NOIR HEALTH & BEAUTY (Eriyca Baiduri & Muhammad Azri)

Asas kepada kulit yang kelihatan muda adalah dengan menggunakan bahanbahan yang berfungsi dengan sempurna untuk kulit wajah. Cara NOIR HEALTH & BEAUTY SDN BHD dalam membantu orang ramai mendapatkan keserian dalam kecantikan adalah dengan menggunakan unsur semula jadi melalui proses metabolik botani dan berasaskan kecantikan halal dan premium.


Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri atau lebih terkenal dengan nama panggilan Madammu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja menerusi platform online. Dibantu suami beliau, Muhammad Azri atau TP Azri (Tuan Penasihat). Produk mereka dirumuskan dari Jepun dan Korea, NOIR menggunakan teknologi canggih untuk menyediakan produk kecantikan berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua peringkat usia.

MADAMMU & TP AZRI : SUATU MASA DAHULU


Madammu dilahirkan di Besut, Terengganu di mana beliau bersama 2 lagi adikberadik dibesarkan oleh nenek di kampung sejak beliau berusia 2 tahun lagi. Ibu beliau, Normah Dollah terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki untuk menampung anak-anaknya selepas bercerai dengan bekas suami. Sehinggalah Madammu berusia 13 tahun, beliau berpindah semula bersama ibu di bandar.


Dikelilingi wanita-wanita kuat dan tabah, seperti ibu dan nenek beliau. Melihat daripada kegigihan kedua-dua wanita ini, Madammu terinspirasi untuk bangkit membantu wanita menjana pendapatan sendiri sekali gus membina kehidupan yang lebih baik.


Bukan sekadar cantik, Madammu juga seorang beauty with brains. Beliau memiliki Diploma Penjagaan Kesihatan dan memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa. Madammu pernah memasang cita-cita dan impian untuk menjadi pembaca berita.


Tetapi selepas tamat sahaja belajar, Madammu berkahwin pada usia muda iaitu pada umur 25 tahun dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri iaitu TP Azri dan beliau menjadi seorang suri rumah sepenuh masa menjaga anakanak di rumah. Manakala TP Azri pula mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang pengiklanan.


“I suri rumah and I tak buat apa-apa. Jaga anak-anak tapi mereka dah mula bersekolah. Jadi I selalu kacau dia (suami) sahaja dekat ofis. So I memang mengisi masa lapang je waktu itu.”


PRELOVED BAJU & FACEBOOK LIVE


Menurut Madammu, beliau mula berniaga secara tidak sengaja. Pada ketika itu, mereka sekeluarga ingin berpindah rumah tetapi Madammu mempunyai banyak pakaian dan beliau tidak mahu membawa semuanya ke rumah baharu.


“Masa I nak mula berniaga ni pun secara kebetulan sebab masa tu kita nak pindah rumah. I ada banyak baju and I tak nak bawa semua baju I, so I buat pre-loved. I cakap dengan husband, I nak jual baju I sebab banyak sangat. Dia kata jual lah online. Bermula dari situlah I memulakan LIVE di Facebook.”


Pada ketika itu, Madammu mula berniaga baju-baju preloved beliau secara suka-suka dan menjualnya di dalam Facebook LIVE sejak tahun 2017 lagi.


“I pun start berniaga suka-suka tapi I start rasa macam ‘Eh, best lah pula berniaga ni. Senang,’ tapi senang waktu itu lah. Level sebulan RM2,000 hingga RM3,000. Waktu tu memang senang. Tak ada MenThor pun tak mengapa.”

NOIR BEAUTY


Kemudian setelah baju-baju beliau habis terjual, Madammu mula konsisten buat Facebook LIVE setiap hari, dengan berkongsi pelbagai informasi berkaitan kecantikan dan kesihatan wanita. Menariknya selepas satu bulan sahaja, pengikut Madammu di Facebook meningkat dari 10 orang ke 8000 orang.


Madammu memiliki minat yang mendalam dalam dunia kecantikan. Madammu menghasilkan produk berdasarkan masalah kulit yang pernah Madammu sendiri alami. Daripada itu, maka terhasilnya rangkaian produk NOIR. Memandangkan pengikut Madammu juga bertambah hari demi hari, Madammu berjaya mengumpul kepercayaan orang ramai dan beliau mengambil langkah berani untuk menjual 1,000 unit NOIR UV White Foundation pada tahun 2017.


“Masa tu kita start dengan buat LIVE di Facebook. Tok ada buat paid marketing, cuma LIVE sahaja. Guna pasu bunga je sebab tak ada stand untuk letak phone.”


“I konsisten dan komited buat LIVE setiap hari dari pukul 2 petang sampai 10 malam. Makin lama makin ramai tengok LIVE saya. Mula-mula dulutak ramai pun, 11 orang je. Sebelah mata je orang tengok.”


Di dalam LIVE, Madammu hanya berkongsi tentang kehidupan harian beliau sahaja. Memasak dan berkongsi tips kesihatan dan kecantikan sambil-sambil itu Madammu akan bercerita tentang kelebihan produk-produk NOIR di dalam LIVE.


Ketika Madammu mula-mula melancarkan produk NOIR, beliau menggunakan ruang di pejabat TP Azri sebagai tempat kerja buat sementara waktu sebelum NOIR menyewa kedai sendiri ketika perniagaan mulai berkembang. Perniagaan NOIR meningkat sedikit demi sedikit dengan konsisten.


“Dulu I berniaga, knowledge I memang daripada husband I je. Sampailah tahun 2018, kita naik, grow sedikit demi sedikit. Waktu itu I mula risau, I fikir kalau I tak belajar. I harapkan husband jadi my advisor, so memang tak boleh. So Azri cakap dengan I untuk pergi masuk kelas Doc.”


10X GROW YOUR BUSINESS


Madammu mempertimbangkan cadangan yang diberikan oleh TP Azri untuk menyertai kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kemudian Madammu terus mendaftarkan diri untuk ke Program 10X Bina Bisnes Berjaya pada tahun 2019.


“Masa tu I memang tak mengikuti Doc. Husband I memang student lama Doc dari tahun 2009 lagi. Dari situ lah I pergi kelas Doc, I pergi kelas 10X Growth (Bina Bisnes Berjaya) . Itu first kelas I tapi hari pertama I datang separuh hari sahaja.”

Menurut Madammu, beliau tidak biasa dengan suasana program yang dijalankan pada ketika itu. Jadi Madammu pulang semula ke rumah setelah selesai program di sesi pagi. Tetapi menariknya, Madammu hadir semula ke program pada hari kedua dan cuba yang terbaik untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.


“I datang kelas separuh hari je, I terkejut masa tu sebab semua orang naik atas kerusi. Kenapa sampai semua berdiri atas kerusi ni kan? So I balik.”


“I balik fikir-fikir kenapa kelas Dr. Azizan ni sampai orang melompat-lompat? So I datang balik. Lepas tu I kena duduk belakang tapi I tak nampak. I kata nak duduk depan tetapi staff RichWorks cakap tak boleh. Dekat depan hanya untuk Titan sahaja.”


Sepulang sahaja ke rumah, Madammu terus berjumpa dengan TP Azri dan menyatakan kehendak beliau untuk menyertai Program Pementoran Titanium. TP Azri menyokong sepenuhnya keputusan Madammu kerana TP Azri sudah mengikuti Datuk Wira Dr Azizan dan RichWorks sejak tahun 2009 lagi.


“Saya cuma tahu macam mana nak berniaga sahaja. So berniagalah tanpa sebarang perancangan yang teratur. And then kebetulan, awal bisnes tu jumpa dengan Doc dan RichWorks. Dekat situ saya dah ada pendedahan, jadi saya nampak perjalanannya macam mana.” kata TP Azri.


“Waktu 2009, kelas yang saya masuk adalah Rahsia Tarikh Lahir. Memang old school punya. Itu pun banyak yang WOW! Selepas itu saya join kelas Advance Marketing Power.” jelas TP Azri lagi.


Bukan sahaja berhenti disitu, TP Azri juga menyertai Program Platinum RichWorks pada tahun 2013. Menurut beliau, sepanjang beliau mengikuti pembelajaran dalam Program Platinum, setiap sesi dan kelas mempunyai keistimewaan yang tersendiri.


BISNES DARI MENDATAR TERUS MELONJAK


Awalnya, niat Madammu untuk belajar bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks adalah untuk menggandakan jualan sahaja. Perniagaan NOIR sebelum menyertai RichWorks sudah mencecah angka jualan sebanyak RM3,200,000 dan NOIR juga sudah mempunyai 16 unit iklan billboard di seluruh Malaysia tetapi jualan mendatar sahaja. Seakan tiada cara untuk beliau tingkatkan lagi jualan.

Setelah Madammu mengikuti beberapa sesi pembelajaran, beliau sudah semakin jelas dan Madammu semakin teruja setelah hadir ke Inner Circle Meeting beliau yang pertama untuk melihat peningkatan dan pencapaian NOIR.


“Lepas I pergi my first Inner Circle Meeting, I rasa tak menyesal register jadi Titan dan berada dalam circle Titanium.”


“Sebelum ni I tak nampak bisnes I ni boleh grow. Tapi lepas masuk RichWorks, I sedar bisnes I ni boleh grow lagi besar ni. Cara I berfikir dan cara I bertindak pun dah lain. Sebelum ni I macam jalan je, sekarang I dah ada orang untuk bagi certainty setiap keputusan dan pertanyaan itu.”


Selepas 1 tahun Madammu dibimbing oleh RichWorks, angka jualan beliau meningkat lebih dari 10 kali ganda iaitu sebanyak RM18,300,000 pada tahun 2019. Target pemasaran NOIR juga sudah semakin jelas.


NOIR MEMBINA EMPAYAR KECANTIKAN


Tahun demi tahun, Madammu komited dalam mengikuti kelas dan pembelajaran dari Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kejayaan Madammu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang. Madammu turut membantu ribuan ejen dan stokisnya untuk menambah pendapatan.


Lebih-lebih lagi bagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Madammu bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri. Sekarang NOIR mempunyai 24,000 orang Usahawan NOIR.


“Kami buat Kempen Bangkit Wanita di mana kami nak bantu lebih ramai wanita
terutamanya suri rumah, ibu tunggal serta wanita yang sudah mempunyai kerjaya
juga.”


Menurut Madammu, sebelum ini beliau tidak yakin untuk membantu ramai wanita kerana NOIR tiada banyak testimoni yang berjaya. Tetapi selepas di ‘asah’ oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, Madammu banyak peningkatan dan perubahan dari segi kepemimpinan beliau dalam syarikat membuatkan beliau mula berasa yakin dan berani untuk membimbing Usahawan NOIR dengan lebih agresif.


“Dulu I tak konfiden tau. Tapi lepas kena asah oleh Doc, I jadi lebih konfiden dan berani nak bantu lebih ramai wanita dan pada masa yang sama kami berjaya lahirkan Usahawan NOIR yang boleh ubah taraf hidup mereka dari tak ada apaapa sehingga mampu beli sebuah kereta mewah dan beli rumah. Boleh support keluarga mereka sepenuhnya.”


“NOIR dahulu memiliki 5 orang pekerja sahaja yang dibayar gaji sederhana di atas kemampuan syarikat. Bersama 50 orang Usahawan NOIR memasarkan dua produk iaitu NOIR UV White Foundation dan Pure White.”


“Sekarang, pada tahun 2023 NOIR memiliki 35 orang pekerja tetap di HQ NOIR bersama 24,000 orang Usahawan NOIR.”

ANUGERAH JUARA LAGU KE-36


Selepas empat tahun NOIR mengukuhkan imej syarikat dan populariti produk kecantikan dan kesihatan, buat kali pertamanya berjinak-jinak sebagai penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36).


Untuk meningkatkan lagi penjenamaan NOIR, Madammu dan team NOIR membawa debaran anugerah ke pelusuk negara menerusi Program Jelajah NOIR AJL36. Madammu memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai daya penarik utama dalam siri jelajah tersebut. Menerusi penajaan ini, misi Madammu dan TP Azri adalah untuk mempromosi Program Usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.


Pertandingan dianjurkan sejak Februari hingga Ogos 2022 menawarkan ganjaran hebat dengan sebuah Proton X50 kepada pemenang utama dan dua buah Proton Iriz serta 10 biji motosikal kepada ahli berprestasi tinggi yang menang dalam Cabutan Bertuah Purple Bonanza.


MADAMMU & TP AZRI BERSAMA NOIR


Dari berniaga untuk suka-suka untuk mengisi masa lapang sahaja, Madammu berjaya membawa perniagaan beliau ke tahap yang lebih tinggi bersama-sama dengan suami tercinta, TP Azri yang menjadi tulang belakang juga pada NOIR. Tidak pernah pasangan ini terbayang, mereka mampu membuat angka jualan jutaan ringgit sebulan.


Walaupun dunia dilanda pandemik dan ramai yang terkesan, namun NOIR berjaya membuktikan bahawa jenama produk kecantikan tempatan ini kalis cabaran dan berjaya menghasilkan usahawan wanita yang mampu menjana pendapatan bulanan sehingga puluhan ribu ringgit.

Artikel terbaru

Leave a Reply