NURRAYSA GLOBAL SDN. BHD. (Nur Aini Zolkepeli & Saiful Anuar Seliman)

NURRAYSA ditubuhkan pada bulan Oktober, 2015 dan menjadi pioneer untuk produk kosmetik mesra wudhu di Malaysia. Diasaskan oleh Nur Aini Zolkepeli dan Saiful Anuar Seliman, pasangan ini membantu ramai usahawan menjana pendapatan melalui produk Nurraysa.


Syarikat Nurraysa Global telah mencetuskan evolusi dalam produk kecantikan dan kesihatan, menjadi pengasas pertama produk kecantikan yang memakai niqab dan mengutamakan konsep Islam dalam perniagaan.

AINI & SAIFUL : SUATU MASA DAHULU


Di sebalik seorang wanita yang mempunyai perniagaan terkenal dengan kehidupan yang mewah, Nur Aini Zolkepeli sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang biasabiasa sahaja. Bapa beliau adalah seorang pengawal sekuriti dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berasal dari Dungun, Terengganu.


Aini pernah menuntut pelajaran di Sekolah Menengah Agama Durian Guling di Marang, Terengganu. Kemudiannya, beliau bekerja sebagai juruwang stesen minyak sebelum menyambung pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Kejururawatan di Asian Metropolitan University, Kuala Lumpur.


Ketika beliau masih belajar, Aini sudah mendirikan rumah tangga bersama Saiful seawal usia 19 tahun. Saiful pada ketika itu berusia 27 tahun. Beliau bekerja sebagai pemandu jentera berat sebelum terlibat secara dekat dalam perniagaan Nurraysa.


RUMPAI LAUT


Pendapatan dari pekerjaan sebagai juruwang di stesen minyak tidak dapat mengubah tahap kewangan keluarganya. Jadi, Aini mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan secara online di rumah. Dengan meminjam duit gaji Saiful sebanyak RM500, beliau menggunakan modal tersebut untuk berniaga produk rumpai laut.


“Saya mula berniaga masa umur saya 19 tahun. Niat saya nak berniaga masa tu sebab saya nak bantu suami. Kami baru berkahwin dan masa itu saya tengah belajar lagi.”


“Waktu itu, ekonomi keluarga saya dalam kategori susah. Sebab baru kahwin, kami perlu berdikari, nak bayar loan kereta lagi, sewa rumah dan yuran study. Jadi gaji suami tak mencukupi. Bukan akhir bulan, tapi awal bulan je lagi kami dah berkira-kira, dah asing dah duit sebab memang tak cukup. Jadi saya terdetik untuk membuat sesuatu.”

“Daripada situ lah saya buka Facebook. Dari duduk saja dekat rumah, saya pun start buat bisnes. Modal saya pinjam duit suami.”


“Saya start dengan jual rumpai laut. Masa tu rumpai laut baru nak meletup. Saya beli rumpai laut daripada Sabah. Dan jual dekat Facebook je. Saya tak ada kedai. Saya suri rumah jadi semua buat dekat rumah. Hanya berbekalkan handphone, laptop dan internet.”


Melihat ramai orang menjalankan perniagaan online dengan hasil yang menakjubkan, Aini juga mahu cuba lakukan perkara yang sama.


“Alhamdulillah, rumpai laut saya mendapat sambutan dan saya juga dapat membayar balik wang yang saya pinjam daripada suami. Jualan saya masa tu meningkat sehingga berbelas ribu sebulan walaupun saya masih tak ada ilmu.”


SABUN RUMPAI LAUT


Ketika itu beliau hanya mengikut-ikut apa yang dilakukan oleh usahawan-usahawan lain dan merasakan yang beliau juga boleh melakukan perkara yang sama. Namun beliau silap, selepas setahun, perniagaannya jatuh kerana masalah permainan harga dan tiada ilmu perniagaan.


“Saya berniaga memang tak ada ilmu, jadi nak dapat sales berbelas ribu tu ambil masa yang lama. Dari umur 19 sampai 22 tahun. Progress yang slow sampai saya jatuh, memang tak ada duit langsung dalam bank masa tu.”


Tidak berputus asa, Aini membina semula perniagaan dengan menghasilkan sabun pencuci muka yang dihasilkan dari rumpai laut, susu kambing, minyak zaitun dan herba tempatan yang diadun dengan halus sehingga menjadi sabun kolagen dari rumahnya dan menjualnya.


