DMIMI SDN. BHD. (Shaharil Shafie & Nor Izha)

DMIMI SDN. BHD. ialah industri fesyen yang memberi tumpuan kepada pengeluaran baju kurung untuk seluruh wanita di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2008, Dmimi telah menjadi pilihan jenama pakaian wanita bagi ramai wanita dan bukan sahaja mematuhi syariah tetapi juga moden dan bergaya. Dmimi menjadi jenama fesyen baju kurung moden yang berkembang di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei selama hampir 15 tahun.


Dengan mengekalkan matlamat pemasaran pakaian wanita yang mematuhi syariah untuk menjadikan pemakainya kelihatan cantik dan menawan, Dmimi juga membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menjana pendapatan yang menguntungkan. Dmimi sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan sentiasa terkini dengan perubahan zaman dan inovatif.

SHAHARIL & INA : SUATU MASA DAHULU


Shaharil Bin Shafie atau Shaharil dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan. Di mana ayah beliau merupakan seorang petani dan ibu beliau suri rumah sepenuh masa. Sifat suka berniaga Shaharil sudah ada sejak kecil lagi
semasa beliau membantu bapa saudara beliau berniaga.

“Saya datang dari keluarga susah. Ayah sebagai petani dan mak suri rumah, isi rumah seramai 11 orang di mana saya dalam satu rumah bersama tok, mak saudara, sepupu juga. Semasa umur saya 10 tahun, selepas balik sekolah saya akan bantu bapa saudara saya menjual petrol di simpang jalan kepada penunggang motosikal.”

“Tamat je SPM, saya kerja. Saya dahulu bekerja sebagai penolong pengurus di syarikat pemborong beras selama 10 tahun dari tahun 2001 hingga 2011. Selepas itu saya memulakan perniagaan pasar mini.”

Nor Izha binti Mohamad Shah mesra dengan panggilan Ina, beliau dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja di mana beliau dibesarkan di Parit Buntar, Perak. Dari kecil lagi beliau dididik untuk berniaga buah durian kerana datuk beliau mempunyai sebuah dusun durian.

“Bapa saya bekerja sebagai Pekerja Am manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Saya anak sulung daripada dua adik-beradik. Datuk saya ada dusun durian, jadi pada musim durian, bapa saya akan berniaga buah durian dan saya akan bantu ayah saya ketika tu umur saya 10 tahun. Saya juga membantu mak bapa saya berniaga ais kacang dan laksa setiap petang selepas habis waktu sekolah.”


Setelah tamat sahaja persekolahan, Ina menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang Information Studies di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Kemudiannya beliau berkahwin dengan Shaharil pada tahun 2004.

JUAL BAJU DI KEDAI RUNCIT

Selepas Ina tamat sahaja pengajian, beliau memulakan kehidupan baharu dan berkahwin dengan Shaharil. Menurut Ina, beliau mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan di Putrajaya. Namun, mereka baru sahaja memulakan kehidupan suami isteri dan disebabkan terpaksa berjauhan, Shaharil tidak mengizinkan Ina untuk bekerja tetapi memberi beliau pilihan untuk memulakan perniagaan.

“Lepas habis belajar, pada mulanya saya nak bekerjalah, makan gaji. Kerja kerajaan, lebih mudahlah kan. Tapi bila saya baru saja kahwin, so suami saya tak izinkan. Jadi saya kata “Okay kalau tak bagi, saya nak buat apa? Sebab saya nak bayar PTPTN and bagi parents saya duit juga.”

“Saya pernah berada di situasi yang berbelah bagi untuk memilih antara tawaran kerja dalam sektor kerajaan atau memilih untuk berniaga di kampung halaman bersama suami. Ibu bapa saya sangat sedih kerana saya menolak tawaran kerja kerana saya memilih untuk berniaga bersama suami.”

“Suami kata kalau buat bisnes nanti boleh duduk dengan dia kan. Sebab saya ada dapat panggilan kerja tapi jauh. Saya dari duduk di Parit Buntar tapi tawaran kerja tersebut dekat Putrajaya. Jadi dia tak izinkan, so saya start lah dengan bisnes pakaian ni.”

Pada ketika itu, Ina memulakan perniagaan kecil beliau dengan menumpang tapak di kedai runcit Shaharil. Beliau ambil stok baju dan tudung yang tidak terlalu banyak, hanyalah dalam 20 stok sahaja. Tetapi stok tersebut laris dan memberi mereka satu harapan bahawa perniagaan pakaian ini boleh diteruskan.

“Pada mulanya saya menjual tudung bawal dan kain pasang sulam. Stok tudung dan kain sulam itu diambil dari pemborong yang datang dari Kuala Lumpur. Saya hanya tumpang pasar mini Tuan Shaharil, untuk letak baju. Saya ambillah baju dari pemborong, ada tudung juga masa tu.”


