Dato’ Sri Dr. Barani yang menubuhkan Destina1 International Sdn Bhd menjadikan bisnes ini sebagai jalan untuk beliau mengubah hidup dan merealisasikan cita-cita beliau sejak kecil iaitu untuk menjadi orang terkaya nombor satu di mata dunia.
Industri Multi Level Marketing (MLM) yang menjadikan Direct Selling sebagai bisnes model utama di Destina 1 International kini merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menawarkan pelbagai produk Advance Scalar Energy, seperti D1 Bio Matrix Shield yang menawarkan pendekatan saintifik untuk penyembuhan dengan 76 jenis mineral pelepas tenaga yang memberikan manfaat kesihatan yang menakjubkan.
Produk lain juga seperti D1 Advanced Scalar Energized Pendant dan D1 Advance Scalar Energized Flask membantu membantu dalam mengoptimumkan kesihatan tubuh manusia seperti menjadi lebih bertenaga dan mengembalikan kesimbangan dan keharmonian badan.
Destina1 International mempunyai sebuah HQ di Malaysia dan mempunyai ofis dilebih 70 negara berlainan seperti Singapore, Canada, United Kingdom, dan Poland yang membantu dalam memberi sokongan kepada pelanggan mereka dan juga
kepada pengedar-pengedar. Saat ini, Destina1 International telah melahirkan lebih daripada 1000 usahawan jutawan secara global. Destina 1 International telah mencatat jualan sebanyak lebih RM 3.84 Juta pada tahun 2023.
1.Memenangi hati pelanggan/prospek
“So that’s why after my form 5, I immediately jumped into a network marketing business. I chose this as my life pasal saya tahu dalam industry direct selling ni, saya boleh ubah kehidupan banyak orang at the same time I can give the best of the best to people, I can add value to people’s life.”
Seiring dengan kepercayaan Destina1 International iaitu mengekalkan hubungan dengan pelanggan secara jangka panjang, bisnes ini memasarkan diri mereka sebagai pasaran yang mengetuai teknologi Advance Scalar. Dato’ Sri Dr. Barani mementingkan kualiti tinggi yang juga menjadi impian beliau sewaktu muda untuk memberi manfaat yang sepenuhnya kepada orang ramai.
Dengan motto bisnes beliau, ‘health is wealth’ yang ingin membantu dan mengubah hidup manusia seluruh dunia ke arah lebih sihat, beliau telah memenangi hati pelanggan di pelbagai negara dalam menjadikan produk beliau sebagai produk yang mempunyai ciri-ciri unik.
Bukan sahaja produk berkualiti tetapi servis berkualiti juga sangat beliau pentingkan agar pelanggan dapat pengalaman yang terbaik daripada Destina1 menggunakan infrastruktur dan sistem IT yang menyenangkan pelanggan untuk
membuat transaksi.
Dato’ Sri Dr Barani yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan, faham bahawa proses perniagaan bukanlah hanya perlu dijaga dari awal sahaja malah sehingga akhir dan selepas pembelian daripada pelanggan juga.
2. Testimoni sebagai kejayaan
“My mother was one of the strength for me because she put a lot of effort. Even my mother was doing direct selling to support my father that time. I remember that. I used to follow my mother” pergi rumah ke rumah, bawa catalogue, dia jual barang
and all that. So i memang minat dari sana I nampak very heart touching that I can improve many people’s lives.”
Menjadikan bisnes kesihatan sebagai punca pendapatan, Dato’ Sri Dr Barani mempunyai visi yang tinggi untuk menyebarkan kepakaran beliau bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Negara-negara di Asia, Eropah, Amerika Utara dan juga Australia telah pun beliau bawa masuk kerana keperluan mereka dalam memiliki produk D1 Advance Scalar Energy.
Strategi bisnes beliau yang telah mengumpulkan testimoni daripada negara-negara ini menunjukkan bukti bahawa produk beliau membantu dalam meningkatkan kesihatan pelanggan yang telah menggunakan produk beliau seperti penghidap
esczema yang tidak lagi mengalami mengalami bakteria berjangkit selepas menggunakan D1 Pendant , salah satu produk daripada Destina1.
