EFFERTY INTERNATIONAL SDN. BHD. (Dr. Raihana Ismail & Farabi Ahmad)

Menimang cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, ada pasangan diuji dengan masalah sukar hamil. Ramai pasangan di Malaysia telah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan anak namun ikhtiar hamil mereka masih belum membuahkan hasil. Mereka perlu berikhtiar dengan pelbagai cara sama ada secara moden atau tradisional.


Oleh itu, Dr. Raihana Ismail mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk kesuburan susu EFFERTY untuk membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu formula yang membantu wanita untuk hamil dalam masa terdekat.

RAIHANA & FARABI : SUATU MASA DAHULU


Sebelum terjebak dalam dunia perniagaan, Raihana bekerja sebagai pegawai perubatan di beberapa buah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia selama 5 tahun dari tahun 2010 hingga 2015. Farabi pula bekerja di sektor Oil & Gas sehingga tahun 2019.


Raihana merupakan graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine dan pernah bekerja di hospital kerajaan manakala Tuan Farabi pula merupakan pemegang Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan dan pernah memegang jawatan di syarikat Oil & Gas.


Mereka berdua diuji dengan lambat mendapat zuriat walaupun sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Seperti pasangan yang lain, Raihana dan Farabi juga mencuba pelbagai cara antaranya dengan memakan pil kesuburan. Namun, usaha mereka tidak membuahkan hasil. Beliau juga pernah mengalami keguguran sebanyak 3 kali dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.


Bermula dari situ, Raihana mula mendalami bidang pemakanan dan kesihatan terutamanya memahami faktor kesuburan bagi wanita. Berkat ikhtiarnya itu, beliau berjaya menimang cahaya mata pertama pada tahun 2015. Setelah sekian lama, beliau mahu meluangkan masa yang lebih panjang bersama anak sulungnya dan keluarga.


“Berdasarkan pengalaman saya sendiri, susah hamil, PCOS, haid tak teratur, gugur berkali-kali. Akhirnya saya berjaya hamil anak sulung dengan hanya betulkan cara pilihan makanan yang betul. Meskipun berat badan saya naik 10 kg ketika itu, namun saya berjaya hamil semulajadi tanpa bantuan ubatan.”


“Saya tekad berhenti kerja selepas lahir anak pertama. Niatnya ingin spend lebih masa dengan anak. Maklumlah sukar hamil ketika ikhtiar anak pertama, ditambah pula dengan ujian keguguran 3 kali membuatkan saya tekad berhenti kerja.”


KLINIK RAIHANA, MEDISPA & SKINCARE


Selama 6 bulan lepas Raihana meletakkan jawatan sebagai pegawai kesihatan, beliau menjadi Doktor Locum secara freelance di pelbagai klinik sekitar Terengganu. Melalui pengamalan beliau sebagai locum, Raihana banyak belajar tentang perniagaan klinik.

“Dalam tempoh 6 bulan lepas berhenti, saya freelance locum di merata klinik swasta di Terengganu. Dari situ saya belajar bagaimana nak dapatkan supplier ubat untuk klinik, jenis rawatan dan selok-belok perniagaan klinik.”


6 bulan selepas itu, Raihana membuat keputusan untuk membuka klinik beliau sendiri iaitu Klinik Raihana yang terletak di Dungun, Terengganu. Klinik beliau memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan untuk membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat seperti mana yang dialaminya. Perkara ini mengejutkan ibu bapa beliau kerana mereka tidak tahu bahawa Raihana sudah pun berhenti kerja sebagai pegawai perubatan.


“Ibu bapa sangat berharap kesemua anaknya dapat kerja dengan kerajaan kerana terjamin wang pencen. Tapi saya berhenti kerja senyap-senyap sehinggalah 6 bulan selepas berhenti kerja dan buka klinik sendiri, baru saya maklum kepada ibu bapa saya. Nampak air muka kecewa mereka, namun sedikit lega selepas saya bersungguh mohon maaf kerana tak maklum berhenti kerja.”


Semangat keusahawanan Raihana sudah dipupuk semenjak kecil lagi di mana beliau menjual sagun kelapa di sekolah atau menjual berbalang-balang kuih suji pada guru-guru. Namun begitu, memiliki dan menguruskan klinik sendiri bukanlah semudah yang disangka. Pengalaman 6 bulan sebagai locum tidak mencukupi. Hari demi hari Raihana hanya membuat hutang, bukan untung.


“Saya ingatkan dengan pengalaman 6 bulan locum tu cukup, rupanya banyak lagi ilmu bisnes kena belajar. Klinik saya saban hari semakin susah nak survive, kos meningkat dan saya terpaksa teruskan juga berniaga kerana dah tak ada jalan patah balik untuk kerja kembali dengan kerajaan.”


“Dulu bisnes saya macam ni, dia kais pagi makan pagi. Dia ikut nasib. Dekat klinik kalau ada customer datang, Alhamdulilah rezeki. Kalau tak ada customer datang, redha je lah.”


