Mutiara Bersatu Wet Kitchen Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang khususnyamenyediakan servis penghantaran makanan laut, ayam, daging lembu, daging kambing, santan, dan sayuran secara langsung ke depan pintu rumah anda. Produk
basah yang dihantar selalu segar dan memenuhi selera, dengan ikan yang telah disediakan bersih dan siap untuk dimasak. Kawasan penghantaran Mutiara Bersatu merangkumi kebanyakan kawasan di Pulau Pinang.
Pengurusan Mutiara Bersatu yang diuruskan oleh Ainul Mardhiah dan abang beliau bermula dengan fokus perniagaan mereka secara luar talian. Pada tahun 2018, syarikat ini mulai menjalankan penghantaran produk mereka secara rumah ke
rumah, tetapi masih dengan penumpuan terhadap perniagaan luar talian. Namun, pada tahun 2019, syarikat ini mengubah strategi mereka dengan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam talian dan keputusan tersebut membawa kepada
peningkatan ketara dalam jualan dan pertumbuhan pelanggan yang mengagumkan.
Kini, Mutiara Bersatu telah mencatatkan hasil jualan yang mencapai RM 3.7 juta setakat Ogos 2023. Kejayaan ini adalah bukti kepada usaha dan inovasi syarikat ini dalam menyediakan produk makanan berkualiti tinggi serta perkhidmatan penghantaran yang cekap kepada pelanggan di Pulau Pinang.
1. Menukar modul perniagaan
“Dulu kalau nak dapat 1 customer home delivery pun susah sangat2. Tetapi sekarang Alhamdulilah kami mampu capai 70-80 customer home delivery setiap hari. Jadi apa yg saya buat betul adalah fokus kepada sales home delivery.”
Menjadikan modul perniagaan sebagai penghantaran makanan basah dari rumah ke rumah banyak memberikan manfaat kepada perniagaan itu sendiri. Kemudahan yang disediakan ini bukan sahaja dapat mencapai lebih banyak pelanggan malah
membuka pintu kepada pasaran yang lebih luas dengan potensi pendapatan yang besar.
Ini merupakan aspek penting dalam perniagaan makanan, kerana kebanyakan orang mencari keselesaan dan kemudahan dalam pembelian makanan. Ada yang dari rumah, ada yang dari pejabat, masing-masing juga mempunyai selera makanan yang berbeza.
Dengan modul perniagaan ini, pelanggan tidak perlu lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan berkualiti dan berkrompomi makanan kesukaan, kerana ia akan dihantar terus ke alamat yang diinginkan.
Secara keseluruhannya, fokus kepada modul bisnes penghantaran makanan ke rumah-rumah adalah penting kerana ia membawa kelebihan dalam menjangkau pelanggan, meningkatkan keselesaan pelanggan, mengatasi isu-isu kesesakan, dan mengikuti perkembangan semasa dalam industri makanan.
2. Menembusi pasaran Google Play dan Apple Store
“Dulu saya tak pernah terfikir pun marketing ni penting, bagi saya kita hanya buka kedai dan jual sahaja nanti pandai-pandai lah orang tahu tentang kedai kita. Kalau laku haritu, ucapan ‘Alhamdulilah’ tapi kalau jualan tak laku cakap ‘ni lah adat berniaga ada hari untung dan ada hari rugi’”
Pentingnya, dalam era ini, bagi perniagaan penghantaran makanan untuk mempunyai aplikasi yang tersedia di Google Play dan Apple Store adalah faktor kritikal yang membawa manfaat besar. Dalam sektor makanan yang semakin pesat, aplikasi ini juga menjadi aset untuk jangka masa yang panjang. Google Play dan Apple Store adalah portal utama yang digunakan oleh jutaan pengguna peranti mudah alih di seluruh dunia. Meskipun Mutiara Bersatu hanya menumpukan kepada pelanggan di Pulau Pinang setakat ini, siapa tahu jika mereka akan berkembang ke lokasi lain dan telah memudahkan penduduk dengan
mempunyai aplikasi yang susah sedia ada?