Beliau bijak dalam mengatur langkah selepas menerjuni ke pasaran luar menggunakan maklum balas daripada pengguna-pengguna produk beliau agar ramai lebih mengenali Destina1. Namun, kualiti juga berkait rapat dengan kejayaan ini kerana prospek mula percaya dengan produk yang benar berkesan dan menjadikan hidup mereka lebih sihat dan tenang.
3. Bergerak laju menuju visi
“What happened, I was sitting in my chair, tears coming out memang rasa sedih la, apa nak buat, we have to do something, then on the way saya scroll Facebook, saya nampak Datuk Wira punya video, and I like the topic on that video and that attracts
me.”
“Saya implement banyak benda dalam company. Sampai saya align the whole team, I bring the team with the right mindset, the right vision, mission.”
Meskipun Dato’ Sri Dr Barani pernah mengalami kejayaan yang tinggi, beliau juga seperti perniagaan lain pernah melalui kejatuhan di mana beliau buntu sehingga menangis dalam ofis sendiri kerana tidak mempunyai idea untuk menaikkan semula
bisnes sewaktu wabak covid-19 melanda dunia.
Sambil buntu, sambil itu beliau masih mencari jalan sehingga terjumpa platform yang beliau rasa dapat membantu bisnes beliau yang memerlukan bimbingan serta merta. Beliau yang sebelum ini tidak terjentik untuk menyelami lebih mendalam
dalam aspek kepimpinan, mula mengambil tindakan sebagai seorang usahawan yang lebih terbuka minda.
Dato Sri’ Dr Barani mula membina kepimpinan diri dalam menyelaraskan visi dan misi Destina1 kepada team yang ada terutamanya kepada pengedar-pengedar beliau dengan pemikiran yang betul dan selari dengan matlamat yang ingin
dicapai. Beliau melihatkan team sebagai tonggak kejayaan Destina1 yang ingin bersama membantu kehidupan orang lain secara lebih luas ke arah global.
Biografi Dato Sri Dr Barani
Sejak kecil mengikuti ayah ke mesyuarat dan networking training yang melibatkan bisnes, Dato’ Sri Dr. Barani telah didedahkan dengan dunia perniagaan. Beliau juga yang melihat ibu memberi sokongan dan membantu ayah beliau membuat
direct-selling memberi impak kepada beliau untuk menambah baik dan memberi nilai kepada kehidupan orang ramai.
Beliau yang mempunyai darah peniaga, mula menceburi dalam pelbagai bidang
perniagaan seawal di bangku sekolah lagi.
Dato’ Sri Dr Barani memperoleh pendidikan Double Degree in Medicine and Computer Science dan diberi penghormatan Honorary Doctor of Philosophy in Trade and Economics dari World Peace University dan penganugerahan Professorship.
Pada tahun 2018, beliau telah menamatkan pembelajaran beliau dalam Executive Masters in Applied Management Science.
Beliau juga telah menubuhkan Hope for Mankind Foundation untuk menyediakan dana untuk keluarga miskin dan serba kekurangan bagi membantu masalah kewangan mereka.
Dato’ Sri Dr Barani pernah memperolehi beberapa anugerah dan pencapaian seperti:
1. Destina 1 memenangi Honesty Keris Award for its D’Infinite (Best and Honest compensation plan of the century)
2. Dipilih oleh The World Confederation of Businesses (WORLDCOB), sebuah organisation antarabangsa daripada Houston, Texas, untuk menerima world’s most prestigious business award, THE BIZZ “Peak of Success” Award
for Business Excellence
3. Dilantik sebagai President kepada Malaysian Direct Distributions Association (MDDA) untuk tahun 2023-2025
4. Dilantik Principal Chairman & President Global Federation of Direct Selling Association
“Be a good entrepreneur, changing people’s life, adding value to people’s life, and improving other people’s life, I think that’s the best gift for us as a human.”
Itulah prinsip Dato’ Sri Dr Barani yang ingin beliau sampaikan kepada manusia sejagat dalam menjadi usahawan dan manusia yang berguna.