Permintaan tinggi di kalangan wanita dalam mempunyai lebih ramai doktor pakar wanita menjadi inspirasi buat Dr. Radhiya Razof untuk membuka klinik sendiri demi kesejahteraan kaum beliau. Sebagai seorang wanita, beliau memahami kepentingan ibu mengandung yang inginkan layanan istimewa dalam membuat pemeriksaan bayi.
Pada 30 April 2021, bermulalah penubuhan Klinik Naura di Kedah yang kini menjadi institusi yang diiktiraf oleh industri kesihatan dari kerajaan dan swasta khususnya pada kesihatan wanita dan penjagaan ibu yang hamil.
Dalam masa 2 tahun, klinik beliau yang bermula dengan 3 orang staf, kini telah mempunyai 6 orang staf termasuk beliau dan seorang lagi doktor, 3 orang pembantu klinik dan seorang jururawat.
Pada tahun 2023, Klinik Naura mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.13 Juta.
1.Pendaftaran ‘Nauramom’
“Nauramom adalah penggilan eksklusif yang kami doktor dan staf Klinik Naura panggil pada ibu-ibu hamil yang buku pink dan check up kehamilan dengan kami”
Buku pink atau buku rekod kesihatan boleh dibuat seawal 7 minggu kehamilan di Klinik Naura. Dr. Radhiya yang mewujudkan sistem ‘Nauramom’ ingin ibu-ibu menjalani proses yang mudah dari awal kehamilan sehinggalah bersalin.
Pendaftaran bersama ‘Nauramom’ ini melebihi jangkaan dengan kelebihannya dalam masa temu janji yang lebih fleksibel, masa menunggu yang singkat. Ibu mengandung tidak perlu lagi pergi ke tempat berasingan untuk membuat pemeriksaan.
Klinik Naura bukan sahaja sebuah klinik perubatan am, tetapi menyediakan perkhidmatan yang khusus kepada wanita hamil. Sebagai ahli ‘Nauramom’, ibu-ibumendapat diskaun bagi ujian darah, air gula, scan 5D dan bermacam lagi.
Ibu-ibu juga ingin memberikan bayi kandungan dengan rawatan terbaik agar mendapat nasihat daripada doktor pakar. Kelebihan ini menyebabkan Klinik Naura dikenali cepat di Kulim, Kedah kerana tawaran-tawaran menarik termasuk 5% diskaun bagi pemeriksaan bulanan bayi dan imunasi sehingga bayi berusia 18 bulan.
2. Polisi ‘staf perempuan’
“Ramai wanita hamil di luar sana sensitif bab kesihatan mereka dan inginkan pendekatan wanita lain untuk membantu mereka. Sebagai seorang wanita dan doktor, saya boleh membantu wanita-wanita ini tanpa perlu rasa tidak selesa”
Sebagai klinik yang menjadikan wanita hamil sebagai ‘target audience’, Klinik Naura menitikberatkan keselesaan pelanggan mereka.
Keputusan Dr. Radhiya dalam mengambil staf perempuan sahaja membina kepercayaan yang menyebabkan ibu-ibu berasa lebih terbuka untuk berkongsi isu-isu kesihatan mereka. Ini juga menunjukkan keprihatinan beliau dalam sensitiviti wanita. Dalam masa yang sama, Dr. Radhiya lebih senang untuk memperbaiki pengalaman kesihatan mereka.
Persekitaran klinik yang dikelilingi staf wanita juga membantu mencipta rasa selamat dan mesra di Klinik Naura, menjadikan pelanggan lebih tenang semasa melakukan konsultansi. Ini turut menyumbang kepada profesionalisme terhadap kesopanan dalam perkhidmatan kesihatan.
Perkhidmatan luar biasa yang diterapkan di Klinik Naura ini lama-kelamaan dikenali wanita-wanita yang mencari klinik khas untuk ibu mengandung. Bukan setakat di Kedah, mereka yang dikalangan warga Perak dan Pulau Pinang juga sanggup datang dari jauh untuk berjumpa Dr. Radhiya.
3.Klinik berkualitikan hospital
“Walaupun klinik yang kecil, kita sediakan juga kualiti bertaraf hospital.”
Klinik selalu dipandang remeh kerana kualiti yang tidak sama seperti hospital. Dengan kedai fizikal yang kecil, sukar untuk wanita hamil mengambil serius tentang peralatan yang digunakan di klinik biasa.
Walaubagaimanapun, Dr. Radhiya memastikan klinik beliau setaraf hospital. Dengan bekerjasama dengan sonographer berpengalaman, beliau melaburkan kewangan bisnes untuk menyediakan servis ultrasound kepada ibu mengandung agar mereka dapat menerima servis secukupnya di Klinik Naura.
Di hospital yang kadang kala perlu menunggu lama, tidak perlu lagi menjadi masalah buat ibu-ibu terutamanya yang duduk di Kulim. Dr. Radhiya memastikan pelanggan beliau menerima servis yang pantas seiring dengan kualiti yang diberi.
Keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik yang canggih membuka peluang Klinik Naura meningkatkan pendapatan, selain memperkukuh reputasi klinik sebagai pusat kesihatan yang inovatif.
Biografi Dr. Radhiya Razif
Dr. Radhiya Mohd Razif, Pengarah Urusan Klinik Naura Dr. Radhiya Razif, meraih Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tahun pada 2008.
Pengalaman hospital pertama beliau di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah (2008-2010), melibatkan 6 disiplin perubatan termasuk O&G (obstetrik dan ginekologi) dan pediatrik.
Setelah itu, beliau berkhidmat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kulim, Bahagian Pesakit Luar KK Kulim, serta beberapa klinik lain di Kulim dari 2010 hingga 2015. Di sini, beliau memperoleh banyak ilmu mengenai penjagaan antenatal.
Pada akhir 2015, Dr. Radhiya beralih ke sektor swasta dan menjadi doktor residen di Putra Medical Centre sebelum memutuskan untuk membuka Klinik Naura, satu klinik khas ibu dan anak di bawah kepimpinan beliau.