NURRAYSA : BANTU BERIBU SURI RUMAH MALAH ADA JADI JUTAWAN

Nurraysa

Ini kisah bagaimana Nurraysa bermula. Sebab utama kenapa Nur Aini Zolkepeli nekad untuk memulakan bisnes adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan untuk membantu suaminya.

Bermula dengan duit modal RM500 yang dipinjam dari suaminya, Saiful Anuar Seliman yang merupakan seorang pemandu excavator, Nur Aini mula menjual rumpai laut dari rumahnya.

Malangnya, bisnes rumpai laut mula terkenal dan ramai pesaing mula muncul. Jualannya makin kurang dan untuk terus survive, Nur Aini cuba buat sabun rumpai laut dari dapur rumahnya sendiri.

Sabun rumpai lautnya mula mendapat sambutan. Jualan mula cecah 5 angka sebulan. Nur Aini, mula terfikir, apa jadi kalau beliau boleh besarkan lagi perniagaannya? Apa akan jadi kalau beliau ada lebih banyak produk? Berapa jumlah jualan yang beliau boleh buat? Tapi macam mana nak mulakan? Macam mana nak buat?

Kehadirannya ke program Program Klinik Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang pernah dianjurkan dulu oleh RichWorks, telah membuka matanya bahawa untuk beliau lebih berjaya, beliau perlu membantu lebih ramai orang.

Dari situ timbul idea untuk ‘berniaga berjemaah’ dan beliau mahu bantu suri rumah yang hadapi situasi yang sama sepertinya, yang tercari cara untuk tambahkan pendapatan untuk berniaga bersama-samanya.

Sudah tentu proses yang dilaluinya tak mudah. Nur Aini sedar beliau perlu ada ilmu pemasaran yang betul. Dan oleh kerana beliau pernah hadir ke Program RichWorks dan pernah berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliau memilih untuk hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Menurut beliau, dari situlah berlaku lonjakan dalam bisnesnya. Dengan ilmu marketing yang Nur Aini dapat dan dipraktikkan secara konsisten jualan produk Nurraysa telah melonjak mencecah lebih RM100,000 sebulan! Sales mereka pada tahun 2019 sahaja dah mencecah 13 juta! Hebat ke hebat?

Semakin besar cita-cita Nur Aini, semakin besar cabaran dalam bisnes. Semakin ramai jumlah ejen dan stokis, Nur Aini tahu beliau perlu ada lebih banyak ilmu. Dengan tahap ilmu yang beliau ada, beliau tak mampu hendak menghadapi cabaran dalam bisnes yang semakin besar. 

Beliau tak tahu bagaimana nak menguruskan semua stokis, ejen dan dropshipnya. Masalah dengan pengeluar mula muncul, dan semuanya hanya membuatkan beliau semakin risau dan serabut!

Nur Aini sedar, hanya Datuk Wira Dr Azizan Osman yang telah membantu ramai usahawan berjaya dalam bisnes yang boleh bantu beliau. Dari situ beliau mula sertai kumpulan Titanium pada tahun 2016 yang mendapat mentoring dan coaching tentang bisnes secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Bukan bimbingan saja, beliau juga dapat teguran dan nasihat secara terus dari Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Menurut pengasas Nurraysa Beauty ini, tanpa bimbingan MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman, mungkin bisnes Nurraysa tidak wujud sehingga mencapai level sekarang. Produk yang terkenal dengan mengeluarkan barangan kecantikan mesra wuduk yang bermula dari rumah, kini dah jadi jenama terkenal dengan jumlah stokis, ejen dan dropship mencecah 6,000 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Antara kejayaan yang dikecapi Aini dan Saiful bersama Nurraysa Beauty adalah menerima anugerah SEBA pada 2017 sebagai Excellence in Halal Beauty Product dan Emerging Woman Entrepreneur of the Year. Selain itu,  The Brand Laureate Halal World Best Brand 2018 menganugerahkan beliau Best in Consumer – Halal Beauty Cosmetic dan Asia 100 Favourite Products oleh Asia Pasific TOP Excellence Brand.

Sehinga 29 November 2020, jualan Nurraysa Beauty telah pun mencecah RM28.2 juta.

Artikel terbaru

Leave a Reply