MOMMYHANA CREATIVE SDN. BHD. (Mohd Farid)

MOMMYHANA CREATIVE SDN BHD adalah destinasi utama untuk keperluan sekolah, pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Dari beg galas dan botol minuman hingga bekas makanan dan keychain, hinggalah kepada makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak.


MommyHana adalah jenama paling kuat dengan semua perkara berwarna-warni, menyeronokkan, unik dan mengikut trend. Diasaskan oleh Mohd Farid bin Mohamed Sangido bersama isterinya yang tercinta, Hana Shahadan.

FARID : SUATU MASA DAHULU


Di sebalik kehidupan yang sekarang terlihat sangat senang, Farid datang dari keluarga yang sederhana. Ibu dan ayah beliau merupakan seorang guru yang mengajar di kawasan kampung dan rumah beliau terletak di tengah-tengah sawah.


“Abah saya juga merupakan seorang pesawah yang membantu keluarga. Rumah yang kami duduki adalah rumah yang dibuat sendiri oleh abah saya. Rumah yang didirikan umpama tidak siap, bumbung selalu bocor, tiada bilik, mandi menggunakan air telaga, toilet di luar rumah dan kami sekeluarga tidak pernah ada almari baju.”


“Kami tidak pernah merasa untuk pergi makan di luar atau pernah dapat manamana hadiah atau permainan. Setiap hari saya akan berjalan kaki ke sekolah dan sekolah agama yang jauh lebih kurang 5 km untuk sampai ke sekolah agama.”


Melihat kesusahan ibu dan ayah, Farid belajar dengan bersungguh-sungguh dan memperolehi keputusan 5A dalam UPSR dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Farid juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya. Selepas tamat sahaja belajar, Farid mula bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak selama 5 tahun.


“Saya dahulu bekerja sebagai jurutera syarikat minyak. Tiada pengalaman langsung dalam perniagaan. Saya bekerja sebagai jurutera selama 5 tahun (2012-2016) di syarikat tersebut sebelum masuk ke dunia perniagaan.”


TERCIPTANYA MOMMYHANA


Farid memulakan perniagaan apabila beliau sedar bahawa kerjaya yang beliau ada sekarang tidak dapat membawa beliau mencapai tahap kewangan yang beliau inginkan. Agak susah untuk beliau mencapai sasaran hidup yang diidamkan sekiranya beliau bekerja di syarikat tersebut.


“Walaupun saya sudah buat sehabis baik dan dinobatkan antara pekerja cemerlang berkali-kali, namun melihat persaingan yang sangat mencabar dan kekosongan jawatan tidak ada untuk ke hadapan, saya decide untuk mencari alternatif lain.”

“Pada waktu yang sama, apabila saya dihantar untuk bekerja lebih jauh dari isteri dan anak-anak saya juga menjadi satu titik permulaan dan bertekad untuk mencari peluang lain yang boleh saya cuba untuk mencapai target dan impian saya. Saya tidak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga saya. Saya tidak mahu anak-anak saya membesar tanpa bapa di sisi sepanjang masa.”


Farid dan isteri bermula dengan menjual produk orang lain di mana mereka cuba berniaga tudung dan juga bunga di konvokesyen universiti. Beliau juga pernah menjual baju kurta yang dibuat sendiri dan dijual pada hari raya.


“Akhirnya, bila betul-betul bersedia untuk berniaga dan hasilkan jenama sendiri, kami memilih untuk membuat something yang bermanfaat untuk anak kami. Pendidikan anak-anak adalah perkara yang agak dekat dengan jiwa kami dan beranggapan itu adalah sebagai hadiah untuk anak pertama kami, asbab bagi menghasilkan sebuah buku berbunyi yang banyak manfaat dapatlah sedikit sebanyak menumpang pahala di samping berniaga.”


“Pada saat itu, masalah yang timbul paling ketara apabila kita melihat semua anakanak sangat ketagih handphone. Setiap hari akan ada kes anak-anak ketagih handphone. Hal ini, menjadikan minda mereka blackout, sakit tengkuk, rabun mata.”


Disebabkan itu, Farid dan isteri beliau mencari solusi untuk bantu anak-anak seperti ini supaya dapat lupakan gadjet sementara dan hasilkan buku yang berbunyi yang mampu membantu anak-anak dalam pendidikan.


“Anak-anak akan seronok belajar apabila buku tersebut interaktif dan ‘selflearning.’ Buku My First Book tersebut akan berbunyi apabila ditekan.”


LEBUR SAHAM RM200 RIBU


Paling mencabar di awal perniagaan adalah apabila Farid tersilap langkah dan menghabiskan semua simpanan beliau jadi untuk menebuskan kembali duit tersebut, beliau meminjam duit ibunya untuk melabur di saham. Tetapi saham yang disangkakan mampu membawa untung hanya berakhir dengan kerugian apabila Farid rugi sehingga RM200,000.


