iFikir English (Mohamad Faizal)

  1. Mendapatkan perspektif baharu

“Apa yang saya dapat ialah, apabila anda membuat kejuruteraan, kami sebenarnya menyelesaikan masalah. So bila saya balik ke Malaysia, one of the core problems yang saya nampak adalah ramai orang struggle nak gunakan English sebab sebenarnya iFikir English ni pun wujud sebab saya punya personal issues. Saya dulu pun masalah jugak, tak pandai speaking pun.”

Percaya atau tidak, pengasas iFikir English ini dulu sukar bertutur dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, Mohamad Faisal mempelajarinya semasa melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan telah menjadi semakin fasih dengan bahasa tersebut sejak itu. Selepas tamat pengajian, beliau sempat bekerja sebagai seorang jurutera buat seketika dan dapat meluangkan masa bersama ramai jurutera lain yang lebih berminat dalam bidang tersebut cuma mereka mempunyai masalah untuk menyampaikan percakapan dengan baik dalam Bahasa Inggeris. 

Walaupun mempunyai jurusan Kejuruteraan, darah pendidik mengalir dalam dirinya membuatkan dia sentiasa mempunyai perspektif seperti seseorang yang suka mengajar. Beliau melihatkan cara-cara kejuruteraan sebagai bentuk penyelesaian masalah di mana perlu ada input, proses, dan output. Hal ini memberi idea kepada beliau untuk melibatkan diri dalam industri pendidikan.

Menjadi seseorang yang sentiasa mempunyai perspektif baharu membolehkan seorang pemimpin mendapatkan kejelasan dalam apa yang mereka lakukan. Ia membolehkan anda menjadi inovatif dalam menjana idea baharu dan cara untuk menambah baik perkara untuk masa hadapan. Trend dalam pasaran sentiasa berubah jadi perniagaan juga perlu mengikuti arus. Adakah penting kepada anda untuk menimba ilmu atau adakah anda kekal dengan pengetahuan sama yang anda miliki sekarang? 

  1. Mempunyai keazaman tinggi

“Normally bila kita dah ada kerja yang nampak masyarakat “oh, engineer”, “kenapa nak berhenti?” In fact my mother in law dulu pun opposed to this idea, dia kata “takpa lah, jangan berhenti”. Sebab mereka tak nampak apa yang saya nampak.”

“So time tu memang saya dapat tentangan, dengan adik beradik pun ckp tak boleh.”

Mohamad Faisal dikelilingi orang-orang yang tidak setuju dengan keputusan beliau dan mempunyai perspektif bahawa kerjaya jurutera beliau akan disia-siakan. Namun, beliau lebih tahu. Beliau nampak akan visinya dan menyedari akan kepuasan dalam mengajar. Walaupun ramai menentang, beliau meneruskan juga hasratnya supaya dengan iFikir English. 

Kini mengetuai pasukan pemimpin utama yang menakjubkan, tiada siapa yang  menyangka bahawa seorang jurutera yang bertukar menjadi seorang pendidik telah berjaya membantu lebih daripada ribuan orang untuk menjadi lebih baik dalam bahasa Inggeris dan juga keyakinan mereka.

Apakah yang akan berlaku jika Mohamad Faizal membenarkan pendapat orang ramai masuk ke dalam kepalanya? Adakah dia dapat mencapai apa yang dia ada sekarang? Menjadi seorang yang berazam untuk mencapai apa yang dicita-citakan memerlukan banyak keberanian yang datang dari hati. Mohamad Faizal menunjukkan kepada kita bahawa jika anda percaya pada sesuatu, teruskan perkara tersebut dan jangan berhenti. Lagipun, apakah visi tanpa mengambil sebarang tindakan?

  1. Mempunyai delegasi dalam bisnes

“Bila kita cakap pasal leadership, I cannot lead alone. So like let’s say if we look at Malaysia, it’s a country with a leader, a prime minister. So can a prime minister lead alone? It’s not easy.

