Ikimie Technology, lebih dikenali sebagai Kedai Komputer SifuTech adalah sebuah bisnes menjual dan membaiki laptop mampu milik dan berkualiti yang pada mulanya beroperasi di Marang, Terengganu.
Kepakaran beliau adalah dalam menyediakan komputer dan laptop yang sesuai digunakan oleh pihak individu dan juga industri pada harga mampu milik tetapi berprestasi tinggi.
Bisnes ini diurusukan oleh Muhammad Hakimi Azmi yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang bisnes namun menjadikan minat beliau terhadap pembaikan laptop sebagai fokus utama.
Ikimie Technology kini telah menjana hasil jualan sebanyak RM 3.38 Juta melalui 5 cawangan yang dimiliki termasuk di Terengganu dan Selangor.
1.Promosi ‘Buy 1 Laptop FREE 1 Printer’
“Pelanggan suka bila mereka pun untung. Kita fokus pada value memberi jadi pelanggan akan ingat sampai bila-bila.”
Hampir kesemua bisnes yang kita lihat pada masa kini pasti membuat promosi sebagai strategi pemasaran. Baik bisnes F&B, kosmetik, media, ataupun elektronik, akan adanya promosi tersendiri mengikut musim.
SifuTech juga tidak terkecuali dalam menawarkan promosi menarik seperti ‘Buy 1 Laptop Free 1 Printer’ dan ‘Buy 1 Laptop Free 11 aksesori dan 1 Power Bank”. Ini sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan yang ingin memiliki teknologi terkini tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.
Walaupun mendapat laptop terpakai, pelanggan berasa lebih berbaloi berbanding membeli laptop first hand tapi tidak didatangkan dengan produk lain yang selalunya lebih mahal. Sebagai contoh, di era digital ini, printer sudah menjadi seiring dengan laptop untuk seseorang itu mencetak bahan yang diinginkan.
Dengan adanya promosi yang dilakukan di Ikimie Technology, ia menjadi satu kekuatan kepada bisnes ini buat pelanggan yang ingin membeli laptop murah sambil menikmati produk lain dengan harga rendah.
2. Pembelian bersama ekstra perkhidmatan
“Saya pastikan setiap pelanggan yang datang puas dengan pengalaman beli mereka di Ikimie Technology”
Bukan setakat jual beli, Ikimie Technology memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan sehingga mereka mendapat ‘best customer experience’.
Dengan setiap pembelian sebuah projector, Hakimi menetapkan agar pelanggan mendapat perkhidmatan ekstra iaitu pemasangan projector secara percuma di lokasi yang diinginkan mereka. Sekiranya pelanggan yang membeli tadi berpuas hati selepas mendapat projector pilihan, mereka akan mendapat kepuasan kali kedua bersama Ikimie Technology.
Pengalaman positif ini telah menguatkan pelanggan menjadi ‘repeat customer’ yang juga menjadi kekuatan kepada bisnes ini. Selain membuat pemasaran untuk menarik pelanggan baru, Hakimi juga mementingkan hubungan bersama pelanggan sedia ada.
Keutamaan bisnes ini adalah memberikan layanan istimewa terhadap setiap pelanggan dengan cara tersendiri. Ia membuktikan komitmen Ikimie Technology untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan. Strategi ini tidak hanya menciptakan pelanggan yang setia tetapi juga meningkatkan reputasi positif yang telah menjadikannya lebih diingati.
3.Penjagaan hubungan bersama pelbagai
“Dalam bisnes pun kita masih kena jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jadi saya kolaborasi dengan jiran kedai dan buat pemberian balik kepada yang memerlukan”
Hakimi Azmi, percaya bahawa penjagaan hubungan bersama orang sekeliling membantu dalam peningkatan bisnes. Kita mudahkan hal orang lain, mereka juga akan permudahkan urusan kita.
Setiap 2 atau 3 bulan sekali, Hakimi dan team akan turun padang ke masjid dan membuat peredaran barang seperti telur, beras dan barang keperluan harian. Ini untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Selain memberi berkat kepada bisnes, ia juga menaikkan semangat team untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Kolaborasi yang beliau bina bersama sebuah pasar mini bersebelahan kedai beliau meningkatkan hubungan yang baik sambil membantu penjualan bisnes bersama. Dengan membuat peredaran barang keperluan, penduduk setempat makin sedar akan jenama Ikimie Technology, menjadikan bisnes ini perbualan mulut orang.
Biografi Hakimi Azmi
Datang daripada keluarga yang sederhana, Hakimi mempunyai 6 orang beradik beradik yang dibesarkan oleh ayah yang bekerja sebagai pengawal sekuriti dan ibu yang mempunyai butik pengantin. Hakimi yang masih kecil ketika itu, kadang kala membantu ibu memasang pelamin sewaktu cuti sekolah.
Pernah memasuki sekolah asrama, Hakimi mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar semasa menyandang jawatan sebagai ketua asrama dan ketua operasi.
Tamat sahaja pengajian di sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi, Pulau Pinang. Beliau kemudian menceburi jurusan Bachelor of Mechanical Engineering with Honours di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor. Ketika itu, beliau banyak mencari pengalaman. Dari menghasilkan perniagaan ‘printing’ hingga membuka pusat tuisyen, dan kemudian menubuhkan pula syarikat penyelenggaraan paip bersama abang beliau, Hakimi mempunyai jiwa berniaga yang kental.
Ditakdirkan, Hakimi juga pernah bekerja sebagai seorang jurutera mekanikal selama 4 tahun. Perjalanan itu berakhir apabila isteri tidak berapa sihat dengan keadaan yang sedang sarat mengandung dan bapa mertua yang sakit tua.
Beliau mula berniaga dengan bermacam cara yang akhirnya mendorong kepada pembukaan kedai komputer sendiri. Dengan pengalaman Hakimi yang menjadikan siapa beliau sekarang, segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mempunyai ilmu yang betul untuk melaksanakan tindakan yang betul.
Siapa sangka sikap skeptikal beliau terhadap seorang kenalan yang menyertai program mentorship SPIRE di RichWorks International pada mulanya, berubah apabila beliau sendiri cuba mengaplikasikan strategi yang terbukti berjaya.