KEKABOO SDN. BHD. (Nur Hazwani)

KEKABOO SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam mengeluarkan tudung bawal yang bergaya, sederhana dan elegan. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan koleksi tudung sederhana, sesuai untuk dipakai setiap hari. Tudung yang dihasilkan Kekaboo dibuat menggunakan kain voile berkualiti tinggi dan hand-printed untuk kesempurnaan menggunakan kaedah silk screen.


Kekaboo diasaskan oleh Ahmad Tajuddin Mohamad Nor dan pengasas bersama, Nur Hazwani Abdul Zainal pada tahun 2014 lagi. Berdiri teguh dalam industri fesyen hampir 10 tahun, siapa sangka Pengasas bagi jenama ini tiada latar belakang dalam bidang fesyen langsung.

DARI KAIN PASANG KE TUDUNG BAWAL


Perniagaan jenama Kekaboo ini sebenarnya diasaskan oleh suami Hazwani, Ahmad Tajuddin untuk meningkatkan taraf kewangan keluarga. Tajuddin merupakan seorang Perancang Teknikal di syarikat Petronas sebelum fokus dalam perniagaan 100%. Menurut Hazwani dan Tajuddin pada awalnya Kekaboo tidak menjual tudung bawal sebagai produk utama.


“Kekaboo ni masa awal-awal dulu, permulaannya kita tak buat tudung bawal. Mula-mula kita keluarkan kain pasang iaitu kain cotton. Itu produk pertama kita. Selepas setahun tu, kita dapat feedback daripada pelanggan dan daripada kita punya seller, mereka minta kita keluarkan produk yang baru. Produk yang mungkin pasarannya lebih besar di Malaysia dan harga lebih murah dan rendah. Jadi kita keluarkan tudung bawal.”


“First batch kita keluarkan 20 design, masa tu tahun 2015. Kami keluarkan teaser dan sambutan sangat menggalakkan sampai kita terpaksa increase volume. Daripada 1,000 helai per design kepada 2,000 helai. Kita terkejut, rupanya pasaran dan permintaan sangat besar. Since then kita pilih, tudung bawal adalah kita punya main produk sehinggalah hari ini.”


Tidak pernah terlintas dari fikiran mereka untuk menjual tudung bawal. Apatah lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan seperti ini. Apa yang Hazwani dan suami tahu adalah mereka perlu mengeluarkan produk untuk para wanita sahaja.


“Memang dari awal, kita tak pernah terfikir pun nak jual tudung bawal. Waktu tu kita macam tercari-cari dan buat research. Apa lagi benda yang essential, yang orang akan sentiasa pakai dan repeat. So kita rasa tudung tapi tudung apa? Tudung sarung ke tudung bawal ke kan? Tapi memang kita cari produk yang sesuai untuk wanita lah sebab kita nampak in terms of purchasing power, wanita-wanita ni dalam pembelian online tu tinggi dan laju.”


7 TAHUN LANGGAR DINDING


Dari tahun 2014 hingga 2021, Hazwani dan suami beliau mengendalikan perniagaan ini sendiri. Mereka hanya belajar dari pengalaman sendiri sahaja selama 7 tahun berniaga. Namun, setelah 7 tahun berniaga mereka sedar bahawa mereka kurang mahir dari segi kepimpinan dalam syarikat.


“Kesilapan yang saya dan suami nampak adalah kita tidak ada guru. Kami perlu berguru, kami perlukan seseorang untuk kita jadikan sebagai MenThor dan rujukan. Kami boleh sahaja memilih untuk go alone tapi bila kita ada guru, kita ada someone yang boleh guide kita. Dekat mana yang kami rasa yang benar dan yang salah. So dekat situ kita rasa tak syok sendiri.”


“Bila kita start buat bisnes sebelum ni, kita buat sendiri-sendiri je. Jadi kita langgar dinding dan kita buat banyak sangat kesilapan selama 7 tahun. Part leadership tu paling penting, bila kita nak membangunkan company yang dah sampai level yang macam ni dan bukanlah company yang baru lagi nak start. Jadi kita perlu upgrade kita punya ilmu, leadership dan cara nak uruskan team dalam company supaya kita boleh grow lagi. Kalau tidak, kita akan jadi status quo lah. Sama je level dia.”


KUASA DALAM TERHAD


Tersedar dengan kekurangan yang perlu diperbaiki, Hazwani dan suami mula mencari ilmu dan MenThor yang betul. Mereka membuat keputusan untuk berada dalam bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman dengan lebih dekat dalam Program Titanium. Setelah mendapat bimbingan dari RichWorks, banyak perkara yang berubah menjadi lebih teratur dan tersusun.


“Sebelum join RichWorks, kita sangat hesitate untuk buat LIVE, engagement dengan kita punya customer dan usahawan Kekaboo sendiri. Tapi lepas tu kita dah ada keberanian, slowly kita sentiasa keep engage dengan mereka. Dulu kita takut nak tambah kita punya staf, kita rasa macam boleh ke kita nak handle staf yang ramai? Tapi kita faham yang skop kerja ni, kita kena delegate semua. So kita rasa kita perlu ambil the right person untuk membuat delegation tu.”


“So bila kita ada new release selalu dengan pelbagaikan koleksi, sales kita boleh meningkat. Bila kita buat new release, kita bukan main release je tapi kita ada planning yang betul. Bila kita belajar dalam RichWorks, kita nampak ‘Oh ini sebenarnya caranya.’ Schedule dari segi jadual untuk release tu pun, kita dah semakin structured, dah tersusun. Planning kita sampai tahun depan dah buat dah. Apa kempen-kempen yang kita akan ada pun, kita dah plan well lah.”


Walaupun Kekaboo melakukan banyak koleksi baharu hampir setiap bulan dan minggu, setiap dari reka bentuk mempunyai kuantiti yang terhad. Ini adalah kerana mereka berpegang kepada tagline Kekaboo sendiri iaitu Limited and Exclusive.


“Walaupun kita release banyak koleksi tapi kuantiti untuk setiap design tu limited. Kita tak buat macam satu design tu 10,000 stok. Kita masih kekalkan kita punya tagline kita Limited dan Exclusive. Tapi kekerapan tu kita lakukan dari segi berbezanya koleksi. Setiap koleksi tu kita targetkan kepada customer yang berlainan. Ada koleksi untuk kids, koleksi untuk orang yang ada bidang labuh, ada yang chiffon, ada yang printed dan plain.”


“Kalau kita tak betul-betul plan, nanti lambakan tu akan banyak. Dan tibatiba produk akan statik je macam tak bergerak. Yang membeli pun tak ada rasa excited dengan koleksi kita. Sebab tu kita mempelbagaikan cara kita release tu. Saya rasa macam mana kita boleh kekal dalam industri sampai sekarang adalah disebabkan kita mengikut trend. Banyak koleksi yang kita keluarkan ni, kita ada tema dia.”

Artikel terbaru

Leave a Reply