Produk Ovochi yang dikeluarkan oleh syarikat Hearty Beauty Sdn Bhd ditubuhkan oleh Maliani Bt Abdullah pada tahun 2020. Ovochi menghasilkan kerepek sayur dan buah unik, khususnya untuk individu yang mencari makanan yang enak dan sedap, namun tetap berkhasiat seperti makan sayur dan buah sebenar.
Maliani yang sebelum ini menghadapi masalah berat badan ketika beliau bekerja di Saudia Airlines telah mencuba pelbagai produk kesihatan untuk mengikuti panduan yang ditetapkan dan beliau sendiri menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Keuntungan yang melebihi pendapatan kerja tetap beliau ketika itu menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk fokus 100% pada bisnes.
Kepakaran Maliani yang menyediakan platform perniagaan yang mudah serta menguntungkan telah banyak membantu usahawan-usahawan kecil untuk memulakan perniagaan dengan modal yang rendah dengan “kerepek sayur sihat’ ini.
Hearty Beauty Sdn Bhd yang menawarkan produk berkhasiat ini telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 2.37 Juta pada tahun 2023.
1.Menggunakan modul bisnes yang tepat
“ Saya memiliki ejen stokis yang ramai sehingga 3000 orang. Tetapi sampai 1 tahap mereka hilang. Dari sini saya mula sedar bisnes saya semakin jatuh dan saya perlu cepat bina ia kembali. Di sinilah saya mencari guru pertama saya Doktor Azizan dan saya mula membina bisnes dengan ilmu2 yang cukup hebat sehingga bisnes saya semakin berkembang dengan baik.”
“Sangatlah trauma sehingga hari ini. Ketika bisnes sedang jatuh dan saya tak mampu untuk train team kerana saya dalam pantang ejen stokis, staff ramai meninggalkan saya.”
Setiap perniagaan pasti akan ada jatuh bagunnya. Meskipun Hearty Beauty pernah memiliki 3000 ejen stokis, angka tersebut tidak kekal membuatkan Maliani tidak senang duduk. Beliau terus membuat tindakan untuk mengekalkan perniagaan beliau daripada jatuh merundum dan mencari mentor yang betul agar dapat memperbetulkan perkara salah yang beliau lakukan dalam perniagaan.
Kini, ejen stokis yang menyertai perniagaan beliau akan mendapat coaching setiap minggu untuk pengalakkan kenaikkan jualan dan mempunyai sistem di mana HQ tidak akan menjual secara langsung kepada pelanggan. Ejen-ejen diberi database yang ada dan setiap ejen dan stokis yang mencapai jualan setiap bulan juga akan diberi ganjaran sebagai tanda penghargaan daripada Hearty Beauty sendiri.
2.Tiktok sebagai Platform marketing
“Saya fokus more kepada marketing di platform yang laju seperti Tiktok dan saya menggunakan formula SIAPA dalam menjalankan marketing di Tiktok. Alhamdulillah teknik ni sangat berkesan sehingga melonjakkan nama Ovochi dengan pantas terutamanya di platform Tiktok.
Formula SIAPA menekankan kaedah untuk mengenal pasti apa yang pelanggan mahukan daripada kita sebagai penjual. Siapa sasaran kita, Isu apa yang mereka ada, Apa Akibat sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa tentang Isu itu, Peluang dan Potensi yang kita sebagai penjual ada untuk bantu mereka, dan Action apa yang perlu dilakukan seterusnya iaitu Call To Action sebagai pengalakkan untuk mereka membeli dengan kita.
Di sini, formula SIAPA boleh diaplikasikan dengan adanya video yang menarik dan kreatif di platform TikTok yang sering menjadi viral dengan cepat, memberi perniagaan akses kepada khalayak yang lebih besar daripada yang dijangkakan. TikTok juga menarik pelbagai demografi pengguna, termasuk remaja, dewasa muda, dan golongan dewasa yang lebih tua. Oleh itu, ia memberikan peluang untuk mencapai pelbagai kumpulan sasaran yang berbeza.
Mengikuti peredaran zaman, Maliani mengambil peluang dalam menaikkan jualan dan penampakan perniagaan beliau melalui platform TikTok yang menjadi sensasi di Malaysia dan juga mata dunia. Apa beliau lakukan adalah dengan mengambil selebriti atau influencer untuk menunjukkan keunikkan produk beliau seperti Bell Ngasri, Aznil Nawawi (Pak Nil), dan ramai lagi untuk sasarkan Ovochi ke prospek yang berbeza. Akaun Tiktok Hearty Beauty sehingga kini telah mencapai seramai 89.3 ribu ‘followers’.
3.Penambahan team
“Dulu saya mulakan bisnes saya seorang. Saya uruskan semua sendiri. Bila jualan semakin meningkat, saya ambil 2 orang staf. Sekarang Saya mampu hires part time sehingga 50 orang. Pengambilan staff2 yang tetap pula saya melakukan 2 kali saringan. Kini saya juga sudah memiliki seorang HR, key leader di bahagian productions, sales dan juga marketing.”
Apabila jualan meningkat, tugas dan tanggungjawab dalam perniagaan juga menaik. Dengan mengambil staf tambahan, usahawan dapat mengurus pertumbuhan dan permintaan yang lebih tinggi tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan atau produk.
Maliani yang memulakan perniagaan Hearty Beauty dengan produk Ovochi tidak pernah berfikir untuk mempunyai staf sendiri. Namun, sudah pastinya beliau akan mengalami masalah tidak cukup tangan apabila jualan melonjak tinggi cepat. Perkara betul yang beliau buat adalah dalam mengemaskini semula apa yang perlu beliau ada dalam sebuah team dan bagaimana setiap bahagian dalam bisnes seperti team pemasaran, team jualan dan sebagainya dapat merealisasikan lebih lagi untuk melonjakkan hasil jualan yang sedia ada.
Sebagai seorang usahawan, anda perlulah mengadakan team yang betul-betul memahami matlamat perniagaan agar setiap bahagian dapat menghasilkan tindakan yang tepat untuk lonjakan perniagaan yang bergerak laju.
Biografi Maliani Bt Abdullah
Maliani Bt Abdullah pernah bekerja sebagai seorang pramugari di Saudia Airlines selama hampir 3 tahun. Keinginan beliau untuk mengatasi masalah berat badan ketika itu yang membuka jalan untuk beliau menceburi dalam bidang perniagaan dan mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya kepada perniagaan itu.
Maliani yang memperoleh Bachelor’s Degree in Engineering di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia membesar daripada keluarga yang susah. Ayah dan arwah ibu beliau dahulu berniaga secara kecil-kecilan menjual dodol dan bekerja keras dari pagi hingga malam untuk menyiapkan dodol sendiri sehingga kerap sakit.
Nekad untuk mengubah nasib keluarga, Maliani menyimpan impian untuk membina sebuah rumah untuk arwah ibu kerana menduduki rumah yang usang dan tidak selesa.
“Harapan saya adalah bagi sesiapa yang berniat untuk kembangkan bisnes anda harus menyerah diri pada Datuk Wira kerana sangat terbukti beliau sudah membantu ramai orang selama ini sehingga berjaya menghasilkan jualan jutaan ringgit.”
Meskipun pernah mengalami kejatuhan, Maliani tidak menjadikannya sebagai halangan untuk bangkit semula dan membuktikan bahawa beliau boleh berjaya dengan adanya bimbingan yang tepat.