EMAJIE INTERNATIONAL (Ahmad Suhail)

Jenama produk wangian, EMAJIE INTERNATIONAL menyediakan wangian yang bertaraf antarabangsa dan sukar didapati di Malaysia pada harga berpatutan dan juga akan memberikan confidence kepada si pemakai sepanjang masa.


Ketua Pegawai Eksekutif Emajie, Ahmad Suhail Ahmad Fauzi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah punca pendapatan sahaja. Sekarang Emajie sudah mencapai angka jualan sebanyak RM20,100,000 setahun dengan tenaga kerja seramai 30 orang.

SUHAIL: SUATU MASA DAHULU


Sebelum terjebak dalam dunia perniagaan sepenuh masa, Suhail merupakan seorang Structural Engineer di dalam industri oil and gas selama 3 tahun di mana tanggungjawab beliau merangkumi reka bentuk, merancang dan mengawasi pembinaan bangunan dan struktur offshore baru, atau perubahan dan peluasan kepada harta tanah sedia ada atau struktur lain.


Menurut Suhail, keluarga beliau sangat mementingkan pelajaran. Ayah beliau juga seorang jurutera dan mempunyai perniagaan sendiri. Ibu pula seorang suri rumah. Beliau dan adik-beradik yang lain sudah dididik untuk hebat dalam pelajaran supaya memiliki hidup yang baik di masa hadapan. Disebabkan itu, Suhail mempunyai latar belakang akademik dalam kejuruteraan civil iaitu Bachelor’s Degree in Civil Engineering, Majoring in Offshore Structure di Universiti Teknologi Petronas, Perak.


“Saya datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Saya berasal dari keluarga yang sangat pentingkan education jadi, kami memang di-program untuk belajar, jadi pandai, cari kerja bagus, jadi pekerja bagus, naik pangkat, kumpul duit, jadi kaya. Itulah pathway dia.”


Jauh dari bidang kerja, sejak dari bangku sekolah lagi Suhail sangat berminat dengan wangi-wangian dan membuatkan beliau memulakan perniagaan dalam bidang tersebut sejak dari tahun 2020 lagi.


“Saya memang suka wangian sejak dari zaman sekolah lagi. Jadi saya pilih industri wangian sebab saya minat. Saya nak jual dan buat something yang saya suka.”


KELAHIRAN EMAJIE


Tidak pernah terlintas dalam fikiran Suhail untuk berniaga apatah lagi mempunyai syarikat sendiri. Beliau sudah mempunyai pelajaran yang bagus dan perjalanan karier yang sudah tetap dan stabil. Namun, beliau sedar akan tahap kewangan yang beliau ada pada ketika itu sangat sukar untuk beliau mempunyai simpanan perkahwinan dalam waktu yang singkat.


“Saya tidak pernah dalam hidup terfikir nak mulakan perniagaan. Saya punya mindset memang ingin bekerja korporat dan naik pangkat dan kumpul wealth melalui jalan ini.”


“Tetapi, disebabkan planning untuk berkahwin, saya ada isu kesempitan dana. Disebabkan itu, saya mula mencari additional income untuk tampung perbelanjaan untuk perkahwinan saya.”


Suhail mulakan perniagaan Emajie dengan modal RM500 yang dipinjamkan oleh ibu beliau. Jadi beliau berniaga sambil bekerja sejak dari tahun 2020 lagi.

TENTANGAN KELUARGA


Perniagaan Suhail mendapat sambutan dari awal perniagaan membuatkan beliau bertambah semangat untuk berniaga sambil bekerja. Beliau pasarkan produk secara online, dan mendapat sambutan yang sangat baik dengan modal permulaan RM500 sahaja. Walaupun kebanyakan perniagaan bergelut ketika pandemik melanda, tetapi Emajie berjaya tingkatkan penjenamaan dan jualan pada ketika itu.


“Disebabkan saya ada passion di dalam wangian, saya mula ceburi bisnes wangian dan cater to the current demand in the industry.”


