Cat N Friend, ditubuhkan pada 2017 dan diuruskan oleh Azizi Kasdi di Bandar Baru Uda, Johor yang merupakan hasil pemisahan daripada Family Veterinary Sdn Bhd yang diuruskan oleh isteri beliau. Fokus utama Cat N Friend adalah memberikan kesedaran kepada pemilik kucing tentang keperluan kesihatan haiwan peliharaan.
Pada permulaannya, Azizi membuka klinik haiwan di bawah rumah apartmen bersama isteri selepas melepaskan jawatan sebagai seorang pengurus pada tahun 2010. Cat N Friend, yang kini berkembang pesat, mempunyai 2 kedai dan 5 cawangan di seluruh Johor. Staf mereka juga semakin ramai daripada 10 orang menjadi 20 orang. Mereka berkomitmen untuk memberikan nasihat profesional dan penjagaan kesihatan terbaik untuk kucing pelanggan.
Dengan pencapaian jualan sebanyak RM 3.71 Juta pada tahun 2023, Cat N Friend bukan hanya menjadi destinasi utama bagi perkhidmatan kesihatan haiwan, tetapi juga menonjol sebagai perniagaan yang berjaya dan dipercayai di kalangan komuniti. Kejayaan ini juga mencerminkan dedikasi Azizi dan pasukan beliau dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan menyumbang kepada kesejahteraan haiwan peliharaan.
1.Kempen yang tepat sasaran
“Database untuk lebih tahu nak buat kempen yang betul”
Keberadaan pangkalan data atau database membentuk asas bagi pelaksanaan kempen pemasaran yang tepat sasaran. Dengan mempunyai pangkalan data yang kaya dengan maklumat pelanggan, bisnes dapat mengenalpasti dan memahami keperluan serta tingkah laku pelanggan dengan lebih mendalam.
Pangkalan data membolehkan bisnes menyusun profil pelanggan dengan lebih terperinci, termasuk keutamaan mereka, corak pembelian, dan preferensi. Dengan maklumat ini, bisnes dapat merancang kempen pemasaran yang disesuaikan untuk menarik dan memenuhi kehendak kumpulan sasaran dengan lebih efektif.
Selain itu, pangkalan data membolehkan pengukuran prestasi yang lebih baik dalam kempen pemasaran. Bisnes dapat menilai keberkesanan setiap inisiatif pemasaran, menyesuaikan strategi, dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk mencapai hasil yang optimum. Ini memberikan kelebihan kompetitif dan memastikan perbelanjaan pemasaran digunakan secara bijak.
Pentingnya pangkalan data dalam bisnes juga tercermin dalam kemampuannya untuk membina hubungan pelanggan yang kukuh. Dengan memahami keunikan setiap pelanggan, bisnes dapat menyampaikan kandungan yang lebih relevan dan memberikan pengalaman yang dipersonalisasi, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan kesetiaan terhadap jenama. Dengan kata lain, pangkalan data adalah aset strategik yang membantu membimbing bisnes dalam menyusun pemasaran yang berkesan dan membangunkan hubungan pelanggan yang berkekalan.
2.Aplikasi digital sebagai pengumpulan data
“Dari segi digital, kita pakai aplikasi untuk collect data”
Wujudnya perisian aplikasi atau app software adalah untuk membawa manfaat yang besar dalam memudahkan pelanggan dan mempermudah pengurusan pangkalan data untuk keperluan pemasaran dan kempen bisnes. Ia menyediakan platform yang mudah diakses di hujung jari pelanggan, membolehkan mereka mendapatkan maklumat terkini, membuat pembelian, atau berinteraksi dengan perkhidmatan dan produk dengan lebih cepat dan efisien.
Lebih daripada sekadar memudahkan pelanggan, aplikasi juga menjadi saluran utama untuk mengumpul data pengguna. Ini memberikan peluang untuk menganalisis tingkah laku pelanggan, memahami keutamaan mereka, dan menyusun pangkalan data. Dengan memanfaatkan data ini, bisnes dapat merancang kempen pemasaran yang lebih efektif dan menyasarkan pelanggan dengan lebih tepat.
Di sini, Cat N Friend memberikan kelebihan dalam menyampaikan maklumat promosi atau kempen terkini secara langsung kepada pengguna yang boleh . Notifikasi atau makluman terkini melalui aplikasi mereka di Google Play Store dan Apple Store juga dapat meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan baru mereka, serta meningkatkan interaksi dengan jenama.
Secara keseluruhan, kehadiran app software ini bukan hanya memberikan keselesaan kepada pelanggan tetapi juga menjadi alat penting untuk strategi pemasaran dan kempen bisnes yang berkesan. Keupayaan untuk mendapatkan dan menganalisis data dengan mudah mewakili aset berharga dalam menyusun langkah-langkah strategik bagi pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang bisnes.
3.Pemasaran ‘Word of Mouth”
Word of mouth marketing (WOMM) adalah penting dalam bisnes kerana ia membawa impak yang kuat dan meyakinkan. Cadangan yang datang daripada rakan kepada memainkan peranan besar dalam membentuk persepsi positif terhadap sebuah produk atau perkhidmatan. Pelanggan cenderung untuk lebih percaya kepada ulasan dari kenalan atau keluarga daripada pengiklanan formal.
Marketing yang digunapakai oleh Cat N Friend ini mencipta hubungan yang kukuh antara pelanggan dan bisnes mereka di mana pelanggan yang memberi ulasan positif kepada orang lain bukan hanya menjadi satu penjualan, tetapi juga menjadi pendorong kepercayaan dan kesetiaan. Ia membina komuniti pengguna yang aktif dan berkongsi maklumat yang berharga.
Kesan cara ini adalah berlanjutan. Apabila seseorang menceritakan pengalaman positif mereka, cerita itu dapat berkembang dan mencapai audiens yang lebih luas tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan. Ini membantu dalam mencipta kesedaran dan kepercayaan yang berterusan terhadap jenama Cat N Friend.
Biografi Azizi Kasdi
Azizi Kasdi meraih Ijazah Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah melalui program matrikulasi. Beliau kemudian memulakan kerjaya sebagai juruteknik selama 10 tahun sebelum kemudiannya meningkat menjadi seorang pengurus dalam industri minyak dan gas sebagai pengurus sebelum mengambil langkah besar dalam bidang perubatan haiwan.
Sebagai suami kepada seorang veterinar, minat AzizI terhadap rawatan haiwan berkembang. Walaupun memiliki dua buah klinik haiwan pada tahun 2011, Azizi menghadapi cabaran apabila terpaksa berhenti disebabkan isu yang berada di klinik haiwan yang ditubuhkan. Klinik yang pernah berjaya itu terjejas oleh masalah kewangan dan penipuan oleh akauntan yang bekerja bersama beliau ketika itu.
Meskipun hampir menutup pada tahun 2014, klinik tersebut masih bertahan dengan adanya pendapatan asing daripada sumber yang lain. Aziz memutuskan untuk mencuba pelbagai perniagaan pada tahun 2017, termasuk kedai makan dan jualan pakaian. Pada tahun yang sama, beliau menghadapi kesusahan apabila kereta beliau dipecah masuk dan kesemua data penting untuk perancangan beliau untuk bisnes pada tahun 2018 hilang. Walau bagaimanapun, semangat keusahawanan dalam diri memastikan Azizi terus bangkit dan mengekalkan fokus dalam memajukan perniagaan beliau.