Tidak sanggup lagi menghadap pengutip hutang yang selalu menerjah rumah, Anis Laila Binti Adam atau lebih dikenali sebagai Laila Adam berkeras ingin berhenti kerja sebagai seorang ‘sales designer’ di sebuah syarikat kabinet.
Keluarga termasuk suami beliau ketika itu kurang menyokong keputusan beliau kerana khuatir akan menerukkan keadaan lagi. Namun, beliau nekad dan yakin dengan visi yang ada ketika itu.
Kemahiran yang diperolehi selama 9 tahun di situ memberi idea kepada beliau untuk memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2018 yang kini digelar IDeas Master Home Sdn. Bhd. Syarikat ini dikenali dengan kepakaran mereka dalam pembuatan kabinet dengan pelbagai design dari kabinet dapur, televisyen, almari dan lain-lain. Berpegang kepada nilai syarikat untuk memberi mutu tertinggi kepada pelanggan, IDeas Master Home bukan sekadar pasang kabinet dengan sifat ‘asalkan siap’.
Kini, bisnes pemasangan kabinet ini telah meraih hasil jualan sebanyak RM 2.77 Juta dan memiliki 2 buah kilang di Bandar Sungai Long, Kajang.
Suami yang dulu tidak menyokong keputusan untuk berhenti juga, kemudian mengikut jejak langkah beliau setahun kemudian.
1.Design up-to-date
“Sekarang ni semua orang nak yang paling trendy. Sebagai bisnes pemasangan kabinet, saya pun kena ada ilmu dan sediakan reka bentuk yang lain daripada lain untuk menarik minat pelanggan.”
Baik di industri kabinet dapur mahupun di mana-mana sahaja industri, pelanggan akan sentiasa mahukan sesuatu terbaru. Masing-masing berlumba untuk mendapatkan barang yang belum diperolehi orang lain untuk menunjukkan keunikan yang hanya mereka sahaja miliki.
Dengan mengekalkan reka bentuk yang moden dan selaras dengan tren terkini, IDeas Master Home menawarkan pelbagai pakej seperti Pakej Ideas, Pakej Master, dan Pakej Home.
Setiap pakej yang ditawarkan mempunyai keistimewaan tersendiri di mana pelanggan pasti akan mendapat percuma pemasangan langsir dalam setiap pakej. Makin banyak pemasangan yang dilakukan, makin banyak penambahan pemasangan percuma yang diberi oleh IDeas Master Home seperti rak kasut dan lain-lain.
Reka bentuk terkini yang ditawarkan juga mencerminkan kesediaan bisnes untuk berinovasi dengan keperluan pasaran semasa. Ia membina imej positif dalam keupayaan bisnes untuk memberikan produk berkualiti tinggi serta relevan dengan tren masa kini.
IDeas Master Home, dengan reka bentuk yang ‘up-to-date’, telah membuka peluang dalam berkolaborasi bersama Interior Designer yang juga mementingkan mutu tinggi. Dengan nilai yang ada, mereka menambahkannya sebanyak 2 kali ganda lagi melalui kolaborasi yang dapat mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran.
2.“Hassle-free”
“Bila berurusan dengan kami, kami bagi hasil dan touch up fasa akhir sampai client puas hati tanpa charge”
Di zaman yang segalanya telah dimudahkan, pelanggan menjadi kurang sabar dalam menunggu. Harapan mereka adalah segalanya terus siap seperti yang diinginkan setelah membuat pembayaran. Untuk memastikan kepuasan pelanggan, Laila Adam memberi servis yang ‘hassle free’ di mana beliau sentiasa sedia untuk menyelesaikan masalah yang dialami mereka.
Apabila berurusan bersama IDeas Master Home, pelanggan tidak perlu risau pada ‘touch up’ di fasa akhir pemasangan kabinet. Sebagai seorang usahawan yang berlatarbelakangkan jurusan reka bentuk, Laila Adam cukup teliti akan rekaan ‘high end’ yang beliau pastikan untuk ada sentuhan beliau dalam setiap pemasangan kabinet.
Servis ‘hassle-free’ ini membantu mengurangkan kebimbangan pelanggan kerana proses pemasangan kabinet yang lancar dan teratur mengurangkan kebarangkalian kesilapan yang mungkin timbul, memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan.
3.Pasang Dulu Bayar Kemudian
“Saya percaya menawarkan promosi 10 terawal untuk dapatkan servis pemasangan kabinet dengan membuat bayaran kemudian adalah penting untuk tingkatkan cashflow dalam company.”
Siapa sahaja tidak suka memperoleh servis atau produk tanpa mengeluarkan duit yang banyak dahulu? Tambahan pula apabila kita tidak perlu membayar sekali gus akan servis yang kita mahukan.
Dengan pemasaran ini ditambah pula dengan promosi yang hanya dihadkan kepada 10 orang terawal, ia menarik pelanggan yang inginkan perkhidmatan pemasangan kabinet untuk pantas membuat pertanyaan. Dengan trafik pertanyaan yang lebih banyak, lagi senang untuk team IDeas Master Home membuat ‘closing’.
Ini memberikan peluang kepada bisnes untuk meningkatkan kesedaran ‘brand’ dalam pasaran. Dengan menawarkan promosi yang menarik, bisnes dapat menonjolkan diri apabila mereka menjadi bahan perbualan tentang penjimatan banyak yang dapat dilakukan. Pelanggan yang mendapat manfaat dari promosi ini juga cenderung menjadi pelanggan yang setia.
Biografi Laila Adam
Seperti anak-anak kecil lain yang suka bermain, Laila Adam dahulu merupakan seorang kanak-kanak lasak yang suka aktiviti luar di mana beliau suka memanjat pokok dan gemar bersukan.
Dengan kehidupan seharian yang makan hanya dengan secara ala kadar, Laila Alam dibesarkan dari keluarga yang sederhana.
Bersama tiga adik beradik lain, beliau dibesarkan oleh ayah yang bekerja sebagai kerani. Ibu pula bekerja sebagai tukang jahit dari rumah. Sambil bekerja, sambil menjaga anak-anak yang masih kecil ketika itu.
Satu kelebihan yang beliau bangga dapat mewarisi dari ibu adalah bakatnya yang pandai melukis. Beliau banyak memasuki peraduan melukis dan mewarna sehingga pernah mendapat tempat ‘Top 1’ dalam tulisan Khat tercantik.
Beliau selepas tamat persekolahan di SMK Tun Perak di Muar, Johor menyambung pelajaran di UiTM Seri Iskandar, Perak dalam Diploma in Interior Architecture selepas didorong ibu untuk mengasah lagi bakat dalam bidang seni.
Dorongan ibu ternyata tidak sia-sia kerana perjalanan Laila yang bermula daripada bakat yang diasah sejak kecil akhirnya membantu beliau keluar dari kesusahan dan kini meningkatkan taraf hidup beliau yang tidak disangka.