Mamyhome Sdn Bhd, sebuah syarikat reka bentuk dalaman atau interior design yang ditubuhkan sebagai anak syarikat kepada EA Alam Reka pada 2006, mempunyai visi dalam membantu pemilik hartanah merealisasikan impian dan keperluan hartanah mereka.
Asalnya, Ketua Pegawai Eksekutif Mamyhome ini mempunyai hasrat dalam menjadikan reka bentuk lebih senang diakses oleh seluruh warga Malaysia dengan kepercayaan bahawa setiap perkara yang berlaku bermula dari rumah kediaman terutamanya yang memberi penuh makna dan direka dengan baik.
Mamyhome juga dikenali dengan misi pemulihan dan penyelamatan yang telah berjaya dilakukan seperti unit asal, unit baru atau rumah subsale dengan penuh komitmen untuk memberi manfaat maksimum kepada pemilik hartanah.
1.Pemasaran selebriti
Testimoni daripada selebriti memainkan peranan penting dalam meningkatkan nama jenama kerana pengaruh dan populariti mereka di kalangan masyarakat. Kewujudan selebriti dalam pengiklanan atau promosi produk dapat memberikan kepercayaan kepada pengguna, memperkuatkan imej jenama, dan meningkatkan daya tarikan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Selebriti sering dianggap sebagai ikon gaya hidup dan penanda aras dalam masyarakat, menjadikan testimoni mereka berkesan untuk meyakinkan orang ramai. Apabila selebriti menyokong suatu jenama, ia dapat memberikan keyakinan kepada pengguna mengenai kualiti dan kebolehpercayaan produk tersebut. Kebolehan selebriti untuk menarik perhatian media dan pengikut setia mereka juga membantu memperluaskan liputan promosi, meningkatkan jangkauan mesej kepada khalayak yang lebih luas.
Dalam perniagaan moden yang pesat, daya tarikan dan pengaruh sosial selebriti menjadi aset berharga untuk memenangi persaingan pasaran. Pengguna cenderung memilih produk yang dikaitkan dengan personaliti yang mereka kagumi, dan testimoni selebriti menjadi alat strategik untuk mencapai matlamat ini. Oleh itu, Mamyhome telah berkolaborasi bersama beberapa selebriti dalam memberikan testimoni tentang pengalaman mereka bersama jenama ini seperti Nabil Ahmad, Neelofa, dan juga Jihan Muse.
2.Melahirkan konten menarik
Konten media sosial yang menyampaikan tips, nasihat, cadangan, dan maklumat tentang perkhidmatan adalah kunci kejayaan dalam mempromosikan perniagaan, terutamanya dalam bidang reka bentuk dalaman. Pendedahan kepada konten seperti ini membolehkan perniagaan interior design membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan dan mengukuhkan kehadiran dalam industri.
Penerangan mengenai trend terkini dalam reka bentuk dalaman, tips untuk memperbaharui ruang, atau nasihat tentang pemilihan warna dan perabot boleh memberikan nilai tambah kepada pengikut media sosial. Memaparkan projek-projek terkini atau kisah kejayaan melalui platform tersebut dapat memberikan inspirasi kepada pelanggan dan membina kepercayaan terhadap kebolehan perniagaan.
Itulah yang dilakukan oleh Mamyhome sebagai strategi untuk menarik minat audiens kepada jenama mereka yang memberikan maklumat mendalam tentang servis yang ditawarkan seperti proses reka bentuk, bahan yang digunakan, dan pelbagai ciri khas yang boleh meningkatkan kesedaran pelanggan tentang profesionalisme dan keunikan mereka.
Penggunaan visual seperti gambar dan video juga dapat memberikan gambaran yang lebih baik kepada pelanggan potensial mengenai kreativiti dan kualiti kerja yang diberikan. Dengan menyediakan konten yang berinformasi dan berkualiti, perniagaan reka bentuk dalaman dapat memupuk pengikut yang setia sekaligus menarik pelanggan baru.
3.Konsultasi percuma
Konsultasi percuma merupakan elemen penting dalam perniagaan kerana ia memainkan peranan utama dalam mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dan merangsang keputusan untuk meneruskan transaksi. Dalam konteks ini, konsultasi percuma memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.
Proses konsultasi percuma juga membolehkan pelanggan berinteraksi secara langsung dengan wakil perniagaan, menyediakan platform bagi pertukaran maklumat dan pertanyaan yang mungkin timbul. Ini membantu pelanggan mendapatkan jawapan yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang berinformasi. Selain itu, konsultasi percuma juga mencipta ruang untuk membina kepercayaan antara pelanggan dan perniagaan, yang merupakan elemen penting dalam menarik pelanggan untuk melakukan jual beli.
Seperti konsultasi percuma yang ditawarkan oleh Mamyhome, ia membolehkan perniagaan menyusun penawaran yang bersesuaian dan menawarkan penyelesaian yang terbaik mengikut keperluan individu.
Secara keseluruhannya, konsultasi percuma bukan sahaja merangsang keputusan pelanggan untuk melibatkan diri dalam transaksi, tetapi juga membentuk asas kepercayaan dan hubungan yang berkekalan antara perniagaan dan pelanggan.
Biografi Mohd Amin Mohd Yussoff
Mohd Amin Mohd Yussoff, dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam industri interior design, mempunyai kepakaran profesional dalam reka bentuk dalaman sehingga beliau dapat menubuhkan syarikat sendiri, Mamyhome Sdn Bhd. Dengan usaha beliau yang telah bekerja di bawah orang, beliau mengambil peluang dalam meningkatkan diri untuk menjadi seseorang yang hebat dalam kerjaya beliau.
Beliau yang mempunyai semangat gigih yang tinggi sejak awal usia, pernah bekerja di perladangan bapa beliau dan mempunyai cita-cita untuk menjalani kehidupan di kawasan bandar dan bekerja di syarikat-syarikat besar.
Impian beliau kemudian berubah kepada hasrat untuk mengubah landskap reka bentuk dalaman di Malaysia apabila menyedari bahawa kehidupan yang diimpikan sebelum ini bukanlah indah belaka. Beliau sebagai pengasas syarikat interior design, menjadikan impian dan matlamat team beliau di Mamyhome sebagai inspirasi untuk membantu mereka merealisasikannya.