NVL Natural Biotech adalah sebuah syarikat pembuatan produk jenama sendiri (OEM) yang meyediakan produk kosmetik khususnya untuk para pemilik produk kecantikkan yang memerlukan perkhidmatan daripada awal hingga hujung proses termasuk penyiapan, pembungkusan, pelabelan, pereka grafik, dan apa sahaja yang diinginkan oleh mereka. Produk yang dihasilkan NVL Natural Biotech termasuk sabun bar, serum, sunscreen, hand sanitizer, foundation, lipmatte, shampu dan pelbagai lagi produk berkaitan kecantikan.
Aslinda Ali Akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif NVL Natural Biotech mempunyai pengalaman membuat produk sejak tahun 2016 sebelum menubuhkan syarikat ini pada 2019. Kecekapan beliau dalam membuat produk menjadikan industri ini pilihan yang sesuai. NVL Natural Biotech memastikan produk yang dihasilkan tidak hanya bekualiti tetapi juga memenuhi kehendak pasaran kecantikan yang sentiasa berubah.
Penglibatan Aslinda Ali Akhbar dalam menyediakan perkhidmatan lengkap dari awal hingga akhir proses pengeluaran produk pelanggan membantu NVL Natural Biotech untuk memastikan kekekalan dalam pasaran yang kompetitif dan dinamik.
Beliau sendiri telah menghasilkan produk jenama sendiri dengan jenama Noras Velcda yang terkenal dengan jus herba yang dihasilkan daripada pelbagai jenis herba tradisional yang mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu masalah dalaman wanita. Kini, NVL Natural Biotech mempunyai 3 kilang untuk memproses pembuatan produk dan mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.4 Juta pada tahun 2023.
1. Tidak bergantung kepada satu supplier
“Sejak PKP, kita faham bahan kenaikan harga bahan mentah melambung sangat tinggi. Kalau ikutkan setiap bulan supplier naikkan harga bahan mentah, jadi kita susah sebab tak boleh naikkan harga dekat customer sesuka hati. Kita pula memang ada perjanjian dengan setiap customer, jadi itulah masalah utama kami sebagai pengilang.”
Sebuah perniagaan, terutama kilang pembuatan produk kosmetik memerlukan beberapa pilihan pembekal kerana terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi dalam operasi harian. Memiliki pembekal lain juga membolehkan kilang pembuatan mendapatkan bekalan yang berbeza untuk memastikan kecukupan stok dan ketersediaan bahan mentah pada harga yang berbeza. Pentingnya pelbagai pembekal juga memberikan kelebihan strategik dalam mengatasi risiko bekalan. Dalam keadaan di mana satu pembekal menghadapi masalah atau kekurangan bekalan, kilang masih dapat beroperasi dengan lancar dan beralih kepada pembekal lain yang ada. Kini Aslinda mempunyai 5 supplier untuk mendapatkan bekalan bahan mentah setelah apa yang dipelajari daripada Dr.Azizan di kelas ICM Langkawi. Pengilang hanya perlu meminta senarai harga bahan mentah daripada setiap pembekal untuk mengenalpasti tawaran yang lebih murah dan kuantiti yang rendah. Kesan daripada membuat pemilihan supplier telah membantu Aslinda menjimatkan kos pembelian RM10,000 hingga RM20,000 untuk satu formula produk.
2. HR berkualiti menarik pekerja berkualiti
“Perkara pertama saya buat, saya cari HR. Apa pun masalah yang dihadapai, kena cari HR. Jadi saya interview ramai HR, saya pilih HR yang berpengalaman, Alhamdulillah banyak masalah dapat diselesaikan terutama masalah melibatkan pekerja dan pejabat buruh”
Mencari pekerja sumber manusia (HR) yang berkualiti memainkan peranan penting dalam memastikan sebuah perniagaan mempunyai perkerja yang berkualiti. Pertama sekali, HR yang berkualiti bertanggungjawab untuk menentukan keperluan perkerjaan dan mencari calon yang sesuai dengan kemahiran, pengalaman, dan budaya organisasi. Dengan melakukan pencarian cermat, HR dapat memastikan hanya individu yang sesuai dan berkualiti tinggi yang diterima berkerja.
Proses pemilihan yang teliti oleh HR membantu melahirkan pasukan kerja yang berpotensi tinggi. Mereka dapat mengenal pasti bakat-bakat yang sesuai dengan keperluan perniagaan dan memastikan bahawa setiap staf membawa nilai tambah kepada organisasi.
