MADANI PROPERTIES SDN. BHD. (AFFZAI NIZAM)

MADANI PROPERTIES SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat yangterlibat dalam pembangunan hartanah di Lembah Klang, Selangor, Perak dan Terengganu. Kepakaran Madani Properties adalah membantu memberi kehidupan yang lebih selesa, bermakna dan gembira dengan menyediakan rumah idaman bercirikan rekabentuk dan suasana yang menarik.


Dengan konsep perumahan yang ditawarkan mengandungi sekurang-kurangnya satu daripada 3 unsur utama iaitu Air, Hijau dan Gunung untuk dijadikan kediaman yang berinspirasikan ketenangan. Madani Properties ini diasaskan oleh Affzai Nizam bin Azani sejak tahun 2017 lagi.

NIZAM: SUATU MASA DAHULU

Affzai Nizam Bin Azani atau Nizam, merupakan anak kepada bekas askar dan suri rumah. Beliau merupakan anak ketiga dari dua belas adik-beradik. Kehidupan beliau semasa membesar tidaklah senang seperti yang disangkakan. Ayah beliau
selalu sakit, jadi mak Nizam mula berniaga untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga.


“Abah saya dulu adalah seorang bekas askar dan selepas berhenti, beliau berniaga pelbagai barang makanan. Tetapi perniagaan merosot apabila abah jatuh sakit dan kami terpaksa jual rumah dan berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung mak dan abah di Perak.”


“Bermula dari situ abah selalu on and off sakit kemudian sihat dan sakit semula. Mak pula bila abah dalam keadaan macam tu, mak lah yang berhempas-pulas cuba bantu kehidupan kami sekeluarga dengan buat kuih-muih. Kami adik-beradik bantu hantar ke kedai-kedai jualan.”


“Saya pernah menjual ais krim di kampung bersama abang saya. Adikberadik saya ramai, ada 12 orang dan saya yang nombor 3. Kesusahan kami sekeluarga yang terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat lain berlarutan sehinggalah saya habis belajar.”


“Jadi selepas habis belajar saya bantu mak dan abah berniaga di pekan Kuala Kangsar. Pada masa tu kami jual makanan berlauk selama setahun. Dalam proses kehidupan dari kecil ni, saya tengok abah memang seorang yang suka berniaga cuma rezeki tidak seperti yang diharapkan.”


Walaupun kehidupan Nizam dan keluarga serba kekurangan, setelah tamat persekolahan, beliau dapat menyambung pelajaran dalam Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

RM10 BAJET MAKANAN SEHARI TAPI UNTUK…

Tamat sahaja belajar, Nizam cuba menceburkan diri dalam perniagaan industri pendidikan dan pelancongan. Kemudian beliau juga pernah melibatkan diri dalam perniagaan restoran. Namun, perniagaan yang dilakukan tidak bertahan lama. Sebelum menceburkan diri dalam bidang hartanah, Nizam melakukan pelbagai perniagaan. Bagi beliau hanya dengan berniaga sahaja beliau mampu mengubah tahap kewangan keluarga. Namun, semuanya gagal sehingga menyebabkan beliau
kerugian dengan sangat teruk.


“Bila dah jatuh teruk, perkahwinan pertama saya pun musnah. Jadi saya sewa rumah duduk dengan adik dan abang yang bujang juga. Adik dulu kerja dengan saya. Abang pula kerja tidak tetap. Jadi saya terpaksa bajet RM10 makan sehari untuk 3 orang. Saya masak nasi dan beli lauk. Allah sahaja yang tahu. Rasanya terlalu perit. Lepas itu, kami terpaksa pindah sebab tak boleh bayar sewa rumah. Keadaan susah tu berlarutan selama hampir 2 tahun, dalam masa tu macam-macam saya buat untuk survive.”

AKAUN NEGATIF

Tidak hanya berhenti di situ, Nizam juga diuji di mana di perkahwinan kedua beliau diuji dengan perniagaan makanan terpaksa ditutup. Semua ini berlaku kerana beliau tiada ilmu dalam perniagaan yang betul. Pengurusan kewangan sangat lemah sehingga beliau mempunyai hutang yang banyak.

“Then masa dah berkahwin kali kedua, bisnes makanan saya terpaksa ditutup. Saya terpaksa jual sandwich yang saya belajar daripada YouTube. Pukul 3 pagi lagi dah start buat sandwich, Pagi saya supply ke peniaga-peniaga di gerai. Tapi cuma lepas belanja harian sahaja kerja.”

“Dan dalam tempoh tu, satu saat dalam tahun 2012 hingga 2013 saya jatuh paling teruk di mana akaun saya
terus negatif sebab berhutang. Rumah dan kereta tak boleh bayar, then tinggal sehelai sepinggang.”