“So pada awalnya saya guna modal yang ibu saya pinjamkan. Mula dengan RM500 saje. Saya marketkan perfume kami melalui Emajie saya secara online di Facebook, Shopee, Instagram. Ramai yang support even ketika baru bermula yang membuatkan diri lebih bersemangat.”


Setelah 1 tahun berniaga secara sambilan, Suhail membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan Emajie 100%. Namun, keputusan Suhail ini ditentang oleh keluarga beliau.


“Disebabkan saya ada kerja tetap dan buat bisnes secara sambilan, saya memang fokus dan guna segala masa yang ada untuk kembangkan bisnes. Tidak cukup tidur itu biasa. Malam-malam packing item customer, reply chat dan lain-lain. Tetapi tak pernah sekali saya complain sebab saya tahu ia akan membuahkan hasil.”


“Mula-mula saya nak berhenti memang ibu bapa saya marah sebab saya dah elok-elok kerja stabil tapi saya nak berhenti untuk berniaga pula. Keluarga saya pentingkan stability dan tiada siapa dari kami yang berniaga dan berjaya.”


“Tetapi saya adalah seorang yang tidak kisah about other people’s opinion, jadi saya analyze dan buat keputusan sendiri. Tiada siapa tahu saya berhenti kerja, cuma saya fokus untuk buat bisnes dan strive untuk biar my action speak louder through results.”


COVID-19 & CHICKENPOX


Sejujurnya dalam perjalanan perniagaan Suhail tidak mengalami episod kejatuhan yang ketara. Tetapi pada tahun 2022, beliau didapati positif Covid-19 dan penyakit cacar air menyebabkan beliau terpaksa dikuarantin lebih dari satu bulan.

“Alhamdulillah, saya tiada lagi episod kejatuhan yang drastik. Cuma, pada tahun 2022, saya jatuh sakit disebabkan dapat COVID-19 dan chickenpox pada waktu yang sama, jadi saya dikuarantin di rumah selama 1 bulan lebih.”


Perkara ini menyebabkan angka jualan Emajie semakin menurun dan mendatar sahaja. Perniagaan beliau seakan tersangkut pada tahap yang sama. Ini membuatkan Suhail terfikir, adakah tanpa beliau di dalam pejabat, pekerja-pekerja tidak dapat membuat jualan dengan baik?


“Disebabkan Covid-19 dan chickenpox, saya tidak boleh ke pejabat untuk kerja. Hanya pekerja saya saja yang ada di sana. Bila ini berlaku, sales saya menjadi stagnant dan tiada peningkatan. Lama kelamaan, semakin menurun walaupun perlahan.”


“Saya terus terfikir, sampai bila saya perlu berada di office untuk pastikan sales meningkat dan sustainable. Sepatutnya team saya pun boleh bantu buat perkara itu.”


DELETE EMAIL DARI RICHWORKS


Semasa Suhail dikuarantin, Suhail mula buka email dan beliau melihat banyak email yang beliau dapat dari RichWorks. Disebabkan terlalu banyak email yang tidak pernah beliau baca dari RichWorks, Suhail ingin buang kesemuanya. Tetapi ada beberapa email yang menarik perhatian Suhail untuk membaca.


“Saya kenal RichWorks dari universiti lagi melalui online platform Facebook. I think around 2014 tetapi hanya sekadar itu saja. Saya pernah masukkan email untuk dapatkan ebook percuma yang RichWorks offer. Jadi dari 2014 hingga 2021, saya dapat email dari RichWorks yang tak pernah saya buka.”


“Cuma bila saya sakit dan kuarantin pada 2022, saya mula buka email dan banyak email RichWorks. Dari situ saya delete email tetapi ada yang topik menarik, saya buka.”