“Setiap kementerian akan ada one minister. So it’ll be easier for you to lead together. So itu yang saya implement dengan knowledge yang saya dapat dari RichWorks. Yang alhamdulilah after that mula2 memang saya sendiri and now I have 4 key leaders. Walaupun sebenarnya team saya belum besar pun, it’s less than 10 people tapi key leaders ni dia ada peranan yang berbeza so that we lead together.”

Mohamad Faisal cemerlang melalui kepimpinannya di mana beliau meletakkan kepercayaan kepada ‘key leaders’ beliau.. Setiap pemimpin utamanya akan mempunyai tugas yang berbeza supaya mereka boleh membantu dalam memimpin bersama. Walaupun beberapa isu timbul dalam perniagaannya, beliau percaya kepada pemimpin utamanya yang bekerja ke arah yang sama dengan visi dan misi syarikat tersebut. Pada beliau, cabaran adalah apa yang membuatkan mereka berkembang dengan mengatasi halangan supaya mereka tahu untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.

Delegasi oleh pemimpin bukan sahaja membantu dalam meningkatkan pengeluaran tetapi  sama seperti meletakkan kepercayaan penuh kepada pekerja mereka. Ia memberi mereka rasa tanggungjawab yang membawa kepada kualiti kerja yang lebih tinggi memandangkan ia memberi motivasi dan membuatkan mereka berasa lebih terinspirasi. Dengan kata lain, apabila anda menghargai dan mempercayai pekerja anda, perniagaan itu sendiri akan berjalan dengan baik dengan sendirinya.

Sebuah perniagaan, sekolah, malah keluarga sebagai institusi memang perlu melaksanakan delegasi supaya akauntabiliti akan dipegang oleh setiap orang. Kejayaan itu dilihat apabila Mohamad Faizal menyepi seketika daripada urusannya untuk menunaikan umrah dan menyerahkan kepada pemimpin utamanya. Dalam suasana di mana anda perlu memimpin, adakah anda meletakkan kepercayaan kepadai pekerja anda atau adakah anda melakukan segala-galanya sendiri dengan pelbagai isu untuk difikirkan? 

Biografi Mohamad Faisal Mohamad Tahir

Mohamad Faisal Bin Mohamad Tahir, berada dalam bidang industri pendidikan selama lebih 10 tahun. Beliau belajar di Universiti Minnesota dalam jurusan Kejuruteraan. 

Mengikuti hatinya yang mahu menjadi seorang pendidik, Mohamad Faisal mula melibatkan diri dalam bidang pendidikan menggunakan ilmu yang diketahuinya melalui kursus yang dipelajari di universiti. Oleh kerana terasa sekat dengan perniagaannya yang tidak berkembang, dia mencari ilmu dan pandangan baharu di mana dia menemui RichWorks International selepas beberapa tahun kemudian. . 

“Melakukan kesilapan tidak mengapa. Selagi kita cuba ikhlas dalam apa yang kita lakukan, berikan yang terbaik yang kita mampu, cuba berikan perkhidmatan yang terbaik yang kita mampu. Kalau ada yg tak happy, it’s okay.”

“Macam every single week akan ada orang yang cakap “terima kasih”,”saya mula faham”,”I’m so happy”, “saya rasa seronok”, “saya rasa nak belajar lagi. ”. As a teacher, an educator, satisfaction level bila dapat baca feedback macam tu, we are so happy. Tu yang buat kita nak buat lagi dan lagi dan lagi.”

Perspektif Mohamad Faizal berubah daripada berfikiran sebagai seorang pendidik kepada mempunyai minda usahawan. Nilai kepemimpinannya mula berkembang dan antara prinsip yang beliau percaya dan menerapkan dalam perniagaannya ialah beliau percaya tidak mengapa untuk melakukan kesilapan, dengan syarat anda perlu bertanggungjawab selepas melakukan kesilapan. 

Artikel terbaru

Leave a Reply