Tetuan Hawari Hanafi & Co, sebuah firma guaman yang ditubuhkan pada 7 September 2013 oleh pengasas dan juga rakan kongsi utama, Muhammad Hawari Bin Hanafi menawarkan perkhidmatan perundangan sebagai suara yang menegakkan keadilan dan melindungi kepentingan mereka yang memerlukan.
Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara. Dikenali juga sebagai Hawari Law di kalangan ramai, firma guaman yang terletak di Puncak Alam dan telah membuka cawangan baru di Suria Jelutong, Shah Alam menumpukan lebih kepada undang-undang hartanah dan ‘conveyancing’. Selain mendapat nasihat dan khidmat guaman hartanah bermutu tinggi, pelanggan disediakan dengan barisan peguam yang berpengalaman yang mampu mengendalikan transaksi hartanah yang serius dan rumit seperti transaksi melibatkan pemaju yang gulung tikar, kematian pemilik dan penjual hartanah serta urusan jual beli hartanah yang menjadi pusaka.
Hawari Law percaya bahawa setiap pelanggan adalah unik dan berhak untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan dengan memberikan perkhidmatan guaman yang berkualiti tinggi disertai dengan sentuhan keperibadian dan keikhlasan.
1.Komunikasi Berkala dan Laporan Perkembangan
“Kami memahami betapa pentingnya komunikasi dalam setiap urusan guaman.”
Oleh itu, kami berkomitmen untuk memberikan laporan perkembangan kes secara berkala kepada pelanggan kami. Kami ingin memastikan bahawa pelanggan kami sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai kes mereka dan merasa terlibat dalam setiap langkah prosesnya. Ini membantu mengelakkan sebarang miscommunication dan memastikan bahawa semua pihak berada pada halaman yang sama.”
Pendekatan yang dilakukan oleh Hawari Law adalah untuk sentiasa berkomunikasi secara berkala bersama pelanggan mengenai laporan perkembangan kes mereka. Dengan komunikasi yang teratur disertai info terkini, Hawari Law juga dapat mengenal pasti masalah atau isu yang dikhawatirkan pelanggan dengan lebih cepat.
Bukan sahaja dapat mengatasi isu tersebut sebelum ia berkembang menjadi masalah yang lebih besar, malah ia juga dapat menghindari kehilangan pelanggan sekiranya mereka tidak mampu mengendalikan kes tersebut. Komunikasi secara berkala ini sangat cekap dan praktikal membuatkan pelanggan rasa dihargai oleh firma yang ambil peduli dan kisah tentang masalah yang dihadapi mereka.
Ini juga memberi kepuasan dan kepercayaan yang tinggi kepada pelanggan yang membina hubungan jangka panjang bersama mereka dengan perkhidmatan berkualiti daripada Hawari Law.
2.Nilai Tambah Melalui Pendidikan
“Selain daripada menyediakan perkhidmatan guaman, kami juga berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami melalui pendidikan dan bimbingan mengenai undang-undang. Kami percaya bahawa dengan memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik mengenai undang-undang, pelanggan kami akan lebih berdaya untuk membuat keputusan yang tepat dan bijak.”
Hawari Law, selain menasihati pelanggan, memberi pendidikan berkaitan undang-undang terutamanya yang melibatkan kes mereka. Ada kala, ketidakpuasan hati pelanggan akan timbul kerana harapan mereka tidak dipenuhi dan tidak faham sepenuhnya tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Ini mengelak dan mengurangkan risiko pelanggan berasa kecewa malah lebih berpuas hati dengan perkhidmatan yang melampaui jangkaan kerana nilai tambah yang diberikan kepada mereka.
Walaupun pada mulanya, pelanggan tidak berapa berpengetahuan tentang undang-undang, namun dengan Hawari Law, mereka bukan setakat dapat kepuasan dalam perkhidmatan, malah sesi akan berakhir
dengan pelanggan yang lebih berpengetahuan.
