HIM Clinic merupakan klinik secara talian yang membantu para suami yang mempunyai masalah mati pucuk(erectile dysfunction) dan pancut awal (premature ejaculation).
HIM Clinic menyediakan rawatan daripada doktor yang bertauliah dan ubat-ubat yang lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin mengenali beliau sebagai Dr. Samhan yang terkenal di platform Tiktok.
Selepas membuat keputusan berhenti dari bekerja kerajaan, beliau membuka klinik 24 jam di Terengganu pada tahun 2019.Namun, langit tak selalu cerah. Permulaan yang memeritkan kerana terpaksa melalui pandemik covid-19 secara tiba-tiba, beliau menjadi buntu.
Beliau sedar, beliau perlu ada guru untuk belajar tentang bisnes. Di bawah didikan Dr Azizan, terhasil HIM Clinic.
HIM Clinic juga mementingkan privasi pelanggan yang memberi rawatan secara sulit mengikut keperluan pelanggan yang berbeza-beza dengan barisan doktor yang berlesen dan bertauliah untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Walaupun HIM Clinic belum berusia setahun, setakat ini jualan sudah mencapai 2 Juta.
1. Penulisan dan penghasilan buku
“Buku adalah melambangkan kredibiliti dan kepakaran saya.”
Penulisan dan penghasilan buku, selain mengukuhkan kredibiliti seorang usahawan, menaikkan nama jenama mereka dengan lebih luas dan membezakan mereka dari perniagaan di kalangan industri yang sama.
Ia juga menjadi simbol legasi yang menjadi aset yang bertahan selama bertahun-tahun akan datang.
Dr Samhan baru melancarkan buku terbaru beliau bertajuk ‘Tewas awal? Kita kasi menang!’
Buku tentang apa punca lelaki ‘tewas awal’ dan apakah solusi serta senaman-senaman yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.
2. Menjual solusi
“Saya akan bina content dan buat marketing highlight solution apa saya tawarkan untuk bantu client bukan semata-mata nak jual produk/servis.”
Apabila membuka perniagaan, ramai peniaga hanya memikirkan konsep menjual beli dan meletakkan produk atau servis sebagai aspek terpenting dalam perniagaan.
Akan tetapi, usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan cara untuk menjadi penyelesai masalah kepada pelanggan mereka.
Seperti Dr. Samhan yang fokus lebih untuk memenuhi keperluan pelanggan, rawatan yang beliau berikan adalah mengikut penyesuaian mereka dan memudahkan lagi dengan mengadakan konsultasi secara online.
Di laman web forhimclinic.com, pelanggan yang memerlukan nasihat boleh tempah konsultasi dan ia adalah percuma.
3. Pemasaran Agresif dan Konsisten
“Saya guna semua platform sosial media especially Tiktok untuk naikkan brand dan bagi awareness.”
Di era digital ini, tidak dinafikan lagi bahawa media sosial sangat memanfaatkan dalam pelbagai aspek perniagaan.
Walaubagaimanpun, usahawan perlulah mengenal pasti siapa target audience mereka di setiap media sosial kerana ia mungkin tidak sama dan mempunyai perbezaan yang ketara.
Dr. Samhan, menumpukan kreativiti content beliau di platform Tiktok disambut hangat, meraih 1.5 Juta follower dan 20.2 Juta Likes setakat ini.
Sebagai contoh, beliau menghasilkan content-content yang bertajuk ‘Rahsia Besar Suami Isteri Tak Tahu’, ‘Isteri Selalu Complain, Tolong Saya!’ dan macam-macam lagi yang memanfaatkan orang ramai.
Sebut sahaja nama Dr. Samhan, pasti ramai akan mengenali nama beliau terutamanya warga Tiktok yang suka akan info-info yang dikongsikan.
Biografi Dr Ahmad Samhan
Dr Ahmad Samhan, selepas mendapat keputusan cemerlang 4 flat di Kolej Matrikulasi, ditawarkan untuk mengambil jurusan perubatan di universiti tempatan.
Walaubagaimanapun, beliau gagal dalam ujian dan dibuang dari universiti. Hasrat beliau hancur untuk menceburi dalam bidang perubatan.
Atas berkat doa ibu, Dr Samhan ditawarkan untuk menyambung pelajaran Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBCH) di Tanta University, Egypt dan menghabiskan pengajian beliau di sana.
Beliau juga mempunyai sijil Men’s Health Certificate dari National University of Singapore dan sijil tertinggi yang diperoleh beliau adalah Masters of Business Administration (MBA) di University of Sunderland, United Kingdom.
Sebelum menjadi seorang usahawan, beliau pernah mengalami dunia pekerjaan selama 4 tahun. Beliau dulu pernah bekerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah selama 2 tahun dan kemudian dipindahkan ke Jabatan Kecemasan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). 2 tahun berada di HKL, DR Samhan membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik sendiri pada tahun 2019 di Terengganu.
Dr Samhan merupakan anak kepada seorang guru dan juga seorang kerani. Anak ketiga daripada 7 adik beradik, beliau lebih banyak meluangkan masa bersama nenek yang berniaga sebagai ‘tok peraih’, seorang peniaga secara kecil-kecilan di pasar seperti ayam, itik dan sayur yang akan dijual di Pasar Pasir Mas, Kelantan.
Seawal 9 tahun, beliau telah membantu neneknya menjual jering dan petai yang akan ditinggalkan di gerai-gerai. Dari situ, minat untuk berniaga terpupuk.
“ Untuk buat bisnes perlu ada coach untuk guide. Umpama pemain bola jadi professional perlu ada coach untuk bagitau dia,apa dia silap,apa tips & trick untuk lebih cepat & untuk monitor progress. Begitu juga bisnes.”
Antara anugerah dan pengiktirafan yang beliau capai adalah:
● Anugerah Majlis Aspirasi Perintis Usahawan
Malaysia(PUMAS) 2023
● Tiktok Malaysia Popular Creator Award 2021
● Titanium Growth Award 2022
● Nominee Best Education Tiktok Award 2023