Dates House Kubang Kerian, sebuah perniagaan dengan pengalaman lebih 30 tahun di bawah syarikat Sahalah Barkah Trading, adalah perniagaan legasi buah kurma yang menjadikan buah ini sebagai produk utama merangkumi makanan dan juga minuman. Dates House juga menawarkan makanan sunnah dan berbagai barangan arab yang dibawa khas dari timur tengah.
Perniagaan ini membawakan prinsip “Kehidupan Penuh Barkah, Mulanya Disini’, mengharapkan pelanggan mereka menikmati kehidupan yang penuh barkah dengan produk tawaran yang ada.
Dates House, disebalik pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Bin Hasan, beraspirasi untuk memberi manfaat kepada bangsa, agama, dan masyarakat menyeluruh dalam aspek ekonomi.
Penghasilan jualan yang konsisten dari tahun ke tahun, Dates House Kubang Kerian telah mencatatkan hasil jualan RM 2.1 Juta pada tahun 2022 dan mencatatkan sebanyak RM 2.98 Juta pada tahun 2023.
1.Kuasai satu kawasan dahulu
“Fokus kuasai wilayah kita dahulu dengan buat orang nampak dan tahu kewujudan kita.”
Kesalahan yang orang ramai selalu lakukan adalah mementingkan kuantiti daripada kualiti. Selalunya, usahawan yang baru bermula akan mempunyai pemikiran seperti ini kerana terlalu inginkan hasil jualan yang cepat. Sasaran mereka akan menjadi terlalu besar membuatkan perniagaan itu hilang arah kerana tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya target audience.
Ahmad Bin Hasan, menggunakan nama Kubang Kerian dalam perniagaan, memastikan beliau menguasai dahulu daerah tersebut untuk memahami pasaran dan tingkah laku pelanggan agar dapat mengurangkan potensi risiko yang bakal berlaku. Cakap pasal buah kurma, pasti orang ramai di Kubang Kerian akan teringat akan Dates House.
Bukan itu sahaja, sesiapa yang membuat pencarian buah kurma di Kubang Kerian secara dalam talian juga akan terus mendapat hasil carian Dates House Kubang Kerian, meningkatkan lagi penampakan perniagaan ini di mata orang luar yang datang ke daerah tersebut.
2.Bina impian team dan energy mereka
“Saya willing untuk menyambung dunia perniagaan keluarga saya iaitu menjual buah kurma. Bagi memperkuatkan ekonomi keluarga saya dengan tujuan satu masa kita boleh beri manfaat kepada bangsa agama dan masyarakat dalam ekonomi.”
Dalam perniagaan, memberi manfaat bukanlah hanya untuk pelanggan semata-mata tetapi juga kepada staf-staf yang bertungkus lumus menaikkan perniagaan itu.
Setiap staf atau team ini pasti akan mempunyai impian masing-masing, menjadikan ia tanggungjawab kepada seorang usahawan itu untuk membantu mereka mencapai impian tersebut. Sungguhpun impian yang kecil, matlamat yang dapat dicapai pastinya akan diingati dan menjadi penuh makna buat mereka.
Ini juga membuka pandangan yang lebih jauh kepada mereka kerana sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri dari aspek pekerjaan. Hasil daripada ini yang membuatkan produktiviti kerja itu menjadi lebih tinggi kerana mereka ada pendorong untuk mencapai sesuatu dengan lebih bermotivasi.
3.Unique Selling Point yang jelas
“Sangat mementingkan kualiti produk terjaga, layanan yang mesra dan cepat, dan memberi environment dan facilities yang selesa”
Unique Selling Point adalah faktor yang membezakan satu perniagaan itu daripada perniagaan lain daripada pelbagai aspek. Nampak macam mudah, tapi USP inilah penyebab orang ramai membeli dengan kita, kerana keunikan yang jarang atau tiada pada perniagaan lain.
Ahmad Hasan yang menitikberatkan kualiti, memastikan produk yang ada hanyalah daripada yang bermutu sahaja seperti menawarkan barangan Arab seperti Mabhara dan Bukhoor yang tulen dan asli, meluaskan keyakinan pelanggan terhadap perniagaan ini. Di Dates House layanan yang mesra dan cepat juga ditekankan sebagai tanda menghargai pelanggan.
USP yang ada di Dates House ini sendiri menunjukkan betapa mereka mengutamakan kepuasan pelanggan, menyebabkan mereka menonjol di mata orang. Sebanyak mana pun ada perniagaan yang menjual produk yang sama di sekitar kawasan yang berdekatan, sekiranya mereka tidak mempunyai USP yang jelas, mereka tidak akan kelihatan menarik di mata pelanggan.
Biografi Ahmad Bin Hasan
Datang daripada keluarga yang berniaga kurma di pasar malam dan bazar Ramadhan, Ahmad Bin Hasan merupakan anak lelaki sulung yang terdedah dalam dunia perniagaan sejak kecil. Ibu bapa beliau yang berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam perniagaan kurma mula berniaga di gerai kecil, pasar malam, bazar raya dan macam-macam lagi.
Pada umur 15 tahun, beliau diberi tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan kurma keluarga dan mula melahirkan rasa minat terhadap perniagaan.
Meskipun Ahmad Bin Hasan memperoleh pendidikan tahap Diploma dan menceburi bidang kejuruteraan mekanikal, beliau membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan legasi keluarga.
Awalnya, beliau menjalankan perniagaan dengan bantuan dua orang adik yang berusaha keras menaikkannya bersama . Makin lama, perniagaan yang tidak mendatangkan hasil sudah tidak terpikul lagi dan beliau hampir menutup perniagaan kurma ini.
“Kita perlu sedar dan terima bahawa untuk bina sebuah perniagaan yang berjaya tidak cukup sekadar pengalaman puluhan tahun tetapi kita perlukan ilmu baru. “
Sedar beliau tidak mencukupi limu di dada, beliau mula mencari mentor yang boleh memberikan beliau sesuatu yang luar biasa dan kini menjadi seorang usahawan yang berbeza banding beliau yang dahulu selepas banyak perubahan dilakukan.