KAIFIYYAH (Siti Khadijah Abdul Aziz)

KAIFIYYAH merupakan salah satu jenama fesyen yang terkenal di Singapura dengan catatan jualan lebih RM15,000,000 dan tenaga kerja seramai 18 orang. Perniagaan beliau hanyalah bermula secara kecil-kecilan sahaja dan didorong oleh kreativiti dan semangat seorang wanita Temasek, Singapura bernama Siti Khadijah Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kat Aziz.


Dengan konsep dan style yang modest, Kaifiyyah telah mengeluarkan pelbagai pakaian tradisional yang menarik perhatian ramai. Namun, bisnes Kat Aziz ini hampir runtuh sebelum menjadi jenama pakaian kegemaran ramai bukan sahaja di Singapura tetapi di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Dubai.

KAT AZIZ: SUATU MASA DAHULU


Anak kelahiran Singapura, Siti Khadijah atau Kat Aziz merupakan seorang graduan universiti dalam bidang kejururawatan. Ayah beliau menyatakan hasrat untuk Kat Aziz menjadi seorang jururawat. Setelah tamat sekolah, Kat Aziz mengikuti kehendak ayahnya. Walaupun beliau sudah mempunyai karier, kehidupan sebagai jururawat tidak membahagiakan Kat Aziz, jadi beliau memutuskan untuk berhenti kerja pada tahun 2012 tanpa sebarang backup plan.


“Saya asalnya seorang jururawat, tapi saya tak minat sangat. Ayah saya selalu cakap pergi sekolah belajar pandaipandai untuk dapatkan kerja yang stabil. That’s why saya ambil nursing atas permintaan ayah. Tapi selepas saya graduate tu, saya masih memberontak sebab saya rasa tidak gembira untuk jadi jururawat. Tapi saya kerja demi untuk bekerja. Bukan kerjaya jururawat ni tak bagus cuma saya memang tak minat.”


Jauh dari bidang kerja, minat utama Kat Aziz adalah dalam bidang fesyen. Beliau sangat minat dengan kepelbagaian dalam bidang fesyen dan aksesori yang cantik, elegan dan mewah seperti jenama Christian Dior, Chanel, Gucci, Prada dan Louis Vuitton.


“Saya minat menjual sebenarnya cuma I just want to find a product yang I rasa I tak perlu nak pecah otak untuk fikir cara nak promote the item. So for me daripada dulu masa time sekolah, orang akan selalu tanya mana I beli baju. Bila time raya je mesti diorang akan tanyalah mana I buy my baju, walaupun baju tu SGD 5 pun orang akan tanya. Back then lah. So from there I fikir jual baju lah.”


KELAHIRAN KAIFIYYAH


Kat Aziz membawa kelainan dalam dunia fesyen terutamanya di Singapura dengan menyediakan pakaian tradisional baju kurung yang oversized dan loose fit tetapi kekal bergaya.Beliau mula melahirkan jenama sendiri atas niat mencari jalan untuk menjana pendapatan dari rumah sambil membesarkan anak-anak yang masih kecil. Pada awal permulaan beliau berniaga, Kat Aziz berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual tudung jenama sendiri. Di situlah terlahirnya jenama Kaifiyyah. Tidak lama kemudian Kaifiyyah mula mengeluarkan produk lain seperti baju kurung dengan sentuhan dan kreativiti Kat Aziz sendiri.


“Saya tengok orang ada brand-brand, so saya rasa macam style je, macam glamour je ada brand ni. Saya dah berhenti kerja kan, jadi saya nak lah tunjuk imej tu macam saya ni masih ada masa depan dekat family. That’s why saya nak buat brand sendiri,”

KAIFIYYAH CUBA CIPTA NAMA DI FASHION SHOW


Menyertai Fashion Week, sudah menjadi impian ramai pemilik jenama pakaian sekurang-kurangnya sekali. Begitu juga dengan Kat Aziz. Beliau ingin mencipta nama dan besarkan lagi jenama Kaifiyyah bukan sahaja di Singapura tetapi di negara jiran. Dari tahun 2014 hingga 2018, Kaifiyyah sangat aktif dalam menyertai acara glamour tersebut. Kat Aziz percaya bahawa dengan membawa Kaifiyyah menyertai acara Fashion Week, ia akan membantu menaikkan nama Kaifiyyah dan meningkatkan jualan.