“Saya ni jenis orang yang suka sapa orang. Ramah jugalah kan. Jadi bila ramah tu, customer masuk beli barang, saya promote lah baju dan tudung tu. Last last habis. Kalau saya ambil 20 tu, 20 tu habis. Lepas tu suami saya kata “Eh ni boleh jual baju
ni.” Saya cakap oklah, kebetulan kita ada kedai kosong dekat sebelah pasar mini. Saya buka lah kecik-kecik butik baju pada tahun 2008. Masa tu saya buat semuanya seorang. Bermula dengan 50 helai baju dan 12 helai tudung sahaja sebagai permulaan.” jelas Ina lagi.

HUTANG HAMPIR SEPARUH JUTA

Setelah Ina dan Shaharil membuka butik pakaian secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Nama Dmimi diambil daripada nama anak mereka. Huruf “D” dari perkataan Dream dan “Mimi” dari nama anak mereka, Shamimi Hani.

Seperti perniagaan yang lain, mereka menghadapi cabaran di mana mereka tidak mempunyai jualan yang konsisten. Perniagaan yang dijalankan hanyalah cukup untuk membayar sedikit komitmen dan keperluan hidup harian sahaja.

“Bila saya dah buka kedai macam biasalah, kadang ada sales, kadang-kadang tak ada sales. Cukuplah sekadar bayar duit PTPTN dalam RM100 lebih sebulan dan beli barang-barang sendiri. Meniaga dekat kampung je. Jadi jualan pun tidaklah seberapa. Tapi kita cuba untuk kembangkan bisnes dengan ambil pekerja. Tapi kita dapat macam-macam cabaran sebab saya tak pandai nak urus semua tu.”


Sementara Ina menguruskan butik beliau, Shaharil juga berdepan dengan masalahnya lebih besar di mana beliau terjerat dengan hutang yang mencecah hampir RM500,000. Hutang tersebut berlaku kerana beliau ingin membesarkan lagi perniagaan namun tidak ada ilmu untuk menggunakan duit pinjaman tersebut dengan baik.

“Dulu saya ada kedai runcit dan kedai runcit tu sempat bertahan selama 16 tahun lah beroperasi. Lama juga. Terlalu banyak sangat berlaku kebocoran dan saya terjerut dengan hutang RM450,000.”

“Waktu itu dalam tahun 2013 hingga 2015 saya banyak sangat nak cuba pelbagai bisnes jadi saya pandai buat loan tapi tak pandai buat duit. Hutang banyak sangat jadi bank kejar minta cover cek sebab tak cukup duit. Sampailah saya pinjam duit dekat mak. Mak cuba bantu saya dengan bergadai-bergolok barang kemas.”

“GHAPLAA JINGGA!”

Sedikit demi sedikit cabaran hadir dalam kehidupan Shaharil dan Ina. Mereka cuba bermacam-macam cara untuk melangsaikan hutang tersebut dan menjalani kehidupan harian. Mereka cuba mengembangkan lagi perniagaan Dmimi, dengan menambah pekerja. Namun, akibat daripada ilmu yang kurang dalam bahagian menguruskan pekerja, mereka jadi buntu.

“Bila dah sampai satu masa kami dah ada pekerja, kami nak berkembang sedikit demi sedikit. Tapi bila tak ada guru, adalah macam-macam cabaran kan. Tak pandai nak urus semua tu. Kami juga tidak tahu nak ambil orang yang betul. Asal boleh bernafas kami amik untuk bekerja.”

Perkara ini berterusan sehinggalah pada tahun 2020, dunia dikejutkan dengan kewujudan virus Covid-19 yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi menjejas banyak perkara termasuklah semua perniagaan. Pada waktu itu, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menukar 360° darjah cara pembelian orang ramai. Pada waktu itu, Dmimi yang masih lagi dengan perniagaan secara offline bergelut untuk menyesuaikan diri.

“Sebenarnya, 10 tahun pertama kami menjalankan bisnes macam biasa-biasa je kan. Meniaga dekat kampung je. Tapi setelah tahun 2020, berlakunya Covid-19 kan, masa itulah kita start mencari guru sebab masa tu kedai asyik tutup, buka, tutup, buka. Jadi pening lah. Sebab kita fokus kepada offline kan, masa tu memang bak kata orang utara “Ghaplaa Jingga”. Masa itu juga kami adalah staf dalam 6 orang, tak ramai tapi masa tu nak bayar pekerja pun susah.”