Niat Nizam untuk mempunyai perniagaan sendiri adalah disebabkan beliau ingin bantu keluarga. Namun, beliau juga bergelut dengan kehidupan harian sehingga tiada duit langsung. Perkara ini membuatkan Nizam kecewa dan patah hati sehingga beliau pulang ke kampung halaman.”

“Kesusahan hidup kami sekeluarga, membuatkan saya bertekad nak bantu keluarga. Mak, Abah dan adik-beradik. Jadi itu yang buatkan saya lebih banyak ke arah perniagaan berbanding makan gaji.”


“Selepas tu saya balik kampung, mengadu dengan mak saya. Minta maaf atas salah dan silap. Saya minta mak doakan saya berjaya dunia akhirat. Duduk di kampung sebulan, saya mula muhasabah diri. Ya Allah sebenar banyak kesilapan saya buat. Saya lupa dengan Dia. Dan saya tak ada ilmu yang betul untuk berniaga. Bermula dari situ saya start mencari Dia.”

KELAHIRAN MADANI PROPERTIES


Menurut Nizam, minat beliau dalam perniagaan adalah bermula apabila melihat ayah dan ibu beliau berniaga secara kecil-kecilan menjual makanan. Banyak perniagaan yang beliau ceburi sehinggalah beliau mula sedar akan peluang yang ada dalam industri hartanah ini. Akhirnya Nizam membuat keputusan untuk memulakan kerjaya beliau sebagai agen hartanah pada tahun 2017.

“Daripada kecil lagi, saya biasa tengok abah dan mak berniaga kecil-kecilan jual makanan dan kuih. Selepas habis belajar, saya
mula berkecimpung dalam bidang jualan untuk produk education dan pelancongan.”


“Pengalaman berniaga dalam bidang F&B yang mana menjual makanan Western dan Italian food. Bila perniagaan makanan cuma bertahan 2 tahun, selepas tu masuk ke dalam bidang hartanah sebagai agen hartanah.”


“Selepas 2 tahun saya bekerja sebagai agen hartanah, akhirnya saya berminat ke arah pembangunan hartanah, jadi terwujudlah perniagaan sebagai Pemaju Hartanah dengan jenama Madani Properties di bawah syarikat Madani Properties Sdn. Bhd.”


Perjalanan perniagaan Nizam sebagai pemaju hartanah juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Beliau tidak mempunyai pekerja yang cukup sehingga beliau buat semua kerja sendiri.


“Cabaran saya antaranya adalah team tak cukup hingga semua kerja saya buat sendiri. Lepas itu saya mula ada team tapi team yang sekadar boleh buat kerja. Saya sendiri tak tahu macam mana nak handle. Saya ajar team strategi pun tak betul,
accounting, management dan lain-lain.”


“Sales tak consistent. Accounting tak betul. Marketing cara lama. Tak tahu nak manage team. Saya juga tak faham macam mana nak handle semua department.”

BELAJAR DARI YOUTUBE AZIZAN OSMAN


Menurut Nizam, beliau sudah mengenali Datuk Wira Dr. Azizan Osman melalui rakan niaga sejak dari tahun 2013 lagi sewaktu beliau berniaga restoran. Namun, pada waktu yang sama beliau sedang berada dalam episod kehidupan paling bawah.

Berkat dari doa ibu dan usaha Nizam dalam perniagaan, beliau dapat rakan niaga yang sehaluan dan mempunyai goals yang sama. Menjalankan perniagaan ini bukanlah suatu jalan yang mudah. Tetapi beliau tidak mengalah, kerana setiap dari segala masalah mempunyai jalan penyelesaian.


“Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan. Business partner saya yang mula kenalkan saya dengan Dr. Azizan Osman masa tu. Jadi saya start tengok video Doc di YouTube. Kami sama-sama berniaga di restoran dulu dan kami juga sama-sama mendalami ilmu agama dan cari ilmu dalam perniagaan.”


“Tapi saya mula pergi kelas RichWorks adalah pada tahun 2018 iaitu IMKK. Rasanya masa itu last kelas IMKK. Kemudian saya terus join kelas MMM, EFP, Black Magic, 10X Grow Your Business, Nak Ubah Hidup 2019, Nak Ubah Hidup
2023 dan last sekali baru saya join Titan.”


“IMKK 2018 lah waktunya saya mula sedar apa kesilapan saya dan macam mana saya nak bermula semula dengan cara yang betul. Hasil dari guidance Dr. Azizan Osman dan RichWorks.”

MADANI PROPERTIES SDN. BHD.


Setelah Nizam banyak menyertai kelas-kelas jangka pendek yang dianjurkan oleh RichWorks. Akhirnya beliau sudah bersedia bukan sahaja dari segi mental tetapi kewangan juga untuk menyertai RichWorks dan dibimbing dalam program Titanium. Beliau sedar banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki untuk meningkatkan lagi tahap perniagaan beliau. Setiap sesi pembelajaran yang disediakan oleh RichWorks, Nizam cuba sedaya upaya untuk serap semuanya.