Fashion Week pertama beliau adalah di Brunei Modest Fashion Week dan diiringi Kuala Lumpur Fashion Week, Singapore Fashion Week, Dubai Modest Fashion Week dan Jakarta Modest Fashion Week pada tahuntahun berikutnya. Walaupun pada waktu itu, perniagaan beliau masih tidak stabil dan masih tiada arah yang betul.


Disebabkan kelalaian dan tiada ilmu, perniagaan beliau bukan membawa keuntungan tetapi hanyalah hutang yang makin bertambah.


HUTANG KELILING PINGGANG & KEPERCAYAAN KELUARGA HILANG


6 tahun berlalu, perniagaan Kat Aziz masih di tahap yang sama. Tiada perkembangan dan tiada peningkatan jualan. Yang meningkat hanyalah hutang yang sudah mencecah SGD100,000 bersamaan dengan RM307,953. Lebih menyedihkan Kat Aziz apabila ibu bapa beliau sudah semakin kecewa dan tidak mahu menyokong perniagaan beliau.


“Usaha saya selama ni berakhir dengan perasaan keluarga yang kecewa dan hilang kepercayaan kepada saya. Ibu bapa saya ada orang yang saya paling sayang. Ayah kata, bila dia sudah tiada mungkin saya masih terumbang-ambing”


Kat Aziz tidak mahu lagi kecewakan keluarga, beliau membuat keputusan untuk lupakan sahaja perniagaan dan kembali bekerja sebagai jururawat pada tahun 2019. Beliau tidak mahu lagi berniaga dan hanya fokus dan komited untuk keluarga dan kerja.

NAK UBAH HIDUP 2020


Walaubagaimanapun, Kat Aziz tiba-tiba dipelawa oleh sahabat beliau untuk hadir ke Program Nak Ubah Hidup pada tahun 2020. Sahabatnya itu merupakan salah satu ahli Titanium di bawah bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman.


“Entah macam mana, kawan saya ni dia ajak saya pergi ke Nak Ubah Hidup. Dia tengok saya dah lemau kan. So I was like…alamak, saya sebenarnya dah decide nak stop berniaga dan komited as nurse. Tapi saya tertarik dengan nama program tu. Nak Ubah Hidup memang kena lah dengan situasi saya. Saya memang betul-betul ‘nak ubah hidup’ saya.”


Dengan keadaan Kat Aziz yang sudah ‘pokai’, beliau tidak mampu untuk membeli tiket kapal terbang dan menaiki bas dari Singapura ke Johor, dan tukar pula bas dari Johor ke Shah Alam semata-mata untuk hadir ke Program Nak Ubah Hidup.


3 hari menjalani program NUH, Kat Aziz terkesan dengan apa yang dipelajarinya. Niat beliau hanyalah untuk pergi naikkan motivasi diri sahaja. Tetapi setelah tamat program, Kat Aziz nekad untuk teruskan juga perniagaan beliau dengan ilmu yang baru. Kat Aziz menyertai program pembelajaran Millionaire Marketing Masterclass pula.


THE NEW KAIFIYYAH


Selepas program Nak Ubah Hidup, Kat Aziz kembali pulang ke Singapura. Beliau sudah berjanji kepada diri sendiri untuk 100 peratus fokus dan komited dalam setiap sesi pembelajaran dalam Millionaire Marketing Masterclass yang berlangsung selama 2 bulan. Kat Aziz mula betulkan sasaran pasaran, kewangan dan menggunakan teknik marketing yang lebih efektif dan sesuai dengan Kaifiyyah dan perkembangan masa.


Biarpun dunia dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan menjejaskan banyak perniagaan kecil, tetapi Kaifiyyah tetap berdiri teguh dan sedikit demi sedikit meningkat. Angka jualan meningkat dengan banyak dan Kaifiyyah mula menarik perhatian orang ramai.


“Masyaallah for me, I start back with Kaifiyyah during pandemic sebenarnya. Because everything people buy online kan. Saya bersyukur saya tidak perlu ke Shah Alam dan saya boleh belajar melalui online sahaja.”


Setelah selesai sahaja program MMM, Kat Aziz terus menyertai program mentorship SPIRE. Teringat Datuk Wira Dr Azizan Osman pernah menyatakan bahawa beliau ingin melahirkan 1000 usahawan jutawan dalam masa 6 bulan sahaja. Kat Aziz mahu menjadi salah seorang dari 1000 usahawan yang dimaksudkan. Dengan usaha yang dilakukan Kat Aziz, beliau berjaya mencapai RM1,000,000 pertama dalam masa 6 bulan sahaja pada tahun 2021.


“Ajaib juga lah. Saya percaya dengan result saya cuma saya macam WOW, saya boleh capai rupanya. Bila saya dengar MMM punya sharing tu, saya masih ada rasa tidak yakin yang saya boleh dapat result yang sama seperti mereka. Dengan keadaan bisnes dan kewangan yang entah macam mana kan. Tapi saya ingat, Datuk Wira mentioned this dia nak keluarkan 1000 usahawan jutawan dalam masa 6 bulan. So saya tak tahu kenapa, saya terus commit lah nak buat sebab saya pun dah waste masa dari 2013, tak cari ilmu. I must do all out.”


KAIFIYYAH’S BREAKTHROUGH


Tidak hanya berhenti disitu, Kat Aziz semakin aktif dalam mengembangkan perniagaan dan terus belajar dengan berada dalam Titanium Circle RichWorks. Dalam Titanium Circle, Kat Aziz dapat akses pembelajaran secara 1 on 1 bersama MenThor beliau, Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Setiap kali sesi 1 on 1 Kat Aziz bersama MenThor, beliau akan menggunakannya dengan hermat untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan atas setiap idea dan tindakan atau rancangan beliau untuk Kaifiyyah.


Dari situ, pelbagai idea yang diberikan oleh Datuk Wira kepada Kat Aziz bukan sahaja dari segi strategi marketing, malah dari segi kepimpinan, kewangan dan memberi solusi yang tepat untuk masalah dalam perniagaan.


“Masuk belajar di RichWorks, bukan terus dapat jawapan je. It’s more like I belajar berfikir dengan cara yang betul. I’m guided to think better. Kadang-kadangkan kita tak tahu something until someone tell us. Datuk Wira macam Waze lah. In RichWorks kita dibimbing untuk tidak salah jalan.”


Kat Aziz meletakkan 100 % kepercayaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai MenThor beliau dalam perniagaan. Sekarang, Kat Aziz merupakan ahli Titan Cirle Plus RichWorks.


Antara pencapaian yang beliau sangat banggakan adalah bukan sahaja Kat Aziz sebagai Chief Operating Officer yang mendalami ilmu dan nilai perniagaan bersama RichWorks, tetapi 5 Senior Leadership Team beliau juga turut bersamasama belajar dan memegang nilai yang sama untuk membangunkan dan mengembangkan lagi sayap Kaifiyyah di seluruh negara.


“Alhamdullilah, I managed to create a culture. A culture whereby, I make sure untuk align kan the people who wants to be in this with me. Dulu macam kalau staf 1 berhenti tu, I dah boleh menangis dan emotional. Tapi sekarang ni I fokus kepada orang yang nak bersama dengan I in this journey. So kalau tak nak tu it’s okay, bukan sebab mereka tak bagus tapi sebab kita punya values tak align. 5 of my staff follow me pergi Program Master Your Business. I nak mereka belajar dari expert.”


“I bawa my key leaders pergi ke MYB, diorang punya semangat masyaallah. And I sendiri as a boss, I’m so proud of them when I see diorang punya changes. Kita akan guna term SWITCH macam RichWorks bila tengah down, so semua jadi semangat.”

Jualan dan jenama Kaifiyyah semakin banyak. Dengan design yang unik dan menarik, Kaifiyyah mula menjadi jenama kegemaran kebanyakan wanita bukan sahaja di Singapura, malah di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara lain.


KAT AZIZ DAN KAIFIYYAH


Dengan semangat dan sikap yang tidak mudah mengalah, Kat Aziz bangkit dari kejatuhan hidup yang membuatkan beliau hampir mengalah dalam perniagaan. Semua berubah disebabkan satu pelawaan sahabat yang ingin melihat beliau berjaya bersama-sama.


Hari ini, Kat Aziz merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks kerana jualan sudah mencecah sebanyak RM15,100,000. Beliau juga menjadi inspirasi kepada ramai orang bukan sahaja para usahawan malah kepada mereka yang minat dalam dunia fesyen.

Artikel terbaru

Leave a Reply