Lekir Ukhuwah Enterprise yang dahulunya merupakan sebuah kedai runcit yang dijalankan secara biasa-biasa seperti kedai runcit lain, menyediakan pelbagai jenis produk daripada produk keperluan harian kepada aksesori rambut dan produk kesihatan.
Rosmah Binti Ahmad, pengasas bersama dan pengasas iaitu suami beliau kepada bisnes ini pernah mengimpikan kedai runcit ini sebagai one-stop centre untuk semua orang yang datang dan kini telah pun menjadi kenyataan.
Ia telah beroperasi sejak Julai 2011 di mana kedai runcit ini terletak di kawasan pedalaman di Lekir, Setiawan di Perak. Lekir Ukhuwah mempunyai komuniti mereka sendiri di mana mereka menamakan kedai tempatan kegemaran mereka sebagai ‘Uqhuwah’.
Pada tahun 2023, Lekir Ukhuwah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 4.2 Juta.
1. Refleksi diri dan pembelajaran baru
“Saya taknak back to kehidupan saya yang lama. Saya kata saya taknak struggles dan balik kepada dunia bekerja. So saya kata saya kena bangunlah. Saya tak boleh tidur lama-lama sebab macam saya away from business bila kena uruskan anak yang kecil”
Rosmah mempelajari pelbagai ilmu semasa beliau menyertai program SPIRE bersama RichWorks di mana beliau berkata:
“Saya belajar banyak benda which is dalam bisnes, kita pernah bekerja, kita nampak kenapa bos-bos aku buat benda ni. Rupanya benda ni yang kena ada dalam bisnes”
Rosmah, walaupun perniagaannya telah berjaya sebelum menyertai program di RichWorks, merendahkan diri beliau untuk mempelajari lebih banyak ilmu yang belum diperolehnya dalam dunia perniagaan. Beliau membebaskan diri daripada budaya ‘9 hingga 5’ sebelum ini dan beliau tidak mahu kembali ke situasi tersebut.
Dengan fikiran terbuka, Rosmah memutuskan untuk mencari pandangan baru tentang bagaimana perniagaan beliau boleh bertambah baik. Merenung dan duduk sahaja bukanlah sikap beliau jadi beliau mengambil keputusan untuk mendalami lebih tentang bidang yang boleh diperbaiki lagi dalam bisnes.
Dalam kehidupan kita, pasti kita pernah berada di atas tetapi ada kalanya kita akan berada di bawah. Adakah kita akan terus berpaut pada masa lalu sekiranya kita jatuh atau kita mengambil pengajaran darinya dan membuat refleksi diri kita?
Tren akan sentiasa berubah. Justeru, Rosmah mengambil inisiatif untuk keluar dari zon selesa beliau dan mempelajari cara baru dalam menguruskan perniagaan beliau.
2. Kenalpasti Bakat
“Saya kata staf ni ada sijil computer. Maksudnya dia tak takut dengan computer walaupun dia orang kampung, SPM sahaja.
“Saya kata, “why not ajar dia? Saya rasa dia boleh buat.” So sekarang dia key leaders dan sekarang jugak dia boleh decide harga. Kalau yang dia tak sure baru dia tanya bos.so diorang nampak diorang punya progress.”
Lekir Ukhuwah Enterprise pernah mempunyai isu di mana hanya ada seorang sahaja yang berkebolehan untuk menguruskan sistem POS di kaunter juruwang. Namun, Rosmah mengenal pasti bahawa ada
kakitangan di kedai beliau yang mempunyai latar belakang dalam pengajian berkaitan komputer.
Dari sini, kakitangan tersebut telah diajar untuk mengendalikan sistem. Sehingga hari ini, kakitangan yang diperkatakan telah menjadi salah seorang ‘key leaders’ di Lekir Ukhuwah Enterprise.
Perkara yang sama berlaku dengan seorang kakitangan yang kadang-kala hilang daripada melakukan kerjanya. Rosmah mengambil keputusan untuk menghampiri kakitangan tersebut dengan berbual dengannya dan mendapat tahu dia meminati Tiktok.
Kakitangan tersebut kemudian diberi tanggungjawab untuk menguruskan akaun Tiktok Lekir Ukhuwah. Hasilnya, banyak penambahbaikkan yang tercetus dari akaun tersebut melalui peningkatan jumlah penonton dan juga daripada kakitangan itu sendiri dalam menjadi lebih produktif.
Di sini, kita dapat melihat keupayaan Rosmah dalam mengenalpasti kemahiran yang boleh dilakukan oleh kakitangan
beliau dan menggunakannya untuk meningkatkan perniagaan kepada tahap yang lebih baik.
Setiap perniagaan pasti ada cabarannya dan tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, apakah pelan tindakan itu dan berapa cepat keputusan yang boleh dibuat? Selain memberi perhatian kepada tonggak perniagaan, mengenalpasti bakat boleh menjadi sebahagian daripada perkara yang membantu dalam bisnes.
3. Menetapkan piawai
“Customer siap bagi pin number. Almost every staff tahu pin number. Dia akan bagi kad, nah simpan. Lepas tu staff baru yang receive dia kata, “kau tanya dia, dia tahu pin number aku”
“Mungkin dah set the standard yang kena buat, kalau penimbang contohnya kurang jangan, lebih sedikit tak apa. Kurang jangan sebab kami cakap kami taknak jawab di akhirat.”
Bagi Rosmah, adalah penting untuk menurunkan pengetahuan beliau kepada kakitangan iaitu menetapkan konteks dari awal mengenai kedai runcitnya yang harus mempunyai standard terutamanya dalam perkhidmatan pelanggan. Beliau percaya bahawa amanah tidak boleh dipandang remeh dan ia perlu dilaksanakan dalam setiap aspek.
Piawaian kukuh yang Lekir Ukhuwah telah tetapkan bukan hanya melalui namanya sahaja, Ukhuwah yang juga bermaksud ‘persaudaraan’.
Kita boleh lihat dari pelanggan mereka sendiri yang memberikan maklumat peribadi mereka kepada kakitangan Lekir Ukhuwah dengan rela hati. Hal ini terjadi kerana mereka melihat satu sama lain sebagai sebahagian daripada komuniti yang boleh dipercayai.
Apa yang boleh dicontohi dari Rosmah adalah beliau sebagai pemimpin yang memiliki nilai menggalakkan kepercayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan dengan bersikap jujur. Walaupun melalui penimbang berat atau merahsiakan maklumat peribadi pelanggan, perkara ini yang sebenarnya membantu perniagaan dalam jangka masa yang panjang dalam membina hubungan baik dengan pelanggan.
Biografi Rosmah Binti Ahmad
Rosmah Binti Ahmad dibesarkan oleh seorang bapa yang bekerja sebagai seorang Pembantu Am Rendah di JPA dan emak yang melakukan pelbagai kerja seperti Pembantu Rumah. Beliau sejak kecil telah menggalas tanggungjawab membantu ibu menjaga bayi berusia 6 bulan dan kadang-kala menjaga adik-adik di rumah termasuk mengemas rumah serta memasak sewaktu orang tua beliau bekerja.
Beliau datang daripada keluarga yang mementingkan ilmu dan persekolahan dan diajar untuk berjimat cermat. Baju Raya hanya sepasang seorang yang hanya ditukar setahun sekali.
Rosmah Binti Ahmad pernah bekerja di sektor swasta selama 15 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus sebelum meletakkan jawatan dan mula menguruskan Lekir Ukhuwah Enterprise bersama suami beliau.
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di bidang Anthropology & Sociology di Universiti Malaya.
Walaupun beliau berjaya membuat jualan 4 juta, ia turun kepada 3.5 juta semasa pandemik berlaku pada tahun 2020. Kerumitan pandemik yang menyebabkan beliau terpaksa menutup perniagaannya selama beberapa hari kerana peraturan pihak kerajaan dan juga kakitangan yang dijangkiti Covid-19 menyebabkan banyak kerugian berlaku. Hal ini mendesak beliau untuk mencari cara baru untuk menjadikan perniagaan beliau berkembang semula.
Pada tahun 2021, Rosmah memutuskan untuk menyertai program SPIRE RichWorks untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik ke arah perniagaan yang lebih berjaya. Kini, setelah mempunyai ilmu dalam menguruskan perniagaan secara menyeluruh, Lekir Ukhuwah Enterprise semakin berkembang maju. Media sosialnya malah boleh dilihat mencapai peningkatan yang beliau sendiri tidak dapat jangkakan sebelum ini.