“Banyak yang saya belajar di RichWorks, cara handle team. Dulu paling ketara saya tak ambil tahu secara detail department operation. Bulat-bulat partner handle. At the end bila timbul masalah, baru dapat tahu. Sekarang, alhamdulillah dah tahu
banyak dan semua department.”


“Goals kami di Madani juga lebih realistik. Saya belajar macam mana nak tahu berapa besar market kita boleh capture untuk bisnes kita. Doc selalu remind dan share point-point macam apakah ciri-ciri, attitude dan bagaimana seseorang itu berjaya.”

“Circle dalam Titan buat saya rasa banyak input dan paling penting adalah semangat yang ada dalam circle buat kita tak senang duduk atau rasa selesa dan rasa down. Juga kejayaan sahabat-sahabat Titan buat kita rasa kita pun inshaAllah akan jadi begitu jika kita ada komitmen macam dia.”


Dengan model bisnes Madani Properties yang menarik, dengan beberapa strategi yang betul sahaja, hasil jualan dan projek yang dihasilkan sangat menakjubkan. Strategi dan formula seperti formula S.I.A.P.A membuatkan Nizam dan team beliau lebih fokus dengan target yang ingin dicapai.


“Produk Madani Properties adalah pengkhususan dalan projek rumah banglo sahaja. Kita juga menjual konsep dari segi design dan servis. Yang terbaru kami buat projek perumahan banglo dengan fully gated dan ada landscape dengan reka
bentuk pilihan yang menarik dengan harga yang berpatutan.”


“Formula S.I.A.P.A membantu saya dan team lebih fokus pada target market kami siapa yang patut kami sasarkan. Negotiate skills juga membantu saya untuk deal dengan beberapa jenis partner yang related dengan bisnes saya antaranya banker, valuer, pihak berkuasa tempatan.

MADANI PROPERTIES’S BREAKTHROUGH


Menurut Nizam, bukan dari segi perniagaan sahaja yang beliau pelajari dan cuba ubah sedikit demi sedikit malah diri beliau sendiri mula terikut-ikut sama. Dahulunya jadual harian beliau tidak teratur dan tiada disiplin, sekarang beliau semakin berdisiplin dan bertambah baik.


“Sebelum join Titan, jadual harian saya tidak teratur dan tetap, tapi sekarang alhamdulillah Doc banyak bagi panduan. Saya lebih teratur dan disiplin. Disiplin itu diasuh dalam masa jadual program yang perlu saya attend juga dalam Titan.”


“Masa 1 On 1, saya agak gugup sebab first time berinteraksi secara terus dengan Doc. Beliau seorang yang saya sangat kagumi, hormati dan sayangi kerana mulamula saya cuma dengar dan lihat video-video pada tahun 2012 sampailah sekarang. Ianya banyak merubah hidup saya kepada lebih baik. Alhamdulillah, Doc tahu apa yang saya perlukan dalam bisnes saya. Ke mana hala tuju dan apa strategi yang patut saya buat mengikut tahap semasa.”


Sebagai seorang introvert, banyak perkara yang mungkin menyekat beliau untuk pergi lebih jauh. Tapi sekarang beliau lebih bersifat terbuka. Beliau cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri bergaul dalam situasi orang yang ramai.


“Alhamdulillah banyak kesan positif dalam perjalanan saya. Saya seorang introvert tapi sekarang, saya lebih terbuka walaupun masih lagi berusaha untuk bergaul dalam situasi ramai orang. Cara saya berfikir berbeza, kalau dulu set goals pun just main letak je tapi sekarang lebih realistik. Dulu saya takut dan tak tahu orang macam mana yang nak kita bawa masuk dalam team tapi sekarang, semakin tahu. Brand Madani Properties juga semakin diketahui ramai.”


“Dulu cuma ada 4 orang saja. Alhamdulillah sekarang total 15 orang team pengurusan. Sebelum interview, kita ada review resume. Masa interview kita tanya soalan-soalan yang related dengan kerja dia dan kita bagi tempoh percubaan.”

NIZAM DAN MADANI PROPERTIES


Semangat dan kesungguhan Nizam untuk mengubah nasib keluarga tidaklah semudah yang diinginkan. Namun, liku-liku kehidupan yang dihadapi Nizam tidak pernah membuatkan beliau putus asa. Beliau sentiasa mencari jalan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan.


Sekarang, semuanya sudah berubah kerana Nizam merupakan salah seorang Gladiator RichWorks dengan hasil jualan sebanyak RM10,200,000 pada tahun 2023. Kisah perjalanan hidup dan perniagaan Nizam ini sudah tentu menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Artikel terbaru

Leave a Reply