NA D VENTURES GLOBAL SDN. BHD. (Mohd Najib Jalil)

NA D VENTURES GLOBAL SDN. BHD. adalah entiti perniagaan yang mengusahakan perusahaan GTR Burger bersama rakan strategik iaitu Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad.


Na D Ventures Global ini diasaskan oleh Mohd Najib Jalil dan Nordin Mat sejak dari tahun 2015 lagi. Jika bercakap mengenai street burger, sudah pastinya GTR Burger bakal disebut-sebut oleh orang ramai.

NAJIB : SUATU MASA DAHULU


Najib Jalil atau lebih senang dipanggil Najib dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana sahaja. Beliau merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Ayah beliau merupakan seorang pesara FELDA (Federal Land Development Authority) dan ibu pula seorang peniaga.


Najib mempunyai latar belakang akademik dalam Metal Fabrication di Institut Latihan Perindustrian ILP Ipoh di mana beliau mempunyai ilmu kerja-kerja dalam proses kimpalan memotong dan menyimpan logam dan sebagainya.


Sebelum terlibat dalam dunia perniagaan street burger, Najib mempunyai 18 tahun pengalaman berniaga dalam pelbagai bidang berbeza. Najib juga merupakan seorang konsultan negeri Sabah untuk develop premium local meat industri dari tahun 2018 sehingga tahun 2021. Beliau juga pernah terlibat dalam perniagaan trading.


“Saya punyai 18 tahun pengalaman berniaga. Antara perniagaan yang saya pernah ceburi ialah kereta sewa, construction, event management, Forex marketer dan strategist, consultant GLC Sabah untuk premium meat industry, food and beverages dan meat importer.”


NA D VENTURES GLOBAL SDN. BHD.


GTR adalah sebuah Kelab pada asalnya sebelum beralih menjadi sebuah Koperasi dan Syarikat. Najib dan rakan perniagaannya, Nordin Mat mempunyai ilmu dalam dunia ruminan. Jadi mereka mewujudkan Kelab Koperasi GTR ini pada tahun 2013.


“Saya dengan partner, kita start projek suka-suka. CSR suka-suka. Ada orang kena banjir kita tolong tapi kita bukan tolong orang je. Kita tolong binatang-binatang ternakan. Sebab ramai membantu orang bila banjir tapi tak ramai orang bantu ternakan. So kita bantu penternak dan ternakan masa banjir.”


“So disebabkan program yang kita jalankan itu mendapat perhatian, kita mula dapat bajet daripada kerajaan sehingga kita dapat sampai RM1,200,000.”


“Kerajaan bagi kita bajet untuk kita laksanakan training. So bermula 2014 tu, saya sendiri yang melaksanakan training untuk usahawan dalam bidang ruminan. Misalnya, training pasal ternakan dan produk berasaskan penternakan juga. Contohnya ternak kambing then buat kambing perap.”

Najib bukan sahaja menjalankan program tersebut di Malaysia, malahan mereka juga buat di luar negara seperti di Australia, Indonesia dan Jepun. Kelab Koperasi GTR banyak menyertai eksposisi seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di mana eksposisi exposure seperti ini mereka lakukan secara ‘suka-suka’ sahaja pada awalnya untuk Kelab GTR. Pada tahun 2015, Najib menubuhkan Na D Ventures Global Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat untuk menguruskan perniagaan dalam bidang street burger.


GTR BURGER


Permulaan perniagaan GTR Burger berlaku apabila dunia dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Sebelum mula berniaga burger di tepi jalan, Najib pernah membuka satu kedai steak dan burger Japan. Namun pada ketika itu, agak sukar untuk Najib menjalankan perniagaan tersebut kerana makanan yang dijual tidak boleh dibungkus dan dibuat secara penghantaran.


“So kami buat kerja macam-macam. Kami jual daging, kami jual wagyu dan alhamdulillah kami dikurniakan knowledge dalam dunia daging dan dunia daging premium ini dengan facilities yang banyak bukan sahaja dari sudut knowledge tetapi resources.”


“Bila masuk tahun 2021, ketika kami buka satu kedai steak dan kedai burger Japan, kami berhasrat nak buat dekat street pula. Sebab ketika itu PKP kan susah orang nak makan kat kedai steak sebab steak tak boleh tapau. Jadi saya bincang dengan partner, apa kata kita pergi ke street. So maka pada bulan 3, tahun 2021 tertubuhlah 20 stalls GTR Burger.”


KRISIS GTR BURGER


Dalam setiap perniagaan sudah tentunya mempunyai krisis dan cabaran yang tersendiri. Pernah pada permulaan perniagaan GTR Burger, mereka terpaksa menutup 17 cawangan GTR Burger dari 20 cawangan. Ini semua terjadi kerana mereka tiada S.O.P (Standard Operating Procedure) yang betul.


