Kecintaan Pengarah Urusan, Basyaruddin Ali terhadap landskap bermula dari kegemaran peribadi terhadap pemandangan yang indah. Beliau hargai keindahan alam yang membentuk perjalanan beliau terhadap dunia reka bentuk landskap.
Penyambungan pendidikan beliau di Kolej Universiti Agrosains Malaysia memberi Basyaruddin pemahaman mendalam tentang prinsip-prinsip sains dan agrikultur, yang dijadikan sumber inspirasi untuk membina bisnes sendiri. Beliau ingin mencipta landskap memukau buat orang ramai yang mahu mencantikkan rumah.
Minat beliau akhirnya disatukan menjadi sebuah bisnes apabila beliau menubuhkan Laboo Landscapes pada tahun 2016 dengan visi untuk menjadi syarikat pertama d Malaysia yang menyediakan perkhidmatan landskap dengan rekaan konsep landskap yang mudah dan hanya boleh diklik di hujung jari.
Dengan pengalaman akademik dan semangat yang tinggi, Basyaruddin dilihatkan sebagai seorang usahawan berjaya yang memberikan tumpuan kepada keindahan landskap rumah. Pada tahun 2023, bisnes beliau telah mencatat hasil jualan sebanyak RM 1.47 Juta.
1. Google My Business
Perkara yang dilakukan oleh manusia untuk mencari info adalah membuka Google sebagai enjin carian pertama. Oleh itu, Google My Business yang disediakan untuk peniaga dan perniagaan boleh paparkan info mereka yang merangkumi alamat bisnes, nombor telefon, laman web, jam operasi dan gambar-gambar berkaitan.
Ini memberikan pelanggan maklumat yang tepat pada masa yang tepat, meningkatkan peluang untuk pertemuan konsultasi kerana mereka dapat mengatur jadual untuk berjumpa.
Kehadiran Google My Business membawa kepada peningkatan dalam hasil carian Google, meluaskan ‘reach’ pelanggan yang dapat menguatkan reputasi dalam industri reka bentuk landskap. Bagi prospek yang mencari perkhidmatan ini di negeri Sembilan, mereka lebih terdorong untuk memilih Laboo Landscapes sebagai pereka bentuk landskap peribadi kerana mempunyai info cukup tentang apa yang mereka tawarkan.
Google My Business memudahkan pelanggan membuat perhubungan yang memberi kelebihan bersaing dalam memikat pelanggan yang berpotensi. Ia juga menyediakan statistik yang berguna untuk mengukur keberkesanan strategi pemasaran.
2. Kepelbagaian tema pakej
Sebagai pelanggan, walaupun mengupah pereka bentuk landskap yang sama seperti orang lain, mereka pasti ada citarasa sendiri. Mereka mahu sesuatu berbeza yang belum pernah dimiliki orang lain. Oleh itu, mereka sanggup bayar lebih demi kepuasan sendiri.
Di Laboo Landscapes, keunikan latar belakang Basyaruddin yang berpengalaman dalam pengurusan landskap membantu dalam memenuhi kehendak pelanggan. Minat beliau terhadap keindahan alam ini membuatkan beliau ingin mencipta sesuatu yang memuaskan hati. Beliau yang selalu mencari idea baru untuk meningkatkan lagi penambahan idea dalam bisnes dapat memenuhi kehendak ini kerana dapat menyediakan pelbagai tema pakej.
Sebanyak 4 tema yang diperkenalkan oleh Basyaruddin kepada pelanggan iaitu Eden Green Porch, Patio Vista, Lawn Leafy dan Rainforest. Ini telah memudahkan pelanggan yang tidak mempunyai idea sendiri untuk mencantikkan landskap rumah mereka.
3. Penyediaan Guideline untuk konsultasi cepat
Sebelum ini, pelanggan yang inginkan info tentang perkhidmatan bisnes reka bentuk landskap pasti akan ke kedai fizikal yang wujud di persekitaran kawasan rumah mereka. Ada juga yang sanggup bergerak jauh demi mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk rumah mereka.
Strategi Laboo Landscapes oleh Basyaruddin untuk meluaskan pilihan pelanggan adalah dengan mewujudkan konsultansi online yang khusus kepada penyediaan panduan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan cepat dan mudah. Dalam panduan ini, pelanggan dibimbing untuk melakukan 4 langkah sebelum membuat pembayaran penuh.
Hanya dengan menghantar info seperti gambar halaman rumah dan ukuran laman rumah, pelanggan boleh hantar ke platform yang mereka selesa kepada Laboo Landscapes seperti e-mel atau Whatsapp. Tema pakej kemudiannya dipilih mengikut kesesuaian yang dimahukan pelanggan untuk mendapatkan design idea. Pereka yang menerima info dari pelanggan boleh terus melakar idea yang akan disiapkan sekurang-kurangnya selama 7 hari.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk hadirkan diri ke kedai, ini cara terbaik untuk mereka mendapat idea dalam mereka bentuk landskap rumah. Panduan ini meningkatkan kecekapan proses yang memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang pelanggan dapat daripada pakej yang dipilih.
Biografi Basyaruddin Ali
Terlahirnya minat Basyaruddin Ali yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dalam bidang reka bentuk landskap apabila beliau sedar bahawa beliau gemar akan keindahan alam.
Kehijauan yang melilingi rumah sangat dihargai sehingga beliau mula mereka bentuk sendiri landskap di rumah ibu bapa beliau. Beliau juga pernah membina ‘nursery’ secara kecil-kecilan sehingga keluasan 4 ekar.
Basyaruddin yang mengambil jurusan Pengurusan Landskap di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) memupuk lagi minat beliau kepada bidang ini yang berimpian untuk mempunyai bisnes sendiri.
Pengalaman dan pendidikan Basyaruddin membentuk landasan yang kukuh untuk mengubah minatnya menjadi karier yang cemerlang dalam industri reka bentuk landskap.