NKMH MEDIA SDN. BHD. (Nur Khairunnisa & Muhamad Hafiz)

NKMH MEDIA SDN BHD adalah sebuah agensi pengiklanan dan media yang beroperasi di Setia Alam, Selangor. NHMH Media juga merupakan sebuah One Stop Center untuk para usahawan mendapatkan nasihat dan bimbingan bagi menyusun konten atau platform yang sesuai sebelum menjalankan sesuatu kempen iklan.


Paling menarik, NKMH Media juga menyediakan 360 platform pengiklanan dari media tradisional seperti televisyen, radio dan billboard hinggalah ke platform online seperti iklan di media sosial dan menyediakan KOL (Key Opinion Leader) untuk kempen influencer review. NKMH Media sudah beroperasi selama hampir 7 tahun sejak dari tahun 2016 lagi.

NISSA & HAFIZ : SUATU MASA DAHULU


Nur Khairunnisa Binti Rosli dan Muhammad Hafiz Bin Che Yahaya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi NKMH Media Sdn Bhd. Kedua-dua dari mereka dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana. Mereka dibesarkan dalam keluarga polis yang pernah tinggal di berek flat kerajaan. Ibu mereka berdua adalah suri rumah sepenuh masa.

Nur Khairunnisa atau Nissa merupakan graduan untuk Diploma Eksekutif Perniagaan di ISM College. Selepas tamat belajar, Nissa memulakan perjalanan beliau dalam dunia pekerjaan dengan bekerja di sebuah syarikat percetakan swasta sebagai receptionist.

“Selepas kematian ayah pada tahun 2011, saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula bekerja di salah satu syarikat media sebagai frontdesk sahaja dan mula membina kerjaya. Kemudian memberanikan diri cuba explore dan belajar dengan department lain dan dinaikkan jawatan sebagai admin, editorial kemudian di sales & marketing. Kemudian berpindah ke agensi pengiklanan yang lain.”, jelas Nissa.


Bagi Muhammad Hafiz pula, beliau mempunyai latar belakang akademik dalam Diploma Elektrik dan Elektronik di Politeknik Seberang Perai. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka sebelum menyertai pasukan keselamatan polis pada tahun 2012. Beliau pernah terlibat dalam operasi Ops Daulat, Insiden Berdarah di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

“Saya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka selama 1 tahun 6 bulan. Kemudiannya saya dipanggil untuk menyertai pasukan keselamatan pada tahun 2012 dan terlibat dalam beberapa operasi di Sabah termasuk Ops Daulat di Sandakan dan Semporna pada tahun 2013.”

PERMULAAN NKMH MEDIA

Pendapatan dari pekerjaan yang diperolehi Nissa dan Hafiz tidak dapat menampung keperluan harian Nissa dan Hafiz. Hari demi hari kos sara hidup makin meningkat membuatkan pasangan ini semakin tertekan. Oleh itu, Hafiz mengambil langkah untuk menambah pendapatan keluarganya dengan melakukan beberapa perniagaan sendiri. Namun, perniagaan yang dilakukan beliau tidak membuahkan hasil dan tidak kekal lama.

“Kami mula berniaga pada mulanya hanya disebabkan ingin mencari wang lebihan untuk belanja dan kos sara hidup meningkat, tambah pula tinggal di Lembah Klang sewa rumah agak tinggi membuatkan kami terpaksa melakukan sesuatu dan kami tahu dengan hanya berniaga kami mampu mempunyai income tambahan.”, jelas mereka berdua.


Menurut Nissa, mereka tekad untuk berniaga juga adalah disebabkan, pada awalnya Hafiz sudah mempunyai pengalaman dengan mencuba pelbagai jenis perniagaan antaranya beliau menjual vape, ikan bakar, jadi agen produk, direct selling dan mereka juga pernah membuat servis photobooth untuk majlis perkahwinan di hotel-hotel.

“Alhamdulillah ada nampak keuntungan dan Hafiz mencadangkan untuk saya juga cuba berniaga. Pada awalnya saya tidak berminat kerana merasakan tidak pandai tapi keadaan yang memaksa saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dahulu tanpa perancangan lain. Selepas beberapa bulan selepas berhenti ada kenalan yang minta tolong untuk carikan lokasi billboard yang sesuai dan kami dapat komisen dari jualan tersebut. Kemudian kami merasakan hanya perlu fokus kepada industri ini sahaja disebabkan kepakaran saya dalam bidang pengiklanan ini.”


“Kami menjalankan perniagaan bersama menggunakan simpanan yang ada dan pengalaman masing-masing secara part-time sebelum meletakkan jawatan dan fokus pada perniagaan kami pada tahun 2021.” jelas Hafiz lagi.