TITANIUM CIRCLE

Menurut Shaharil beliau sudah mengenali RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak dari tahun 2014 lagi. Pada kata ketika itu, beliau terlihat iklan di surat khabar Harian Metro tentang program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan. Kemudiannya, Shaharil menyertai IMKK tersebut dan program-program jangka pendek yang lain seperti Program Intensive Jutawan Industri (IJI) dan Advanced Marketing Power (AMP). Namun, beliau tidak bersedia untuk mendapatkan bimbingan yang lebih rapat lagi dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Sehinggalah keadaan memaksa pada tahun 2020 untuk mendapatkan bimbingan secara rapat dari RichWorks.

“Dari situlah titik perubahan kami, kami berubah kepada yang lebih baik. Contoh formula daripada Doc juga seperti, “Yang wajib diwajibkan, Yang sunat diwajibkan, Yang tertinggal di qadakan”. Lebih kepada solat, dan banyak lagi strategi lain. Marketing to Allah, Doc ajar. Dari situlah kita dapat selesaikan hutang sedikit demi sedikit.”

“Rasanya kalau kami tak diterima memang tak wujudlah Dmimi lagi. Sebab kami tak faham bab online, lepas tu bila kita dah faham, nak bertindak pula. Nak bertindak tu tak boleh saya dan Ina sahaja 2 orang, kena ada team. Itupun, nak tahu pula macam mana nak ambil team yang betul, nak manage team, nak bina culture lagi. Kekurangan ilmu waktu tu.”

DMIMI SDN. BHD.

Proses untuk membina semula Dmimi dari perniagaan secara offline ke online bukanlah suatu perkara yang mudah dan cepat. Menurut Shaharil, ianya mengambil masa 4 tahun juga kerana mereka perlu bermula dari bawah semula. Perubahan dan transformasi yang dilakukan bukan sahaja dari segi pengurusan perniagaan tetapi dari segi gaya pemikiran mereka sebagai usahawan juga.

“Proses tu bukanlah makan sehari dua. Bertahun juga lah. Ambil masa 4 tahun juga. Tahun 2020 tu juga, kami macam kena mula balik dari awal. Start balik dari zero. Apa benda betul yang kita buat adalah dengan Datuk Wira ubah cara kami berfikir. Daripada offline pergi ke online.”

“Lepas tu kita pula berada dalam circle Titan ni, kita nampak boleh pergi jauh lagi. Contoh saya ingat lagi, CAM Hajar dia bagitahu kalau dah join dalam Titan ni, bukannya bulan puasa sahaja kita sibuk dapat jual baju banyak. Tapi kita kena yakin bahawa setiap bulan adalah hari raya supaya kita sibuk.”

“Dulu kitorang kalau nak fokus tu waktu bulan puasa je. Lagi 11 bulan tu, relaxrelax. Kalau ada sale, adalah. Tapi bila kita dah start join Titan, bertambah ilmu dan bermacam-macam peluang rezeki yang kami perolehi.”

Melihat kembali kesusahan yang dilalui mereka di tahun-tahun sebelumnya, ianya menjadi satu pencapaian terbesar apabila pada bulan Ramadhan 2023, mereka diberikan peluang untuk menunaikan umrah selama 10 hari bersama-sama dengan ahli Titanium yang lain, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan team RichWorks.

“Masa bulan puasa tahun 2023, kami dapat menunaikan umrah bersama dengan Titans, Datuk Wira dan team RichWorks. Kami macam tak percaya sebab selalunya bulan puasalah yang kami paling sibuk sampai tak boleh tinggalkan ofis dan butik. Tapi alhamdulillah bila dengan bimbingan RichWorks, dengan Datuk Wira, kami boleh tinggalkan pada leader dan team yang uruskan.”


“Dalam sejarah tau selama 14 tahun berniaga kami dapat bawa anak-anak menunaikan umrah pada bulan puasa. Meniaga pakaian ni waktu kemuncak adalah bulan puasa jadi bulan yang sangat sibuk. Alhamdulillah team kami dapat uruskan dengan baik. Setiap tahun bulan puasa Dmimi akan ada buat program sumbangan baju raya usahasama dengan 3 buah masjid. Team yang uruskan semasa ketiadaan kami. Syukur.”

DMIMI’S BREAKTHROUGH


Shaharil dan Ina tidak hanya berhenti di situ, mereka belajar dan belajar lagi dengan usaha untuk mengembangkan perniagaan mereka peringkat yang tinggi. Setiap kali Sesi 1 On 1 bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mereka menggunakan masa yang diberi dengan baik dan fokus dengan apa sahaja bimbingan dan ilmu yang diberikan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks. Mereka mengikuti dan implementasikan sahaja segala idea-idea yang diberikan kerana idea dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman sampaikan dapat membantu dalam peningkatan perniagaan mereka.

