FAMILY VETERINARY SDN. BHD. (Dr. Juliyana Abu Sari)

FAMILY VETERINARY SDN BHD adalah klinik haiwan khususnya untuk kucing di Malaysia. Klinik Family Veterinary menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan pada kucing kesayangan, surgeri veterinar, perkhidmatan kecemasan untuk kucing dan rawatan pencegahan khas buat kucing kesayangan.


Mula beroperasi sejak tahun 2011, Klinik Family Veterinar bermula secara kecil-kecilan sahaja sehingga mempunyai 10 cawangan yang besar sekarang. 9 daripada 10 cawangan terletak di sekitar negeri Johor dan cawangan terbaru mereka dibuka di negeri Melaka.

DR JULIYANA : SUATU MASA DAHULU


Dr Juliyana Binti Abu Sari atau lebih mesra dipanggil Dr Juliyana berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang agak kekurangan dari segi kewangan. Ibu beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bapa beliau pula seorang peneroka.


“Mak saya suri rumah. Ayah saya merupakan seorang peneroka. Actually saya adik-beradik ramai sebab ayah saya ada 3 isteri. Adik-beradik sebenar saya ada 5 orang lah. Saya anak yang pertama. Yang lelaki ada sorang je yang bongsu. 4 lagi perempuan.”


“Status kewangan keluarga saya tidaklah seberapa. Kalau macam dulu, peneroka tu dalam golongan yang agak susah. So mak saya pun ada buat kerja-kerja sambilan untuk bantu ayah. Kadang-kadang mak saya ada buat kerepek pisang dan jual daun pisang. Lepastu mak saya ada berniaga kedai runcit yang kecil juga.”


Selepas sahaja tamat sesi persekolahan, Dr. Juliyana menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam Program Doktor Perubatan Veterinar. Setelah beliau berjaya menamatkan pengajian, Dr. Juliyana mulakan langkah beliau dalam dunia pekerjaan.


“Dulu masa saya lepas graduate, saya kerja dulu dekat small animal clinic. Klinik private lah. Saya kerja dalam 3 tahun. Tahun 2004 saya graduate dan mula bekerja di klinik tersebut sampai tahun 2007. Kemudian saya join Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor selama lebih kurang 4 tahun macam tu lah.”


BUKA KLINIK VETERINAR SENDIRI


Setelah 7 tahun membina kerjaya dan bekerja, Dr. Juliyana memberanikan diri untuk memulakan perniagaan sendiri dan membuka Klinik Veterinar beliau pada tahun 2011 . Menurut Dr. Juliyana, beliau memilih perniagaan ini adalah disebabkan oleh minatnya yang mendalam pada rawatan haiwan kesayangan.


“Sebenarnya saya mula-mula berniaga ni sebab saya minat pada rawatan haiwan kesayangan. So masa saya kerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kita more kepada pengurusan sahaja. Jadi saya nak practice baliklah. Sebab sebelum ni saya pernah kerja di small animal clinic kan. Saya ada keinginan untuk practice balik dan saya nak cuba sesuatu yang baru.”


“Veterinar ni memang bidang yang saya belajar. Masa saya bekerja di small animal clinic lah, saya nampak ada sedikit kesukaran di mana bila owner yang bawak kucing, maksudnya dalam satu bilik tu ada anjing dan kucing. Jadi kurang keselesaan.”

“Kadang-kadangkan anjing air liur dia, dia kencing kan merata. So kurang keselesaan. Jadi saya ambil dari segi ni, saya rasa saya perlu wujudkan satu klinik yang buat orang rasa lebih selesa untuk membawa kucing. Kemudian dari segi staff, dia rasa lebih selesa macam tak perlu samak.”


“Dulu dekat JB, kita tak ada klinik yang khas untuk kucing sahaja. So saya nak mencuba untuk mewujudkan klinik yang khusus untuk kucing sahaja lah. Saya rasa kita je yang mula-mula buka the first klinik kucing di JB. Kebanyakan klinik, share anjing dan kucing. Disebabkan itu yang kita nak buat khas untuk kucing sahaja.”


KLINIK PERTAMA DI KEDAI BAWAH RUMAH FLAT


Menurut Dr. Juliyana, keputusan beliau untuk mulakan perniagaan sendiri tidak mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan dan keluarga beliau kerana Dr. Juliyana sudah mempunyai pekerjaan tetap yang stabil dan terjamin. Banyak pendapat yang Dr. Juliyana terima sewaktu beliau membuat keputusan tersebut.


“Mula-mula memanglah macam, kawan-kawan baik, family member kan diorangbagi nasihat. Kita kalau dah kerja government ni kan kestabilan tu dah ada. Kita akan ada pencen, dah ada gaji tetap. Di mana bisnes ni pon macam kita tak pastikan sama ada kita boleh berjaya tidak boleh berjaya.”


