FARMASI EVERLIFE (Dato’ Ilaia Raja Sagadewan & Datin Sumitra Ramachandran)

FARMASI EVERLIFE dibangunkan oleh Dato’ Ilaia Raja Sagadewan sejak dari tahun 2004 lagi bersama dengan pasangan beliau Datin Sumitra Ramachandran. Dengan misi untuk membina jenama berdasarkan kepercayaan dan menyediakan perkhidmatan dan produk yang cemerlang kepada pelanggan pada harga yang kompetitif.

Product terbaik daripada Farmasi Everlife adalah Nuetraa Fiber D+ (untuk pembaikpulihan usus dan hati) dan Bunny Aromatherapy Spray untuk kegunaan kaum lelaki bagi activate kan sel-sel dan pengaliran darah.

Ilaia & Sumitra : Suatu Masa Dahulu

Ilaia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Kehidupan mereka dibentuk oleh nilai-nilai kerja keras dan ketabahan.  Ibu dan bapa Ilaia bekerja diladang kelapa sawit. Beliau mempelajari kepentingan daya tahan dan keazaman daripada ibu bapanya, yang bekerja keras tanpa jemu di bawah matahari yang terik untuk memenuhi keperluan hidup. Semasa beliau masih belajar, Ilaia bekerja secara sambilan di sebuah farmasi bagi menjana sedikit pendapatan. 

“Family saya memang tak ada background dalam bisnes langsung. Family background saya pun tak kaya sangat.Semasa umur saya 18 tahun masa saya masih belajar, saya kerja part time di sebuah farmasi.”

Bagi Sumitra pula, beliau dibesarkan dalam keluarga yang juga serba sederhana. Ibu bapanya merupakan kakitangan kerajaan yang berdedikasi, bekerja dengan gigih untuk berkhidmat kepada penduduk bandar mereka. Sebelum berniaga bersama Ilaia, beliau bekerja sebagai Pengurus Audit Dalaman di sebuah syarikat antarabangsa. 

“My parents merupakan kakitangan kerajaan sahaja. Before I join Ilaia in business, I work as Internal Audit Manager.”

Permulaan Farmasi Everlife

Semasa Ilaia melanjutkan pelajaran, beliau juga membuat kerja sambilan di farmasi untuk menyara dirinya dan menyumbang kepada pendapatan keluarga. Farmasi tempat Ilaia bekerja dimiliki oleh seorang majikan yang tegas. Pada suatu hari, ketika Ilaia bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya, majikannya mendekatinya dengan cabaran yang provokatif.  katanya dalam suaranya yang kasar, membetulkannya dengan pandangan yang tajam, “anda fikir anda tahu segala-galanya tentang farmasi ini, bukan?”

“Umur saya 18 kan saya kerja part time dekat farmasi. Boss saya dia ada masalah family dan dia cabar saya. Dia kata “You boleh ke buka farmasi macam ni?” Sejak dari tu saya usaha dan kumpul duit sampailah saya habis belajar dan umur saya 24 tahun, saya buka farmasi saya sendiri.”

“Umur saya masa tu 24 tahun, saya mula bisnes ni tahun 2004. Masa tu saya memang tak ada knowledge langsung. Saya start bisnes tu, saya hired pharmacist. Memang tough masa tu saya buka sebab saya tak ada ilmu. Lepastu saya ada seorang kawan, nama dia Shahril, dia nak bantu saya untuk buka farmasi. Dia bagi barang banyak dekat saya. Dia juga support saya.”

Tertekan Hingga Hampir Bunuh Diri

Semasa Ilaia membuka farmasi, perjalanannya penuh dengan cabaran dan halangan, terutamanya pada peringkat awal penubuhan farmasinya. Di sebalik keazaman dan kerja kerasnya, beban tanggungjawab kewangan mula memberi kesan kepada kehidupan beliau.

Seawal usia 24 tahun, Ilaia menanggung hutang yang semakin meningkat dan tekanan untuk mengekalkan perniagaannya yang masih baru. Beliau mendapati dirinya terumbang-ambing. Apabila tekanan kewangan semakin meningkat, Ilaia menjadi semakin tertekan. Beliau terdesak dan termakan oleh kemurungan, dia mendapati dirinya memikirkan langkah-langkah drastik untuk melarikan diri dari masalah. 

“Saya hired pharmacist walaupun masa tu saya tak ada duit yang mencukupi. Saya roll sahaja duit setiap bulan tapi itu pun susah sangat. Saya ingatkan buat macam itu boleh jadi. Saya memang tak boleh roll duit langsung sebab tak cukup. Saya decided nak bunuh diri pada tahun yang sama. Saya dah stress sangat. Saya tak ada apa-apa backup.”, kata Ilaia. 

“Adik-beradik saya ada tolong jagakan farmasi tapi sebab saya hire pharmacist, duit yang rolling tu jadi tak cukup. Setiap hari saya kena beratur depan bank. Mak saya ada bantu saya bagi duit simpanan dia. Saya hadapi banyak sangat cabaran.” 

Kerugian 5 Juta USD

Selepas bertahun-tahun mengabaikan perniagaan farmasinya, Ilaia masih b=mahu berniaga tetapi beliau cuba pelbagai perniagaan lain. Bagaimanapun, takdir mempunyai rancangan lain untuknya. Keputusan pelaburan yang berisiko menyebabkan Ilaia kerugian sebanyak 5,000,000 USD yang mengejutkan. Ia adalah tamparan hebat pada Ilaia, menyebabkan beliau bergelut, menyesal, kecewa dan ketidakpastian tentang masa depannya.