Aplikasi menyediakan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan yang membolehkan mereka membuat pesanan makanan dengan mudah dan membayar secara atas talian mempermudah proses pembelian, meningkatkan pengalaman
pelanggan, dan memastikan bahawa pelanggan akan kembali lagi terutamanya apabila menggunakan aplikasi ini dalam menyimpan data pelanggan untuk membuat pemasaran yang strategik.
3. Perubahan mengikut zaman semasa
“Andai kata saya x buat ni home delivery dan hanya focus supply kepada kantin2 sekolah saya rasa masa pkp mesti kami terpaksa shutdown or letgo few staff. But Alhamdulilah saya ambil langkah yg betul, masa pkp bukan tutup tetapi saya tambah lg team”
Ainul Mardhiah pada asalnya tidak mengambil langkah proaktif sehinggalah hutang semakin bertimbun yang menyebabkan perniagaan mengalami kejatuhan yang teruk. Beliau kemudian bangkit dengan melakukan perubahan demi perubahan
yang membantu membangunkan semula Mutiara Bersatu menjadi perkhidmatan mudah kepada orang ramai. Dari luar talian ke home delivery dan kemudian menembus ke dunia secara dalam talian.
Perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa sangat penting bukan sahaja dalam perniagaan penghantaran makanan. Dahulu, perniagaan ini biasanya dijalankan secara luar talian, tetapi sekarang, fokus telah beralih kepada
perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah secara dalam talian.
Perubahan ini juga mencerminkan pergeseran besar dalam keperluan dan tingkah laku pelanggan di mana dalam era digital ini, pengguna semakin cenderung untuk
mencari kemudahan dan keselesaan. Mereka ingin pesan makanan dari keselesaan rumah mereka tanpa perlu pergi ke restoran atau kedai makanan. Oleh itu, home delivery melalui aplikasi dalam talian adalah jawapan kepada permintaan ini.
Kemungkinan lain yang muncul dengan perubahan ini adalah penggunaan data untuk meningkatkan perkhidmatan. Perniagaan penghantaran makanan kini boleh mengumpul data mengenai pilihan makanan pelanggan dan trend makanan. Data ini boleh digunakan untuk menyusun menu, menawarkan promosi yang sesuai, dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
Adalah penting untuk setiap usahawan mengikut perkembangan perniagaan seluruh dunia agar mereka juga tidak ketinggalan dari melakukan perubahan yang memberi kepuasan dan kemudahan kepada pelanggan.
Biografi Ainul Mardhiah
Sebelum pergi belajar di Mesir, Ainul Mardhiah hanya memiliki tahap pendidikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Namun, setelah pulang dari cuti tahun pertama dari Mesir, ibu beliau jatuh sakit dengan teruk, dan ini mengharuskan beliau memberikan penjagaan penuh kepada ibunya serta berhenti belajar.
Sambil menjaga ibu, abang Ainul Mardhiah meminta bantuan untuk menguruskan perniagaan dan mengawal urusan kewangan. Ketika itu, abang beliau kerap dikejar oleh banyak pihak pembekal disebabkan jumlah hutang yang besar. Pada masa yang sama, keluarga memerlukan dana sebanyak RM 100,000 untuk pembedahan ibunya.
Pada ketika itu, mereka tiada simpanan dan merasa tidak berdaya. Walau bagaimanapun, Ainul Mardhiah secara perlahan-lahan mula membantu abang beliau dan pada awalnya hanya bekerja secara sambilan dan kemudian menjadi pekerja sepenuh masa dalam perniagaan tersebut. Mereka berdua bersatu tenaga dan mengorbankan gaji untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Dengan tekun dan penuh kesabaran, syarikat mereka akhirnya pulih dan menjadi lebih stabil.
Kini, Ainul Mardhiah telah menjadi rakan kongsi bersama abang beliau di Mutiara Bersatu. Kejayaan mereka adalah contoh yang menginspirasi tentang kekuatan tekad dan keupayaan manusia untuk bangkit daripada cabaran dan kesusahan.