“Kemudian, kita nak mula berniaga pun kita membuat pinjaman dulu untuk memulakan perniagaan. So itu antara risiko-risiko yang bakal ditanggung. Maksudnya,sekiranya tidak berjaya kita akan menanggung hutang. Lepas itu, kita pun dah hilang pekerjaan tetap. Tapi masa itu saya fikir, kalau bisnes tak berjaya at least saya boleh bekerja semula lah.”


Di awal-awal perniagaan, klinik veterinar Dr. Juliyana bermula dengan kedai yang kecil sahaja iaitu di dalam kedai yang terletak di bawah rumah flat. Angka jualan klinik beliau pada ketika itu tidak menampakkan hasil seperti yang diinginkan.


“Masa mula-mula berniaga tu memang sales sangat sikit lah. Dalam 2 tahun pertama tu, gaji kita tidak sama seperti kita bekerja dengan government. Maksudnya, gaji lebih rendahlah. Zaman tu husband saya pun masih bekerja lagi. Kita backup dengan gaji husband.”


“Kita bermula dengan kedai di bawah rumah flat. Bermula dengan kedai yang kecil. Kemudian dalam 2 tahun lepas tu, kewangan dah okay sedikit. Kita beralih ke shop lot yang besar sedikit. Masa tu kita dah mula nampak ada kenaikan dalam bisnes, sales dan semua. Waktu ni kita more fokus pada perkhidmatan kita, maksudnya kita punya kepakaran sahaja lah dalam merawat haiwan, penjagaan haiwan semua.”

DUIT SUDAH TIDAK BOLEH ‘ROLLING’


Dari sebuah kedai kecil di bawah perumahan flat, klinik Dr. Juliyana beralih ke lot kedai yang lebih besar dan selesa. Namun, perniagaan yang disangkakan semakin besar dan maju, hanyalah di luaran sahaja. Sebaliknya, hampir setiap bulan Dr. Juliyana bergelut untuk memastikan perniagaan beliau bertahan.


“Sebenarnya bila bisnes saya semakin grow, saya rasa bisnes semakin bagus tapi bila saya tengok balik sebenarnya kita tak ada keuntungan. Bisnes ini tidak menguntungkan sebab saya tak ada ilmu dalam bisnes. Yang saya tahu cara nak merawat kucing sahaja.”

“Saya rasa kita dah tak boleh nak pusing modal tau. Sampai satu tahap tu, saya rasa dah kena stop berniaga. Dari segi kos pon kita rugi. Moment tu sangat sakit. Saya pun dah tak ada simpanan kan. Kalau saya masih kerja dengan orang, saya masih boleh ada simpanan tapi ini tidak. At that moment, saya pun ada hutang nak kena bayar.”


Demi menanggung segala kos, Dr. Juliyana membuat pelbagai cara agar perniagaan beliau dapat diteruskan sehingga beliau menggadai barang kemas bilik beliau dan ahli keluarga. Melihat Dr. Juliyana yang sedang bergelut dalam kesusahan. Adik dan ibu beliau juga turut sama-sama membantu dalam mengekalkan perniagaan klinik veterinar beliau.


“Adik saya buat personal loan untuk bantu saya naikkan balik bisnes saya. Ibu saya pun ada bantu. So kami semua gadaikan barang-barang kemas untuk betulkan balik bisnes kita. Masa tu dalam tahun 2017. Sampai kita rasa macam perlu ke kita jual je bisnes ni?”

TIKET FREE


Setiap bulan dan setiap hari menjadi satu kerisauan kepada Dr. Juliyana dan suami beliau untuk memikirkan cara untuk menanggung segala kos bulanan. Sehinggalah pada tahun 2019, Dr. Juliyana dan suami ditemukan dengan salah satu program percuma RichWorks.


“So tahun 2019 saya mula kenal RichWorks tu kan, kita macam nak cuba untuk bangkit. Masa 2019 tu pun kita dah okay sikit dari tahun 2017. Tapi condition company masih tak berapa bagus. Kita tak boleh nak grow lagi. Orang nampak bisnes kita besar, sebenarnya struggle sebab tak boleh nak grow. Kita dah stuck dekat satu level. Kita dah tak mempunyai keuntungan. Duit masuk tapi kita nak rolling modal tu susah.”


“Masa itu ada kursus Nak Ubah Hidup 2019. Yang dapat 3 free tiket tu. Kawan kepada husband saya, dia offer lagi 2 free ticket. Jadi saya, husband saya dengan kawan husband pergi. Dekat kursus tu barulah saya faham, saya perlukan ilmu untuk berniaga.”


“Masa pergi program tu, saya decide pada mulanya saya nak tutup dah bisnes klinik haiwan ni. Saya rasa bisnes dah tak boleh grow. Mungkin saya kena cari alternatif lain lah. Maksud saya mungkin saya dah banyak pengalaman, saya boleh bekerja dengan orang lain dengan gaji yang agak lumayan.”


“Lepastu bila saya pergi ke program tu, banyaklah yang saya boleh belajar. Saya diajar, apa tanggungjawab saya pada diri sendiri. Tanggungjawab saya kepada staf. Sebab ada staf yang dah bekerja lama dengan saya. Diorang macam dah frust bekerja dengan saya sebab patutnya saya bantu dia untuk grow bersama-sama.”


Menurut Dr. Juliyana, beliau sangat terkesan dengan usahawan-usahawan yang sudah berjaya di atas pentas Hot Seat di program tersebut. Mereka yang juga pada awalnya bermula dari ‘zero’ hingga berjaya menjadi ‘hero’ dan menjadi inspirasi pada orang ramai.

“Dalam program tu saya nampak sangat ramai orang yang berjaya daripada nothing menjadi orang yang sangat berjaya. So saya rasa kat situ ada sinar lah untuk kita grow dan kita develop bisnes kita. Dan ada juga saya terfikir untuk tukar bisnes kan, tapi bila Doc kata “Mulakan dengan apa yang ada di tangan.” Dekat situ saya terfikir sebenarnya potential bisnes saya sangat banyak cuma saya tidak ada ilmu.”

KLINIK FAMILY VETERINARY VERSI BAHARU


Selepas selesai sahaja program Nak Ubah Hidup, Dr. Juliyana terus membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Titanium RichWorks dengan harapan baru untuk klinik veterinar beliau dapat diselamatkan. Sejurus selepas menjadi ahli Titanium dan mengikuti kelas-kelas yang disediakan, Dr. Juliyana sedar banyak perkara yang beliau perlu betulkan dalam perniagaan beliau.


“Masa tu saya masuk Titan bulan 5, 2019. Dah join Titan barulah saya nampak macam mana saya nak memperbaiki bisnes saya. Agak struggle lah sebab saya bermula di pertengahan kan. Mula-mula lagi nak ada ilmu. Macam sekarang pun dalam proses untuk repair lagi lah perubahan yang kita dapat.”


“Dulu kos kita kira basic saja. So kita cuma… katakanlah ubat tu sampai beberapa ringgit dan kita naikkan sedikit harga, so kita dah untung. Actually, bila saya dah belajar dan saya tengok balik. Apa yang menyebabkan saya rugi adalah sebab saya tak add on di dalam itu kos-kos pekerja, kos elektrik, kos-kos yang tersembunyi kita tak masukkan. Sebab saya tak ada knowledge. Macam saya belajar dulu di university, saya tak ada knowledge mengenai perniagaan.”


Menurut Dr. Juliyana, kali pertama beliau melakukan Sesi 1 On 1 bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau masih tidak pasti dengan perkara yang Dr. Juliyana mahukan dalam perniagaan beliau. Tetapi Dr. Juliyana cuba sedaya upaya untuk menggunakan waktu itu dengan hermat untuk mendapatkan penjelasan atas setiap perkara yang dapat membantu beliau membetulkan struktur perniagaannya.


“Masa first time saya 1 On 1, saya tak clear dengan apa yang saya nak. Apa yang saya nak tanya? Saya tak clear. Masa tu saya pun tak confident kan. Boleh ke Doc bantu saya menyelesaikan masalah saya ni? So masa first 1 On 1 tu bila saya tanya soalan, saya boleh tengok Doc jawab dengan mudah.”


“Rasa macam ‘Oh benda ni senang je.’ Doc boleh bagi saya solution dan pendapat untuk selesaikan masalah tu dengan mudah dan Doc boleh bagi tips pada saya macam mana untuk grow, apa yang saya perlu ada dalam masa 3 tahun. Doc juga banyak bantu saya untuk tukar mindset. Biasa saya akan negatif. Saya tak boleh ni, saya tak boleh tu.”


KLINIK FAMILY VETERINARY’S BREAKTHROUGH


Setelah mengikuti RichWorks sebagai Titanium, Dr. Juliyana sudah nampak jalan yang sangat cerah untuk Klinik Family Veterinary ambil. Banyak strategi yang beliau dapat dari setiap kelas dan program yang disediakan. Perkara yang beliau sangka sangat sukar, sebenarnya sangat mudah dengan bimbingan yang betul.