Hawari Law juga mempraktikkan platform Youtube di mana mereka mendidik orang awam tentang topik-topik yang melahirkan masyarakat yang lebih bijak dalam membuat keputusan pada masa hadapan kelak.
3.Latihan Berterusan dan Pembangunan Kerjaya
“Kami percaya bahawa aset terbesar kami adalah pasukan peguam dan staf kami.”
Oleh itu, kami memberi tumpuan kepada latihan berterusan dan pembangunan kerjaya mereka. Kami menyediakan peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta laluan kerjaya yang jelas dan menarik. Ini bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kepuasan kerja, tetapi juga memastikan bahawa kami mempunyai pasukan yang kompeten dan berdedikasi, yang pada gilirannya, dapat memberikan layanan terbaik kepada pelanggan kami.”
Latihan secara berterusan perlu diadakan untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan kecekapan mereka. Hal ini membantu agar perniagaan menjadi lebih produktif dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Pada masa yang sama, pekerja itu sendiri dapat meningkatkan pembangunan dan nilai diri yang membantu dalam aspek
peribadi.
Muhammad Hawari, sebelum mempunyai firma guaman sendiri, pernah bekerja sebagai peguam dan juga membuka sebuah firma guaman bersama rakan peguam beliau. Dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada selama bertahun-tahun, beliau dapat merealisasikan matlamat yang diimpikan. Dengan mengadakan latihan berterusan ini, beliau juga berhasrat untuk membantu pekerja-pekerja beliau untuk mencapai impian mereka dan membangunkan kerjaya mereka sama seperti apa yang telah beliau lalui. Seperti mana beliau bermula dalam bidang perundangan ini dan dapat membuka firma guaman sendiri, seperti itulah beliau harapkan kepada peguam-peguam di Tetua Hawari Hanafi & Co.
Biografi Muhammad Hawari
Meskipun datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana, Muhammad Hawari dicurahkan dengan penuh kasih sayang keluarga dan dipenuhi dengan kenangan manis sewaktu kecil. Ayah beliau merupakan seorang guru di sekolah
rendah manakala ibu beliau pula seorang suri rumah yang juga membuat
perniagaan sampingan.
Anak sulung daripada 12 adik-beradik, Muhammad Hawari telah banyak menyaksikan kesusahan ayah dan ibu yang bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Semangat dan kegigihan yang ada sentiasa menyala walaupun telah banyak melalui kejatuhan dan kegagalan seperti menanggung kos kerugian dalam perniagaan.
Muhammad Hawari, menjadikan ayah dan ibu beliau sebagai aspirasi yang mengajar beliau erti ketabahan, kegigihan, dan kepentingan untuk berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Pengalaman masa kecil ini juga yang membentuk beliau menjadi individu yang kuat, berdikari, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Perjalanan pendidikan Muhammad Hawari pula bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan menamatkan pengajian pada tahun 2010. Kemudian, beliau menyambung pengajian Sarjana Muda Undang Undang Syariah selepas 3 tahun untuk memperluaskan pengetahuan tentang bidang perundangan Islam. Sewaktu itu, beliau bekerja sambil belajar secara sepenuh masa.
Beliau yang memulakan kerjaya sebagai seorang peguam selama setahun kemudian menjadi rakan kongsi di sebuah firma guaman yang diasaskan bersama-sama rakan peguam yang lain selama 7 tahun. Pada tahun 2021,beliau mengambil keputusan untuk membuka Tetuan Hawari Hanafi & Co, sebuah firma guaman yang beliau masih uruskan selama hari ini.
“Bangkit daripada kegagalan dan belajar daripadanya. Jangan biarkan kegagalan mematahkan semangat anda. Sebaliknya, gunakan ia sebagai batu loncatan untuk bangkit kembali dengan lebih kuat. Analisis apa yang telah berlaku, kenal pasti di
mana silapnya, dan ambil pelajaran daripadanya. Ingat, kegagalan adalah guru yang terbaik, dan ia memberi kita peluang untuk memperbaiki diri dan strategi bisnes kita.”