Zaid Al Helmi yang merupakan pemilik Klinik Penawar Negeri Sembilan, mengambil alih perniagaan ayah beliau pada tahun 2017. Sebuah General Practice Clinic, ia bertempat di Seremban, Negeri Sembilan dan ditubuhkan pada tahun 1992.
Permulaan kerjaya beliau dalam perniagaan ini bermula sewaktu beliau berumur 26 tahun sebagai seorang office boy. Siapa sangka dalam masa 31 tahun perniagaan ini dijalankan, beliau akhirnya menjadi seorang Pengarah Urusan kepada klinik ini dan mengetuai barisan team hebat yang bertungkus lumus bersama untuk memecah rekod jualan sebanyak RM 3 Juta pada tahun 2022?
Bayangkan, walaupun pernah mempunyai 4 cawangan yang terpaksa ditutup, dengan 1 cawangan sahaja beliau dapat menaikkan semula bisnes yang dianggap tiada harapan. Kerugian bisnes yang pernah mencapai anggaran sebanyak RM 200 ribu ini menjadi bukti bahawa tiada yang mustahil dengan mengambil tindakan yang betul. Setelah Zaid mengambil alih bisnes ini, beliau mencapai RM 1 juta pertama pada tahun 2020. Pada tahun 2023 pula, beliau telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 2.63 Juta.
1. Membina team dan mempunyai training yang berterusan.
Setiap usahawan berjaya pasti setuju sekiranya ada kenyataan yang mengatakan team adalah tonggak kejayaan sesebuah bisnes. Mengapa tidak sedangkan merekalah sistem di belakang proses bisnes tersebut. Setiap pekerja itu memainkan peranan walaupun hanya sekecil-kecil tugas yang diberikan.
Itulah kepercayaan Zaid Al Helmi yang membawa team untuk menaik tarafkan ilmu mereka sama seperti apa yang beliau belajar dalam memperbaiki diri dalam segala aspek yang boleh dibawa dalam pekerjaan dan juga dalam kehidupan seharian. Ia adalah salah satu cara yang beliau terapkan agar setiap pekerja beliau mempunyai dorongan positif yang memotivasikan mereka untuk terus meningkatkan prestasi kerja mereka.
Salah satu program yang beliau cetuskan dalam klinik beliau adalah mengadakan Klinik Penawar Negeri Sembilan (KPNS) Team Building iaitu Team Building dan Retreat syarikat. Aktiviti ini bertindak sebagai mengeratkan hubungan sesama staf dan mewujudkan sifat kesefahaman, kerjasama dan toleransi, sekaligus memberi semangat yang tinggi untuk bekerja bersama.
2. Jiwa prihatin terhadap masyarakat
Zaid, selain mementingkan bisnes beliau, juga mempunyai jiwa prihatin terhadap masyarakat. Beliau sebagai Pengarah Urusan pernah menganjurkan Program ‘Jom Mengundi dan Tebus Panadol Percuma’ di mana 10,000 biji Paracetamol diedarkan secara percuma untuk pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Program ini dijalankan agar masyarakat dapat menjalankan tanggungjawab sambil menjaga kesihatan. Sambil menyelam minum air, Zaid juga menggunakan strategi blasting di WhatsApp dan media sosial seperti Facebook dan Instagram agar ramai lebih tahu tentang program tersebut. Bagi menggalakkan staf-staf beliau untuk mengundi, beliau juga telah mengadakan inisiatif dalam memberi saguhati wang tunai sebanyak RM 100.
Pandai merebut peluang, setiap usahawan perlulah mempunyai pemikiran yang menjadikan mencabangkan satu cara menjadi pelbagai manfaat dalam bisnes mereka.
3. Perubahan dan tindakan cepat
Perubahan seharusnya sentiasa berlaku dalam sesebuah bisnes terutamanya sewaktu ia dalam keadaan yang memerlukan. Perkara betul yang dilakukan 10 tahun dahulu tidak semestinya boleh diguna pakai pada waktu semasa di mana ramai usahawan takut untuk keluar dari kepompong mereka. Soalan yang sering menyelubungi perasaan adalah, “Adakah aku akan berjaya atau gagal?”.
Namun, Zaid selepas memahami bahawa bisnes beliau memerlukan sesuatu baru untuk bangkit semula, terus menukarkan bisnes model beliau daripada B2B ke B2C di mana ia lebih bersesuaian dengan matlamat yang hendak beliau capai. Sebelum ini, beliau banyak berurusan bersama syarikat-syarikat yang menjadikan klinik beliau sebagai panel. Setelah mengenal pasti apa yang terbaik, beliau berubah kepada B2C di mana bisnes beliau berurusan secara langsung bersama pesakit.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Ada bisnes yang baru bermula, mungkin sudah jelas dengan model yang dipraktikkan namun ada kalanya bisnes yang sudah lama pun, pasti memerlukan perubahan. Itulah yang terjadi dalam Klinik Penawar Negeri Sembilan, perkara betul yang dilakukan oleh Zaid demi meningkatkan jualan bisnes beliau.
Biografi Zaid Al Helmi
Zaid Al Helmi dibesarkan oleh ayah dan arwah ibu di Kuang, Selangor, sebelum berpindah ke Seremban untuk memulakan perniagaan klinik ayah. Sewaktu berumur 11 tahun, Zaid kehilangan ibu yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Membesar dengan adik-beradik lain, kesemuanya memperoleh pelajaran di sekolah asrama penuh atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Di sekolah asrama beliau di Kuala Pilah, Zaid mula berniaga dengan menjadi pekerja menjual burger. Beliau akan membawa burger dari dorm ke dorm sewaktu malam selepas kelas prep untuk mencari pendapatan sendiri.
Merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Zaid Al Helmi pernah mengambil jurusan Diploma dan Bachelor’s Degree in Health and Fitness.
Zaid Al Helmi yang bermula daripada bawah di Klinik Penawar berhasrat untuk memperbaiki bisnes yang beliau dipertanggungjawabkan sewaktu menjadi Pengarah Urusan. Meskipun telah lama bekerja selama 8 tahun di klinik legasi tersebut, Zaid tidak mensia-siakan dengan merebut peluang untuk menambah baik dan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan perniagaan tersebut terus berjalan.
Daripada beberapa cawangan yang terpaksa ditutup dan jualan yang turun mendadak sehingga 200 pesakit ke menurun ke 5 pesakit sehari, beliau berjaya mengatasinya walaupun terpaksa menukar bisnes model.
Beliau yang telah mengambil inisiatif untuk mendalami ilmu bisnes bersama RichWorks mempunyai perjalanan yang (Up and down) tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk beliau konsisten sehingga mampu membuktikan diri beliau dan keluarga bahawa beliau adalah Pengarah Urusan yang berkaliber.
Zaid, sebagai tanda kejayaan diri dan bisnes, menghadiahkan diri dengan membeli kereta impiannya, iaitu sebuah Mercedes. Hadiah paling bermakna pula adalah perubahan yang berlaku dalam diri beliau yang dahulu seorang yang emosi tetapi kini lebih bertoleransi dan merupakan seorang pendengar yang baik. Kerana mempunyai sikap konsisten dan gigih dalam meningkatkan bisnes juga, beliau juga telah menerima Titanium Constant Growth Award daripada RichWorks.