Semua itu berlaku selepas Aini mengenali seorang usahawan wanita yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan produk kecantikan, beliau mula membuat produk sendiri iaitu sabun pencuci muka Nurraysa Beauty pada tahun 2012. Jualannya mendapat sambutan yang begitu baik sekali namun angka jualan tidak mencapai RM10,000 sebulan.


“Masa umur saya 22 tahun, saya start bina balik bisnes. Waktu saya start balik tu, sales saya tak sampai RM10,000 sebulan.” jelas Aini.


Bagi Saiful pula, beliau sangat bersyukur kerana Aini berusaha untuk membantu beliau menambah pendapatan keluarga. Saiful juga membantu Aini dalam perniagaan sambil-sambil bekerja sebagai pemandu jentera berat.


“Masa mula bisnes tu, saya sangat support lah sebab saya pun faham dengan keadaan ekonomi keluarga masa tu kan. So saya rasa sangat bersyukur dia bantu saya. Peranan saya sebagai seorang suami, saya perlu support dia jadi balik saja kerja saya terus bantu dia packing barang.” jelas Saiful.


“Jadual rutin harian saya jadi sangat pack sebab ada masa kena buat sabun dan packing barang sampai pukul 4 pagi. Tidur kejap lepas tu dah kena pergi kerja. Time waktu rehat, saya makan dan solat apa semua terus pergi hantar barang pergi pejabat pos,” kata Saiful.


IMKK & MMM


Aini dan Saiful kemudiannya membuka langkah untuk menuntut ilmu dalam perniagaan dengan lebih mendalam melalui Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2014. Program tersebut berjaya membuka mata mereka untuk membuka peluang kepada wanita di luar sana untuk bersamasama membangunkan jenama dan menjana pendapatan bersama Nurraysa. Akan tetapi, Aini dan Saiful sebenarnya sudah mengenali RichWorks sejak tahun 2012 lagi di mana kelas pertama mereka adalah Berani Berniaga, namun mereka tidak meneruskan pelajaran sehinggalah pada tahun 2014.


“Saya buat sales lepas bangkit tu tak sampai pun RM10,000 sebulan. Jadi saya mula cari Datuk Wira Dr Azizan Osman sebab nak belajar. Lepas ke IMKK tu sales saya jadi berpuluh ribu sampai RM100,000 sebulan tapi lepas tu dia stuck je angka tu.”


“Saya masuk balik IMKK masa tahun 2014. Then naik lagi sales jadi RM300,000 sebulan. Jadi kami decide untuk join Millionaire Marketing Mastery (MMM) pula untuk dapatkan bimbingan yang lebih baik dari Dr. Azizan. Kami daftar Nurraysa kepada Sdn. Bhd. pada tahun 2015.”


Pada 2016, Aini dan Saiful menyertai Program Pementoran Titanium dan melalui kelas-kelas yang dihadiri, mereka berjaya mendapatkan bimbingan dan coaching lebih dekat dengan Dr. Azizan. Mereka juga turut ditegur dan diberikan nasihat atas kesilapan yang dilakukan.


Hasil daripada program Titan, Aini akhirnya berjaya mencapai RM1,000,000 sebulan yang pertama, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas menyertai program tersebut. Ketika itu beliau baru berusia 23 tahun. Angka jualan yang dicatat pada tahun tersebut adalah sebanyak RM26,000,000. Peningkatan yang sangat laju berbanding tahun sebelumnya.

NAIK TERLALU LAJU SAMPAI JATUH


Setiap perniagaan pastinya ada episod kejatuhan sendiri. Ada usahawan hanya pernah jalani kejatuhan sekali tetapi ada juga yang merasai jatuh perniagaan berkali-kali seperti Nurraysa. Walaupun angka jualan sudah meroket sehingga RM26,000,000 setahun, perniagaan mereka jatuh semula.


“Bila dah naik tu masa tahun 2017, kita dah capai RM26,000,000. Sepatutnya makin naik lagi lah tapi bila naik terlalu laju tu, ada benda yang kita terlepas pandang. So daripada segi management, vendor, supplier, kilang dan plan stock.”