“Saya makin lama jadi tak minat nak teruskan bisnes farmasi. Saya bagi adik-beradik saya uruskan farmasi itu. Sambil tu saya pergi buat bisnes lain. Family saya jaga bisnes farmasi saya tu hingga tahun 2019. Time saya buat big investment dekat Australia. Saya lost big amount of money.”

Millionaire Marketing Mastery 2019

Bertekad untuk mengubah nasib malangnya, Ilaia memulakan usaha untuk mendapatkan bimbingan dan bimbingan daripada usahawan berpengalaman yang boleh menawarkan pandangan dan kebijaksanaan yang tidak ternilai. Semasa beliau membuka media sosial Facebook, Ilaia terjumpa Facebook RichWorks yang banyak memberi nilai dan ilmu tentang perniagaan secara online. Tetapi pada waktu itu Ilaia masih tidak yakin untuk belajar. 

“Lepas saya rugi big amount of money, start from there lah, saya tengok banyak post dari Facebook RichWorks. Tahun 2019 tu, saya hantar my adik ipar saya pergi kelas MMM. Tapi saya tak minat untuk belajar masa tu. Adik ipar saya yang pergi belajar lepas tu dia kata RichWorks buat macam-macam, bagi idea and ilmu banyak sangat. Tahun yang sama I join MMM sebagai VIP. Saya realize saya memang tak ada ilmu langsung dalam bisnes, in terms of  money management, leadership dan sebagainya. After 3 hari, I terus daftar join SPIRE.”

“Lepas je habis MMM, saya terus pergi farmasi saya. Kakak dan adik ipar saya kerja situ, tolong saya jaga kedai. Staf saya ada 8 orang masa tu bekerja dengan saya. Saya tak fokus dengan bisnes saya langsung. Saya datang setahun berapa kali je. Saya masuk farmasi, lepastu keluar.” 

“That time, saya beritahu kakak, adik ipar dan 8 staf I untuk cakap “Selamat Datang” sahaja pada customer. Diorang tak mahu follow apa-apa pun. Lepas saya suruh tu, 8 orang staf saya berhenti serentak after 2 minggu.” 

Permulaan Baharu Farmasi Everlife

Walaupun 8 staf Ilaia berhenti serentak, beliau tetap berusaha untuk pandang perkara ini dari sudut yang positif. Beliau faham ini juga kesilapan diri sendiri kerana selama ini beliau tidak pernah ambil tahu tentang perniagaan, tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba mahukan perubahan. Tanpa membuang masa Ilaia mencari team yang baharu dan bersikap terbuka untuk bersama-sama menaikkan prestasi perniagaan.

“Saya tengok banyak perubahan lepas saya cakap “Selamat Datang”, layan customer tu, lepas tu saya belajar yang database itu penting untuk kita simpan. Dan apa yang Doc ajar macam marketing, lepastu yang structure bisnes dulu tu memang lain dari sekarang.”

“Lepas dah belajar, saya tukar imej farmasi saya. Saya buat renovation farmasi saya jadi lebih cantik dan selesa. Dulu farmasi saya nampak macam kedai runcit sahaja, lantai hanya pakai tikar getah. Sekarang memang sudah cantik. Team baru saya pun memang sangat supportive. I punya wife pun sangat supportive.”

“Saya memang terima kasih dengan team RichWorks and Doc. Sebab ajar saya macam mana management. Saya dari SPIRE kemudian Titan. CAE dan CAM saya memang banyak follow up dengan saya. Dahsyat, memang setiap hari sampai malam pukul 12 pun dia bagi ilmu pada saya. Tak pernah orang follow up saya sampai macam tu. Kena buat weekly report, assignment monthly. Saya lama berniaga, saya yang boss, tak pernah orang arah saya buat itu, buat ini. Terlampau banyak ilmu.”

Menurut Ilaia, semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, banyak perniagaan yang terkesan. Namun, perniagaan Ilaia pula sebaliknya, beliau berjaya meningkatkan jualan lebih dari seratus peratus.

“Masa PKP, saya tanya pada kawan-kawan yang buat farmasi di area Kulim. Mereka semua kata 80% bisnes drop. Tapi untuk saya, lepas saya belajar dekat RichWorks, buat saja apa yang Doc ajar. Bisnes saya meningkat sampai 130% dalam masa 3 bulan sahaja lepas saya masuk SPIRE. Saya tak harap pun jadi macam itu. Saya sangat happy.”

Farmasi Everlife’s Breakthrough

Menurut Dato’ Ilaia, pencapaian yang beliau dapat pada hari ini semua atas dari usaha beliau dan sikap tidak berputus-asa dalam menghadapi cabaran. Beliau juga sekarang mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat iaitu isteri beliau, Datin Sumitra dan juga ahli keluarga yang lain. 

“Jika nak buntu disebabkan masalah dah lama saya tiada di dunia ini. Kerugian besar sebanyak 5 million USD banyak mengajar saya untuk teruskan perjuangan untuk membantu lebih ramai menjadi sihat dan menambahbaik kualiti hidup mereka. Jangan cepat putus asa.”

“Pastikan anda dapat MenThor yang betul, yang nak lihat kejayaan anda, yang akan doakan untuk anda, yang membimbing anda mencapai segala kejayaan dunia dan akhirat. Tiada sesiapa di dunia ini dilahirkan untuk menjadi looser, itu adalah pilihan kita sendiri. Sentiasa pastikan Circle yang positif, satu je nak pesan kalua berkawan dengan orang yang tak de result sampai bila2 pun kita akan berada dalam keadaan yang sama. Secret of my success, MenThor, doa, donation, keberkatan, circle yang positif dan tindakan yang berterusan.

Artikel terbaru

Leave a Reply