“Sebelum join kelas tu, kami ni memang macam Rashid dan Rashidah lah. Kadang-kadang tidur pun tak cukup. Tapi sekarang ni alhamdulillah, banyak masa, kami pun lebih tenang, ada masa dengan family, ada masa nak pergi masjid dan nak jumpa mak ayah.”


“Datuk Wira sangat memberi semangat dan inspirasi kepada saya . Datuk Wira banyak membantu saya untuk atasi isu dan cabaran saya dalam bisnes. Bantu berikan idea dan strategi dalam meningkatkan sales Dmimi. Selain dari itu, bimbingan yang berterusan membuatkan Dmimi lebih yakin untuk berkembang dengan jayanya dan membantu lebih ramai orang dengan berkongsi rezeki bersama.”

“Memang susah nak sustain walaupun sebelum masuk Titan kami dah buat sales RM1,700,000 juta tapi nak sustain tu sangat struggle. Itu pun staf baru 6 orang. Alhamdulillah, sekarang staf dah ada 40 orang, semuanya lebih tersusun. ”


“Dari segi Marketing, Dmimi telah tingkatkan followers di semua platform media social contoh di TikTok, Facebook, Instagram and Shopee. Hal ini kerana, followers yang ramai dapat membantu dalam peningkatan sale dengan lebih mudah. Dari segi Sales, planning sangat penting untuk pastikan target sales dapat dicapai. Magic number juga sangat membantu untuk Dmimi capai target.”

“Dari segi business growth, hubungan antara founder, SLT dan staf seiring dengan apa yang nak dicapai kerana RichWorks dan Datuk Wira banyak membantu dengan berikan kelas berkaitan growth bisnes melalui bootcamp secara offline dan online kepada saya dan team. Dmimi turut jalankan banyak aktiviti bersama team untuk perbaiki komunikasi antara satu sama lain.”

“Sebelum ni kita anggap staf adalah seorang staf tapi sekarang ni kita anggap staf sebagai satu family, staf juga intrapreneur yang sama-sama berkongsi rezeki. Itu yang sangat best tu. Kita selalu bawa juga team kita, key leaders untuk join kelaskelas RichWorks. Dan banyak perubahan yang berlakulah. Yang saya nampak, dulu saya tak ada leader pun. Sekarang ni banyak dah perubahan mindset berlaku dalam team. Sebab kita bawa team untuk join kelas Executive Coaching, Master Your Business, Executive to Leader.”

“Tahun 2023 saya mengalami cabaran paling besar menguji kami. Tailor yang kami percaya menipu kain Baju Melayu untuk Raya 2023 nilai kain hampir ratusan ribu. Kain telah dibawa lari tanpa sebarang berita. Tidak lagi termasuk Deposit yang kami keluarkan. Kerungsingan kami ketika itu memang tak terkira. Selain Baju Melayu untuk dijual tak dapat disiapkan, kami juga terikat dengan Supplier yang bekalkan kain Baju Melayu tersebut. Kami perlu selesaikan kos kain tersebut.”

Cabaran tersebut mampu diselesaikan kerana kini Shaharil dan Ina mempunyai ilmu yang tepat. Walaupun diduga berkali-kali, namun mereka tidak pernah berputus asa. Shaharil yang dahulu hidup susah, kini beliau berjaya meningkatkan taraf kehidupan keluarga ke tahap yang luar biasa.


“Lifestyle Shaharil yang dahulu diuji dengan kesusahan, yang mana ketika hujan atap rumah sentiasa bocor. Dahulu 11 orang isi rumah dan Shaharil seorang sahaja yang bekerja. Shaharil masih bersekolah pada waktu itu. Selain itu, kewangan tak mencukupi serba kekurangan.” jelas Ina.

“Alhamdulillah, kini kehidupan lebih baik dan banyak peningkatan. Beliau dapat buat rumah untuk keselesaan mak ayah dan dapat bantu dari segi kewangan setiap bulan.” sambung Ina lagi.

Selain dari angka jualan yang meningkat, mereka juga mempunyai 13 lot kedai kerana perniagaan semakin berkembang maju. Jenama Dmimi semakin dikenali ramai dalam kalangan wanita kerana reka bentuk baju kurung yang sentiasa patuh syariah.

SHAHARIL, INA DAN DMIMI

Berniaga bukan sekadar jual, beli dan untung sahaja. Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina sebuah syarikat. Banyak perkara yang ditempuhi oleh Shaharil dan Ina dalam membina syarikat Dmimi hingga berjaya seperti sekarang. Ianya bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Berkat kesabaran dan sikap tidak mudah mengalah mereka, akhirnya Dmimi Sdn. Bhd. berjaya mencapai angka jualan sebanyak RM11,040,000 pada tahun 2023. Kisah Shaharil dan Ina ini sudah semestinya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.



Artikel terbaru

Leave a Reply