kedai fizikal yang memakan kos yang lebih tinggi. Melalui latihan dan bimbingan RichWorks, Qashrie telah meningkatkan pemahaman beliau tentang keperluan dan keinginan pelanggan. Ini membolehkan beliau menyediakan produk atau perkhidmatan yang lebih sesuai dengan sasaran pasaran Otak-Otak Mr Noh.


“RichWorks mungkin telah memberi saya panduan mengenai pengurusan perniagaan yang lebih efisien, termasuk pengurusan kewangan, inventori, atau proses operasi. Ini boleh membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos perniagaan.”


QASHRIE DAN OTAK-OTAK MR NOH


Perniagaan otak-otak yang dijalankan sejak 26 tahun yang lalu melalui banyak pahit dan getir dalam perniagaan. Qashrie yang membesar dengan semangat keusahawanan dari ayah beliau, sentiasa cuba sedaya upaya beliau untuk mempertahankan perniagaan keluarga dan meneruskan warisan keluarga sehingga turun-temurun. Hasil pendigitalan perniagaan, OtakOtak Mr Noh berjaya meraih jualan RM14,200,000.


Sementara itu, pengeluaran otak-otak turut ditingkatkan kepada100,000 sehari daripada sekitar 10,000 hingga 20,000 ketikamenjalankan bisnes secara tradisional. Jenama Otak-otakJB turut merangkul beberapa anugerah termasuk AnugerahMakanan Popular dari Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA).

Artikel terbaru

Leave a Reply