Nissa dan Hafiz memilih untuk memulakan perniagaan dalam industri pengiklanan setelah mengambil kira kekuatan industri tersebut serta pengalaman Nissa bekerja di agensi pengiklanan. Melalui servis dan perniagaan ini, mereka melihat potensi dan peluang untuk membantu usahawan SME (Small and Medium Enterprise) terutamanya dalam membuat kempen iklan setanding jenama gergasi lain.


4 BULAN TIADA HASIL

Nissa mengambil keputusan serta merta untuk berhenti kerja tanpa apa-apa simpanan dan fokus dalam perniagaan sahaja. Dan pada masa itu, keperluan harian mereka hanya bergantung kepada pendapatan Hafiz sahaja sebagai seorang polis.


Semasa Nissa dan Hafiz menyatakan keputusan mereka untuk berhenti kerja danmulakan berniaga secara sepenuh masa, mereka mendapat tentangan dari ahli keluarga. Keluarga mereka awalnya sangat risau kerana mereka sudah ada kerja yang dapat menjamin kehidupan di hari tua kelak. Tambahan pula tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga mereka yang berniaga.


“Sejak mula lagi keluarga tidak menyokong keputusan kami disebabkan memang tiada dari keluarga yang pernah berniaga. Dan keputusan Hafiz untuk meletakkan jawatan dari kerajaan pun merupakan keputusan yang sukar disebabkan sudah hampir 9 tahun dalam pasukan dan sayang sebab memikirkan ada “insuran” pencen kemudian hari.”


“Tapi memikirkan sampai bila nak buat 2, 3 kerja dan tidak ada masa untuk diri dan keluarga. Hafiz pun mula mengambil cuti tanpa gaji dan fokus kepada bisnes dahulu sebelum nekad untuk berhenti melepaskan jawatan dan berada full-time dalam NKMH Media Sdn Bhd.”


Menurut Nissa dan Hafiz, di awal perniagaan, mereka bergelut dan hanya mendapat pelanggan pertama setelah 4 bulan beroperasi. Duit simpanan pun sudah semakin tiada. Lebih menyakitkan apabila mereka ditipu.


“Pernah pada awal perniagaan dulu kami cuma bergantung pada gaji polis Hafiz untuk sewa rumah, beli susu dan lampin anak. Pada masa tersebut saya yang dulu pernah bergaji 4 angka nekad meletakkan jawatan serta merta dan melakukan bisnes tanpa simpanan langsung ketika itu.”


“Hampir 4 bulan tiada jualan langsung dan duit banyak digunakan untuk pergerakan meeting dan sebagainya. Kami hanya berjaya mendapat klien pertama setelah bulan keempat dan payment claim selepas 90 hari berikut. Pada waktu tersebut wang simpanan juga semakin sikit.”


PENGEMBARAAN KE ALOR SETAR PENUH EMOSI

Keadaan mereka pada awal perniagaan penuh dengan cabaran dan dugaan. Duit simpanan juga sudah semakin menipis dan tidak dapat mampu menampung kehidupan mereka lagi. Mereka cuba bermacam-macam cara untuk mendapatkan jualan pertama.

“Pernah ketika itu, kereta sudah 3 bulan tidak bayar, talian phone disekat dan cuma mengharap internet dari Wifi. Duit simpanan RM300 dipinjamkan oleh kawan untuk kegunaan perjalanan habis tidak sampai setengah hari apabila kereta tidak boleh dihidupkan setelah sampai di Alor Setar. Dan perjalanan tersebut sia-sia apabila prospek tersebut merupakan scammer dan ditangkap kemudiannya. Itu antara cabaran untuk mendapatkan sales pertama.”

Segala perniagaan yang dilakukan mereka tidak mendatang apa-apa hasil yang lumayan. Namun, sudah banyak modal yang habis. Namun, Nissa dan Hafiz tidak berhenti berusaha dan tidak pernah berputus asa atas setiap cabaran.


“Akibat tiada ilmu berniaga yang betul dan tiada bimbingan menyebabkan semua perniagaan terdahulu tidak berjaya dan separuh jalan. Kami juga pernah ditipu duit loan dan simpanan dibawa lari oleh “partner” yang kami tidak betul-betul kenal.”

“Kami juga ditipu di mana kami diarahkan untuk membuat personal loan sebanyak RM50,000 kononnya separuh wang tersebut untuk tanggung kos overhead operasi dan selebihnya untuk invest kepada bisnes lain yang ingin diusahakan bersama namun individu tersebut menghilangkan diri.”

“Big Why serta kebengangan mendorong kami untuk teruskan perjuangan. Big Why kami adalah anak perempuan kami yang istimewa. Apabila disahkan oleh pakar bahawa anak perempuan kami mempunyai masalah Autisme seumur hidup kami nekad untuk menyediakan sesuatu yang terbaik kepadanya apabila kami tiada satu hari nanti.”

USAHAWAN JUTAWAN RICHWORKS


Menurut Nissa dan Hafiz, mereka hanya cuba bertahan dalam perniagaan kerana ingin berikan yang terbaik kepada anak perempuan mereka sahaja. Mereka melakukan semua kerja sendiri kerana tiada pekerja dan team yang betul.

“Sebelum belajar dengan RichWorks, operation dan akaun kami agak berterabur. Kami hanya tahu cara untuk mendapatkan duit. Kami tidak ada ilmu tentang manage cash flow, saving, cukai dan sebagainya.”

“Semua kerja dilakukan oleh kami sendiri akibat tiada team dan tidak pandai hire team yang betul. Boleh dikatakan kami banyak buang masa rekrut orang yang salah. Perkara ini menyebabkan kesemua tugas perlu disemak semula dan membuatkan kami yang mengambil alih semula tugas tersebut kerana takut staf buat silap. Struktur gaji dan profit juga berterabur bila tidak ada HR Manager dan akauntan yang betul. Akibatnya kami banyak kerugian apabila dikenakan penalti dan sebagainya.”

Perkara ini membuatkan mereka terdetik untuk buat sesuatu iaitu dengan mencari MenThor yang betul untuk belajar tentang perniagaan. Nissa dan Hafiz mula mengenali Usahawan Jutawan RichWorks yang berjaya menghasilkan angka jualan yang luar biasa.

“Kami mula kenal RichWorks asalnya setelah mengenali beberapa anak didik ahli Titanium, Tuan Najib Asaddok, Puan Kartika Wati, Puan Aini dan ramai lagi yang sebelum ini mereka merupakan klien kami. Mengenali mereka dengan lebih dekat dan amazed dengan pencapaian mereka membuatkan kami hendak ikut jejak langkah mereka. Mereka sering memberi inspirasi kata-kata semangat dan mengenali mereka secara peribadi kebanyakan mereka adalah genuine entrepreneur berjaya yang lahir dari RichWorks.”

“Kami cuba menyertai program Master Your Business di Menara PGRM pada tahun 2018 banyak input yang kami dapat hanya dari program selama 2 hari tersebut dan kemudiannya mengambil keputusan menyertai SPIRE sebelum menyertai Titanium pada 2019.”

NKMH MEDIA ALAF BAHARU


Setelah Nissa dan Hafiz dibimbing dalam Program Titanium Richworks, mereka sudah sangat jelas dengan target dan arah tuju perniagaan mereka. Mereka juga sangat jelas dengan strategi yang paling berkesan dengan perniagaan mereka. Bimbingan secara terus dari Datuk Wira Dr Azizan Osman membuatkan mereka lebih banyak berfikir dengan lebih strategik dan kalkulatif.


“Ilmu yang disampaikan sangat jelas dan membuka minda kita yang selama ini terkunci. Alhamdulillah berkat dari ilmu tersebut kami cuma apply beberapa perkara sahaja dan hasilnya sangat memberangsangkan kami dapat pecahkan rekod jualan yang kami sendiri tidak pernah terfikir untuk capai. Alhamdulillah atas pencapaian demi pencapaian kami masih berada dalam circle Titanium ini.”


“Kami menggunakan formula S.I.A.P.A memang sangat memberi impak pada kami untuk kenal target audience yang betul. Seterusnya kami juga sangat fokus pada Digital di mana Datuk Wira awal-awal lagi sudah forecast dan minta kami start dan agresif dalam platform digital. Idea tersebut memang beri impak pada sales kami. Kami juga banyak melakukan kolaborasi. Idea ini juga banyak membantu melancarkan operasi syarikat dan membantu menaikkan jualan kami. Di mana kami boleh bekerjasama dengan agensi lain yang mahir di bidang masing-masing.”

Namun, menurut Nissa dan Hafiz, semasa mereka dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman mereka juga membuat beberapa kesilapan. Ini kerana mereka tidak mengikut dan mengambil kira pendapat Datuk Wira atau Client Account Manager (CAM) untuk berpindah ke lokasi baru di Setia Alam.

“Kesilapan yang kami lakukan adalah tidak mengambil kira pendapat Datuk Wira atau CAM dahulu untuk berpindah ke lokasi baru di Setia Alam. Cabaran kami apabila susah untuk mendapatkan talent yang bagus dan berpengalaman. Kebanyakan yang datang adalah fresh graduate dan yang tinggal berhampiran kawasan sekitar. Ini menyebabkan proses hiring untuk menggantikan staf yang telah keluar agak lama dan melambatkan operasi syarikat.”