“Itu lah momen yang tak boleh saya lupa apabila saya lihat akaun saham saya setiap minit hilang RM20,000 dan akhirnya total kerugian adalah RM200,000 tak sampai beberapa jam. Saya pucat dan paling cuak sekali pada ketika itu. Terasa diri tak berguna, menghabiskan semua duit saya dan duit mak saya.”


“Dunia saya waktu itu terus gelap. Saya tak mampu nak bangun pada ketika itu. Saya tidak ada kenderaan langsung pada waktu itu. Sebab itulah yang membuatkan saya bangkit dan bersungguh-sungguh untuk mencari duit supaya dapat menebus balik segala kerugian dan hutang saya. Alhamdulillah, momen pahit itulah yang membuatkan saya kuat dan menjadi asbab saya bertekad untuk berniaga.”

MANUSIA DAN CUKAI


Pada awal perniagaan, Farid tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengendalikan pekerja dan ejen. Menurut Farid, pada waktu itu tidak ada sesiapa mahu mendengar apa yang beliau cakap.


“Bila kita mintak buat A, mereka akan lawan nak buat B. Bila kita cakap saja, mesti akan disindir dan diperlekehkan. Perkara tersebut membuatkan saya sering bergaduh dan tidak dapat bersatu untuk kami berjaya atau kembangkan perniagaan.”


“Kita memimpin syarikat dan juga team tetapi kita tidak mempunyai ilmu dan pengalaman, apa yang berlaku adalah banyak perkara menjadi tidak betul. Selalu menjadi pergaduhan antara saya dan juga team. ‘Team’ ejen selalu marah HQ kerana staf tidak buat kerja dan banyak lagi dan akhir sekali dengan perlahanlahan team akan lari.”


Pada awal tahun 2021, adalah waktu paling tidak boleh Farid lupa di mana beliau terpaksa bubarkan team kerana terlalu toksik dan beliau sudah tidak tahan untuk menghadapi segala kecaman dan cemuhan dari team beliau sendiri. Seluruh team berhenti kerja pada ketika itu dan hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih mempunyai perjuangan bersama MommyHana.


Pada masa yang sama, Farid berniaga dalam perasaan ketakutan kerana beliau tidak membayar cukai menjadikan perkembangan syarikat terbantut dari membuat pemasaran yang agresif.


“Segala `planning’ dan banyak perkara yang tak dapat buat disebabkan kami takut untuk lakukan kerana takut dikejar oleh LHDN. Pada waktu itu, tidak ada ilmu dan selalu dimomokkan oleh cerita-cerita orang luar yang cukai dikenakan adalah sangat tinggi dan boleh menjatuhkan syarikat jadi saya larilah dari cukai. Ternyata perkara itu adalah tidak benar.”


TIKET PERCUMA


Episod kejatuhan yang dihadapi Farid itu membuatkan beliau ingin belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu perniagaan. Salah seorang sahabat beliau memberikan tiket percuma Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) kepada Farid pada tahun 2018.

“Saya dapat hadir selama sehari walaupun IMKK tersebut berlangsung selama 3 hari. Pada waktu itu, saya hairan kenapa semua orang berdiri di atas kerusi dan saya rasa sangat lenguh dan penat dan saya terus pulang pada hari pertama.”


“Tetapi saya mula join RichWorks semula betul-betul adalah pada tahun 2019 di Kelas Millionaire Marketing Mastery. Pada waktu itu, MommyHana ada masalah mengenai tax. Saya mencari kelas yang boleh mengajar tax. Tetapi saya salah masuk kelas di mana saya memasuki kelas MMM yang lebih pada marketing pada waktu itu.”


“Tetapi aturan Allah sangat hebat. Di kelas MMM lah yang membuka mata saya tentang the real business yang mana saya terlalu sikit pengalaman berbanding orang lain yang sudah berjaya. Satu per satu saya belajar dari Datuk Wira teknik-teknik jualan yang sangat hebat dan berkesan. Saya dah mula percaya dan yakin di mana kami harus dibimbing oleh Datuk Wira untuk kami fokus untuk kembangkan perniagaan kami.”


MOMMYHANA SEMANGAT BARU


Dalam program Millionaire Marketing Mastery tersebut, banyak ilmu baharu yang dapat Farid pelajari. Walaupun pada awalnya beliau hanya mahu belajar tentang cukai sahaja. Beliau hanya mampu merancang, tetapi yang Maha Esa lebih mengetahui apa yang lebih baik.