“Setelah 8 bulan memulakan perniagaan GTR Burger. Dari 20 cawangan, yang tinggal hanya 3 cawangan sahaja yang beroperasi disebabkan tiada sistem, S.O.P yang betul dalam mengurus street burger.”


“Cabaran terbesar adalah untuk memastikan ke semua peniaga GTR Burger di street mengikut waktu operasi perniagaan dengan konsisten. Moment paling susah yang tidak dapat saya lupakan adalah bila saya perlu menukar duit simpanan syiling terakhir untuk membeli makanan.”


Bagi Najib setiap krisis yang datang adalah satu peluang bagi beliau untuk perniagaan. Sikap beliau yang berani mengambil risiko membuatkan beliau menjadi siapa beliau yang sekarang.


“Pada saya setiap krisis adalah peluang. Contoh dulu ketika pandemik melanda, ketika orang tutup bisnes mereka tapi kita buka bisnes. Saya beritahu kepada partner saya ketika itu, andainya kita survive ketika semua orang tutup bisnes, Insyaallah kita akan grow dalam bisnes ini.”


“Walaupun pandemik, orang still nak kena makan. Siapa yang tak nak makan? So kalau ramai tutup bisnes tapi kita buka bisnes, saingan kita akan kurang.”


SKEPTIKAL


Najib mula mengenali RichWorks dari sahabat beliau yang merupakan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. Awalnya Najib sangat skeptikal dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Bagi beliau Datuk Wira hanyalah seorang guru perniagaan yang ‘acah’ bagus. Namun beliau dibukakan hati untuk tetap belajar bersama RichWorks dalam Program Pementoran Titanium. Awalnya, rakan perniagaan beliau yang mula menyertai RichWorks tetapi sekarang Najib juga mahu meningkatkan ilmu beliau dalam perniagaan.


“Masa itu saya memang block. Doc. Seperti haters yang lain yang nampak it’s just luaran je. Lah macam good-good je dia ni. Tapi kalau kita dah block diri kita, kita dah tengok dengan perasaan yang benci, kalau kita nak block, tak buka. Of course kita nampak keburukan je.”


“Perkara yang membuat saya trigger ialah stuck pada amaun sales, pengurusan dan tiada growth structure menyebabkan saya terpanggil untuk study tentang Datuk Wira dan RichWorks dan apa yang saya dapati adalah results.”

KOLABORASI GTR


Setelah berada dalam bimbingan RichWorks dan belajar dengan lebih dekat bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Najib sedar apa yang dikatakan oleh Datuk Wira adalah berdasarkan pengalaman dan bukanlah omongan kosong semata-mata.


“Saya selalu pegang prinsip yang selalu diajar oleh Doc. Tiga perkara iaitu Passion, Purpose and Profit. Passion, kita mesti suka buat apa yang kita buat. Purpose, kenapa kita buat bisnes? Berapa usahawan yang kita nak bantu di luar sana? Berapa stall kita nak ada dalam Malaysia? Dalam Asia dan dalam dunia ni. Last sekali Profit of course nak ada profit.”


Hasil usaha Najib dan rakan perniagaan, Na D Ventures Global mendapat kelulusan dari Program B.I.T iaitu satu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif.


“Kita telah menyertai dan lulus program B.I.T di mana sesiapa saja yang nak membuka GTR Burger, mereka akan mendapat pembiayaan sebanyak RM14,300 oleh PERNAS di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Sesiapa sahaja boleh sertai tapi syarat dia kena masuk Akademi GTR. Course lebih kurang seminggu. Jika lulus insyaAllah mendapat facilities RM14,300.”


“Dan kita juga ada program dengan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, kita tahu dalam fasa ekonomi yang tidak berapa stabil ini ramai orang nak mula berniaga nak tambah pendapatan. Tapi ramai yang tak ada modal juga, so kita usaha buat kolaborasi dengan badan-badan kerajaan dan juga pihak bank yang boleh menyediakan pinjaman dan juga pembiayaan kepada bakal usahawan dan kepada usahawan yang dah sedia berniaga dengan kita nak expand bisnes mereka.”


AKADEMI GTR


Selain itu, syarikat GTR Burger menubuhkan Akademi GTR pada awal tahun 2023 setelah syarikat mencecah 300 stalls burger di seluruh Malaysia.


“Akademi kita tubukan tahun ini. Setelah mencecah 300 stall burger, barulah kita tahu tunggang-langgang, peningnya dan pentingnya education.”


