INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE (Shahawati Umar & Muhammad Anas)

INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar memperbaiki diri secara akademik, terutamanya dengan mewujudkan pelbagai jalan kerjaya termasuk peluang belajar dengan institusi dan universiti pendidikan tinggi terkemuka yang lain.


Program berkualiti tinggi dan mencabar yang disediakan bukan sahaja mengikuti pendidikan global tetapi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal untuk menghadapi pekerjaan di dunia.

WATI & ANAS : SUATU MASA DAHULU


Shahawati Umar atau lebih dikenali sebagai Wati dibesarkan dalam keluarga yang tidak berkemampuan di sebuah kampung. Ayah beliau merupakan seorang tentera dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.


Wati memiliki latar belakang akademik yang cemerlang dari Bachelor of Business Administration dan Master of Business Administration di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah tamat belajar, Wati memulakan kerjaya beliau dalam bidang pendidikan sebagai penyambut tetamu pada tahun 1998.


“Saya bermula dalam education industry ni sebagai penyambut tetamu sahaja. Di sebuah kolej kecil je di Petaling Jaya. Jadi saya bermula dari bawah lah jadi receptionist. Pada waktu itu, because company saya kecil jadi bos saya memberi saya semua kerja. Maksudnya walaupun saya receptionist tapi saya juga kena menaip, kena urus classroom dan timetable. ”


“Dari sana saya grow. Cabaran yang besar buat saya kerana Bahasa Inggeris pun tak pandai.Yes, No, Alright je lah kan. Saya menaip pun tak pandai tau. Tapi bos saya tu bagilah saya dokumen-dokumen suruh saya siapkan untuk hantar ke Kementerian, siapkan kelas kurikulum semua kan. Lama-lama tu saya belajar. Benda yang tak boleh tu, jadi boleh.”


Setelah 2 tahun bekerja, Wati dilantik menjadi koordinator untuk menguruskan sebuah program untuk penyediaan pelajar-pelajar untuk pergi ke United Kingdom. Kemudian beliau mendapat pendedahan baharu di mana Wati diminta untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan Compliance.


“Saya diminta untuk melakukan perkara yang melibatkan Compliance. Susah memang susah sebab saya kena berhadapan dengan Kementerian, nak dapat masa tu LAN (Lembaga Akreditasi Negara) ubah kepada MQA, (Malaysian Qualifications Agency). Ini adalah satu titik perubahan yang besar pada saya, yang saya kena adapt dengan cepat.”

“Selepas itu saya diminta untuk membuat licensing, dan involve secara dekat dalam Board of Academic, buat polisi untuk kolej. Dalam masa 5 tahun tu saya dapat position sebagai Executive PA to the Vice Chancellor pada masa tu.”


Manakala Muhammad Anas Mohd Bukhori pula datang dari keluarga yang serba sederhana. Keluarga beliau berlatarbelakangkan pegawai kerajaan. Ayah beliau merupakan pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan ibu pula seorang guru sekolah menengah.


“Kedua-dua ayah dan ibu saya berasal dari Alor Setar, Kedah. Saya dibesarkan dalam suasana kampung. Kehidupan saya adalah sederhana namun, saya tidak pernah merasa sebarang kekurangan. Keluarga saya amat menyokong saya untuk mendapatkan pencapaian akademik yang tinggi. Disebabkan itu, saya mendapat keputusan 5A semasa UPSR, 8A1B semasa PMR, dan agak mengecewakan 6A5B semasa SPM.”


“Walaupun saya dilahirkan semasa ibu saya belajar di USA, sejak pulang ke kampung halaman di Kedah, saya tidak pernah berjauhan daripada mereka, sehinggalah saya menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam pada tahun 2006.”


“Saya adalah seorang yang sukakan duit dari kecil. Disebabkan itu, saya memilih bidang perakaunan, kerana ingin bekerja dekat dengan duit. Ini kerana, di dalam fikiran saya, saya tidak akan menjadi kaya. Kekayaan adalah satu perkara yang mustahil di dalam pemikiran saya memandangkan kedua ibu bapa bekerja sangat keras hanya untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang sederhana. Jadi, dengan bekerja sebagai seorang akauntan, bagi saya itulah pekerjaan yang paling hampir dengan kekayaan, yakni menjaga kekayaan orang lain.”


BANTU KOLEJ YANG HAMPIR HILANG LESEN


Setelah 15 tahun membangunkan kerjaya beliau di kolej yang dulunya kecil sehingga menjadi sebuah universiti, Wati merasakan sudah masanya beliau bersara dan berehat sahaja. Namun, pihak kementerian meminta bantuan beliau untuk ‘menolong’ sebuah kolej yang lesennya sudah hampir ditarik.


“Jadi orang macam saya ni tak ramai dekat market. So bila ada IPTS yang bermasalah mereka akan cuba refer dan cari orangorang macam saya untuk bantu IPTS tu. Bila saya bersara tu, Kementerian minta tolong saya.”


“Wati kau pergilah tengok kolej ni susah sangat. Kesian dorang,” kata pihak Kementerian.


“So saya pergi tengok pada bulan 4, 2012. Saya pun berkhidmat di Kolej Antarabangsa Inovatif. Ini totally different field. Totally different environment. Sebab saya orang yang buat compliance dan buat restructuring dan pakar kurikulum. Saya tak pakar bisnes. Saya tak tahu masalah account, finance tu. Masa tu license kolej dah nak hilang. Tak ada apa kolej tu. Program pun ada 2 je. PTPTN pon tak ada. Siapa nak datang belajar kan?”


Dengan kepakaran yang Wati ada selama beliau menguruskan licensing di pekerjaannya yang sebelum ini, Kolej Antarabangsa Inovatif berjaya mendapatkan semula lesen yang sudah ditarik tersebut.

AMBIL ALIH KOLEJ


Wati pada asalnya ditugaskan hanya untuk membantu kolej tersebut mendapatkan semula lesen mereka. Namun, Wati mempunyai perasaan kesian dan ingin membantu pemilik kolej itu menaikkan dan menyelamatkan kolej tersebut.


“Hujung tahun 2012, saya merasai ada 1 benda yang tak kena dalam kolej ini. Jadi apa perasaan saya tu betul, tahun 2013 saya didedahkan masalah sebenar dalam kolej iaitu masalah proses, kerja, sistem dan financial.”


“Saya cakap dekat pemilik kolej tersebut, Takpe. I will help you.”


“Itulah kata-kata yang pegang saya dekat kolej tu. Saya rasa kesian sebab masa tu dia ditipu, ditekan, dianiaya sebab dia pun tak faham industri ni. Sampai dia kena berhutang RM20,000,000, masih lagi berhutang.”


KOLEJ HARU BIRU


Apabila Wati mengambil alih sahaja Kolej Antarabangsa Inovatif, beliau terkejut kerana mendapat tentangan yang hebat daripada warga kolej tersebut. Sehingga beliau difitnah dan dimarah hingga ke media sosial.


“Bila saya nak masuk dalam sistem Kolej Inovatif tu saya mendapat tentangan yang sangat hebat dari semua warga kolej itu sendiri. So bila saya masuk, perkara pertama yang saya nampak adalah pembaziran di mana terlalu banyak sangat duit keluar tanpa sebab. Jadi saya reduce kos daripada RM600,000 jadi RM200,000 sahaja sebulan.”


“Banyak saya dapat tentangan sampai habis saya kena fitnah. Masuk Facebook, kata saya yang bukan bukan. Punyalah orang marah dekat saya sebab saya cuba betul kan keadaan. Bila kita nak masuk department mereka untuk nak baiki, dia tak suka rupanya.”


“Banyak pengaliran duit tunai yang tak sepatutnya. So saya macam melihat satu keadaan yang haru biru tau dekat Kolej Antarabangsa Innovative waktu itu.”

“So saya datang tu untuk tolong dapatkan lesen je. Tapi saya stay, saya decide untuk stay after Julai 2012 tu dan stay sampai sekarang.”


Menurut Wati, antara ujian berat yang terpaksa dilaluinya ialah apabila terpaksa berhutang sehingga RM6 juta. Tidak cukup dengan itu, beliau juga terpaksa keluar masuk mahkamah kerana tidak mampu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan gaji pekerja.


“Premis saya juga pernah hampir setiap bulan dipotong bekalan elektrik dan air kerana tak mampu nak bayar bil. Malah saya juga pernah dimaki hampir setiap hari kerana tak mampu nak bayar hutang seperti sewa premis dan keperluankeperluan lain.”


“Paling menyedihkan, semasa kami tengah menerima lawatan dari kementerian , TNB datang nak potong elektrik dan terpaksa negotiate.”


BINA BISNES BERJAYA


Menyentuh penglibatan beliau di dalam program-program RichWorks pula, Wati memikirkan bahawa dengan mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan dan telah lama berada dalam industri sudah cukup untuk mengendalikan perniagaan.


“Sebagai orang lama dalam industri, kita selalu merasakan bahawa cara kita adalah yang terbaik dan betul sehinggakan kita sukar mahu berubah. Begitulah juga dengan diri saya di peringkat awal. Saya rasa saya sudah cukup ilmu di dalam bidang pendidikan dan perniagaan jadi pendapat orang lain tidak begitu penting.”


Namun begitu, Anas telah menyedarkan dan membuka matanya untuk tidak terus ego tetapi mencari apakah kesilapannya dalam menguruskan perniagaan dan apakah yang perlu diperbetulkan.


“Walaupun pada awalnya susah untuk saya terima, saya paksakan diri untuk menghadiri program RichWorks. Saya masih ingat tarikh tersebut iaitu pada 25 Disember 2019. Sebaik menyertai program RichWorks buat pertama kalinya, saya kagum melihat ramainya orang yang hadir pada hari berkenaan. Mereka berjaya membuat jutaan ringgit dan begitu komited untuk bersama Dr. Azizan serta RichWorks,” jelas Wati.


TRANSFORMASI INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE


Perkara pertama yang dipelajarinya semasa berjumpa dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks ialah tentang cara yang betul untuk memimpin dalam organisasi. Wati dan Anas telah dibimbing dan diajar untuk memimpin dengan kaedah ‘Head, Hand and Heart’.


Beberapa strategi lain yang dipelajarinya juga turut beliau praktikkan di Kolej Antarabangsa Inovatif dan kesemua strategi tersebut ternyata berkesan. Antaranya ialah dengan mengamalkan penggunaan media sosial di kolej tersebut. Dengan hanya membuat LIVE dalam tempoh 44 hari, pasukan media sosial kolej tersebut berjaya ditambah daripada hanya seorang kakitangan menjadi 15 orang kakitangan.


Selain itu, mereka juga berjaya mengukuhkan pasukan kerja dengan mengadakan perjumpaan setiap hari, menganjurkan sesi town hall, melaksanakan proses pemantapan kerja, decentralization serta memperkenalkan ‘Innovative Di Hatiku” yang membuatkan perniagaan mereka semakin dikenali.


Demi menggali lebih banyak ilmu, Wati mendaftar sebagai Titan pada Februari 2020 iaitu kira-kira sebulan sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia. Penyertaannya ke dalam program itu berjaya membuatkan kolejnya mampu untuk bertahan semasa pandemik.


“Kami tukar style management, betulkan semua kewangan, sistem, leadership yang lebih baik dalam menguruskan team. Kami juga menggunakan River of Life and Reflection of Success to build my team.”


INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE’S BREAKTHROUGH


Setelah dibimbing secara dekat bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks, Wati dan Anas mula delegasi setiap tugas dan menyusun masa mengikut jadual yang ditunjuk ajar oleh RichWorks.


“Biasalah kita akan ada up dan down. Pertama kena ada partner yang betul dan kedua circle rakan yang betul dan sentiasa positif dan membantu. Jika kita rasa stuck dengan apa situasi sekalipun, kita akan refer pada rakan-rakan di Titan dan RichWorks. Ini membantu mengurangkan rasa lost dan rasa takut.”


“Dalam sesi 1 On 1 bersama Datuk Wira, kami dapat clarity dan yakin dengan apa yang kita akan buat. Kami restart balik bisnes setelah dibimbing supaya semuanya tersusun. Structure and systematically do the action plan and direction in 5 years and 10 years. Kita juga faham dan kenal pasti siapa market.”


WATI DAN INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE (IIC)


Sikap Wati (Presiden) dan Anas (Naib Presiden) yang tidak pernah mengalah dan sentiasa mencari jalan untuk selesaikan masalah membuatkan mereka menjadi inspirasi kepada semua. Walaupun banyak perkara yang berlaku mereka terus bangkit sehingga mampu membawa Innovative International College ke tahap yang tinggi.


Hari ini, Wati dan Anas telah pun menjadi salah seorang Gladiator RichWorks. Di Inovatif, mereka ingin memberikan yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh manamana kolej dan untuk membantu pelajar dengan segala cara yang mungkin.

Artikel terbaru

Leave a Reply