Masitah Mohd Afandy mempunyai sifat yang teguh dan kuat adalah pengasas yang berjaya di mana perniagaan beliau menyediakan perkhidmatan dalam membekalkan, memasang, dan menyelenggara penyaman udara di rumah-rumah dan sebagainya.
Bermula di Johor Bahru pada tahun 2014, Perkhidmatan Elektrik dan Pembersihan Aircond NM dan telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 747,000 pelanggan di seluruh negeri. Pada tahun 2019, mereka ditingkatkan menjadi Sdn Bhd, dan menukar nama menjadi NM Aircond Sdn Bhd.
Setakat Ogos 2023, NM Aircond telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.6 Juta.
1.Menukarkan negatif ke positif
“Lagipun macam saya cakap, saya rasa instead of saya guna perkataan ujian yang mendatangkan vibe yang tak best dekat saya, saya gunakan perkataan Allah bergurau dengan saya”
“Kenapa saya guna perkataan bergurau, benda tu mendatangkan positif vibe kepada saya,yang pertama. Nombor dua, kita bergurau kan dengan orang yang kita sayang saja, so saya berharap Allah bergurau dengan saya sebab Allah sayang saya.”
Selepas kemalangan beliau yang melibatkan lori 5 tan bertembung dengan kereta beliau pada bulan Mac 2023, Masitah diisytiharkan buta oleh doktor kerana kehilangan kedua-dua penglihatannya. Walaupun tidak sangka akan menghadapi peristiwa malang ini, keadaan beliau tidak menghalang Masitah menjadi positif dan masih penuh harapan dalam hidup. Beliau masih melihat cahaya walaupun dalam kegelapan.
Bersyukur kerana masih hidup dan melihat insiden yang menimpa beliau sebagai keajaiban, Masitah menganggapnya sebagai peluang kedua untuk melakukan lebih banyak lagi untuk perniagaan beliau bahkan teruja untuk melakukannya. Yang penting buat beliau adalah membina pasukan yang akan menjadi bayangan yang baik. Tidak menyalahkan kejadian yang menimpa, beliau dengan cepat bangkit untuk menguruskan perniagaan secepat mungkin walaupun hanya dengan memantau pasukan beliau melalui telefon dalam masa 24 hari berada di hospital.
Sekiranya kita diberi situasi di luar kawalan kita, apakah kita mungkin sekuat Masitah atau kita sudah menyerah dan meninggalkan segalanya tanpa melakukan apa-apa tindakan?
2.Kecekapan bertindak
“So kita cepat2 buat delegation, so kita tukar role jadi coach dekat office dengan sebagainya,dan hasil tu meningkat, team bertambah baik, dan everything seperti according to apa yang doc kata, kalau kita buat begini, kita buat persediaan awal dan sebagainya, inshallah result dia akan muncul dan result dia muncul bila saya dekat hospital. Alhamdulillah.“
Kemalangan Masitah merupakan kejadian yang tidak dijangka yang tidak dapat diramalkan oleh sesiapa pun. Namun, kecekapan beliau yang menjadikan perniagaan masih berjalan dengan lancar kerana beliau awal-awal sudah mempersiapkan key leaders untuk mengambil alih dan menjadi orang yang memimpin dan menguruskan perniagaan beliau.
‘ Jadi halangan berlaku. Apa seterusnya? ’
Ini adalah cara Masitah mengatasi masalah beliau. Bahkan sebelum timbul halangan, beliau berjaya mempertahankan perniagaan beliau walaupun bukan beliau yang memimpin secara langsung. Inilah perkara yang akan dilakukan oleh pemimpin sejati kerana anda perlu sentiasa mempunyai langkah satu kehadapan dalam segala hal. Dengan mempercayai pemimpin di bawah beliau juga, ternyata perniagaan beliau terurus lebih baik daripada yang dijangkakan kerana perniagaan beliau berjalan lancar tanpa harus mengawasi pasukan beliau dengan ketat.
Bayangkan keadaan di mana anda berada di tempat yang sukar di mana setiap perniagaan menghadapi halangan yang sama seperti krisis ekonomi. Apa yang akan anda lakukan?
Bukankah mudah sekiranya anda dan pasukan anda telah membuat rancangan krisis untuk mengatasi keadaan itu? Apapun, perniagaan bukanlah hanya untuk menjana wang, tetapi juga mempunyai kepentingan dalam menjaga pekerja dan pasukan yang bukan hanya dari aspek kenaikan pangkat dan gaji, tetapi juga dalam erti membina kemahiran kepimpinan mereka.
3.Tidak membazir masa dan tenaga
“Because I’m a TITAN. TITAN kita ada dekat satu level di mana Doc expect kita bermain dengan full energy. At top of our focus, top energy or highest energy. Kita bermain pada level yang bukan biasa2. So how on earth being a Titan saya nak down? Mana ada masa, tak sempat. So being a Titan, kita kena buktikan pada diri sendri, buat mentor kita bangga. Dan I hope Datuk Wira dan Datuk Jerry bangga dengan saya.”
Di RichWorks International, Titan adalah pangkat teratas yang boleh dicapai dalam meningkatkan diri anda sebagai usahawan. Apa yang dimaksudkan oleh Titan untuk Masitah, adalah untuk berada dalam tenaga yang paling tinggi di mana beliau akan berada di peringkat teratas untuk diri sendiri. Beliau tidak ada masa untuk membuang tenaga dan memikirkan perkara yang boleh menjatuhkan diri.
Sebagai usahawan, kita boleh membuat refleksi tentang perkara yang pernah berlaku, tetapi tidak boleh untuk memikirkannya terlalu lama kerana ia tidak membantu dalam memenuhi potensi diri. Masitah yang mengikuti “ Reflect, Review, Refocus ” kembali bangkit dan bukannya melayan perasaan tentang nasib dirinya kerana beliau tahu beliau boleh memberikan lebih banyak manfaat kepada orang lain daripada memikirkan apa yang telah terjadi.
Membazirkan tenaga dalam perkara yang berlaku tidak membawa anda maju ke hadapan. Apa yang dapat dilakukan adalah hanya bergerak maju dan mengambil tindakan dan menyebarkan perkara yang lebih baik kepada orang lain. Apa yang telah anda buat hari ini yang memberi manfaat kepada orang lain?
Biografi Masitah Mohd Afandy
Kepercayaan beliau kepada Allah SWT melebihi yang lain mengetahui bahawa Dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuknya.
Inilah Masyitah moden kita, sesuai dengan nama beliau. Walaupun keadaan dan perjuangan yang dilalui perit, beliau terus berpegang pada kepercayaan agama yang lebih kuat dari sebelumnya. Sekiranya kita dapat mengenangkan kisah Masyitah yang dikasihi yang merupakan pendandan rambut Firaun. Dia percaya kepada Allah SWT dan tetap setia pada agamanya walaupun seluruh keluarga dilemparkan ke dalam periuk besar air mendidih setelah mengakui kepada Firaun bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang sebenar.
Masitah dan Masyitah keduanya menunjukkan persamaan di mana iman mereka tidak goyah dengan mudah walaupun keadaan mereka sukar ditanggung. Masitah Mohd Afandy, bukan sahaja seorang wanita yang kuat dalam dunia perniagaan tetapi dia juga memberi inspirasi kepada orang ramai dalam mengembalikan kepercayaan kita terhadap agama kita.