Nohana Ikan Bakar, terletak di Kerteh, Terengganu, telah memenangi hati pelanggan dengan hidangan Ikan Bakar mereka yang lazat dan harga yang mesra pelanggan. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang menggoda selera, termasuk hidangan 3 rasa, buttermilk, shellout, dan pelbagai lagi variasi.
Nurul Majirah Mazidi, bersama suami beliau, menguruskan perniagaan ini dengan penuh dedikasi. Kecekapan dan minat mereka dalam menjalankan restoran ini telah membawa kepada kejayaan yang mengagumkan. Kini, Nohana Ikan Bakar telah berkembang dengan membuka tiga cawanganrestoran yang berjaya. Prestasi mereka dalam industri makanan telah meraih
jualan sebanyak RM 2.7 Juta pada tahun 2022, dan telah mencapai jualan sebanyak RM 4.5 Juta pada tahun 2023.
Kejayaan Nohana Ikan Bakar adalah bukti usaha gigih dan kebolehan pengurusan Nurul Majirah Mazidi dan team dalam membangunkan perniagaan yang menyediakan hidangan makanan laut berkualiti tinggi dan pelanggan yang setia.
1.Sentiasa bangkit dan tidak putus asa
”Saya tidak putus asa dan sentiasa percaya kepada apa yang ingin dicapai”
Kejayaan dalam perniagaan seringkali bergantung kepada sikap yang tidak putusasa dan keyakinan yang teguh terhadap tujuan yang dicapai. Ini penting kerana perjalanan perniagaan tidak selalunya mudah, dan cabaran serta kegagalan mungkin timbul di sepanjang jalan.
Tanpa keyakinan dan ketekunan, ramai usahawan mungkin mudah putus asa apabila menghadapi kesukaran. Oleh itu, penting untuk memahami bahawa setiap rintangan adalah satu peluang untuk belajar dan berkembang.
Kejayaan tidak datang dengan cepat; ia memerlukan kesabaran dan keazaman yang berterusan. Dengan keyakinan yang kukuh dalam visi dan matlamat perniagaan, seseorang dapat tetap fokus pada tujuannya, walaupun dalam situasi yang mencabar. Ketidakpastian dan keraguan boleh menghalang seseorang daripada mencapai potensi sebenar perniagaan mereka.
Nurul Majirah yang sentiasa percaya kepada diri sendiri dan apa yang dicapai, adalah seseorang yang dapat memotivasikan diri untuk terus berusaha, meneroka peluang baru, dan akhirnya mencapai kejayaan dalam perniagaan Nohana Ikan Bakar yang kini dikenali ramai. Dengan kata lain, ketekunan dan keyakinan adalah kunci untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan yang kompetitif ini.
2.Niat memanfaatkan orang lain
“Niat dalam perniagaan adalah untuk memanfaatkan team dan staff yang ada”
Memiliki niat yang jelas dalam memanfaatkan orang sekeliling melalui perniagaan adalah asas penting yang perlu ada dalam diri setiap usahawan. Niat ini menjadi landasan moral yang menggerakkan seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain dengan penuh maksud dan kebaikan. Tanpa niat yang baik, perniagaan mungkin hanya dilihat sebagai satu cara untuk mencari keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira impak positif yang boleh dihasilkan dalam masyarakat.
Perniagaan yang berlandaskan niat baik boleh menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat. Ia bukan setakat memberikan peluang pekerjaan dan membantu memperbaiki ekonomi komuniti tempatan tetapi lebih daripada itu.
Apabila niat kita adalah untuk memanfaatkan orang sekeliling, kita cenderung untuk memastikan etika perniagaan yang tinggi dan memberi keutamaan kepada hubungan jangka panjang yang berkualiti.
Seperti Nurul Majirah, niat baik dalam perniagaan membantu dalam mencipta reputasi yang baik dan kepercayaan dalam kalangan pelanggan, rakan kongsi, dan masyarakat setempat terhadap beliau. Ia juga mencerminkan nilai yang lebih mendalam dalam kehidupan, di mana kita berusaha untuk memberi manfaat dan memanfaatkan orang lain, bukannya hanya mencari keuntungan sendiri.
3.Bermula dengan penjualan dan pemasaran
“Pada mulanya, saya start dengan fokus kepada sales dan marketing”
Pemasaran dan penjualan merupakan dua unsur dalam perniagaan yang penting berperanan sebagai enjin utama yang menggerakkan pertumbuhan dan kejayaan. Bermula dengan pemasaran dan penjualan, Nurul Majirah percaya hal ini penting kerana faktor-faktor yang mempunyai kesan langsung terhadap penghasilan, visibiliti, dan keberkesanan keseluruhan perniagaan.
Beliau yang menggunakan media sosial untuk mengukuhkan penjenamaan melalui pemasaran di Facebook dan Instagram, meraih perhatian orang ramai untuk mencuba makanan beliau. Tanpa pemasaran yang baik, Nohana Ikan Bakar mungkin akan kehilangan pelanggan kepada pesaing yang lebih aktif dalam promosi produk mereka.
Namun, beliau telah membuktikan sebaliknya. Kombinasi pemasaran yang berkesan dan penjualan yang baik membolehkan perniagaan beliau mengekalkan pertumbuhan dan membuka peluang pasaran yang baru, menggalakkan menjana pendapatan yang berterusan.
Biografi Nurul Majirah
Sanggup tidur dalam kereta kerana tak mampu bayar hotel demi secebis ilmu, Nurul Majirah telah melalui sebuah perjalanan yang luar biasa bersama suami. Hasil usaha gigih Majirah telah mengubah nasib beliau. Selepas menamatkan Diploma, Nurul Majirah mendapati dirinya berada dalam situasi tanpa arah tujuan yang jelas dalam kehidupan. Keadaan yang mencabar ini mendorong beliau untuk mengambil langkah pertama dalam perniagaan.
Beliau memulakan perniagaan di pasar malam dengan menjual barang kosmetik. Namun, pendapatan daripada jualan hanya mencapai antara RM 10 hingga RM 15 sehari. Meskipun pendapatan yang rendah, semangatnya untuk mencari ilmu dan memperbaiki nasib keluarganya tidak pernah pudar. Serik dengan kehidupan yang sentiasa berada dalam kesempitan kewangan, Majirah mula mencari peluang untuk memperluaskan pengetahuannya dalam bidang perniagaan dan menghadiri kelas dan program anjuran RichWorks dengan tekun, mengorbankan keselesaan diri dengan tidur dalam kereta demi mengejar ilmu yang mampu mengubah takdir keluarga.
Niat Majirah untuk menolong suami dan membalas jasa ayah beliau membimbing untuk melalui perjalanan sukar ini. Akhirnya, Puan Majirah membuat keputusan untuk memfokuskan usaha ke arah perniagaan bersama suami beliau, iaitu restoran Nohana Ikan Bakar. Keputusan ini akhirnya membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan perniagaan mereka. Kejayaan Nohana Ikan Bakar adalah bukti bahawa tekad, ketabahan, dan semangat untuk belajar dapat membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang.