Eryna Sup Darat Tapah yang telah beroperasi selama lebih 20 tahun ini diuruskan oleh Anuar B Ayob, sebuah restoran yang menumpukan kepada Sup Darat dan merangkumi kepelbagaian menu lain seperti sup tulang, daging bakar danok, makanan goreng-goreng dan lain-lain.
Sup Darat Viral di Tapah, Perak ini terkenal dengan teksturnya yang kurang berminyak dan kurang berlemak menjadikan ia kesukaan ramai sehingga ada yang datang dari Sungai Buloh, Selangor setiap 2 minggu untuk menikmati makan sup di restoran ini.
Anuar B Ayob yang pernah bekerja di kedai makan Thai di Kuala Lumpur diberi kepercayaan oleh bekas majikan beliau untuk mengira jualan harian. Dari situ, timbulnya perasaan beliau untuk melalui kehidupan yang bebas masa dan kewangan dan tidak terikat dengan arahan sesiapa. Azam beliau yang kuat untuk merealisasikan impian ini telah pun tercapai.
Padat tahun 2023, Eryna’s Sup Darat Tapah telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 2.49 Juta.
1.Mewujudkan bahagian HR
Bisnes ada tetapi HR tiada? Bolehkah sesebuah bisnes berjalan dengan lancar tanpa mempunyai bahagian HR? Mereka ini yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan hal ehwal manusia melibatkan pelbagai perancangan dan strategi dalam memastikan matlamat sebuah organisasi tercapai.
“Saya dulu oleh kerana excited nak banyak kedai saja saya biarkan semua orang dibenarkan mengira, hasilnya barang habis banyak, tetapi duitnya tidak ada”
Eryna’s Sup Darat, dulu hanya ada 8 orang dalam bahagian pengurusan, kini bertambah menjadi 23 orang. Sebelum ini, Anuar Ayob merasakan bahawa memiliki banyak kedai lebih penting dan nampak ‘gah’. Hakikatnya, jualan yang masuk tidak seperti yang diharapkan. Beliau juga tidak mempunyai sistem yang dapat memantau kewangan beliau.
“Team saya kini berjumlah 23 orang berbanding dulu hanya 8 orang juga ada bahagian pengurusan, HR sebelum ini kami hanya mengambil staff tanpa inteview, tanpa surat tawaran,tanpa epf, tanpa sosco, sekarang alhamdulillah kami cuba ikuti sepertimana yang diwajibkan kerajaan ada slip gaji,ada allowance, cuti,epf,sosco,dan lain2”
Langkah yang beliau ambil adalah dengan memperbaiki aspek HR di mana banyak perubahan berlaku. Contohnya, bisnes ini yang dahulu tidak menitikberatkan proses pengambilan pekerja, mula mengikuti cara yang ditetapkan oleh kerajaan dan mengadakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
2.Meluaskan pemasaran
Pemasaran atau marketing, ramai hanya buat sekadar buat tanpa memikirkan strategi yang betul, membuatkan mereka terlepas pandang siapakah sebenarnya prospek mereka dan apakah cara betul yang seharusnya dilakukan. Bagi bisnes yang tiada hala tuju, lebih sukar untuk mereka mempunyai pandangan yang jauh kerana masih samar-samar tentang matlamat yang hendak dicapai.
Pada mulanya, Tuan Anuar menghadapi perkara ini kerana pernah bersangka apa yang beliau lakukan adalah betul walaupun sebenarnya beliau masih tidak mencukupi ilmu dari aspek pemasaran yang mempunyai beratus cara.
Walaubagaimanapun, setiap kejatuhan ada kebangkitannya. Beliau yang semakin cekap dan pantas berfikir mula mendapat idea yang mencurah apabila ditanamkan dengan teknik memikirkan solusi secara kreatif. Tuan Anuar mula menggunakan database yang ada untuk blast sms kepada prospek secara lebih terperinci dan berinteraksi dengan mereka mengikut keperluan dan permintaan mereka sebagai pelanggan.
“Semakin banyak orang nampak, semakin orang akan ingat kita”
Selain itu, beliau meletakkan bunting dan banner di lokasi-lokasi yang strategik yang pernah ditumpukan di Kuala Lumpur agar prospek lebih mengenali restoran beliau. Hal ini membuatkan mereka ingat kepada bisnes tersebut. Sekali pun prospek tidak pernah datang ke restoran ini, sekurang-kurangnya Eryna’s Sup Utara pasti akan menjadi bahan perbualan dalam komuniti itu.
3. Membuka peluang pekerjaan
“Selepas menerima bimbingan Richwork saya sangat jelas dengan hala tuju bisness saya, tiada keraguan, berani membuat tindakan berbeza untuk hasil yang berbeza, kini saya telah membuka 1 cawangan di Kuala Lumpur, dan dalam proses rundingan untuk cawangan ke2 di Melaka. Sales juga meningkat berbanding tahun lalu sebanyak Rm1,4 juta kini menghampiri Rm 2 juta.”
Jualan bisnes semakin meningkat, cawangan juga semakin bertambah. Tuan Anuar yang menjadikan perniagaan beliau sebagai cara untuk membantu orang disekeliling dan untuk mendapat pandangan rahmat Allah SWT, membuka peluang pekerjaan yang lebih luas di merata tempat agar mereka juga akan berjaya seperti beliau suatu hari nanti.
Dengan mengadakan peluang ini, perniagaan beliau yang maju sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di negara dan mengukuhkan kuasa beli penduduk di Malaysia apabila lebih ramai dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendapatan yang diperoleh.
Wujudnya sesebuah bisnes bukanlah hanya untuk memenuhi keperluan pelanggan tetapi juga dapat membantu orang ramai dan masyarakat dengan bermacam cara. Salah satunya adalah dalam membuka peluang pekerjaan. Sebagai seorang usahawan yang ingin memberi manfaat kepada orang lain, apakah cara yang telah anda lakukan untuk mencapai hasrat ini?
Biografi Anuar B Ayob
Anuar B Ayob, berasal daripada Baling, Kedah dan memperoleh pendidikan dalam bidang pengajian Islam selama 6 tahun di sekolah pondok dan menyambung belajar di Parit Buntar, Perak untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau yang mempunyai 8 adik beradik datang daripada keluarga susah. Sewaktu cuti sekolah, beliau akan membantu keluarga dengan mengambil upah cabut pokok kacang. Sewaktu musim padi pula, beliau dan adik beradiknya akan akan menuai padi. Ada kala, Anuar juga menjual jagung dan sayuran di pasar pagi dan mengelilingi kampung untuk pergi rumah ke rumah, mengharapkan orang membeli dengan mereka.
Tuan Anuar yang memulakan perniagaan untuk membantu keluarga dengan usaha dan titik peluh sendiri berjaya membuktikan beliau boleh mencapai impian tersebut. Walaupun pada awalnya adik-beradik beliau memandang negatif terhadap langkah yang dilakukan, sokongan kedua ibu bapa beliau yang juga pernah menjadi peniaga dijadikan pembakar semangat untuk membina legasi sendiri.
Kini, impian yang telah tercapai mengubah aspirasi beliau untuk membawa legasi perniagaan ini ke peringkat antarabangsa. Beliau berharap agar perniagaan ini juga dapat diwariskan kepada orang dan team-team yang banyak membantu dalam perjalanan membina Eryna’s Sup Darat.