Melihat prestasi kliniknya yang mengecewakan membuatkan Raihana membuka 2 lagi perniagaan iaitu Raisya Medispa dan produk kesihatan kulit wajah, Dr. Rai Skin Solution. Beliau berpendapat, lagi banyak perniagaan dibuka, lagi banyak duit masuk.


“Selama 4 tahun run klinik sendiri, sales tak pernah capai RM1,000,000. Biasanya sales dalam RM500,000 hingga RM600,000 setahun. Nampak macam banyak tapi overhead tinggi. Banyak nak bayar, last-last saya nak ambil duit untuk gaji sendiri RM1,000 pun tak mampu.”


“Bila saya lihat sales klinik slow, saya mula berfikir nak tambah bisnes lain. Ketika itu saya mula buka medispa dan skincare juga dan menyebabkan kos meningkat. Saya jadi tak fokus. Cashflow yang tak jaga menyebabkan saya sendiri tak mampu ambil gaji sendiri, dan terpaksa berhutang dengan kawan untuk bayar gaji staf.”


JATUH DITIMPA TANGGA


Perniagaan Raihana seperti tiada hala tujuan. Beliau sangka dengan keputusan untuk tambah perniagaan boleh menambah punca pendapatan, tetapi hanya menambah beban kewangan yang sedia ada. Pernah suatu ketika, Raihana dan Farabi terpaksa meminjam kereta kawan untuk pulang ke kampung halaman kerana kereta mereka sendiri rosak.


“Momen yang saya tak dapat lupakan dahulu kereta secondhand Honda Civic rosak, enjin perlu overhaul. Kami tiada kenderaan untuk pulang ke kampung, dan terpaksa pinjam kereta kawan.”


Paling terkilan, beliau tidak dapat membuktikan kepada ibu bapa bahawa beliau juga boleh berjaya dalam perniagaan setelah membuat keputusan untuk berhenti kerja yang dianggap stabil itu.


“Yang menjadi kebengangan saya adalah, saya tak dapat buktikan pada ibu bapa saya waktu tu bahawa bisnes saya boleh berjaya. Hutang semakin meningkat, masa semakin singkat. Jika saya tak masuk klinik, sales tak ada.”


Semasa Raihana bersalinkan anak kedua, beliau dan Farabi diuji pula di mana rumah mereka dipecah masuk. Mereka kerugian sejumlah wang yang besar iaitu hampir RM500,000.


“Bersalin anak kedua. Saya dah ready luggage untuk berpantang tapi rumah kami kena pecah. Habis beg-beg luggage semua hilang, selepas itu banyak kerugian hampir setengah juta. Rompakan barang-barang klinik.”


ZERO KOS MARKETING


Farabi pula bekerja seperti biasa untuk menanggung keluarga. Beliau sentiasa cuba memahami Raihana dan sedikit sebanyak membantu Raihana dalam perniagaan. Melihat keadaan isterinya itu, Farabi mendaftarkan Raihana dalam satu Program anjuran RichWorks iaitu Zero Kos Maketing pada tahun 2019. Raihana sebenarnya tidak mahu pergi.


“Bulan 3, 2019 saya dan klinik dah nyawa-nyawa ikan. Husband senyap-senyap suruh pergi kelas Zero Kos Marketing. Lepas tu kena tutup klinik. Mulanya saya tak nak hadir. Alhamdulillah dengan hati bengkaknya saya attend la kelas tu.”


Semasa sesi Hot Seat, Raihana terkesan dengan kisah Nizam Jamumall. Sesi yang sekejap itu membuatkan semangat Raihana semakin membara-bara untukbangkit dari kejatuhan dan selepas itu beliau membuat keputusan untuk menyertai RichWorks dalam Program Pementoran Titanium.

“Masa saya nampak Hot Seat, kisah Nizam sahaja dapat trigger saya untuk join RichWorks. Then saya nak sign up jadi Titan. Suami pening kepala nak cari duit, dengan gadaikan emas dan pinjam duit kawan. Alhamdulillah ada rezeki saya berguru.”


EFFERTY


Setelah mempunyai Guru dan MenThor, perniagaan mereka semakin baik dan mempunyai perubahan. Raihana semakin sedar, terlalu banyak kesalahan yang dilakukan dalam perniagaan sehingga menyebabkan beliau berada dalam situasi berhutang.


“Sebelum kenal RichWorks saya tak tahu ilmu leadership, saya agak sukar mendengar cakap orang lain, tiada visi. Bila sales klinik ada RM90,000, tapi profit tiada.”


“Saya tak tahu nak letak harga produk dan tak faham bisnes model. Saya juga tiada HR dan hanya hire staf seorang diri. Saya tak fasih dengan Akta Buruh dan bekas pekerja seringkali buat aduan di pejabat buruh dan saya sering turun naik mahkamah untuk selesaikan aduan.”


Sehinggalah pada bulan Jun 2019, Raihana membuat keputusan untuk tutup perniagaan klinik, medispa dan skincare beliau dan hanya fokus pada produk baru iaitu EFFERTY. Efferty dilancarkan pada bulan Mac 2019 setelah beliau menyertai Titan.


“Turning point saya adalah program Nak Ubah Hidup pada tahun 2019. Waktu tu Efferty dah 3 bulan ke pasaran. Saya dah ada dalam Titan masa tu. Tapi bulan 6 baru saya dapat join program NUH.”


“Alhamdulillah sepanjang saya run klinik sendiri, Allah hadirkan patient yang sukar hamil dan akhirnya berjaya hamil selepas dapatkan konsultasi dan berbelas jenis vitamin dan mineral tambahan yang saya bekalkan.”


“Dari situ menyebabkan saya terdetik untuk memformulakan vitamin dan multimineral tersebut dalam bentuk susu supaya lebih ramai dapat telan dan sedap. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan pelancaran Efferty berjaya bantu 80 pasangan menimang cahaya mata. Kadar kejayaan ni lebih laju berbanding ketika saya buat servis rawatan di klinik. Setelah saya selidik, lakukan list pro and cons, saya tekad jual klinik sebelum fokus 100% pada susu Efferty.”


“Pertama kali saya macam betul-betul dapat bersihkan niat saya, kolam jiwa saya. Saya minta maaf dengan semua orang saya pernah buat salah dan tidur lena lah malam tu. Masa habis kelas tu, esoknya saya balik ke Terengganu, dapat ilham untuk rekodkan 26 video, Formula Dr Rai. Saya fikir yang Efferty ni boleh ke depan.”


Sepulang sahaja ke Terengganu, Raihana memberitahu Farabi bahawa beliau ingin menutup ketiga-tiga perniagaannya di dalam kereta. Perkara itu mengejutkan Farabi.

“Lepas habis kelas tu, waktu kita on the way balik, dalam kereta dia cakap, saya nak let go la semua klinik, spa, skincare. Saya dah terfikir, alamak ni dah gila sangat ni. Sebab itu source of income kita. Saya dah berhenti kerja dan join Efferty masa tu,” kata Farabi.


“Sebab lagi satu, kita banyak komitmen, banyak hutang semua kan. Saya fikir daripada income klinik dan yang lain itulah yang membantu bayar hutang apa semua. Tapi tengokkan dia punya nak sangat benda tu kan? Macam beria-ia apa semua tu. Okay lah, jual je lah, follow je lah.” sambung Farabi.


EFFERTY’S BREAKTHROUGH


Mereka mula fokus dan membina Efferty dengan lebih besar. Raihana dan Farabi sangat percaya bahawa Efferty boleh mengubah hidup mereka. Melihat rakanrakan yang lain berjaya juga menjadi salah satu penyebab yang membakar semangat mereka. Banyak teknik pemasaran yang dilakukan. Perkara pertama yang dilakukan pada ketika itu adalah dengan membuat LIVE di media sosial.


“Otak kita ni perlu tengok bukti-bukti baru nak ambik tindakan.Perlu ada kepercayaan. Sebab tu penting ada dalam circle jugak la, Titan Circle. Sebab saya tengok orang tu buat, eh okay, dia buat betul. So kita pun akan dah start nak follow rentak dia macam tu.”


Raihana buat LIVE bukan dalam konteks menjual tetapi berkongsi pengetahuan beliau. Usaha beliau mendapat perhatian ramai kerana beliau bercakap melalui pengalamannya sendiri.


“Konten tu sebenarnya berdasarkan pengalaman saya jugak, saya punya kepakaran apa, lepas tu pengalaman yang masa tu Allah dah uji saya macam-macam lah. Keguguran, masalah hormon. Jadi kita dah faham bab tu dan kalau nak cari konten yang menarik tu sebenarnya kita boleh dapat idea banyak bila kita scroll cari dekat Google kan? Konten-konten yang menarik yang boleh ramai engagement. Itulah antara tajuk-tajuk konten yang kita buat.”


Sejak daripada itu, angka jualan susu Efferty melonjak naik dan mereka berjaya mencapai RM1,000,000 pertama melalui perniagaan susu tersebut.


RAIHANA & FARABI BERSAMA EFFERTY


Setiap dari ujian dan dugaan yang dihadapi pasti ada hikmahnya. Siapa sangka mereka diuji dengan kesusahan untuk mendapat zuriat, akhirnya membantu Raihana dan Farabi berjaya sehingga sekarang. Kini pasangan ini merupakan salah satu Gladiator RichWorks dengan angka jualan sebanyak RM16,800,000 pada tahun 2023.


Raihana dan Farabi sudah berjaya membantu 5000 pasangan mendapatkan cahaya mata melalui susu Efferty. Misi mereka juga adalah untuk membantu 1 juta pasangan mendapatkan cahaya mata. Melahirkan 100 ribu usahawan Efferty dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih 30 juta rakyat Malaysia di bawah Effertz Family Initiative Programme.

Artikel terbaru

Leave a Reply