Sebuah gerai burger kecil yang naik taraf kepada sebuah restoran, Fud’s Burger di bawah syarikat Fudika Global Sdn Bhd dikenali dengan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan sebiji burger dalam masa 3 minit sahaja.
Dahulu untung hanya RM 100 ke RM 200 sehari, bekas jururawat, Syafika Ed Masvera dan suami sama-sama menguruskan bisnes ini sehingga berjaya membuka beberapa cawangan di Johor.
Kini, Fud’s Burger bukan setakat menjual burger namun mendatangkan pelbagai menu termasuk pasta, nasi goreng, dan minuman bermacam jenis. Mereka juga dikenali dengan menu Roti John yang selalu dijual di Bazar Ramadhan yang menjadi kesukaan ramai.
Fud’s Burger, pada tahun 2023 telah meraih hasil jualan sebanyak RM 2.7 Juta.
1.Pakaian Seragam
Di Fud’s Burger, pakaian seragam dipraktikkan untuk membantu mencipta imej seragam yang mudah dikenali dalam kalangan pelanggan. Syafikah percaya ia menyampaikan sikap profesional kepada pelanggan, meningkatkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Selain itu, pakaian seragam juga memupuk rasa teamwork di kalangan staf. Ini membantu meningkatkan semangat kerja yang memberi kesan positif terhadap produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Dengan staf yang bersatu padu dalam penampilan seragam, persepsi positif terhadap bisnes juga dipertingkatkan, membuka peluang untuk pertumbuhan dan perluasan perniagaan.
Ini juga berperanan sebagai ‘pemasaran bergerak’ terutamanya apabila Fud’s Burger telah membuka beberapa cawangan yang membuatkan pelanggan lebih mengenali jenama ini. Ia telah membuktikan mengapa logo atau rekaan seragam yang menarik dapat menjadi elemen pengiklanan yang berkesan, terutama jika staf berinteraksi dengan pelanggan di luar premis bisnes.
Penyeragaman pakaian ini bukan hanya melibatkan aspek penampilan fizikal, tetapi juga membentuk identiti Fud’s Burger yang melibatkan warna, tema dan lain-lain untuk mencetuskan minat prospek untuk lebih mengetahui tentang bisnes ini.
2. Penyertaan pesta makanan
Pesta makanan adalah antara acara yang selalu dikunjungi ramai kerana sifat manusia yang suka makan. Sebagai bisnes yang berada dalam industri makanan, ini menjadi strategi Fud’s Burger untuk mempromosikan bisnes di sarang pencinta makanan. Ia juga dapat menarik minat prospek yang masih belum kenal dengan jenama mereka.
Sebagai contoh, Fud’s Burger menyertai Havoc Food Festival di Gembox Nilai dan juga Bazar Ramadhan, menampilkan menu yang ada untuk meraih populariti di kalangan orang ramai. Di sini, peluang untuk Fud’s Burger untuk lebih menonjol lebih meningkat, membantu dalam pemasaran dan meraih hasil jualan yang lebih.
Selain itu, penyertaan ini juga memberi peluang untuk Fud’s Burger membina hubungan dengan pelanggan secara langsung apabila staf berinteraksi dengan pengunjung, berkongsi cerita di sebalik menu baru dan popular mereka seperti roti john dan pasta tomyam sambil membina hubungan mesra. Ini membentuk hubungan yang lebih kukuh dan mendorong pelanggan untuk kembali membuat pembelian meskipun di cawangan yang lain.
Ini juga telah membantu Fud’s Burger dalam membuka peluang yang luas lagi untuk mereka mencapai pertumbuhan bisnes.
3. Pengenalan ‘Crazy Hour’
Strategi ‘Crazy Hour’ secara berkala atau bermusim adalah antara cara yang digunakan oleh Syafika untuk mencipta pengalaman yang unik untuk pelanggan. Meskipun bisnes makanan lain menggunakan cara yang sama, tetapi apa yang ditawarkan tidak semestinya sama. Oleh itu, pelanggan dapat memilih dengan lebih tepat dengan apa yang mereka mahukan.
Sebagai contoh, Fud’s Burger sentiasa mengadakan ‘Crazy Hour’ pada waktu tertentu dalam mempromosikan sesuatu istimewa daripada mereka seperti menawarkan harga murah serendah RM9.90 sahaja untuk makanan tertentu pada pukul 3pm-6pm. Selain itu, mereka juga pernah menawarkan caj penghantaran makanan serendah RM2 sahaja berbanding harga biasa untuk sesiapa yang ingin membuat pesanan ke mana-mana sahaja yang diingini.
Inisiatif ini memberikan peluang untuk mengekalkan dan menarik pelanggan baru dan mencipta insentif bagi pelanggan untuk kembali mencuba menu yang baru. Secara tidak langsung, ia membina kesetiaan pelanggan dan dapat meningkatkan penjualan jangka panjang.
‘Crazy Hour’, selain membezakan bisnes Fud’s Burger daripada bisnes lain di pasaran yang semakin kompetitif, juga menjadi strategi pemasaran yang kuat untuk meningkatkan pengiktirafan dan pertumbuhan bisnes dengan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan unik.
Biografi Syafikah Ed Masvera
Seorang bekas jururawat yang pada awalnya tidak menyokong keputusan suami untuk menjalankan perniagaan burger, Syafikah Ed Masvera berasa skeptikal apabila suami beliau mengajak untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh RichWorks.
Meskipun ragu-ragu, bekas jururawat ini akhirnya bersetuju untuk menyertai program Nak Ubah Hidup. Setelah program tersebut membuka minda beliau, Syafikah memutuskan untuk menyertai program seterusnya bersama suami, Millionaire Marketing Mastery (MMM).
Bagi menyertai program ini, suami beliau tanpa ragu, menjual motor RXZ kesayangan untuk menampung kos penyertaan dalam MMM kerana percaya ia dapat membantu mengubah nasib beliau dan isteri.
Sangkaan mereka betul apabila perjalanan di MMM membawa kesan positif yang ketara terhadap bisnes sehingga Syafikah sendiri memutuskan untuk menyertai program SPIRE bersama RichWorks.
Pada Oktober 2020, dengan keyakinan yang meningkat dan hasil positif yang diperoleh, Syafikah sekali lagi membuat keputusan berani untuk meletak jawatan dari kerja tetap untuk fokus sepenuhnya kepada pengembangan bisnes.