“Marketing dah laju ni. Tapi bahagian operasi pula kami ada isu dekat vendor. Jadi 2018 tu sales kami drop dari RM26,000,000 jadi RM11,500,000. Kemudian naik sikit jadi RM13,000,000 pada tahun 2019.”


“Bulan Jun, 2020 tu saya ingat lagi. Saya jumpa Datuk Wira dengan ofis RichWorks. Kita strategise balik, alhamdulillah dah settle masalah stok, supplier, vendor semua. Kita kukuhkan balik dan kita meningkat balik dengan pencapaian RM30,000,000 setahun.”


Pada waktu kejatuhan, Aini dan Saiful belajar banyak perkara. Dari situ, mereka mengambil iktibar dari perniagaannya yang gagal di masa lalu, kini mereka sudah bersedia untuk belajar ilmu-ilmu baharu.


NURRAYSA MELAHIRKAN JUTAWAN


Menerusi ilmu marketing yang diperoleh dan digunakan secara konsisten, jualan produk Nurraysa telah melonjak naik. Pada tahun 2021, angka jualan meningkat sebanyak RM43,000,000 setahun.


Ketika itu Aini dan Saiful sedar bahawa mereka mesti terus belajar dengan RichWorks jika tidak, perniagaan yang semakin besar tentunya akan memberikan mereka lebih banyak cabaran yang mungkin tidak mampu mereka hadapi.


“Banyak ilmu yang kami pelajari seperti pengurusan operasi syarikat, teknik kepimpinan berkesan, cara membentuk dan melatih pasukan, strategi hala tuju syarikat dan banyak lagi. Ahli-ahli Circle Titan juga banyak memberi nasihat dan tips.”

Nurraysa Global sangat mementingkan sumber bahan halal dan semula jadi dalam setiap produk yang dihasilkan agar tidak membawa kesan sampingan yang berbahaya kepada pelanggan.


Paling menakjubkan, dari seorang suri rumah dan pemandu jentera berat yang langsung tiada asas dalam bidang perniagaan, Aini dan Saiful berjaya melahirkan 24 jutawan Nurraysa. Mereka juga mempunyai 81,182 orang reseller dan 81,114 dropship agen di bawah bimbingan mereka.


“Alhamdulillah, daripada niat hanya untuk membantu keluarga sendiri, saya bersama pasukan Nurraysa dapat membantu keluarga lain yang juga berdepan kesusahan.”


NURRAYSA’S BREAKTHROUGH


Hari ini, produk yang terkenal dengan barangan kecantikan mesra wuduk yang bermula dari rumah ini, telah pun menjadi jenama terkenal di negara jiran. Dengan tenaga kerja hampir 100 pekerja, 11 cawangan termasuk Singapura dan Brunei dan lebih daripada 200,000 pengedar di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand, Nurraysa Global dijangka terus berkembang sejajar dengan perancangan syarikat menuju Nurraysa Global 2027.


“Setiap bimbingan yang diberikan oleh RichWorks dan Dr. Azizan adalah sesuatu yang sangat bermakna buat kami. Ia benar-benar mengubah diri serta perniagaan yang kami jalankan. Kalau ikutkan, sasaran impian kami semasa dalam kelas hanya RM5 juta setahun. Tapi, kami tak sangka bahawa kami berjaya mencapai lebih daripada itu. Kami benar-benar bersyukur dengan kejayaan hari ini.” ujar Saiful.


Setakat ini, Nurraysa telah menerima Anugerah SEBA – Excellence in Halal Beauty Product (2017) dan Emerging Woman Entrepreneur of The Year (2017) serta The BrandLaureate Halal World BestBrand 2018 dan Asia Pacific Top Excellence Brand.


AINI & SAIFUL DAN NURRAYSA


Mula berniaga kerana ingin menolong suami dan keluarga membawa Aini dan Saiful di tahap mana mereka berada sekarang. Dari pendapatan yang tidak cuku menjadi terlebih cukup malahan mereka cukupkan pendapatan orang lain jug dengan membantu mereka menjana pendapatan bersama Nurraysa.


Aini yang berpurdah tidak percaya bahawa menjual produk kecantikan memerlukan seseorang wanita itu mendedahkan auratnya. Produk yang dihasilkan bukansahaja baik untuk kesihatan kulit tetapi memberi keyakinan diri kepada mereka di luar sana.

Artikel terbaru

Leave a Reply