“Strategi yang Doc bagi tu saya start nampak semua tu mudah je. Saya pernah bagitahu Doc, saya rasa dah tak boleh nak grow lah Doc. Tapi Doc ada idea baru yang boleh jadi 10 kali ganda lagi. Saya macam betul juga kalau buat macam ni. Dia bukanlah macam just angan-angan tetapi ada fakta. Itu yang saya suka. Saya boleh nampak dari Sesi 1 On 1 semua, apa planning kita untuk future. Bukan untuk tahun hadapan sahaja tapi untuk 10 tahun ke hadapan. Jadi bila kita fikir yang 10 tahun tu, saya akan nampak mana arah tuju kita untuk grow. Dan banyak macam reminder untuk saya, jangan salah langkah, jangan terpedaya.”


Dahulunya, klinik haiwan Dr. Juliyana tidak selaras untuk setiap cawangan. Semua cawangan berbeza-beza. Tapi setelah belajar tentang penjenamaan di dalam RichWorks, Klinik Family Veterinary mula menguatkan jenama mereka dan semua klinik sudah standardize.


“Yang paling saya nampak, branding lah. Dulu setiap klinik saya adalah berbezabeza. Saya tak confident dengan diri kita sendiri. So dalam RichWorks saya diajar untuk buat self-branding. Datuk Wira suruh saya tukarkan semua nama klinik saya pada nama yang sama. Kemudian naikkan branding kita. Kita mula upgrade level kita kepada level yang lebih better. Beri perkhidmatan yang lebih premium. Masa tu saya nampak memang banyak perubahan lah. Masa mula-mula join tu sampai sekarang memang nampak beza lah.”


“Dari segi financial pun saya nampaklah, kita dah membuat calculation yang betul. Sekarang ni kita dah ada bahagian akaun sendiri, bantu kita dari segi akaun, boleh kira untung rugi. Dari segi HR, kita juga dah ada HR untuk kita manage staf. Kemudian dalam Titan ni kita disediakan kursus-kursus khas untuk kita punya leader. So kita boleh nampak leader kita dah boleh grow sendiri. Maksudnya diorang dah ada matlamat sendiri, diorang dah boleh bagi pendapat, diorang boleh bantu kita untuk grow kita punya bisnes. Dari segi tu banyak memudahkan saya lah.”


“Dalam Titan ni saya diajar macam mana nak set kan target, dengan usaha yang kita rancang tu. Sebelum ni memang saya tak buat pun. Sebelum ni saya macam buka klinik then tutup. Tak ada perancangan pun untuk next year.”


Dalam perniagaan, semua orang bermula dengan minat masing-masing dalam sesuatu perkara. Begitu juga dengan Dr. Ju sendiri. Beliau sangat passionate pada kesihatan haiwan terutamanya kucing. Beliau cuba menyediakan perkhidmatan dan kelengkapan yang terbaik untuk pesakit (kucing) pada kadar yang berpatutan.


“Kita ada perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Contoh ujian diagnostic, biasanya kita lebih murah dari klinik lain. Macam ujian darah dan x-ray. Kalau ikutkan semua tu agak mahal. Tapi kita nak menyediakan tu pada harga yang berpatutanlah. Tidaklah terlalu murah kan sebab kita pun ada kos untuk kita cover tapi pada harga yang berpatutan untuk memudahkan owner mengetahui apa masalah haiwan kesayangan mereka dan untuk memudahkan doktor membuat diagnostic.”


“Ada masa kita buat bisnes, sales jatuh dan ada masalah. Setiap orang akan ada masalah. Tapi dari segi ni saya suka sebab dalam circle yang betul. Contohnya macam kita tengah sedih kan tapi ustaz ada cerita pasal sembahyang dhuha. Minta pada Allah. So bila kita fikir tu, “Oh ni mungkin salah satu tanda kita nak kena dekatkan diri.” So dari segi kerohanian kita repair, kita tambah sedekah kita, kita yakin, kita akan mulakan hari kita dengan happy. So bila macam tu banyak membantu sayalah memperbaiki emosi kita supaya lebih boleh berfikir rasional. Dari macam nak marah-marah, nak rasa stress kan. So bila kita boleh fikir dengan rasional, kita boleh selesaikan masalah.”


DR. JULIYANA DAN KLINIK FAMILY VETERINARY

Walaupun diduga berkali-kali, Dr. Juliyana tidak pernah mengalah. Tambahan pula, beliau memiliki sistem sokongan yang sangat baik dari keluarga. Beliau terus berusaha untuk memajukan perniagaan klinik veterinar yang sudah dimilikinya sejak bertahun lalu.


Hari ini, Dr. Juliyana merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks dengan jualan mencecah RM12,300,000 untuk tahun 2023. Beliau juga menjadi inspirasi kepada ramai orang bukan sahaja para usahawan malah kepada doktor veterinar yang lain.

Artikel terbaru

Leave a Reply