Seperti roda yang ada kala di atas dan ada kala di bawah, pasangan usahawan Wan Mohamad Afiq dan Noor Raudhah Hussin yang bekerja di syarikat sama terpaksa mula di bawah semula apabila syarikat tidak dapat membayar gaji pekerja.
Pada awalnya, pasangan ini menjalankan perniagaan menggunakan inovasi ‘open meter’ kain pasang yang mendapat sambutan. Isu mula timbul apabila pembekal lokal meniru dalam menyediakan servis ini. Afiq dan Raudhah kemudian bertukar kepada penjualan kain ‘printed design’ hingga pergi ke China untuk mencari corak yang beraneka.
Kekangan stock mendorong pasangan ini untuk menubuhkan Hilo Holding Sdn Bhd yang dijenamakan sebagai Hilo Textile. Demi membantu usahawan-usahawan yang mempunyai masalah ‘stock’ kain yang mencari corak modern, Hilo Textile menyediakan pelbagai jenis kain termasuk Cotton Voile yang mempunyai permintaan ramai.
Hilo Textile pada tahun 2023, telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 2.58 Juta.
1.Stock’ di luar negara
“Saya pastikan Hilo Textile mesti ada keunikan dia yang buat orang membeli dengan kita.”
Dalam bisnes tekstil yang bersaing sesama bisnes yang sama di Malaysia, stock menjadi terhad. Pada masa sama, corak kain juga tiada kepelbagaian menyebabkan pembeli kain menjadi bosan dengan pemakaian gaya yang sama.
Melihatkan isu ini sebagai peluang, Wan Mohamad Afiq sanggup menunaikan permintaan di kalangan pembeli dengan bergerak ke China untuk memperoleh kain-kain dipenuhi corak unik.
Meskipun mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi di China, beliau meminta tolong rakan yang fasih dalam selok belok pengambilan stok di sana. Afiq tekun belajar bersama beliau sehingga dapat menguruskannya sendiri sampai sekarang.
Dengan penawaran koleksi trendy, ini sahaja telah membantu bisnes beliau untuk lebih menonjol dalam pasaran di Malaysia. Sekiranya usahawan lain membuat perkara sama, apa yang perlu mereka lakukan untuk lebih dikenali di pasaran?
2.Harga ‘Durian Runtuh’ di Shopee Live
“Kita buat promosi nak tarik pelanggan tengok page Shopee kita. Untuk Live, kita pastikan dia jadi follower kita.”
Seperti usahawa n lain, Hilo Textile juga memberi harga promosi kepada pelanggan mengikut musim terutamanya pada hari perayaan. Selain membuat pemasaran utama di Facebook, bisnes ini menguasai semua media sosial termasuk Instagram, Tiktok serta platform berniaga seperti Whatsapp, Telegram dan Shopee.
Di Shopee, pasangan suami isteri ini menggunakan Shopee Live sebagai kekuatan untuk menaikkan ‘followers’. Walaupun ‘Live’ digunakan di platform lain, mereka tidak mempunyai fungsi seperti di Shopee yang menggalakkan penjual untuk memberi diskaun eksklusif kepada pelanggan.
Seperti promosi untuk tudung chiffon printed yang menjadi permintaan ramai, diskaun eksklusif yang diberi menarik ramai orang ke Shopee Live yang mencipta rasa keistimewaan menyebabkan pelanggan klik butang ‘follow’.
Sejak menggunakan Shopee Live, Hilo Textile menguasai Shopee dan telah mendapat review daripada hampir 1000 orang pelanggan dengan rating 4.9 daripada 5 bintang. Ini membuka peluang emas merangsang lagi pertumbuhan jualan dalam bisnes.
3.‘Result Matters’
“Bisnes gerak lebih laju bila kita showcase results dekat orang. Berbalik kepada kita bagi servis best, happy customers akan tarik lagi happy customers”
Melalui formula POWER, Afiq menggunakan huruf ‘R’ yang berkait dengan ‘results’ atau keputusan yang diperoleh selepas berjaya mendapat pelanggan yang berpuas hati bersama servis Hilo Textile.
Selepas membuat pemasaran, beliau tidak hanya membiarkan setiap pembelian pelanggan itu terkubur begitu sahaja. Beliau bijak menunjukkan keberkesanan servis Hilo Textile yang diakui sendiri oleh pelanggan.
Afiq percaya akan ‘Result Matters’ di mana manusia inginkan bukti untuk mereka nampak dan yakin akan sesuatu . Makin banyak result yang dipaparkan, makin ramai yang percaya dengan jenama beliau. Malah, pelanggan yang gembira juga akan menarik lebih ramai pelanggan yang gembira.
Dengan results yang ada, Afiq mengambil peluang untuk menunjukkannya ke setiap media sosial yang ada sehingga dapat menarik ribuan orang untuk mengikuti Hilo Textile di setiap platform. 3.4 ribu followers di Facebook, 6.3 followers di Instagram dan 10.5 ribu followers di TikTok.
Biografi Wan Mohamad Afiq dan Noor Raudhah Hussin
Dahulu bekerja bersama di sebuah syarikat penjualan Fish Oil, Wan Muhammad Afiq merupakan seorang Business Development Executive manakala isteri merupakan Accounting Executive.
Permulaan berniaga tercetus apabila syarikat tersebut mengalami kejatuhan. Kepercayaan mereka terhadap syarikat yang akan membangun semula menyebabkan Afiq dan Raudhah bekerja selama 6 bulan tanpa gaji.
Sambil bertahan, Afiq dan Raudhah mencari jalan untuk menampung hidup sebagai suami isteri. Mereka mula menjual baju yang diambil dari pemborong pada hari cuti, Sabtu dan Ahad. Pembukaan jualan carboot dan penyewaan tapak niaga menjadi sumber pendapatan utama. Anak yang berumur lingkungan 1-2 tahun ketika itu juga tidak mampu dihantar pengasuh.
Afiq dan Raudah yang pernah merasa jatuh bangun dalam bisnes pernah mengalami jualan yang teruk sehingga bergaduh. Berkat doa dengan keinginan untuk merubah telah membuka jalan kepada mereka untuk mencapai jualan mencecah jutaan ringgit. Anak-anak juga dapat merasa kesenangan yang pasangan ini mahukan untuk mereka.