Dari situ lah permulaannya, Suhail merasakan beliau perlukan MenThor dan ilmu untuk kembangkan perniagaan wangian beliau dengan lebih besar lagi. Menariknya, beliau tidak pernah menyertai mana-mana program yang dianjurkan oleh RichWorks. Hanya disebabkan email yang suatu hari ditakdirkan untuk dibaca membuatkan Suhail membuat keputusan untuk terus menyertai RichWorks dengan menjadi ahli Titanium.


“Saya tak pernah join apa-apa program RichWorks. Saya take the leap dan terus join Titan sebab niat memang nak belajar dengan expert iaitu Doc.”


FUTURE-PROOF EMAJIE


Selepas beliau selesai dikuarantin, Suhail sedar bahawa team beliau belum cukup mahir dan masih di tahap permulaan di mana mereka belum boleh mengecapi tahap pencapaian yang Suhail harapkan. Sesuatu perniagaan memerlukan seorang ketua yang bagus, tetapi ia juga memerlukan pekerja yang dapat bergerak dengan laju tanpa pemantauan ketua setiap masa.


“Team saya masih belum mahir dan baru, jadi saya terpaksa ada setiap masa dengan mereka. Saya sedar yang team saya juga belum matang dari segi pemahaman dalam bisnes.”


Suhail sedar mungkin ada khilaf pada dirinya juga sebagai ketua. Beliau mahu syarikat beliau menjadi sebuah perniagaan yang future-proof. Jadi ilmu dan ada MenThor itu sangat penting bagi beliau.


“Saya punya leadership skill sebelum masuk Titan sangat limited dan tidak polish. Jadi saya tidak menjadi the best leader for my team akibatnya team saya tidak dapat bekerja dengan efisien dan efektif, membuatkan hasil kerja kami tidak memuaskan.”


EMAJIE’S BREAKTHROUGH


Perniagaan Suhail bukan meningkat secara perlahan tetapi laju meroket setelah beliau aplikasikan pembelajaran yang beliau dapat dari Datuk Wira Dr Azizan Osman. Menurut Suhail, 2 bulan setelah beliau bersama RichWorks, angka jualan Emajie meningkat dengan banyak, dari RM400,000 sebulan kepada RM1,000,000 sebulan.


Dalam Titanium Circle, Suhail dapat akses pembelajaran secara 1 on 1 bersama MenThor beliau, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Setiap kali sesi 1 on 1, Suhail akan menggunakannya dengan sebaik mungkin walaupun ada perasaan gementar.


“Takut, excited dan happy sebab setiap kali 1 on 1 pasti akan ada way forward untuk bisnes. Segala benda yang dibincang memerlukan masa untuk buat dan saya boleh kata, memang tak cukup tangan nak apply. Itu yang best. Certainty yang kita dapat untuk memacu bisnes untuk pergi lebih jauh.”

Dari situ, pelbagai idea yang diberikan oleh Datuk Wira kepada Suhail bukan sahaja dari segi strategi marketing, malah dari segi kepimpinan, kewangan dan memberi solusi yang tepat untuk masalah dalam perniagaan.


Dalam masa kurang dari 1 tahun, Emajie berjaya menjadi The Most Promising CEO 2022, Rising Star Award by RichWorks Titanium 2022. Pada masa yang sama juga, Emajie mendapat Top Seller in TikTok shop semasa kempen 12.12 di kategori FMCG. Menjadikan Emajie sebagai jenama pilihan ramai dalam wangi-wangian yang sangat berkualiti tertinggi dengan harga yang berpatutan.


SUHAIL & EMAJIE


Perjalanan perniagaan Suhail bermula dengan niat beliau ingin mencari punca pendapatan lebih untuk mendirikan rumah tangga. Sikap Suhail yang berani mengambil peluang dan risiko menjadi salah satu sebab kejayaan yang beliau capai sekarang.


Hari ini, Suhail merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks kerana jualan sudah mencecah sebanyak RM20,100,000 pada tahun 2023. Beliau juga menjadi inspirasi kepada ramai orang bukan sahaja para usahawan malah kepada mereka yang minat dalam dunia wangian.

Artikel terbaru

Leave a Reply