“Kami cuba untuk improve dan titik beratkan segala pandangan dan idea Datuk Wira. Beliau minta kami besarkan lagi networking. Strategi kami buat masa ini lebih fokus kepada corporate client dan kami berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan untuk membantu usahawan SME. Kami juga berkolaborasi dengan agensi pengiklanan lain yang lebih besar samada dalam negara dan juga luar negara.”

NKMH MEDIA’S BREAKTHROUGH

Dengan kesungguhan dan usaha Nissa dan Hafiz, mereka berjaya meningkatkan prestasi NKMH Media. Mereka juga dapatkan tingkatkan ilmu dan kepakaran mereka dan team dalam membantu pelanggan menyusun kandungan dan strategi pemasaran. Selain itu, mereka juga pakar dalam membantu pelanggan menyediakan kandungan yang sesuai dengan bajet mereka.

“Kepakaran kami dan team dalam membantu pelanggan menyusun content dan strategi plan marketing dan kami juga boleh membantu pelanggan kami menyediakan content yang sesuai dengan bajet mereka. Result yang kami hasilkan banyak memberi impak pada pelanggan dan mereka rasa selesa untuk berurusan dengan kami. Testimoni itu juga menjadi rekural kami kepada pelanggan lain.”


“Bimbingan berterusan dari seluruh team RichWorks sangat membantu dalam meningkatkan perniagaan kami. Barisan VP dan CAM yang mahir dalam bidang masing-masing juga banyak membuka jalan kepada kami. Impak paling terkesan adalah dari segi pengurusan kewangan.”

“Sesi bersama Hj Nasrul Hadi selalu membuka mata dan menyelesaikan banyak masalah kami. Alhamdulillah banyak perkara yang merubah kehidupan peribadi dan juga perniagaan kami. Jika dulu kami cuma tahu mencari duit untuk survive dan tidak ada ilmu tentang cukai dan sebagainya yang menyebabkan kami dikenakan penalti dan juga banyak memberi hutang kepada pelanggan dan gagal untuk kutip semula, sekarang Alhamdulillah masalah tersebut selesai satu per satu.”

Circle yang positif dan mentoring bimbingan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman dan CAM (Client Account Manager) sangat membantu untuk memastikan Nissa dan Hafiz sentiasa bersemangat dan berfikiran positif.

“Setelah menyertai sesi mentoring bersama Datuk Wira dan RichWorks jadual kami lebih tersusun. Kebanyakan masa kami akan utamakan jadual aktiviti yang telah disusun oleh RichWorks dan selebihnya kami susun untuk meeting dan urusan bisnes. Circle juga sangat membantu. Kami juga kerap berjumpa samada di kelas ataupun di luar bukan waktu kelas.”

“Pada awal perniagaan, kami hanya menguruskan semua berdua. Hafiz terpaksa ikut ke meeting dengan vendor dan klien, turun ke studio assist klien dan juga turun ke site untuk plotting billboard. Kemudian kami cuba hired 4 orang staf bahagian sales dahulu untuk kuatkan financial. Kemudian kami hired account executive dan juga HR contact dari kenalan. Total staf pada 2019 ialah 9 orang.”

“Kemudian kami decide untuk kuatkan lagi team dengan buka beberapa jawatan kosong untuk beberapa department dimulakan dengan HR Manager. Hiring proses semakin lancar apabila kami sudah ada HR Manager dan HR Executive. Kami post job advertisement di beberapa platform seperti Linkedin, MauKerja dan juga social media. Wajib ada 2 kali saringan interview dan kami utamakan yang berpengalaman dan juga ada background media and communication. Kini alhamdulillah team NKMH Media telah berkembang menjadi 27 orang.”


Dahulunya mereka berdua mendapat tentangan dari keluarga. Namun, pada akhirnya keluarga yang paling menyokong dan memberi sokongan moral untuk Nissa dan Hafiz meneruskan perniagaan kerana usaha mereka membuahkan hasil.

NISSA, HAFIZ & NKMH MEDIA

Setiap orang sudah pasti akan ada cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi untuk lebih maju dalam kehidupan. Begitu juga dengan Nissa dan Hafiz. Namun, segala cabaran yang dihadapi tidak membuatkan mereka berputus asa dan bersedih lama-lama kerana semangat dan Big Why yang besar adalah lebih penting.


Sekarang, NKMH Media berjaya mencapai angka jualan sebanyak RM11,007,000 pada tahun 2023 dan secara tidak langsung menjadikan Nissa dan Hafiz sebagai Gladiator RichWorks.

Artikel terbaru

Leave a Reply