“Di sini kita dah buka HQ Akademi kita di Seri Kembangan. Kita ada certificate yang sedang berlangsung di Akademi GTR Satelit Utara dan juga kita ada Akademi Satelit Sabah. Semua akademi ini telah melahirkan students dan kita lihat perkembangan yang sangat bagus.”


Baru-baru ini Najib juga baru saja selesai dengan urusan di Indonesia di mana beliau akan melakukan satu pilot projek untuk menubuhkan Akademi GTR di Indonesia. Menurut Najib beliau melihat pasaran di Indonesia sangat besar dan mereka mempunyai tenaga kerja yang ramai.


“Kita sedia faham bahawa produk kita adalah produk halal. So kita tengok pasaran sana sangat besar dan juga tenaga kerja sangat besar. Dan kebetulan kami ada rakan-rakan strategik kita di Indonesia, Alhamdulillah apa yang kita buat di Indonesia adalah kita nak cuba pilot projek. Bagaimana kita nak tubuhkan akademi di sana. Kita rekrut dan mungkin kita boleh buat pertukaran ke sini. Mungkin yang di sini boleh ke sana. Macam exchange environment.”

“Dan bila kita kena buka akademi of course kita kena buka pusat pemprosesan sebab pengalaman kami ada tiga pusat pemprosesan, satu di Puchong, Kuching dan Kota Kinabalu. Dan tak mustahil, kita akan boleh buka di Jakarta. Kita sedang membuat mapping, bisnes strategi. Dan insyaAllah kita akan take off dalam masa terdekat ini, pilot projek kita.”


“Okay selain yang kita buat program komersial, kita juga melaksanakan program bersama dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kita mendapat bajet daripada KPKT dan kita latih golongan asnaf dan B40 dengan memberi mereka stall dan latihan dari sudut perniagaan.”


“Semua orang boleh berniaga. Tak semua orang boleh menguruskan perniagaan. Dan kita melatih mereka modul yang ada di akademi kita. Sekarang mereka dah mula berniaga dan mula jana pendapatan. Saya harap lepas 6 bulan kita punya aim adalah untuk mereka dapat keluar daripada golongan B40 itu sendiri.”


Na D Ventures Global juga mendapat dana daripada ZAKAT untuk membantu asnaf. Pilot projek untuk program bersama ZAKAT telah pun bermula sejak bulan Jun 2023.


“Kita telah mula pada pilot projek kita bulan Jun. Enam orang telah lulus untuk kita bantu dan kita akan lakukan secara berterusan setiap bulan.”


NA D VENTURES GLOBAL’S BREAKTHROUGH


Bagi Najib yang sudah mempunyai pengalaman dalam perniagaan selama 18 tahun, bimbingan dari seorang MenThor adalah sangat penting. Menurut Najib, mungkin bagi beliau apa sahaja keputusan yang dilakukan kelihatan cantik tetapi pada pandangan MenThor yang sudah pun melalui pelbagai onak dan duri dalam perniagaan, pandangan MenThor mungkin berbeza.


“Kami boleh buat bermacam-macam keputusan. Saya boleh katakan saya dan partner, kami almost 20 tahun meniaga. Saya lebih kurang 18, dia 20 tahun meniaga. Tapi kami meniaga sebelum ni, bukan berniaga kecil, berniaga besar juga tapi macam bulldozer kami meniaga.”


“Risiko itu kita ambil dah macam terlebih pendekar pula. Sampai terbunuh diri. Jadi bila ada MenThor, maka Datuk Wira sendiri boleh acknowledge kita punya keputusan. Yang ni boleh, yang ni tak boleh. Tak boleh disebabkan apa? Jadi kena tahu. Datuk Wira seolah-olah beri kita do’s and dont’s.”


“Saya tak pernah terfikir yang hari ini, Alhamdulillah saya syukur sangat pada Allah SWT sebab kita adalah street burger yang terbesar di Malaysia. Bukan saya nak claim tapi itulah hakikatnya. Dalam masa hampir 3 tahun, kita mampu menjadi street burger terbesar di Malaysia.”


NAJIB DAN NA D VENTURES GLOBAL


Sikap Najib yang tidak gentar dalam mengambil risiko, menjadikan beliau seorang yang berjaya seperti sekarang. GTR Burger sudah pun mempunyai 260 stall burger di Semenanjung Malaysia, 60 di Sabah dan 20 di Sarawak.


Burger yang dihasilkan menjadi pilihan ramai peminat burger di seluruh Malaysia. Sekarang, Najib merupakan Gladiator RichWorks dengan angka jualan sebanyak RM15,800,000 setahun. Peningkatan yang sangat banyak berbanding tahun sebelumnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply