ELLA FURNITURE (Nur Laila Alway)

ELLA FURNITURE sebuah jenama perabot buatan anak jati Malaysia yang diasaskan sejak tahun 2019. Ella Furniture menghasilkan perabot berkualiti tinggi dan indah seperti sofa, bingkai tempat tidur, bangku, kerusi makan, kerusi berlengan, dan meja kopi yang digemari sejak sekian lama.


Pemilik syarikat ini, Nur Laila Alway percaya bahawa semua pelanggannya hanya memerlukan perabot berkualiti tinggi, yang sesuai dengan keperluan mereka. Kepuasan hati pelanggan merupakan kebanggaan dan kegembiraan Laila dan team Ella Furniture.

LAILA: SUATU MASA DAHULU


Nur Laila Alway merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan. Selepas sahaja tamat belajar, Laila sedar bahawa beliau tidak yakin dengan masa depan untuk bekerja dengan orang. Disebabkan ayah beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya di zaman beliau, Laila juga mahu mencabar diri untuk berniaga.


“Actually saya ni belajar dalam engineering, and then saya ada Master juga tapi saya tak nampak saya punya masa depan bekerja dengan orang.”


“Alhamdulillah, ayah saya pun businessman yang berjaya. So daripada situ lah saya cabar diri saya untuk buat apa yang ayah saya buat. Dia dah berjaya masa zaman dia, jadi saya nak buktikan sebagai anak dia saya juga boleh berjaya dalam bisnes.”


Menurut Laila, beliau sememangnya datang dari keluarga yang boleh dikatakan senang. Tetapi beliau memikul beban di mana orang sekeliling mempertikaikan kebolehan beliau dengan membuat perbezaan antara Laila dan ayahnya yang berjaya dalam kerjaya.


Selepas Laila mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Beliau menjadi suri rumah sepenuh masa dan beliau tidak selesa untuk bersosial dengan orang sekeliling disebabkan beliau rasa diperlekehkan.


“Saya ni berpelajaran tinggi. Bila saya kahwin, saya tak buat bisnes. Kita macam low-key sebab saya tak suka sangat nak bersosial dengan orang luar.”


“Orang selalu kata saya ni ada Master, pergilah belaja r dan kerja. Buat apa belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah, jaga anak sahaja. So saya rasa macam sakit hati. Saya tahu yang saya boleh buat sesuatu cuma belum sampai part yang saya nampak saya betul-betul boleh berjaya.”


“So saya macam nak tunjuk dekat orang yang saya berdiam diri, senyap tu bukannya saya suka-suka duduk rumah lipat baju, jaga anak sahaja. Macam tak ada kerja kan. Saya duduk rumah tu saya belajar pasal online bisnes. So saya banyak belajar cara untuk upgrade dan improve diri.”


DROPSHIP PRODUK KOREA


Untuk memulakan langkah pertama beliau dalam dunia perniagaan, Laila cuba melaburkan duit untuk membuat produk tetapi beliau tiada ilmu dalam pemasaran yang tepat membuatkan beliau rugi.


“Kalau kita tengok orang nak buat produk, kita pun nak ada produk. Time tu ada capital tapi semua dah hangus sebab saya keep trial and error sahaja tapi tak jadi. Saya tak berapa reti marketing tapi saya invest untuk buat produk dengan modal yang besar. Macam-macam produk saya cuba jual.”


Disebabkan Laila sudah kehabisan wang, beliau cuba untuk berniaga dengan cara menjadi agen dropship untuk produk kosmetik dari Korea pada tahun 2018.


“Last sekali saya try dropship. Saya follow satu brand dari Korea ni, saya betul-betul fokus dan ikut cara marketing dia. Dan dari dropship itulah saya dapat bina semula kewangan.”


“Sebab masa tu saya rasa kalau saya nak bina bisnes, awal-awal saya dah tak nak dah pakai modal. Saya nak start daripada Zero. Sebab saya dah pernah habis duit dulu. Jadi saya dah jadi takut nak keluar modal.”


Hasil dari menjadi agen dropship, Laila mendapat keuntungan dan beliau belajar cara untuk marketing secara online. Hasil pendapatan menjual barang kosmetik dari Korea itu sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.


LAHIRNYA FURNITURE


Pada suatu hari, Laila ingin membeli sebuah sofa untuk kediaman beliau. Dari situ, Laila berjumpa dan berkenalan dengan Furniture Maker. Beliau nampak potensi yang besar dalam perniagaan perabot dan mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Furniture Maker tersebut untuk memasarkan sofa-sofa yang dihasilkan.


“Saya nak cari sofa dan masa itu lah saya jumpa dengan orang yang kita panggil Furniture Maker. Saya tanya dia untuk kita joint venture. Saya market, dia buat sofa. So dari situlah bermulanya Ella Furniture.”


Menurut Laila, tidak ramai tukang perabot datang dari kalangan bumiputera. Berbekalkan modal RM30,000 hasil dari dropship produk kosmetik Korea tersebut, Laila memulakan perniagaan perabot pada tahun 2019.


“Masa awal tahun 2019, macam tak ramai orang Melayu buat furniture. Jadi saya rasa macam ada opportunity dekat situ. Masa tu saya tidak tinggalkan lagi bisnes dropship.”


“Ada pelanggan tanya, betul-betul Melayu buat ke? Okay, saya beli dengan awak, nak support. Saya rasa belum ada lagi orang Melayu bangunkan jenama perabot.”


“Perabot tak ramai orang jual compared to kosmetik dan makanan. Jadi why not sofa? Sesuatu yang susah sikit nak jual online dan mahal. Orang nak tengok depan-depan kan.”

Berniaga sofa ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana Laila perlu keluar berjumpa dengan pelanggan untuk melihat sendiri bahan apa yang digunakan. Bukan itu sahaja, ada kalanya Laila perlu memberi konsultasi dalam pemilihan warna dan corak sofa.


“Masa tu saya start pun, kita dah buat branding awal-awal guna duit dari dropship. Benda betul yang saya buat dulu, saya terus start bina branding. Alhamdulillah ada sambutan dan saya tak syok sendiri menjual walaupun masa tu tak banyak.”


“Saya post dekat Instagram, jadi bila dapat customer inquiry saya akan pergi jumpa mereka. Saya bawa materials macam kita pergi buat sales door to door service. Saya pergi rumah customer, suggest dekat mereka sofa yang sesuai dengan warna dinding dan sebagainya.”


“Saya start buat sales dengan RM6,000 sebulan, kemudian naik RM10,000 sebulan sampailah RM30,000 sebulan.”


SEMINGGU TANPA JUALAN


Pada tahun 2020, ketika pandemik Covid-19 berlaku kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Laila mula tidak yakin boleh membuat jualan sofa beliau kerana beliau rasa tiada sesiapa perlukan sofa pada ketika itu.


Laila juga tiada semangat untuk buat marketing dan posting produk dalam sosial media. Hal ini menyebabkan Ella Furniture tidak dapat membuat apa-apa jualan dalam 1 minggu. Kemudian, Laila membuat keputusan untuk menambah ilmu perniagaan dengan RichWorks.


“Seminggu masa PKP, saya tiada buat marketing. Saya rasa tak ada siapa nak beli sofa. Orang tak ada duit nak beli. Sofa ni bukan macam makanan. Jadi 1 minggu sales tak masuk.”


ISI MASA LAPANG, BELAJAR


Laila tidak bersedih lama-lama, beliau mengambil keputusan untuk tambah ilmu bersama RichWorks sementara PKP dijalankan untuk persiapan setelah tamatnya perintah kawalan tersebut. Pada awalnya, Laila menyertai Zero To Million Mentoring Program SPIRE.

“Saya join RichWorks pada bulan Mei 2020. Saya fikir masa PKP ni lebih baik saya belajar. Then lepas saya join, RichWorks bagi banyak idea. Masa tu saya macam sedar rupanya boleh buat duit lah masa PKP.”


“So the first pandemic I survived. Doc bagitau, time PKP ni orang banyak spend masa dekat phone. Orang banyak duit sebab tak payah bayar kereta dan rumah. So that time saya buat all out lah. Saya post gambar produk dekat Instagram.”


“Customer yang lama minta gambar sofa. Dan mereka beli dan share result bila sofa tu ada dekat rumah mereka. Dari situ ramai yang nak sofa juga.”


Selaras dengan aspirasi Program SPIRE untuk membantu usahawan mencapai RM1,000,000 pertama, Ella Furniture berjaya mencapai angka jualan RM1,800,000 pada tahun 2020.

PEKERJA BERHENTI SERENTAK


Semasa Laila berada dalam pementoran SPIRE, banyak strategi pemasaran yang digunakan dan meningkatkan lagi penjenamaan Ella Furniture. Bermula dari bengkel dengan saiz 20×40 sahaja, beliau besarkan keluasan bengkel dengan mengambil 2 lagi bengkel bersebelahan. Ini kerana angka jualan setiap bulan semakin meningkat dengan konsisten. Dari RM200,000 sebulan, meningkat ke RM400,000.


Melihat konsistensi ini, Laila membuat keputusan untuk menambah baik ilmu dan bimbingan dengan menyertai Program Titanium RichWorks. Beliau diterima masuk sebagai ahli Titanium setelah disaring pada bulan Disember 2020.


“So kita start awal dengan a very small bengkel macam bengkel motor. Lepas masuk RichWorks kita dapat sales banyak lagi. So saya start ambil 2 lagi bengkel sebelah. Jadi ada 3 bengkel tapi still masa tu bengkel sahaja.”


“Alhamdulillah, masa tu saya rasa sales kita pun maintain RM200,000 sebulan, bulan 5 join SPIRE, bulan 12 saya terus join Titan. Masa saya join Titan sales naik lagi laju,”

Namun, semasa jualan semakin meningkat. Laila terpaksa menghadapi cabaran di mana pekerja-pekerja beliau berhenti serentak kerana terlalu banyak sangat pesanan. Ini menyebabkan beliau perlu mencari pekerja baharu yang mahir dalam masa yang singkat dan akibatnya, Ella Furniture mendapat feedback negatif daripada pelanggan kerana penghantaran yang lambat.


ELLA FURNITURE’S BREAKTHROUGH


Laila juga sedar akan kelemahan dalam kepimpinannya. Tabah menghadapi cabaran dan ujian, Laila teruskan juga memberikan yang terbaik supaya pelanggan gembira. Beliau juga belajar dan betulkan kemahiran kepimpinan beliau dengan lebih baik.


Laila semakin jelas dengan perniagaan beliau dan apa yang perlu dicapai dan dilakukan setelah mendapat bimbingan secara dekat bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks. Angka jualan sofa meningkat dengan banyak lagi sehingga beliau berjaya mencapai angka RM2,000,000 sebulan.


Dari sebuah bengkel kecil, Laila berjaya memiliki kilang perabot sendiri yang terletak di Sungai Buloh, Selangor dan pusat pameran perabot yang terletak di Shah Alam dan Johor Bharu.


“Mula-mula saya skeptikal juga, boleh ke tak ada bilik pameran jual sofa premium. Nak suruh orang datang kilang saya yang kecil dulu memang tak padan. Ella Furniture beli online, jika ada sebarang kerosakan kita di Malaysia berbanding belian secara atas talian dari negara lain.”


“Saya fikir balik, ramai pelanggan beli barang dari China. Beli sofa dari China, kenapa barang China orang boleh beli, barang tempatan orang tak beli. Banyak Instagram jual barang dari China kan. Daripada situ saya ambil peluang, jual barang Malaysia dari kilang saya sendiri.”


“Sekarang 95 peratus tempahan dan jualan diterima menerusi dalam talian dan saya terharu kerana produk dihasilkan turut dibeli pelanggan di Australia, Brunei dan Singapura,” jelasnya lagi.


Setakat ini, Ella Furniture menerima purata 300 pelanggan setiap hari yang berminat dengan perabot keluarannya.


LAILA DAN ELLA FURNITURE


Walaupun beliau diperlekehkan kerana tidak mempunyai kerjaya yang bagus dengan pencapaian akademik yang dimiliki, Laila bangkit dan membuktikan kepada semua bahawa beliau boleh berjaya seperti ayah. Semua berubah disebabkan satu pelawaan sahabat yang ingin melihat beliau berjaya bersama-sama.


Hari ini, Laila merupakan salah seorang Gladiator di RichWorks kerana jualan sudah mencecah sebanyak RM21,200,000 juta. Ella Furniture juga menjadi jenama perabot kegemaran VIP dan selebriti tanah air Malaysia.

Artikel terbaru

Leave a Reply