“Saya sentiasa ingat pesanan Datuk Wira tentang ‘Marketing dan Sales’ ini ibarat jantung sesebuah syarikat. Kalau kita ‘stop marketing’ bermakna kita umpama ‘stop’ jantung kita dan boleh mati syarikat tersebut. Jadi saya tidak pernah stop kan marketing malah akan cuba tambah dan improve.”


“Selain itu ‘leadership’ yang ditunjuk ajar Datuk Wira banyak mengubah kami dalam memimpin syarikat dan juga team. ‘Leader’ adalah sangat penting untuk mengetuai hala tuju syarikat. Jatuh bangun sesebuah syarikat bergantung kepada seorang ‘leader’. Most of the successful companies mempunyai Powerful Leaders.”


Farid banyak menggunakan formula yang disediakan oleh RichWorks seperti formula S.I.A.P.A, L.U.C.K dan P.O.W.E.R. Menurut Farid, formula marketing tersebut sangat evergreen dan wajib diguna pakai dalam perniagaan.


“Bagi saya, product MommyHana adalah terbaik di pasaran kerana kami mempunyai educational product yang kami hasilkan sendiri secara inovatif dan kami adalah Brand Leader untuk buku-buku interactive di Malaysia dan juga Brand Leader untuk supplement minda kanak-kanak.”

Antara kelebihan MommyHana adalah, mereka sering menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa dengan reka bentuk yang cantik serta comel, sesuai untuk kanak-kanak.


“Unique Selling Point produk kami adalah kami menyediakan produk education dan development kanak-kanak yang mempunyai teknologi tersendiri. Buku-buku MommyHana dihasilkan sendiri dan mempunyai teknologi yang mampu untuk ‘selflearning’ di samping kandungan yang sesuai untuk anak-anak dari umur 6 bulan.”


“Beg sekolah MommyHana boleh di-scan dan mengeluarkan ‘character’ 3D yang mengajar anak-anak mengenai galaxy. Ibu bapa bukan hanya sekadar membeli produk atau beg sahaja, malah ianya dilengkapi sekali dengan pembelajaran.` Augmented Reality’ yang dihasilkan oleh MommyHana di beg dan bekas pensil dan sebagainya di produk MommyHana adalah yang pertama di dunia.”


Hasil dan testimoni dari pelanggan MommyHana adalah daripada pasukan kami sendiri yang sangat seronok bersama MommyHana. MommyHana mempunyai ‘culture’ kerja yang sangat best. Mempunyai visi dan misi yang sama-sama mahu dicapai. Produk yang sangat memberi manfaat serta dapat berjaya di dunia, kita mahukan saham juga di akhirat.


MOMMYHANA’S BREAKTHROUGH


Setelah berada dalam bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman secara dekat, Farid banyak belajar mengenai masa di mana setiap orang mempunyai masa yang sama. Bezanya adalah bagaimana setiap orang itu menguruskan masa masing-masing.


“Kami sering menyusun dan meletakkan ‘priority’ untuk setiap perkara. Selain itu, pengambilan staf dan ‘leader’ membuatkan kami lebih teratur dan tersusun. Fokus kami adalah merancang dan ‘planning serta ‘monitoring’. Kebanyakkan ‘execution’ dilaksanakan oleh staf. Jadi kami mempunyai masa untuk tambah ilmu dan improve kan syarikat.”


Menurut Farid lagi, pilihan di tangan kita untuk pilih sedih atau gembira, menyerah atau bersemangat, berputus asa atau bangkit.


“Selain itu, bila kita dilatih sentiasa dekat pada Allah, bangun awal pagi, bangun tahajud dan solat subuh di surau, mulakan hari dengan ratib. Bila berniaga kita sentiasa meletakkan diri pada Allah kerana rezeki orang membeli dengan kita adalah apabila Allah yang jentikkan hati mereka.”


“Perkara yang saya ingat adalah apabila Datuk Wira sentiasa beritahu bahawa ‘marketing’ sentiasa perlu ada untuk dapatkan ‘sales’ sentiasa dan untuk naikkan brand. Selain itu, Datuk Wira juga sentiasa berpesan untuk selalu ada ‘strategic thinking’ dan mempunyai pemikiran yang lebih jauh dan target yang lebih besar. “


FARID DAN MOMMYHANA


Dahulu, angka jualan MommyHana adalah sekitar RM5,000,000 setahun danselepas bersama RichWorks angka jualan meningkat sebanyak RM10,000,000 dan pencapaian tertinggi adalah pada tahun 2021 iaitu RM32,500,000 setahun.


Sikap beliau yang sentiasa komited dan berusaha mencapai kejayaan membuatkan beliau berjaya seperti sekarang. Banyak perkara yang telah dicapai sejak beliau membuat keputusan untuk berniaga. Hari ini beliau sudah mencapai target hidup yang diimpikan.

Artikel terbaru

Leave a Reply