“Banyak masalah saya selesai terutama masalah staf. Bila staf buat hal, saya suruh refer HR. Kalau dulu semua kerja kena buat sendiri, sekarang HR settlekan separuh daripada kerja saya jadi tak susah dah.”
Memiliki HR yang produktif juga membantu dalam meningkatkan retensi pekerja. Menilai dengan teliti keperluan dan kehendak pekerja, HR dapat membina program sokongan dan pembangunan yang sesuai. Ini membantu memastikan bahawa pekerja merasa dihargai dan memiliki peluang untuk berkembang, mengurangkan kehilangan bakat dan meningkatkan kestabilan dalam organisasi.
3. Mewujudkan perjanjian perniagaan
Sebagai pengilang perjanjian dengan pelanggan juga amat penting kerana setiap pelanggan mempunyai tingkah laku yang berbeza.
“Saya dulu ada juga masalah tentang bayaran dimana ada founder bila dah dapat semua produk taknak bayar full payment”
Untuk mengharungi ekonomi yang mencabar usahawan-usahawan di Malaysia, digalakkan merangka strategi perniagaan yang efektif dan pengurusan kewangan yang cekap dengan mewujudkan perjanjian diantara pengilang dan pengedar. Dengan mewujudkan surat perjanjian dengan pelanggan, ia akan membuatkan pelanggan membayar sebelum terima produk.
Selain itu, berfungsi sebagai peta jalan untuk penglibatan perundingan, mentakrifkan hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak dan meminimumkan kemungkinan salah faham.
Biografi Aslinda Ali Akhbar
Aslinda dilahirkan dalam keluarga susah di mana ibu dan ayah beliau berpisah ketika beliau berusia 6 tahun. Anak kedua daripada 4 adik beradik tetapi, kakak sulung dan adik lelakinya telah meninggal dunia pada usia 4 dan 2 tahun. Beliau terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung terhadap keluarganya. Aslinda meneruskan kehidupan dengan menetap di Kampung Chubadak Sentul bersama ibu dan seorang adik bongsu.
Sebagai ibu tunggal, ibunda Aslinda bekerja sebagai tukang jahit di kedai pakaian di Bukit Bintang, dan melakukan part time sabtu ahad membawa bas di sekitar Kuala Lumpur.
Pendidikan awal yang diterima Aslinda adalah di Sekolah Rendah Sentul, Kuala Lumpur. Kemudian pendidikan menengah beliau di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur. Beliau tidak dapat meneruskan pelajaran kerana masalah kewangan keluarga.
Aslinda Ali Akhbar, seorang ibu dan juga isteri yang hanya ingin membantu menampung keluarga tersayang. Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan, beliau merupakan seorang surirumah yang hidup dalam serba sederhana.
Bangkit semula dari rintangan hidup, Aslinda tekad untuk mula berniaga dengan apa sahaja produk yang popular ketika itu. Kejayaan kecil sehingga dapat membuka dua buah kedai pakaian yang tidak bertahan lama itu memaksa beliau menutup kedai dan mengambil keputusan untuk belajar sehingga sanggup ke luar negara untuk belajar membuat produk.
Sehingga akhirnya beliau berani membuka kelas ‘Membuat Produk Kecantikan’ pada tahun 2016. Mendapat permintaan yang sangat menggalakkan, Aslinda dapat menyimpan duit dengan hasil yuran kelas sebanyak RM250/seorang.
Dengan ilmu yang ada, beliau mengajar orang lain serta kilang-kilang OEM untuk membuat produk mereka sendiri sehingga dapat mengumpul modal membuka kilang tanpa pinjaman mana-mana pihak. Ketika usahawan lain terpaksa tutup perniagaan mereka ketika pandemic Covid-19 melanda, Aslinda pula membuka kilang yang bermula dengan pembuatan dan menjual hand sanitiser.
Aslinda bermula dengan masuk Program Mentorship Sphire pada tahun 2021 dan mencapai 1 Juta pertama dalam masa 6 bulan. Masuk bulan ke-9, Aslinda terus memasuki Program Mentorship TITANIUM pada 2022-2023. Apa yang membanggakan Aslinda adalah, pada tahun pertama dalam TITAN Circle, beliau telah mampu membeli rumah semi bunglow, membina 2 rumah untuk anak-anak, membina satu kilang dan membeli kereta 3 buah kereta Honda City, Honda Jazz & Alphard. “Kalau saya tak masuk Titan mustahil untuk saya capai semua impian saya ini, Terima Kasih Dr. Azizan dari Richworks”